Tuesday, July 5, 2011

10 Perkara Pelik Minggu Ini



Akcelly minggu lepas punya perkara

1. Aku minggu lepas sangat pelik sebelum nak pergi berjimbaan ke Perak. Yang pertama aku asyik update status dalam FB (yang mana aku jarang atau kadang-kadang memang bukan aku lah namanya kalo update status dalam FB)

2. Bila dah update status pulak aku tak sanggup nak tengok ada orang LIKE or komen sebab aku bukan update sebab nak mengharapkan LIKE.

3. Sepanjang perjimbaan aku asyik berdoa semoga selamat pergi dan selamat pulang. Yelah, dah lah perangai aku pelik semacam je sebelum pergi, nanti kalau ada apa2 berlaku, "patutlah dia lain macam je sebelum ni" ... Kan tak best tu

4. Yang ni tak pelik, aku selamat kembali. Alhamdulillah

5. Minggu lepas aku naik hantu dengan sekor perangai anak murid aku. Jantina dirahsiakan. Sebab apa naik hantu, sebab perangai macam hantu. Setengah jam membebel tanpa henti. Semua murid kagum (kagum ke?).

6. Dah lepas marah aku terpikir balik, apasal la aku marah. Aku ni sebenarnya bukan cikgu yang garang, tapi ada sebab yang buat aku naik hantu minggu lepas.. Kes aku dilahanat oleh orang lain then aku lepas geram kat bebudak.

7. Sampai hari ini budak yang aku 'hot-temper'kan itu tidak pernah bertembung dengan aku lagi. Ye lah, hari aku hot Khamis. Jumaat cuti. Semalam takde kelas pulak dengan diorang.

8. Semalam aku wat extra kelas dan tidak berkecil hati pun dengan mereka yang balik tanpa izin...

9. WKH aku si S tiba2 nak masuk extra kelas aku.... (pelik la sebab aku tak ajar kelas dia)

10. Hari ni aku sangat rajin nak update Rayap pepagi buta (bertambah2 lah pelik)

2 comments:

whitelilies island said...

hahaha pelik2

Anonymous said...

Jommmm pi holiday pulau kapas =)

Post a Comment