Thursday, July 28, 2011

Dia Datang Mencari Aku

Lepas je abis Trial UPSR 24-26 Julai 2011, pada 27 Julai 2011 terus diadakan Kem Sinar UPSR (kira kem untuk bagi harapan lagi la kat bebudak ni, dengan harapan sinar akan terus bersinar la kaedahnya kan?)

Tentatif program bermula di surau sejak awal pagi. Kira pembuka majlis ialah program membaca Yasin dan sembahyang hajat. Lepas sembahyang terus dibawa ke makmal komputer kerana fasilitator sudah berada di sana..


Seawal jam 9 pagi, aktiviti pertama ialah pembahagian kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 7-8 orang dan semua pelajar dicampur. Seharian aktiviti adalah aktiviti di dalam makmal saja..



Time makan2

Program Kem Sinar Upsr ni kalo kira sehari suntuk dari pagi sampai malam. Dan malam nya diadakan program bacaan Yassin dan sembahyang hajat bersama-sama ibu bapa.

Selepas selesai majlis bacaan Yassin dan solat Hajat, para pelajar dan ibu bapa bergerak ke kantin kerana ada program muhasabah (dimana program yang konfem nangis2 punya) Nak dijadikan cerita, semua pelajar boleh dikatakan ibubapa masing2 datang untuk turut serta dengan program kali ini. Ada la sorang budak jantan yang mak bapaknya tak datang...

Sebahagian daripada pelajar ketika program muhasabah

Kan siap2 nangis tu.....

Dan budak yang aku ceritakan tadi, parentsnya tak datang... So lepas je abis zikir munajat dan renungan tentang ibu bapa, fasilitator mensuruh semua pelajar mencari ibu bapa masing-masing. dengan tangisan penuh kesyahduan.. pelajar ini datang ke arah aku. Series sedih gila masa aku tengok muka dia. Dah la menangis gila2, pastu mak bapak lak tak datang.. So..dia datang kat aku sambil aku tenangkan dia.. Tapi x lama, sebab tugas aku amik gambar.... so aku tinggalkan dia sorang2 kat tepi manakala pelajar lain semua mendapat dakapan ibu bapa masing2....

Inilah budak itu... Macho la sangat...
Amirul Hakimi Sabry

0 comments:

Post a Comment