Tuesday, November 24, 2009

Alang Rebus Tak *POHU


Selasa 24 November 2009....

Dahulu... 23 Disember 2008- Saat ini saya masih lagi berkhidmat di Vads KPV sebagai customer service executive, menjawab segala pertanyaan berkaitan dengan bil telefon dan internet Streamyx. Saban hari jiran saya ketika itu ialah Firdaus Abd Manap (87_abfirdaus) sebab sama-sama split-shift dan sama-sama boleh masuk la kata orang tua-tua.

Saya dan Firdaus sama2 memohon KPLI dan sama-sama memohon MARA. Yang tak enaknya Firdaus dapat panggilan MARA untuk interview dan saya tidak berjaya untuk di senarai pendekkan. Keputusan panggilan MARA diketahui lebih awal daripada keputusan KPLI. Nak dijadikan cerita Firdaus telah berjaya mendapat jawatan sebagai pendidik dalam keluarga MARA. Saya sangat sedih sebab saya akan kehilangan kawan baik saya yang paling saya sayang (eceh2). Saya nekad saya mesti keluar juga dari tempat kerja lama ini tahun depan (2009), target saya, 1 Januari 2009 saya tidak ke situ lagi.

Pada hari tersebut (23 Dec 08) Firdaus ada menyatakan kepada saya yang esok (24 Dec 08) hidup kami akan berubah.. Kerana apa? Kerana esok adalah hari keputusan KPLI ambilan Januari 2009. Di tempat kerja yang sama yang turut merasakan kedebaran hari tersebut ialah En Zamin (boss saya yang berusia 28 tahun masa tu-turut mengapply KPLI), Masudir atau kak Sudir, Zaini (Roro), AB-Faizal kot name beliau,dan Kak Ruby-juga boss saya, sebab masing2 adalah calon2 temuduga KPLI dahulu.

Malam 24 Dec 08 adalah malam yang paling saya tak dapat lupakan kerana sepanjang malam tidak dapat mentidurkan diri. Dari jam 12 lagi saya dah mula mencuba untuk menembusi laman web KPM dan saya dapati option untuk menge'check' result masih belum di aktifkan.

(Penatnya saya nak mengarang.. saya stret to the point la.. malam tuh setiap kali terjaga saya akan check. Terjaga pagi saya akan check. Terbangun Subuh pun saya akan check. Last-last saya nak gi keje sebab shif saya pukul 11 pagi. Dalam pukul 9 saya masih mencuba. Saya nekad, kalaupun saya tidak dapat panggilan KPLI, saya tetap akan berhenti kerja dari terus berkhidmat di Vads KPV.

Mungkin dah tertulis dan mungkin sama seperti yang Firdaus cakap, kehidupan aku akan mula berubah setelah melalui fasa 24 December 2008. Saya berjaya menempatkan diri di antara ribuan calon yang berjaya menyertai bidang perguruan ini. Saya masih ingat lagi terasa berbunga-bunganya perasaan saya apabila melihat skrin berkali-kali.

Perjalanan ke Ipoh telah saya ceritakan pada n3 yang lepas.. Jadi dipendekkan cerita Firdaus pun dapat menjadi KPLI-J-QAF di IPG Bahasa Antarabangsa (kalau tak silap saya), tetapi beliau telah memilih MARA sebagai masa depan beliau. Saya tak kisah sebab saya pun akan berhenti kerja di Vads. Jadi 2009 telah menukar haluan hidup saya dari seorang yang agak lagho kepada yang lebih bertanggungjawab (Insya-Allah)..

Mengingatkan hari pendaftaran, seolah2 rasa macam semalam aku dihantar oleh 'ibu' dan 'adik'. Seolah-olah semalam menari poco-poco, chicken dance dan seumpamanya lagi. Perjalanan turut diserikan dengan pelbagai pendedahan antaranya BIG, pekhemahan unit beruniform, praktikum. Oh aku sangat merindukan semua itu.

Dan hari ini, esok.. segalanya akan aku tinggalkan di belakang. Sungguh pun aku tinggalkan mereka, tetapi percaya la hati ini akan terus tersemat dihati. IPIP satu persinggahan. Adalah normal persinggahan akan ditinggalkan. Adalah normal pertemuan adalah untuk melengkapi sebuah perpisahan. Adalah normal pahit manis menjadi rempah dalam kita mencuba resipi baru. Adalah normal untuk datang dan pergi. Tapi perginya kali ini bukanlah sebagai terpisahnya dunia antara kita semua.

Hari ini.. hari terakhir untuk mendengar ceramah KISSM, hari terakhir untuk menyanyikan lagu 'Guru Malaysia' dan ' Guru Pembina Negara Bangsa'. Hari terakhir untuk menlihat Dewan Sri Melati yang akan terus berbakti melahirkan lebih ramai insan yang bergelar guru. Hari ini adalah penyambung hari esok. Dan hari ini juga kat maktab sibuk dengan bebudak yang nak mengapply loan. Aku sedikit pun tak terfikir untuk meminjamkan duit. Setiap orang yang aku tanya (mostly kakak2 kelas aku) diorang akan jawab -Tanya Laki dulu. Lagi haru kalau laki cakap no way..hahaha

Lain plak jawapan kalo tanya encik dan miss bujang. Salah seorang member aku jawab-Tanya HQ dulu. Aku tanya la HQ tuh apa? jawapannya- PAMA. Abis tu? AKu??? Aku takde suami (bodo!!! memang laaa xde ko tuh lelaki!!) Aku pun takde PAMA.. Aku terasa sendu je melihat mereka semua. Nak apply ke tak ni??? Banyak benda lagi aku tak sempat nak belajar dengan ABAH. Abah adalah guru teragung dalam mengatur hidup kami semua. Kini aku lah abang, akulah abah, akulah segala-galanya.. Akulah tanggungjawab tersebut.

