Sunday, December 12, 2010

Pn Bintang Dearie.....


Tribute to Puan Bintang n3 nye yang bertajuk ASAM_PEDAS_JOHOR nye (Hanya yang di'invited'nye sahaja bleh access..terima kasih). Jadi hari ini saya ingin mengajak tuan2 dan puan2 masak makan malam cara saya yea. Masakan saya hari ini ialah Asam Pedas Bunga Kantan Kembang Tak Jadi dan Ayam Goreng Puaka Berempah Pedas Giler Eh Pedas Pada Namanya Sahaja. Mula2 puan2 hendaklah ada bahan asas yang penting iaitu ayam seko. Ayam dikerat suke hati. Pastu siap2 basuh then tempek2 kan kunyit dan garam. Letak sikit bawang merah yang telah diblender supaya cam kacis pada pandangan mata...

Guna la sudu kalo taknak mengkuningkan jari jemari anda yang kononnya cantekk sangat tuuu...

Panaskan kuali dan letak minyak. Di sini saya menggunakan brand minyak berjenama Minyak Yang Diguna Semalam Masih Berbaki ye puan2 dan tuan2.. Bila anda rasa minyak dah panas dengan cara menrasa kepanasan di sekeliling anda itu bermakna memang sangat panas. Kalau tak rasa jugak, memang anda kena gunakan panas baran anda sambil mengumpat jiran sebelah yang tak reti2 nak bersihkan halaman rumah (eh nape jiran aku pun terlibat sekali ni????)

Gorengkan ayam tadi sehingga masak ye,,,

Kemudian ayam tadi boleh la dihidangkan dengan Asam Pedas ...(malasnya aku nak taip balik nama asam pedas aku ni) dan juga nasik putih. Eh, dah siap pun asam pedas kita ye.. Tunggu nak suap je...

Juri masterchef malam itu, si Asyraf kerana beliau bermalam di rumah saya mala tersebut. Macam tak lalu je nak telan...

Bagaimana pn Bintang? Sudahkah anda terasa yakin untuk masak resipi saya hari ni? Pembetulan ye Pn Bintang, saya masak ayam goreng kunyit, bukan telur dadar seperti mana yang di noticekan di dalam komen blog anda...

P.S - Masa ni pn Ma belum pulang ke tanahair, alhamdulillah beliau telah selamat menjejakkan kaki ke Malaysia kembali pada 7 December 2010 baru2 ini, sekarang ini, masakan pn Ma kembali menguasai perut ku ini....

1 comments:

Bintang-Bintang Ke Syurga said...

va va vaaaa.... shabbashh bete.. asam pedas itu nmpak lazat juga.. lagi2 tang bunga kantan.. nyum nyum..
ayam goreng puaka berempah tu, kalau dengar nama kecut nak makan.. tgk rupa ok je.. siap adA bawang lagi.. vass gitu..

Post a Comment