Sunday, October 4, 2009

Perkahwinan Adik Kakok Liza Estrada.....


Sabtu mencari Jumaat dan ketemu dengan Khamis.. mintak kirim salam kat Rabu.. Soalannya, hari apakah yang berjumpa dengan Tok Wan semasa sedang hangat makan nasik. Nasik ditapau supaya dapat memberi habuan kepada orang yang pose nam skarang ni...

Sabtu lepas.. ada 4 tempat yang kiranya perlu aku hadiri sebab mereka semua sedang mengadakan majlis membuncitkan perut tetamu. Fiza Hasnora (BI 2) menjemput kedatangan ke rumahnya di TI, tapi sebab ketidak muatan kereta Z dimana telah di naiki oleh Ajim, Dinch, Mi2i, MORK, dan Z sendiri, maka aku meminggirkan diri lagi... hahaha aku kah yang terpinggir...(??)

Tepat jam 1130 aku menkeluarkan diri dari bilik mentuju ke blok H mengambil akak, kawan akak dan kakok di fetch jua di bloknya..Maka bergerak la kami mentuju ke Teluk Intan dengan LCD2093 yang kusayangi selalu.

Dalam ku 1.00 sampai le ke Teluk Intan. Tujuan pertama-Makan... yang sedih,, ayam golek tidak kesempatan dijamah. Bila ditanya- untuk pengantin sajoh yang tinggae

Kesempatan yang ada mengambil gambar di pelamin anganku musnah


Segala gambar yang superkacis....inilah kamerawoman nyaaaaaaa. Gagagaga

Dari kekirian- Kak Su (wakil dari Guatemala), Kak Ain (wakil dari Trinidad dan Tobago ) dan Kakok (wakil dari Timbuktu...)

Bergambar kenangan sebelum pelamin anganku musnah

Pengantin, bakal pengantin (Kakok) dan bekas2 pengantin


Cerita si Mohamad...

Mohamad anak kakok Liza Estrada yang cumei telah melarikan diri apabila terlihat ABG M yang selama ini sangat dipujanya berada di hadapan mata. Sangat menterkejutkan beliau kerana keterujaan yang amat dirasakannya apabila idolanya selama ini memanggil2 namanya dengan helaan nafas yang panjang... (harap korang paham)

Dek kerana ketidakpercayaan yang panjang tentang Mohamad, aku tetap berusaha untuk mengetahui benarkah beliau sanggeeta memuja aku... Aku pun menggunakan teori Erik Erikson untuk diaplikasikan dalam proses mendekati beliau...

Mohamad yang mula-mula kemalu-maluan akhirnya telah di provoke dengan aiskrim Danish untuk menghampiri tuan tanah
Macam biasa.. keje korang untuk bagi tajuk gambar ini...


Akhirnya Mohamad berjaya ditangkap dan juga berjaya menangkap gambar bersama beliau

Sila marahkan akak N sebab beliau tersangat kurang mengambil gambar abg dan adik ini..(abang dan adik??)


Kak Su telah disingkirkan dari bilik pengantin kerana kurang mendapat undian dari penonton..



Bergambar di tepi bendang adalah kesukaan kami dan masyarakat majmuk...


Kepergian petang itu ke rumah terbuka no 2 di Sg Rapat... Rumah PK HEA dan sangat best kerana mentemu semula dengan cikgu2 sekolah Prktikal dulu.. Tiada gambar yang berjaya ditangkap..

Kemalaman menuju pula ke rumah Wan Tuty Safinaz.. hanya gambar ini yang berjaya ditangkap


Aku belum bersedia untuk menjadi bapak!!!



Sekian dulu buat kali ini. Entah kenapa rasa macam entry kali ini tersangat tidak kacis.. Mungkin disebabkan ketiadaaan idea dan gambar2 yang superkacis....



Wednesday, September 30, 2009

Aku sedih.......

Aku sangat sedih apabila menyinggahi blog2 orang semua ada gambar raya.. tahun ni ntah kenapa aku mentidak mengambil gambar raya dengan rakusnya.. hatta sekeping pun tak dok......isk isk isk isk

Hari Yang Tak Berapa Nak Kacissss


Cite pasal apakah? Seharian hari ini hanya melepakkan diri di kelas B3-3 di Sek Keb Pakatan Jaya. Ada oral test dengan listening test.. So far so good laaa...



Aku malas la nak citer pasal apa yang berlaku sejak akhir2 ni.. sebelum tuh aku letok laa gambar2 sebagai lauk untuk memakan nasik...

Gambar ini adalah diedit oleh Kakok N yang sangat obses dengan photoshopnye.. hahaha sangat kacis melihat gambar2 yang beliau telah editkan...