Baiklah.. kenapa n3 kali ini diwujudkan? Kerana aku akan bercuti lama.. Aku tidak bisa menlihat redupku lagi mungkin dalam satu jangka masa yang agak panjang.. Mungkin n3 seterusnya aku sudah tahu di mana aku bakal ditempatkan.. Mungkin hapdet seterusnya adalah untuk menghebahkan kegembiraan tersebut, atau juga hapdet aku di tempat baru?? hahahaha

Sebagai tatapan sebelum aku berhenti menekan keyboard ini meneruskan bicara... Inilah AKu.. saat ia dilahirkan.. seiras bapaknya- ABAH- sangat sihat dan semangat.

Aku yang sebelum bergelar M


Nama diberi M bin M (hahahah)

Abang pun M bin M

December 1986- berusia 3 tahun

Dah besar sikit dan dah jadik abang pun- 1988

Diapit oleh 2 saudara- dari kiri Mazlan, M dan Mazli. (Mazlan sudah pulang ke rahmatullah pada 1988 kerana berpenyakit buah pinggang.


Gambar ini di ambil di sekitar pantai batu burok 198* <- aku lupa la bila

1986-actually ni hari raya dan umor aku taim ni 4 tahun. Tengok la kek dolu2 dan lilin yang putih ye.. takde nye nak guna lilin kecik berkaler2 bagai. huhuhu pakej 2 dalam satu- kek raya dan kek besday.
Satu kemestian kepada korang untuk memberi tajuk kepada gambar yang takde tajuk.. hehehe

Ni adik yang paling bongsu seibu sebapa. Girly yea..


Ya Allah comei nye budak ni, rasa nak buat anak angkat laaa,, tak pun anak ikan boleh gak sebab dah duk dalam air.. anak berudu pun bisa jugek!!!!


Begitulah serba sedikit tentang diri beliau (atau kini dikenali sebagai SIR M dikalangan anak murid ST Michael 1 Ipoh). Nampak sungguh sempurna, tapi kesempurnaan itu hanyalah milik mutlak yang Maha Esa. Ketidaksempurnaan inilah yang telah membawa aku ke sini, untuk membaiki kelemahan dalam menjadi khalifah di muka bumi. Selamat tinggal buat sementara Redupku, dan selamat tinggal bumi Ipoh yang penuh bersejarah buat aku. Aku pergi dengan segenggam tabah (macam tajuk lagu nasyid plak) hehehe. Selamat tinggal buat sementara kalian.. KPLI BI-1, KAPAL, BINTANG, SETIA... Sesiapa lagi nanti akan aku tambah kalau terlupa.

segmen tajaan kilang cap pagar cikgu Ramlah...

mari belajar bahasa...
**POHU- bermaksud empuk jugak.. cuma dalam loghat Kelantan
Daging pohu- daging empuk laaa...

homework:
Sila cari maksud perkataan ini:

Jirek -...........................
Nebeng -..........................
Cacang -...........................
Cokeng -.........................

-loghat Terengganu. Terima kasih. Sila hantar jawapan sebelum kelas tamat yer


Saturday, November 21, 2009

Pra-Cuti Sekolah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera (ada ke non-muslim yang singgah di sini?) Dah lama tak mentulis sesuatu di sini. Last entry pun sekadar menghaplod gambar2 saja. Aku memang tak pandai nak mengkarang apa2 pun kat sini.

Untuk pengetahuan, hari2 aku di maktab masih bersisa 3 hari lagi. Genap 3 hari aku menghabiskan KISS M (Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia) segera aku membalikkan diri ke kampung halaman. Perjalanan menjadi seorang pendidik hampir menuju ke arah pengakhiran, sungguh pun aku tidak berjaya sebagai calon cemerlang tapi aku berjaya menghabiskan pengajianku dengan jayanya. Banyak warna yang aku jumpa kat sini. Too colourful.. Sepanjang duduk di Ipoh, aku kenal pelbagai ragam.. lebih-lebih lagi apabila meletakkan diri dalam sekumpulan manusia yang berbilang usia dan bangsa. Aku rasa dihargai, dimanja dan disayangi. Tapi sedarkah aku bahawa pertemuan ini adalah untuk bertemu dengan sebuah perpisahan suatu masa nanti.

Perjalanan untuk aku sampai ke sini hari ini penuh dengan pelbagai rintangan. Yang aku ingat, no pin BSN aku beli dengan guna kad atm orang lain (tak silap aku ATM card hsmet). Kemudian aku mengisi dua kali sebab semasa aku berada di Sri Damansara setahun yang lalu, aku terpaksa menggunakan wireless curi.. Lengkap berisi, tiba-tiba si pemunya wireless telah mentutup dia punya wireless. Hah.. haru birunya.....

Masa exam M-Test.. perjalanan sejauh 45minit dari rumah aku di Bandar Baru Sunway menuju ke Sek Men Teknik Dengkil... Alhamdulillah masa tuh hari off aku yang tak perlu aku swap dengan sesiapa pada hari tersebut. Dan rumah Ridhuan jua tempat aku menumpang berteduh.

