Yak yak yak… sudah seminggu aku di Ipoh… sudah 2 minggu umat islam menjalani ibadah berpuasa. Aku? Aku masih di sini, macam dulu. Yang aku tahu, life must go on. Kita yang hidup mesti teruskan hidup sebelum nyawa bercerai dari badan.
Sejak 2 bulan yang lepas, aku semakin dingin.. Semakin cepat sensitive, semakin mudah melenting. Aku sendiri tidak tahu kenapa.. Sesetengah orang yang kenal aku akan cakap macam tu, dan sesetengah orang yang tak tahu apa2 akan membiarkan aku terjun dengan labu2 ku
Seminggu pertama di Terengganu
Hari minggu di Ipoh menyaksikan kebosanan yang amat.. Masa berbuka aku teringatkan ma dan adik2 di rumah. Macam mana agaknya keadaan ma ek? Dah la setiap hari aku perhatikan dia mesti tak akan makan sewaktu azan maghrib berkumandang. Hanya aku dan adik2 yang lain saja yang menyentuh makanan. Makan pun dah kurang. Asyik teringat kat arwah.
Hari ke3 puasa hari tuh adalah hari Isnin, pagi2 lagi aku dah bangun sebab ma ajak turun ke rumah YB. DIa nak mintak tolong dengan YB supaya aku dapat posting at least dalam Terengganu. Macam mana ni?? Aku tak reti nak jawab apa. Dalam hati aku ingin merantau lagi, tapi janjiku pada arwah akan menjaga adik2 ku kemana sahaja aku pergi membuatkan aku terikat dengan permintaan ma.
YB pun satu, dah dekat kul 9 aku tunggu, bibik dia cakap dia masih tido. Lepas tuh dah la nak kena hantar acit plak kat stesen bas, bas kul 10. Nak tak nak dalam 930 aku chow tanpa jumpa YB.
Lepas hantar Acit, aku pergi pulak ke bangunan Yayasan Terengganu, nak mintak tolong dengan Pengarah Yayasan Terengganu plak. Call dia cakap ada meeting kat TTI, cakap dalam kul 11 habis la meeting. Sudahnya, kul 130 baru si pengarah balik. Dapat jumpa dia sekejap citer pasal pertukaran posting tu, blah… Singgah kat sabasun beli lauk kendian sampai rumah terus collapse kecempreng..
Hari ke 4 puasa – Selasa – menuju ke Kota Bharu untuk ke Hospital HUSM.. Ada appointment untuk Syawal. Sedih giler.. selalu kalo ke sana mesti aku drive dan abah ada di sebelah. Selalu ada je orang tegur aku bila aku ter tekan minyak lebih sikit, ada je suara suruh aku perlahan kan kereta, tapi kini tiada lagi. Hanya radio yang bersuara.. Ma hanya melayan perasaan. Aku tak tahu apa yang bermain di fikiran dia sekarang. Sesudah setel HUSM, balik KT sampai dalam kul 3, collapse lagi….
Setiap hari rutin tidak berubah. Bersahur,.. puasa… ma buat keje rumah, sampai berbuka, pastu dalam kul 10 dah tido. Sedih aku melihat ma dan adik2. Bilik besar yang tersergam itu, ruang tamu juga yang menjadi pilihan. Katil nan empuk bercadar baru, toto juga yang menjadi alas kepada badan. Ma tak sanggup tido dalam bilik kerana selalu terkenangkan arwah… ada satu helai baju arwah yang selalu dipeluk dan dicium oleh adik2 sampai ke hari ini tidak berbasuh. Aku sayu.. kenapa abah pergi Ya Allah..
Seterusnya aku menerima satu sampul surat bersaiz A4, ada banyak surat2 dari a. ngah dan tugas aku ialah menziarahi setiap bank yang ada akaun ayah aku dan meminta supaya membekukan segala transaction akaun ayah aku. Ada dalam 7 semuanya aku bermula dengan AM bank-Affin-RHB-Tabung Haji- BSN- Bank Rakyat- Mayban.. Setel walaupun ada yang tak dapat dibekukan. Huhuhu…
TV2093 ku hantar ke bengkel kerana ku ingin membawanya ke ipoh. Hampir 1.8K juga berhabisan dari menyervis enjin. Membalance, menukar minyak itu, minyak ini, menukar tayar.. huhuhu.. membeli bateri baru tidak dilupakan. Aku pada mulanya keberatan juga untuk membawanya ke Ipoh, tapi setelah di yakinkan oleh abang Ngah.. kugagahkan jua kaki menekan minyak..