Rafiqi Imran, anak saudara yang ke2 paling tua.. masa ni amik gambar kat Air Terjun Belukar Bukit kat Kuala Berang...


Biarlah aku pergi membawa diri......

SAYANG...?????


Aku tanya most of my friend.. perempuan ni senang-senang ke panggil sayang kat laki. Diroang cakap gile, ingat senang2 ke nak panggil sayang kat seorang lelaki tanpa ada perasaan. Aku cakap ye tak ye jugak.. Dulu aku mentiada apa-apakan diri dengan Ra***na pun sebab dia cakap dia sayang kat kawan sekelas dia la.. Aku pun apa lagi, ko sayang laki lain tapi citer kat aku, sah2 aku pun dah tawar hati kat beliau.. tapi itu cerita 6 tahun lepas... Biarlah..

Kali ini.. dia ungkapkan 'sayang' kat aku.. Sedangkan aku tahu dia bersama yang lain.. hanya kerana 'yang lain' itu sudah menjauhkan dari dirinya, aku la yang menjadi pilihan kedua.. Tapi aku tanya diri sendiri, memang ada sedikit (tak pun sebanyak) ruang dalam hati aku ini terdapat dirinya.. Ces poyosnyes ayat...

Sekarang ni, ada banyak benda lagi yang aku nak kena konsentret, nak kena jaga TV, nak kena jaga belalang tempur, nak kena follow up pasal Dante yang masih lagi di admit di HP centre. Folio yang ntah ke mana, masih tergagau lagi…
Citer ke 2

Aku lupe plak nak menciter masa raya bebaru ni.. Hampir 9 tahun tak ketemu.. alih2 ada org call aku…

“Assalamualaikum…”

“Waalaikum salam…. Sape ni?”

“M**** ni… mung di mane?” aku terkejut gak la bila dia sebut nama dia. Dah lame gila tak jumpa alih2 datang mencari aku…

Selepas diberitahu lokasi rumah, dia pun mendatangi.. Hajat besar katanya.. Aku suruh masuk beraya, tapi tak mboh,.nak sembang kat luar je.. last2 aku pun sembang la kat luar…. Soalan pertama dia ‘Mung keje mana sekarang??” aku rasa lain macam je

Aku cakap la aku belajar lagi… dia jadi serba salah… Kata ada hajat besar… aku je yang buleh tolong. Isk susah sangat ke nak cakap?? Aku pun gertak laa

“Nak tolong apa???”

“Segan la nak cakap….” Balas M****i.

“Nak duit???”


“Camne mung tau???” dah agak dah.. Aku kalo yang tak nah jumpa tiba2 membaikkan diri ni mesti ada kesebabannya…

Ilang 200 hennget.. dia janji nak bayar bulan depan.. hape la punye org.. mujur la ko pernah mendapat taraf sahabat suatu masa dulu.. kan? Hahahhaa

Mencari mengintai peluang untuk mengisi masa lapang dengan main game tapi takde peluang.. aku mengarut la kali ni.. bye

Tuesday, September 29, 2009

Mencari Redup Yang Terkacissssss

Hari ini aku rasa macam redup je.. walaupun kat luar terang benderang, tapi redup di hati aku tiada siapa yang tahu. Perjalanan mencari ilmu mesti diteruskan, persinggahan di st Michael ini adalah sebagai satu episod prolog dalam permulaan aku menjadi cikgu. Di sinilah aku mengenal erti payoh, susoh, sakit, tensen, huhuhu..

St Michael 1 ku tinggalkan jua.. aku malas la nak citer nanti meleret2 plak.. Yang pasti aku takkan lupakan anak2 murid ku yang pertama sebagai seorang guru ni...

Tak tahu nak cerita apa.. Raya pun dah berlalu... Kini perjalanan diteruskan di maktab. Tak perlulah aku cerita apa yang berlaku pada pagi raya yang penuh kesyahduan naluri sangat tuh.. Sehari sebelum raya aku mentuju ke tanah perkuburan Islam menziarahi pusara 3 orang ahli keluarga aku- arwah Mazlan abang kesayangan sudah mentinggalkan dunia ini 21tahun yang lalu.. Tidak jauh dari pusara arwah ialah ibunda tercinta -Madziah yang telah dijemput ke sana pada 10tahun yang lalu dan terakhir- Haji Mokhtar yang telah pergi 3 bulan yang lalu.. masih terasa seolah terdengar suara beliau memanggil nama aku..kadang2 macam tidak percaya.....