Perjalanan belum berakhir.. Sebelum umat islam berpuasa, sekali lagi aku mendapat panggilan interview di Ins Perguruan Ilmu Khas, Cheras.. Sekali lagi aku diuji bila tarikh aku interview betul-betul overlap dengan jadual aku bertugas minggu tersebut. Apatah lagi Emma Aloha turut menjadi sebahagian dalam cerita aku masa tu.. Tak silap aku dia yang mentolong copkan salinan sijil2 aku dengan cop pengesahan. Pastu aku marah2 plak kat dia sebab lambat mentolong aku mengecop padahal kalo xde dia, tak tau la aku nak cop katne sebab malam hari nak interview baru dia pegi mentolong copkan aku nyer sijil...Dan berkaitan dengan jadual aku-> heheh aku telah membeli MC dengan jayanya di Bandar Tun Razak kalo tak silap...sakit nye ialah sakit cirit..

Siapakah Emma? Dia adalah kawan aku yang antara yang terkacis sepanjang aku bekerja di Vads KPV sebagai customer service tempoh hari, kekacisan kami sebab workstation kami sebelah menyebelah.. dan juga kawan aku bila aku nak melalak merelease kan tensen..(karaoke) Emma, thanks sebab kalo kira ko bersubahat jugak dalam meletakkan aku di tempat aku berada sekarang....

Adasyut aka Syut juga turut terbabit dalam ini cerita... Kenapa? Kerana beliau telah mentukar shifnya semata-mata kerana untuk menjadi ibu angkat aku menghantar aku ke Inst Guru Ipoh.. bangun awal seawal sebelum subuh... tapi bayangkan.. kul 930 masih lagi berlegar-legar di ruang angkasa..eh mengarut pulak.. berlegar2 di bandar Sunway.. tak tau la kenapa tetiba je pagi tuh jem yang teramat haru.. apakah itu salah satu tanda-tanda...(aku xnak habiskan ayat aku...)

Sesampai di Ipoh lebih kurang kul 1130 pagi almost 1200 pm laa. Segalanya berjalan lancar dan Syut juga telah menjalankan tugasnya sebagai 'Ibu' yang menghantar anak dengan jayanya, begitu juga dengan 'Ain' yang telah bertugas sebagai 'adik' menghantar abang ke Universiti.. Thanks to both of you....

Hampir 11 bulan di Ipoh.. wajah2 yang sering aku ingatkan pada diri sendiri.. akan aku hargai setiap saat bersama kerana pengajian kami tidak lama.. Pertemuan ini pasti berakhir dan saat yang akan berakhir itu akan muncul sekejapan masa lagi.

Teslian Keplian BI-1 yang super kaciskova bersama dengan KJ Mr Samsul..



Teslian Keplian BI-1 yang super kaciskova bersama dengan Encik Tutor - Mr Ruban Paul Durai.. Ayahanda yang kaciskova...


Versi bebas (kenapa setiap gambar mesti je ada gaya bebas-cliche laaaa)

Berdiri dari belakang- Aini Faizi (Bintang), Haliza , Revathy (Akka), Husliza, Puveneswary, Syahida, Esther, Fadzilah, Azween, Norzienani (setia), dan Norazumiah
Duduk dari depan- Khuzaimah, Partiban, Aznan (Budi), Mr Ruban, Wan Tuty, sape ntah mamat ni dan Norazan...

Dalam versi yang lebih eksekutif baru je lepas mengadakan persembahan Koir di Teluk Intan

Pra-Cuti sekolah dan cuti sekolah bermula...

Hari terakhir persekolahan di Ipoh-Jumaat 20 November 2009- aku mentuju ke sekolah yang pertama tempat aku menjalankan tugas sebagai seorang guru- St Michael 1- niat super asal adalah untuk menghantar semula folio praktikum kepunyaan Ust Ery dengan Cikgu Azman, ingat nak berlegar2 di bilik guru saja dan terus balik.. tapi baru je lalu kat koridor sebelah kelas darjah satu.. anak2 kesayangan aku dah nampak dari tingkat tiga lagi aku berjalan dan memanggil-manggil nama aku. Sampai kat pejabat pun camtu jugak, diorg turun dan menyerbu ke arah aku. Huhuhu.. sangeeta gutawa keterharuan...

Kemudian aku meneruskan perjalanan menuju ke beberapa kelas lain. Aku mentemukan semula dengan guru pembimbing aku- Puan Suriahati Sulaiman.. sangatlah mesra beliau.. Beliau menasihatkan aku berjumpa dengan anak2 didik aku sebelum ini. Menuju ke 3 Bestari bertemu dengan Puan Sabariah.. Sebelum tuh ke bilik guru dan berjumpa dengan beberapa guru lain.

Di 3 Bestari aku nak jumpa Akim, Shaun, tapi 2-2 tak datang.. SEDEY... Takpelah, jumpa Qayum, Keith dan lain2.

Aku xkira, aku nak jumpa gak budak yang sorang ni.. calon UPSR (aku rahsiakan keputusan beliau kerana sangat la tidak kacis untuk dihebahkan) ISMA DANIEL.. Aku mula2 wat biasa je tapi aku tak tau la nape dia bila tengok aku, mesti dia kontrol semacam, masa tuh aku terserempak dengan dia sedang mentolong Ust Ery mengemas bilik SPBT dengan beberapa org lagi la.. Budak2 lain takde la macam dia yang asyik nak tunduk je, kemudian lari2 belakang almari (apa kejadahnya...)