TV di Ipoh…
Hampir tidak dapat dipercayai.. TV dapat juga kupandu melepasi Gua Musang, mendaki Cameron Highlands dan akhirnya selamat sampai di Ipoh. Perjalanan yang memakan masa 7 jam itu sangatlah tidak kacis. Dahlah drive dalam berjaga-jaga. Setiap saat aku berdoa agak kereta itu membawa tuah sepanjang perjalanan aku ke sini. TV oh TV, tadi aku tak tahu kenapa ada something tak kena masa aku tutup pintu kau tadi.. Janganlah merajuk Sayang….
Bukti TV kini di Ipoh,gambar ini di ambil di sekitar Lakeview Tambun.
Dalam masa seminggu jugak aku telah di observe sebanyak 2 kali oleh MR LIM. Yang pertama tuh sangatlah kacis sampai berbakul2 dia asyik puji aku nyer P & P (sampai aku tengok si Aznan dah berbulu mendengarnya… hahahah) kemudian hari kedua, bebudak buat hal, dah la p & p ada yang tak sempat nak buat sebab masa, kemudian Dante plak buat hal masa P & P berjalan (siapakah Dante? Ini la yang aku guna untuk menaip) langsung tiada pujian untuk penilaian ke 4. Akhirnya aku menunggu penilaian yang terakhir dan mengharapkan semuanya berjalan lancar meskipun tidak mendapat cemerlang (nak ke??? ).
Minggu ni aku tak sure kenapa tapi setiap cikgu mesti tanya bila abis.. Nape? Dah boring sangat ke tengok kitorang?? Hahahaha.. Nanti kami pergi la cikgu2 oi..Aku pun dah tak dekat sangat dengan bebudak, nanti sedih plak bila dah terpaksa pergi.. Kesian diorang.. hehehe…
Minggu ni aku tak sure kenapa tapi setiap cikgu mesti tanya bila abis.. Nape? Dah boring sangat ke tengok kitorang?? Hahahaha.. Nanti kami pergi la cikgu2 oi..Aku pun dah tak dekat sangat dengan bebudak, nanti sedih plak bila dah terpaksa pergi.. Kesian diorang.. hehehe…
Setakat ini sahaja dulu.. nak sahur dan tidur... Kok ngantuk bangat ini..
Pesanan untuk Nani- ko dah maju, dalam 2 bulan je dah menyamai aku bilangan post n3 ko..konon tak pandai menulis.. cet!! Aku amik masa 4 bulan gak untuk 12 n3. hahaha.. assalamualaikum...
Psst.. blog aku tak pernah tak ada gambar.. mesti ada gambar.. baru KacisSSS!!!
Psst.. blog aku tak pernah tak ada gambar.. mesti ada gambar.. baru KacisSSS!!!
7 comments:
iyo la...aku ni bknnye hardcore photographer mcm ko ngn aini...sepanjang mase dok ngusung kamera @ hp berkamera nk amik gmbr...ade je bnda nk di amik utk post dlm blog.
lg satu...cara ko memberi pesanan tu ala2 gaya sorg guru memberi kata semangat kepada anak muridnye la..hohoho..
itu menandakan camera aku dengan M sungguh kacis dari hang.. cybershot
1. bukan tak reti tuh. saje je malas tu... gagagaaa...
2. m terjun dengan labu-labunya. mari kita selamatkan labu itu... buleh buat sira labu. sedap tuh...
3. posting kat ganu? jomlah pergi sabah ke sarawak... T________T
4. teevee di ipoh. jom buat ombak untuk teevee. teevee yang retro ~ feel macam naik PAH dengan ali dan abu. super kacissss walaupun takdok radio... gagagaaa...
5. selamat berpuasa. selamat hari raya... jom pergi beli baju raya kat PKNS.
TV tadak radio pn xpe...M kn radio bergerak...walaupun slalu salah lirik...hahahah..
tp make sure org sebelah leh tahan telinga key...
nani. mari kita mengumpat... suara m tu kalu cakap ~ sedap... kalau nyanyi... sabar ajo laa. gagagaa...
weh... kita duk menkumen kat blog dia ni macam berchatting tapi dia takder ke perasaang nak reply ye ? heran sungguh aku dengan beliau itu.
betul...betul..betul..rase2nye telinga ni dh lali merangkap sebati dgn dendangan lagu2 pelbagai stesen dan genre yg disumbangkan oleh m..melayu..english..indon..hindustan..tamil..korea...cina...jepun...
hohoho...mmg penyanyi versatile la..
xpe...m pasti redho dgn segala komen2 kite ni...m..anggap la sume ni komen membina dan pmbakar semangat ko ye..heheh..walau cmne pn hasil yg keluar dr mulut ko...kami2 ni tetap pendengar yg setia...SANGEEEEETAAA....
Post a Comment