Aku ke pusara adalah untuk mentebas lalang yang meliar dan mentumbuh merata-rata. pusara abang kulihat seperti tidak terurus, dengan sepohon kayu yang merendang, betul2 atas nisan sebelah kakinya... pusara ma yang suram, dah pusara abah yang masih merah tanahnya...

Raya bertakbir lagi... sayup di hati mengharapkan esok tidak muncul kerana pada siapa aku harus bersalam2 di pagi raya. Setidak2nya wujudnya ma yang ke-2 adalah untuk menyakinkan aku raya mesti diteruskan juga meskipun dalam mode bersedih. Malam raya hanya adik aku yang bersungguh-sungguhan membersihkan dan menghias rumah. Aku ditugaskan mengambil sate yang telah siap ditempah dan hasilnya aku tak sempat nak amik gambar sate (motif?? macam orang tak kenal sate plak)...

Sebut pasal gambar.. aku sesungguhnya sangat menterkilankan diri kerana memori kad phone aku ter di format aku dengan sengaja.. geram sungguh tapi nak buat macam mana?? abis ilang gambar2 yang super kacis. Gambar2 dengan anak murid pun abis jugak.. haiiyaaaaa...
So.. dengan tersiarnya entry ini agar dapat menjawab segala pertanyaan orang2 yang bertanya akan tentang entry baru.. ada masa akan di tulis lagi...

Wednesday, September 16, 2009

Kamu datang dengan cinta secara banyak..(edisi memplagiat tajuk kakok dengan jayanya...)

U come with a lots of love...

Hari : Rabu
Tarikh : 16 September 2009
Tempat : Permai Lakeview
Masa : 11.00 pagi

Hari ini dan esok.. semuanya bakal tinggal sejarah. Sekolah yang pertama dalam hidupku sebagai guru pelatih bakal aku tinggalkan. Semuanya menjadi nostalgia dan kenangan. Sesetengah orang akan ketawa dan sesetengah orang akan menangis (betul ke?)

Sebelum aku lanjut berbicara.. ingin aku mem'welcome'kan 3 org followers baru akuk iaitu
1. Puan Nor Baizura Anang (missiez) selaku pensyarah di Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), juga bekas guru TESL yang dah banyak pengalaman di sekolah2 menengah sebelum bergelar pensyarah, selamat datang Puan..

2.Tuh yang muka lelaki pakai spek tuh abang sulung gua eh silap, adik gua yang bakal menjadi ayah dua tiga pat tahun lagi sebab kawin pun belum.. mungkin dalam masa terdekat kot.

3.Bakal adik ipar gua si Fantagiro tu.. dia pun ada blog sendiri jugak okey!! Semoga happy sokmo la menyinggahi blog ni.. xbest sangat pun.. merapu meraban je banyak.

Okey.. back to the title.. hari ni, dengan esok.. lepas ni aku tak jumpa lagi Qayum, Shaun, Akim, Adli, dan semua2 laa.. nak rindu gak ke?? huhu walaupun semua macam harun.. tapi biasalah, nakal bebudak, aku marah pun, marah camne sangat la kan? Ada jugak la part yang aku sampai hari ni berdendam (hahahaha) takdel a, kidding je...

Sebilangan daripada anak murid aku..Jantan belaka...

3 Bestari kalo dikira terdiri daripada 7 india , 8 chinese dan 18 orang melayu.. Yang Cina suka belajar, India suka main, Melayu tak suke buat apa-apa. Harun kan???







Semasa ujian bulanan


Pewaris legasi aku...
Edisi Mencari Laila....
Laila mana korang ingat.. Lailatul qadar laa.. Rajin jugak la mencari setiap malam yang masih berbaki ni.. Apa aktivitinya?? Tak perlu la aku bagitau.. semua tau kan...
Ada 2 hari jer lagi nak berbuka kat Ipoh ni, petang ni dan esok.. esok berbuka pose beramai2 yang Ajim organize tuh, tapi tak tau la nak gi ke tak nak.. Hotel Syuen.. aku bukan la anti sosial, tapi.. macam mahal sangat la kat hotel.. tak tau la berbaloi ke tak. Sangat tidak dapat mentolong diri sendiri dalam membuat keputusan.. kalo si setiaku disini dengan bintang2 nak pergi aku okey je.. Boden pun dah bagi kata putus tak nak pergi...
Okey la.. setakat ini sahaja dahulu..nantikan n3 edisi raya sebelum raya yang bakal menjelang tiba..
Selamat Hari Raya untuk semua maafin ya... zahirin dan batinin..
bababababababaiiiiiii

Monday, September 14, 2009

Dante Dendang Perantau

Masa : 4.45 pm
Hari : Isnin
Tarikh : 14 Sept 2009
Tempat kejadian: Bilik Mesyuarat St Michael 1

Huhu.. dulu masa keje tahun lepas memang takde langsung rasa suasana raya ke hape.. bebudak lain yg keje pejabat asyik duk citer pasal ofis diorg dah macam shopping complex... lagu raya asyik mencorong di speaker... skang ni pun aku rasa macam kat shopping complex sbb meeting room ni kedengaran lagu raya dimainkan oleh cikgu Syukri. Paling tak tahan lagu dendang perantau. Huhuhu.. baru je merantau ke ipoh dah rasa cam jauh plak.