Aku menangkap beliau dan inilah kenangan terakhir bersama beliau sebelum beliau melangkah ke tingkatan satu tahun depan.


Isma Danial


Qayum- aku tak tau la nape.. ke mana saja aku pergi dia ikut je aku.. Padahal masa aku jadi guru beliau, beliau selalu main dalam kelas.. Tak dengar cakap, tak dengar kata. Aku ada tanya dia ada jumpa mak dia tak, dia cakap weekend je jumpa.. sian.. Masa rehat, semua bebudak turun makan kat kantin, tapi dia maintain lepak dengan aku kat tingkat 3, aku tanya nape tak makan, duit xde.. aku bagi la RM2, pastuh suruh dia makan.. dia gi makan nasik.. Pastu dia mintak no phone aku.. unsangkarable, dalam kul 6 dia call, tanya tahun 4 nanti aku ngajar dia lagi ke tak.. Sedeynye.. sukarnya untuk aku terangkan apa itu guru praktikum kepada beliau. Bila aku cakap aku tak ngajar sekolah dia lagi, dia tanya aku nak ke mana. Aku cakap aku akan ke sekolah yang sebenar la.. Dia tanya lagi, sekolah mana? Isk.. susah benar aku nak menjawab soalan bebudak bijak ni..

Ni namenya Irham.. Aku letak sebagai penghargaan kerana menjadi photographer sepetang aku di St Michael tempohari.

Ashman.. budak ni macam nak dekat dengan aku, tapi saat2 akhir baru dia nak rapat...Dapat bergambar pun jadi laa

***Banyak lagi foto2 dengan anak2 murid,, tapi cukuplah setakat murid2 yang benar2 memberi aku kesan sebagai seorang guru pada suatu garis perkenalan yang bagi aku cukup indah.. hahahah,, cuma sedih sebab akim takde.. huem....

Bab seterusnya aku nak masuk dalam mode serius

Aku tak tahu la kenapa.. aku tak nak la dilabelkan sebagai masuk bakul angkat sendiri, tapi aku rasa aku memang seorang yang bahek.. Baheq giller... Aku memang mudah baik dengan semua orang tak kira la laki ke pompuan.. Dengan lelaki memang la biasa je dan tak obvious sangat, tapi bila aku baik dengan kaum Hawa ni aku kena bersedia dengan pelbagai perisai untuk menepis segala senjata yang datang selain sebagai pertahanan. Bila kita baik dengan hawa, kita kena tahu risiko, dengan orang bujang risiko dia macam ni, dengan bini orang risiko dia lain pulak. So pendek kata aku tidak ada menbeza2kan mereka melainkan ada level kepercayaan yang aku dah tetapkan. Ada yang aku percaya sikit dan ada yang banyak.

Bila kacip dengan perempuan bujang risiko yang ada ialah bila si dia dah ada balak.. Aku kena tetapkan batas2 supaya tidak terlebih. Dan aku tahu semua batas-batas itu. Bila aku tahu hati itu milik orang lain, aku layan seperti milik orang lain la.. Alah, ni bukan kali pertama pun aku kena terjah dengan balak orang, kalo dulu dengan P**D, (sekarang dah kawin pun dengan lelaki tersebut dan aku doakan kebahagiaan mereka kekal akhir hayat). Sekarang ni mentemu lagi dengan situasi yang sama.. Bagi aku dah expert menghandle semua benda alah ni...

Risiko yang seterusnya ialah, bila kacip dengan orang yang berlawanan jantina ni.. haaaa mulut2 tempayan yang tak bleh tutup, ada je yang bawak mulut jadi radio bergerak. Aku pun tak tahu la apa pekdahnya mereka meneka dalam kasmaran semua itu.... Yang pasti aku tahu siapa aku dan dia pun tahu siapa aku. Huh!!!

Seingat aku setahun dulu aku paling kacip dengan Emma, pun perkara yang sama terjadi. Seperti yang aku story kat atas, Emma maybe kawan aku yang paling kacip semasa aku di Vads KPV...kerana aku selalu je duk sebelah workstation beliau. Dek kerana tak tahan dengan gossip orang lain, beliau telah mentukar workstation dan duduk di kalangan perempuan sahaja.

Haa ni satu lagi citer yang aku ingat, lepas je Emma dah tak kacip dengan aku, aku baik pulak dengan Sally. Dia la jadi peneman aku kerana selalu berjimba bersama-sama sehinggakan workstation pun sebelah menyebelah. Aku ingat dengan Sally ni aku selamat la dari gossip, rupa-rupanya manusia tetap tidak puas dengan apa yang mereka lihat. Aku kadang2 tak faham kenapa mesti persoalkan kekacipan kami. Yang aku tak tahan bila aku dan Sally duk jauh2 diorang ingat aku dan Sally bergaduh pulak!!! Isk isk... Sally tu kan lelaki!!! Atau nama sebenarnya FAISAL!!!!

Rasanya entry kali ni macam nak cover 3 entry la plak, sebab ada 3 segmen kesemuanya.. Takpelah.. aku rasa biarlah semua tu.. aku tahu masa akan tentukan segala-galanya. Banyak lagi yang aku nak sentuh, maybe next entry.. Buat Sally dan Emma, maaf la sebab tersebut nama korang, aku just nak kaitkan dengan apa yang terjadi kat aku di sini. Walau apa pun berlaku, aku tahu ada seseorang di luar sana sedang menanti kehadiran aku. Aku yakin dan pasti...Renung-renungkan dan selamat beramal.


