Friday, October 1, 2010

Kenapa aku yang dicari????


Pagi ini (30 Sept 2010) agak dingin mungkin kerana semalaman hujan membasahi bumi Kuala Terengganu ini membuatkan aku menjadi sedikit terbersin beberapa kali. Setelah memparkir (memang parking kereta dalam BM - parkir eh?) LCD aku di bawah pokok (kerana aku selalu sampai ke sekolah dalam pukul 730am, sah sah aku takkan dapat parking berbumbung punye) aku menteruskan perjalanan menuju ke bilik guru.

Aku berjalan perlahan2 macam biasa melalui taman bunga yang sebelah makmal komputer dan selalu aku mentegur makcik tukang kebun. Macam biasa salam diberi dan balasan dari makcik sedikit berbaur gelak kerana aku selalu mengucap salam dalam bahasa Alien.

Sesampai ke bilik guru aku lihat kebanyakan guru berada di tempat masing-masing. Aku mentuju ke arah meja aku dan meletakkan beg yang aku galas di kerusi. Ustazah A yang ku panggil akak sedang sibuk menulis Rancangan Pengajaran Harian yang tertunggak selama seminggu.

"Sibuk nampak?" soal aku sekadar berbasa basi.

"Seminggu M nak kena siapkan RPH ni. Dok sabor rasanya nak gi jalan2 Selasa depan" balas Ustazah A.

"Tuh la, last kan nak bersama-sama dengan budak2 6 G ni" balas aku.

"Tahun depan M dah takde la Hisham lagi...." kata beliau semula. Aku sekadar tersenyum.

Selang beberapa saat perbualan aku dan ustazah terhenti, kelihatan kelibat PK Hem menjenguk ke dalam bilik guru.

"Sir mana???" soalan yang diajukan oleh beliau membuatkan aku terasa seolah-olah soalan itu di ajukan kepada aku. Bukan apa, hanya aku guru BI lelaki (setakat ini) di sini. Dan panggilan itu menambahkan lagi rasa memang aku yang beliau maksudkan. Belum sempat aku menjawab, mata beliau terarah ke arah aku.

"Sir ada sikat rambut?" soalan kedua yang diajukan membuatkan aku bertambah bingung, kenapa seorang ustazah yang bertudung lengkap memerlukan sikat rambut dari seorang aku yang lelaki ini?

"Ada, kenapa?" soal aku semula. Kemudian dia mengundur dan kelihatan seorang pelajar yang tersangat amat paling aku kenali muncul dari belakang beliau. WKH??

"Tolong sikat rambut dia, dah berkali-kali bagi amaran jangan buat fesyen ni datang ke sekolah, masih nak kekal macam ni jugak..." tambah Puan PK Hem lagi. Kelihatan WKH sengih-sengih menuju ke arah aku.

"Saya jumpa dia dalam kelas, padahal semua pelajar tahun 6 yang lain ke surau untuk membaca Yassin, dia ni pula sedang bermain e-book dalam kelas, terus saya cari kamu M"

Aku hanya mendiamkan diri, begitu juga dengan WKH, dia tunduk saja.

"Nah, kamu sikat rambut kamu, jangan buat fesyen trojan macam ni lagi" aku menghulurkan sikat aku.

"Sir la sikat..." suaranya tersekat2, kemudian aku dapat melihat hidungnya menjadi merah dan ada air mata jernih mengalir.

Adegan yang begitu menarik perhatian turut disaksikan oleh beberapa orang guru yang berada dalam bilik guru.

"Pasal apa pulak kamu menangis ni?" soal aku melihat semakin laju air mata yang merembes keluar. Dia hanya mendiamkan diri.

"Sikat la M" balas Ustazah A yang berada di belakang meja aku. Aku menyikat rambut WKH perlahan-lahan, ternyata rambutnya kembali terpacak.

"M, gi basuh rambut dia biar senang sikit nak sikat..." tambah Puan PK HEM. Aku lantas bangun dan menarik WKH keluar dari bilik guru. Pada masa yang sama kedengaran Puan PK Hem masih bersembang dengan guru-guru lain berkaitan dengan WKH aku tu.

Aku membawa WKH ke arah sinki yang terletak di luar pejabat. Aku membasahkan rambutnya dan menyikat rambutnya ke belakang. Kelihatan beberapa pelajar lain turut melihat ke arah beliau dan berbisik sesama sendiri.

"Hisham, kat mana PK jumpa kamu?" soal aku.

"Kelas"

"Kawan-kawan yang lain?"

"Surau"

"Kenapa kamu tak ke surau?"

Diam....

"Saya nak kamu ke surau lepas ni, boleh?"
Angguk..

Aku mengesat airmatanya dan menyuruhnya turun ke surau. Dia lantas berlalu dengan fesyen baru - rambut belah tepi!!!!

Ustazah A tersengih melihat aku kembali semula ke arah meja aku.

"Baru je cakap pasal Hisham, dah muncul...." katanya.

"Itu la pasal... saya jugak yang orang cari..."

"Itu la, mujur dia cari M, kalo cari cikgu XXX, mesti dah kena cantas rambut Hisham tadi..." tiba-tiba cikgu Z di belakang menambah. Aku berpaling, hampir 10 orang guru perempuan semuanya menyaksikan kejadian tadi, termasuk la guru kelas Hisham sendiri, kak R. Aku mendiamkan diri sahaja meneruskan kerja2 aku yang tertangguh tadi.


Keakraban aku dengan WKH memang sangat ketara agaknya sampaikan setiap apa sahaja yang ada kaitan dengan beliau, pasti aku yang orang cari. Pernah sekali sebelum ni beliau tidak memakai tali leher, lencana sekolah dan stokin, guru disiplin sekolah datang menegur aku tentang cara WKH berpakaian. Tanya kenapa budak WKH tu tidak berpakaian lengkap. Aku gelak, aku bukan bapaknye... Kenapa tanya aku???

Kemudian, kedatangan budak tu ke kelas tambahan turut merosot, kadang2 datang, kadang2 tidak. Soalan yang sama turut ditanya kepada aku. Kenapa aku yang dicari kalau ada kaitan dengan WKH????

Siapa WKH??? Sila rujuk n3 sebelum ni.


Menghitung hari untuk lawatan ke KB pula 5 Oktober 2010 ini. Masih membawa tahun 6 dan partner aku dalam bas of kos la WKH!!

3 comments:

Aini Faizi Jaslan said...

x tahu nak comment camno.. sedih pun ada.. biasa pun ada.. hehe.. mesti cikgu yang dia paling igt nanti adalah M..

whitelilies island said...

tersentuh la baca entry nih.. terigt kat cikgu english aku dlu.. aku suka dia.. aku sanggup bljr sggh2 utk score just nk kan attention dia.. huhuh

Mr M said...

Erm...what i did to him akcelly what had i experienced before from my BM teacher. Usia dia masa ngajar aku sama macam aku skang...

WKH sangat manja - tak macam Sir dia skrang dgn guru BM dia dulu.... heheh

Post a Comment