Sebak.. perasaan itu bercampur baur dengan situasi yang aku alami sekarang. Oh ya, dante sudah diadmitkan ke HP centre, belum apa2 lagi dah terbang RM 95 sebagai yuran pendaftaran masuk dan bilik wad (ye ke?) Berat jugak masa nak melangkah tadi meninggalkan isteri tersayang di sana... seminggu plak tuh nak kena admit...

Petang yang hening ni sambil melayan lagu raya yang syahdu shahdan.. mengingatkan pagi raya yang bakal menjelma.. Camne ek? Mentolong la aku.. aku tak reti...

Blog tanpa gambar umpama makan nasik tanpa lauk lagi.......

Camne nak bagi tajuk jadik kacis??

Sepetang eh tidak.. sepagian aku di depan PC ajim (promote) ini adalah untuk meluahkan ketidak puasan hati aku terhadap kesekelian makhluk yang sering mempertikaikan kenapa menara Teluk Intan condong (ape kah???)

Sebelum bicara lebih jauh, sebelum lidah tajam berkata-kata, ingin ku mengucapkan selamat datang kepada Musz.. follower terbaru aku yang beriya-iya nak membaca blog yang tak seberapa kacis ini. hahaha...

Blog kali ni nak citer sket je..

LAPTOP AKU DAH NAZAK..

Entah kenapa la si Dante tiba-tiba je tak nak kuar gambar, bila power on dia nyla je.. tapi macam takde bunyi apa2 pun. Kipas takderk bunyi, cd rom takleh bukak.. Isk isk .. saat2 camni la ko nak jadik yer.. aku sayang gila dah kat dia.. tiba2 jadik camni. Ada gak yang tanya aku, ada ke bersungut nak beli laptop baru depan dia, aku cakap la tak pernah terlintas nak beli ke nak memiliki ke apa ke laptop baru.. hahaha..

BAJU RAYA

Weekend baru ni kononnya nak turun KL la.. tapi.. kul 10 pagi baru bangun.. KL kemana last2 ke Ipoh saje..Mula-mula ke GM (GUA MUSANG kah??) mencari parking yang super tak kacisnye.. menyurvey dulu baju2 di sana dan tidak menjumpai baju yang kacis.. last sekali mencari baju Melayu di Billion, juppe la jugok ditemani kakok N dan adik-adik ikan (ade ke???). Lepas tu balik terus collapse...

Petang pulok ingin berbuke di Qayyum si anak ikan kakok N, membooked dan mentuju ke arah param (pasar ramadan, kalo bazar ramadan = baram) kat Stadium yang dah nak abis almost lauk2 nye.. Membeli belah bagai menteruskan perjalanan ke Qayyum semula.

Memaghribkan diri dan mentuju ke Ipoh Parade (mujur la tak pergi JJ, kalo tak pasti ketemuan dengan pasangan merpati 14joli yang selalu menjadikan JJ sebagai tempat memandu asmanra (kesilapan ejaan ini adalah disengajakan). Niat dia hati ingin mencari hadiah kakok dikampung.. akhirnya menyambar baju untuk hadiah diri sendiri.. sangatlah mujur kerana tidak membeli baju yang warna merah+putih kat Al Ikhsan tuh.. kalo tak menyesal tak sudah...

Sekarang ini, hati aku sedikit tak keruan la dengan keadaan Dante yang masih lagi tidak tahu macam mana kesudahannya. dan jugak keadaan nak raya dalam 6 hari lagi ni.. tak tahu la camne aku nak menghadapi pagi Syawal tanpa abah di sisi.. Life must go on.. aku lah penyambung legasi ayahku.. dan i have to make him proud with me....

Dah.. nak abiskan ayat2 terakhir dulu. Kali ni takde gambar sebab guna PC ajim mentaip blog... so, blog tanpa gambar umpama makan nasik tanpa lauk.. (JANGAN SEBUT NASIK TIME2 TENGAH POSE NIH!!!!) - baeklah......