Sunday, November 15, 2009

Ipip-Satu Persinggahan

Haha.. saya dah lame mentidak mentulis sesuatu di sini.. 10 hari lagi sebelum semuanya mentinggalkan IPIP buat sementara. Mungkin ada lagi hari esok untuk saya datang lagi ke sini..
IPIP- Inst Perguruan Ipoh Perak.. dalam kenangan













Tuesday, November 10, 2009

Penghujung Rindu

Bila ke kekasih
Mengundang aku makan.....
Ops.. ter menyanyi lagu Si Jamal pulak..

Dah penghujung pun aku di pengKPLIan ini. Exam pun dah habis.. segala mak nenek assignment dah setel.. Ingat dah leh lupa la perkataan assignment tuh.. tapi tiba2 lak ada KISS M plak.. hoho mentemukan lagi dengan assigment yang boleh tahan la banyak. Penghujung Kursus ni banyak pulak dugaannya

Sejak akhir2 ni mereka semakin rapat pulak dengan aku. Kalau dulu aku selalu je ditinggalkan, tak nah nak tanya dah makan ke, nak ajak makan ke.. pastu aku pikir, nak buat apa terasa dengan diorang kan.. nak duk sini pun sampai ujung November je.. lepas tu ikut haluan masing2. Tapi dah dekat2 nak abis ni la diorang mula menjadikan aku wujud, menjadikan aku mencipta kenangan terindah pulak.. owh sadis bangat...

Menghitung hari yang berlalu bagai membuat aku rasa ngilu sangat. Dah la entry kali ni tak tau nak cakap apa. Asalkan ada la benda baru.. Okeylah....setakat ni saje untuk entry terlatest selepas dah tukar template baru ni yg agak kacis oh. Heheheh...

Thursday, October 29, 2009

Alang rebus tak empuk

"Tolong bukak paip air sekejap..." katanya pada aku sambil memegang hos getah dan dimasukkan hujungnya ke dalam tangki akuarium yang sudah siap dicuci. Aku bingkas bangun lalu menuju ke arah paip air lalu memulasnya dengan perlahan-lahan.

"Tolong pegang hos ni, tunggu air penuh, nanti tambahkan 2 penutup botol anti-klorin ke dalam akuarium. Lepas setengah jam, masukkan semula ikan-ikan ni dalam akuarium.." sambungnya lagi dan aku hanya membalasnya dengan anggukan. Mataku terarah melihatnya menuju ke arah belakang rumah dan hilang dari pandangan.

Selesai sahaja kerja yang diarahkan, aku menyimpan semula hos tu ke tempat asal. Aku menuangkan 2 penutup botol anti-klorin dan memasang semula penuras air yang telah siap dicuci. Kubiarkan seketika dan aku melangkah masuk ke dalam rumah.

Aku kembali baring di hadapan tv dan sambil menekan butang remote control itu memasang tv. Tak sampai 10 minit aku berbaring, terdengar sekali lagi namaku di sapa...

"Petang ni nak ke mana-mana ke?" soalnya (Ya Allah, aku rindukan pertanyaan seperti itu.) Tatkala itu hanya tinggal aku yang masih bercuti dan dia. Ibuku dan adik2 yang lain masing2 di tempat kerja dan sekolah.

"Tak kemana-mana..Kenapa?"

"Nanti tolong bawak kereta, nak gi bandar..." jawab dia sambil mengesat peluh di dahi...

Aku sekadar menganggukkan kepala. Inilah rutin aku setiap kali pulang ke kampung. Mesti menjadi driver beliau.

"Pukul berapa nak pergi?" soalku semula sambil melirik jam di dinding. Hampir jam 1230 tgh hari.

"Kalo dah siap, jom la sekarang..." aku mengangguk sambil menutup semula tv dan mengambil dompet dan telefon bimbit.

Aku menghidupkan enjin kereta beliau... masih seperti selalu, bunyinya sedikit menggerunkan kerana kereta yang hampir sebaya usiany dengan adik bongsuku yang kini sudah menjengah ke usia 21 tahun.

Beliau membuka pintu dan duduk di sebelah..

"Dah masak nasik?" soalnya. Aku hanya mengangguk. Selalunya macam itulah aku apabila hanya tinggal kami berdua. Ibu aku jarang pulang awal. Apabila aku yang jarang2 sekali pulang ke kampung ini, mestilah terasa ingin memakan yang sedap2. Kemudian aku meneruskan perjalanan ke bandar kerana beliau ingin mengambil duit di ATM.

Sepanjang perjalanan, hanya radio yang memecah kesunyian. Jarang sekali kami berbual, apatah lagi bergurau senda. Sesekali aku akan bertanya tunjuk arah atau tempat yang beliau ingin singgahi.

****

Nama aku sekali lagi dipanggil. Aku bingkas keluar dari bilik, mencari-cari suara beliau.

"Ada apa bah?"

"Tolong panjat sini jap, abah ingat mintak tolong pasang skru pada dinding tu.."

Aku mendongak ke arah yang ditunjukkan. Skru pada langsir hampir tercabut. Aku bergegas mendapatkan tangga berserta skru dan pemutar skru. Kemudian aku melakukan segala-galanya secepat yang mungkin kerana di astro axn sedang menayangkan cerita CSI:NY kegemaran aku. Aku tidak mahu terlepas siapakah pembunuh encik Thomas..

***

Aku berdiri di tepi beliau sambil mendengar setiap kata-kata beliau tentang komputer yang ingin diketahuinya.

