Saturday, July 10, 2010

Aku Punya Seorang Adik Pompuan Yang Jahat


Aku ada sorang adik pompuan yang jahat. Dia memang jahat. Diulangi.. sangat jahat. Apa yang jahatnya? Beliau telah memusnahkan program diet aku kerana aku telah menambah nasi sebanyak 2 kali akibat lauk telur masak merah yang dimasak oleh beliau. Jahat kan beliau???

Lepas makan aku kuar ke tapak perkhemahan pengakap bebudak sekolah aku. Kat sana Cikgu Nasri tengah tunggu aku dan Cikgu Syed sebab nak ajak minum. Oh, minum je... Aku kan dah sarat makan telur masak merah tadi.

Lepas cikgu Syed sampai terus menge'kol' cikgu Zamli pulak supaya 'minum air' same2.. Aku pun follow je la... Sampai kat restoren MONTANA ke Montoya ke apa tah aku pun lupa, masing2 order la air. Tiba-tiba aku terdengar suara jahat dari mulut cikgu Nasri

"Siakap ada???" soalan itu dituju kepada pelayan

"Ada..."

"Siakap 3 rasa okey?" tanya Cikgu Nasri pada jemaah yang mempolo dia...

Kemudian aku terdengar beberapa lagi perkataan yang bunyi nye lebih kurang macam ni

Nasi putih 6
Tomyam campur untuk 2
Telur dadar 2
Ayam Halia 2
Kailan 2

semua untuk 2 orang makan....

.........................................................AAAAAHHHHHHH.........................................................

Cikgu Nasri pun jahat macam adik aku jugak ke????

-thanks sebab makan free... hahaha

2 comments:

Aini Faizi Jaslan said...

kasi lupa pasal diet.. makannnnnn!!!

marina anakcikbob said...

sungguh jahat! sebab xbelanja aku sekali. hahaha..

Post a Comment