"Jadi abah nak copy file ni nak pindah ke dalam folder lain lah, macam tu?" soal aku semula. Beliau hanya mengangguk.

Aku menghulurkan tangan aku, dan menggengam tetikus yang sudah beralih tangan itu. Setiap cara aku tunjukkan dengan satu persatu. Dari mengklik sehinggalah mencreate folder baru.

"Abah tak paham la.. Tunjuk laju sangat..." bicara beliau.

Aku mengeluh kecil, tidak berniat untuk didengari oleh beliau.

"Laju sangat la tunjuk cara kerja tadi, boleh tunjuk semula? Abah kan dah tua..." tambah beliau lagi. Aku hanya tersenyum..

"Apa kata abah yang buat, biar alang cakap, abah yang klik..." aku memberi saranan. Beliau hanya menganggukkan kepala. Tetikus itu sekali lagi bertukar tangan.

Satu-persatu aku menunjuk cara dan memberi arahan kepada beliau. Setelah berpuas hati, beliau pun berkata

"Okeylah, terima kasih..."

***

"Selasa depan Syawal ada appointment lagi dengan HUSM,alang kena jadi driver lagi eh??" kata beliau sewaktu kami tengah makan malam.

"Ok" tidak pernah walau sekali aku akan berkata tidak. "Ma tak kerja ke hari tu?" tambah aku lagi. Ma yang duduk di sebelah beliau hanya menjawab

"Ma ambil cuti la satu hari..." aku menganggukkan kepala dan meneruskan makan malam bersama mereka..

***

Itulah aku..seolah-olah terbayang lagi peristiwa-peristiwa yang lepas. Aku hanya berkomunikasi dengan abah hanya apabila dia perlukan aku. Aku tidak pernah tanya sihatkah beliau, gembirakah beliau. Entah kenapa tiba-tiba je aku teringat semua peristiwa tersebut sewaktu dalam kelas Pn Paramesh tengahari tadi. Hampir semua benda yang dikuliahkan oleh beliau tidak meresap pun di dalam otakku. Yang pasti aku menangis lagi. 4 bulan telah berlalu...

Tuhanku.. ampunilah dosa-dosa beliau. Kau tempatkan lah beliau di kalangan orang yang kau sayangi, sampaikan doaku kepada abah yang berada di 'negeri' sana. Kadang-kadang bermain2 difikiran aku, kenapa abah pergi dahulu, kenapa tidak mereka yang lebih tua, yang dah lama menderita penyakit sampai bertahun2 lamanya. Kenapa tidak tangguhkan dahulu perjalanannya ke sana.

Tapi bak kata semua orang, Allah lebih menyayanginya, sebab itulah Allah menjemputnya dahulu. Sebab itulah, Allah ingin mengingatkan kepada kami semua bahawa setiap yang hidup pasti mati.

Aku menggodek2 semula folder2 yang lepas, cuba mencari sedikit kenangan bersama beliau, selain dari segala kenangan yang tersemat di hati, inilah satu-satunya gambar yang terakhir yang ditangkap secara tidak sengaja oleh adik aku. Terima kasih abah...




Tuesday, October 27, 2009

U have new message!!

Macam biasa...bukak PC, bukak FB, check new notifications, bukak blogger... carik komen...xde sape nak komen.. check sape2 ada new update... balik kepada FB.. bukak restoren city...bukak barn buddy, bukak happy aquarium... pastu mentengok semua2 tuh.. dah jadi addict pulak dengan games dalam FB ni..

Latest post- mengkopi, mengepaste dan mengepos..-> setakat mengkopi-paste dan post.. apa la sangat.. boring sangat...(bak kata SETIA-- ELEH, setakat post benda yang di COPY, beliau pun mampu menghasilkan tesis untuk di post kan..)-Aku pun pikir camtu gak... setakat post warkah dari bintang (bukan bintang2 ke syurga yer..) yang dicopy-paste kemudian ngaku ada peminat la kononnya.. hahahaha...sayu dan terharu jugak membacanya..(terharu ke??)

Weekend yang lepas macam cepat sangat berlalu..sekejap je dah dekat nak exam final.. kalo kira 2 minggu je lagi (xsampai 2minggu pun..) status pelajar di IPG Ipoh akan gugur bagaikan bunga yang berguguran..dah nak abis pura2nya persinggahan aku di sini.. Dari hari pendaftaran hari tu.. sehinggalah aku bakal mentinggalkan Ipoh-macam mustahil la nak dapat posting kat Ipoh ni... Huhu.. kiranya dalam sejarah hidup aku, ada jugakla negeri di Utara Semenanjung ni menjadi persinggahan aku sementara...

Isk isk isk.. macam nak rewind balik je masa.. dah suntuk gile untuk penstadian.. ni duk mentulis blog ni kira dah buang masa jgk laa (takpe.. aku set 30 minit untuk mentaip apa yang terlintas buat masa ni)

Ah.. buang masanya aku mentulis semua ni...baik aku menstudy Ilmu Pendidikan.. Ya Allah, rasa macam aku la paling lemah dalam kelas.. satu haper pun tak ingat lagi.. at least kakak2 lain ada la jugak yang cair di mulut, bukan di tangan (edisi iklan MnM - M????)

Baru2 ni ke Pasir Salak-motifnya adalah untuk mencari shot yang terkacis... Dan kesudahannya shot2 yang terkacis tidak dapat diupload lagi buat masa ni kerana kesuntukan masa.. ada masa Insya-Allah aku akan upload...

Minggu ni saya sangat rajin mempergi ke Padang Polo untuk membuang angin di sana (motif buang angin di sana???) sambil membuang tebiat... Dan membuang sampah.. Niat asal saya adalah untuk kesihatan (apabila Abuzar bertanya- kenapa berlari2 anak di sana). Padahal niat yang super asal adalah untuk membuang lemak yang sangat2 diingini oleh bintang (bagi lemak ko kat aku laa!!- kata beliau apabila saya menyuarakan saya sangat gomuks)

Jadi semalam adalah terlatest saya berlari2 anak bersama2 rakan2 seperjuangan yang lebih kurang 400 orang (apabila dicampurkan kesemua makhluk yang turut berlari2 anak di sana) semuanya. Sambil berlari sambil mencari si baju putih dan seluar biru (kaler target setiap hari dan sampai ke saat ini masih berjumpa target yang diingini)- Kaler target kawan saya semalam adalah hitam dan merah-> memang ada target beliau yang kacis... so mungkin hari ni dia mentukar kaler baru sebagai target...

Jadi.. dah hampir 30 minit.. setakat ini dahulu saya mampu mentaip.. selamat study, renung2kan dan selamat beramal..

Sunday, October 25, 2009

Warkah Dari Bintang ...(darinya untukku)


YA ALLAH..
sekiranye suamiku ini adalah pilihan mu di ARASHI
berilah aku kekuatan dan keyakinan utk terus bersamanya,
sekiranye suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku di titianmu.
kurinakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untkku di JANNAH MU...

Limpahhkanlah aku dgn tunduk dan tawduk akan segala perintahnye
Sekiranye suamiku ini adalah yg terbaik utkku di DUNIAMU.

Peliharalah tingkah laku serta kata-kata ku dari menyakiti perasaannya.
Sekiranya suamiku in jodoh yg dirahmat oleh mu.
Berilah aku kesabaran utk menhadapi segala kerenah dan ragamnye.

Tetapi YA ALLAH...
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bkn utk diriku seorang..
kau tunjukanlah aku jln yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu.
Sekiranya suamiku tergoda dgn keindahan duniaMu.
Limpahkan aku kesabaran utk terus membimbingnya.
Sekiranya suamiku tunduk terhadap NASFU yg melalaikan.
Kurniakanlah aku kekuatan mu utk aku memperbetulkan keadaannya.
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan kau pandulah aku utk menarik dirinya keluar terus terlena.

YA ALLAH...
Kau yg maha mengetahui apa yg terbaik utkku jugalah yg maha mengampuni segala kesilpan dan keteanjuranku.
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan.
Bimbinglah aku ke jln yg engkau redhai.
Sekiranya aku lalai dlm t'jwbku sbg isteri.
kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di AKHIRAT MU.
Sekiranya aku engkau dan DERHAKA berilakanlah aku petunjuk ke arah RAHMATMU.

YA ALLAH SESUNGGUHNYA....
AKU....lemah tanpa petunjukMU.
AKU....buta tanpa bimbingan MU.
AKU....cacat tanpa hidayah MU.
AKU....hina tanpa rahmat MU.

YA ALLAH...
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala
cubaan dan dugaanMU
Jadikanlah aku ISTERI yg disenangi SUAMI.

Bukakanlah hatiku utk menhayati agama Mu.
Bimbinglah aku menjadi ISTERI soleha.

Hanya padamu YA ALLAH ku pohon segala harapan...
KERANA...Aku pasrah dgn dugaanMu.
KERANA...Aku sedar hinanya aku
KERANA...Aku insan lemah yg kerap keliru.
KERANA...Aku leka dgn kehidupan duniaMU.
KERANA...kurang kesabaran ku menhadapi cabaran dan dugaanMU.
KERANA...pendek akal ku menharungi ujianMU.

YA ALLAH YA TUHANKU....
Aku hanya ingin menjadi ISTERI yg dirahmati..
ISTERI..yg kasihi
ISTERI..yg solehah
ISTERI..yg sentiasa di hati
AMIN...AMIN..YA RABBAL ALLAMIN.

Jadikanlah daku SRIKANDI
penyejuk di mata....
penawar di hati....
di dunia dakulah penyeri...
di syurga menanti daku BIDADARI...

HOPE DIS WILL B REMAIN 4EVER..



ur luv,
NIZ

**Bukan Si Bintang2 Ke Syurga yea... dia dah jadi bidadari orang lain-encik Suaminya laa

Sunday, October 11, 2009

Seketika Menjadi Seorang OKU (Tiada Perjimbaan Dalam Kamus Hidupnya)

Argh..................... Sakit itu datang lagi. Darah sudah menjadi kering, tapi cecair kristal berwarna kuning akan terkeluar apabila ada kupingan yang merekah (hanya kerana aku melakukan streching pada lutut). Lap2 ... cium2 takde bau pun.. hanya bau ubat yang menusuk.

Kini baru aku sedar.. betapa nikmatnya kurniaan yang Allah berikan pada aku.. dapat berlari, dapat berjalan, dapat menyentuh air dengan sewenang-wenangnya.. Dapat berjimba... Arh.. weeken yang sangat loser bagi aku sepanjang semusim di Ipoh ini.. Tidak dapat berjimba-jimba seperti selalu.

Jadi orang sakit ni dah macam OKu- keinsafan yang datang sekejapan cuma.. tapi masih menginsafi diri apabila menlihat muto2 yang berlarian menderu di atas jalan raya sambil menelan asap seolah-olah tiada esok lagi untuk mereka

(Ketermenungan sekejap.. Sejak bila aku menjadi orang yang pandai menyusun ayat ni??? Sangat tidak kacis)

Sangat ketiadaan idea untuk meneruskan bait kata-kata.. sampai jumpa lagi, renung-renungkan dan selamat beramal....

Wednesday, October 7, 2009

Malang Tidak Berbau.. Tapi Malang Berbau Ubat Gamat

Hari - Rabu
Tarikh - 7 Oct 2009
Time - lebih kurang 12.45 pm
Aku accident - 1st time dalam sejarah hidup aku dan melibatkan 2 buah muto
Salah aku - laju
Salah mamat sorang lagi - Dari lane kiri nak belok ke kanan direct tanpa tengok cermin sisi
Kesan dan akibat - aku mc sehari setengah. Luka dan kepedihan yang amat.
Korang tengok dan rasai la sendiri. Semoga dapat iktibar,

Lutut sewaktu pulang dari Klinik Tg Rambutan

Jari selepas dirawat

Keadaan fizikal mangsa

Keadaan fizikal mangsa 2

Kesan akibat balutan tidak kemas - 2 jam selepas kejadian

4 jam selepas berbalut, balutan dibuka supaya kapas tak melekat pada luka kering

Rawatan dari pak bidan kita (Encik BUDI)

Best kah kalo luka2 ini terdapat pada lutut anda??



Pakaian sewaktu kejadian..

Barang bukti kejadian - aku pakai 3 lapis, tu pun tercalar jugak kat atas bahu...


Ingat-ingatlah selalu.. bawak la muto macam pelesit lagi - aku nasihat diri sendiri. Esok MC, so kelas pun tak dapat nak hadir.. Hari ni memang tak kacis bagiku...

-untuk acit - kalo terbuka blog ni, senyap2 sudah, alang xde paper.. Belalang Tempur pun hanya mengalami kecalaran yang sangat minima. Sayang muto beb, tuh yang rela sambut muto dengan badan sendiri.. hahahaha.. Seluruh badan berbau ubat gamat yang sangat tidak KACISSSSSS OH

Kesempatan ini jugak ingin mengucapkan semoga sorang lagi kakak KPLI yang di saspek cikencop, ops, ciken pop supaya saspek semata-mata, bukan ciken pox, chicken chop okey gak..

Renung2kan dan selamat beramal!!!!



Blog cikgu Aznan

Kepada Setia, dan bintang.. ini dia blog KU kita...

tak lupa kapal pun bleh join...


last update-July 2008

ask him to hapdet lah!!!

Monday, October 5, 2009

Sehari bersama Puan Isteri dan Miss Bujang

Isnin 5 Oktober 2009- Minggu ke 2 kelas selepas Praktikum... hari ni baik tak yah pergi ke kelas.. pergi pun sekadar untuk memberi tahu yang aku iron baju hari ni,, akak2 lain sekadar membazirkan make-up saja.. langsung ketiadaan kelas pada hari ini dari. Kalo diikutkan jadual kelas di atas (ihsan Mohd Pratiban-terima kasih) ada kelas BI pada pukul 8 dengan kelas Muzik pukul 1230.. dah masuk pukul 10 baru cakap kelas batal kesemua sekali.. Takpe laa.. alang2 berada dalam mode kacis.. menangkap gambar sebarang 2 keping (2 apa, berkeping2)..

So.. kelas hari ini telah menjadi kelas menangkap gambo dan kelas mentuju ke Tesco Extra

Bersama Miss Bujang sebelum menjemput Puan Isteri menturut serta


Bersama Puan Isteri sebelum bergerak ke Tesco


Mencari shot terkacis sebelum diupload


Kakashi(da) yang super garang semasa beliau menjadi seorang sensei


Perbincangan hangat mengenai jumlah jisim dalam badan (sangat Ilmiah)

Nazir jemputan dari Colombia

Selepas mengalami kesakitan hati yang amat kerana ketiadaan kelas, kami yang terdiri dari Puan Isteri, Encik Bujang, dan Miss Bujang pun meneruskan kelas kami di Tesco Extra saja....

Pemilihan penting dari segi jenama, kuantiti, kualiti dan HARGA..-kata Puan Isteri.
Aku ni berlakon sajah sebab M nak amik gambar - tambah Miss Bujang..


Miss Bujang yang sedang berangan untuk barangan anak beliau


Miss Bujang dan Puan Isteri sedang meneliti tarikh luput sayo2 ini.


Camni caranya kalo mau tahu sayo2 ini masih bisa ditelan -kata Encik Bujang sambil mentry untuk menguji kekuatan gigi beliau.
Ko ingat aku tak pandai mentry ke???- balas Puan Isteri (gambar Puan Isteri sedang mentry terpaksa tidak disiarkan kerana lebih ganas dari Encik Bujang dan sangat tidak sesuai untuk tontonan umum...

Puan Isteri sedang meneliti kekacisan daging rusa..
Mesti Qaireen suka nih-ujar beliau

Dah terpaksa berlakon sebagai Encik Suami pulak -hanya untuk membawa bakul saja...

Lakonan yang mantap..lakonan seolah2 berduit sedangkan just do it!!

Sessi pembayaran oleh Puan Isteri
Kenapa Encik Suami tak bayarkan?- tanya miss cashier
Dia tuh Encik Pokai- balas Puan Isteri.

Sessi menimbang badan Puan Isteri...

Hasil berat beliau.. (oh 2 kali Puan Isteri adalah seorang Encik Bujang)