Monday, July 4, 2011

Masa Untuk Posting Secara Pukal

Sekadar hiasan


Sekarang ni aku sedang berada dalam kelas 6AF (kelas yang aku tak ngajor) sebab cikgu beliau yang aku relief ni sedang mempergikan diri ke taklimat guru pembimbing. So, dengan secara bersahaja aku memasuki kelas ini dan membagi soalan Model UPSR untuk dijawabnya pun. Yang paling best.. wifi dalam kelas ini adalah super kacis.. Laju je aku mendonlod tiub awak (youtube) dengan secara sewenang-wenangnya.

Frankly, aku sedikit gusar apabila nak kena jadi cikgu untuk kelas ni, yelah selalu kan beliau sudah berkeserasian dengan cikgu lama mereka, tetiba aku diselitkan pula dalam jadual waktu aku yang dah tak HEAVEN lagi itu....

Aku tak nak cite pasal kelas ni pun. Tapi just nak story pasal Kak D. Beliau bukan cikgu, tapi lebih kepada juru IT dalam sekolah aku ni. Kat sini kitorang panggil dia EIO (menatang apa la EIO tu). Minggu lepas aku memakankan diri bersama beliau di kantin.. Dah time ujung2 sah2 la xde orang dah menemankan diri memakankan bersama2 aku.

Masa tu aku memanggil seorang pelajar yang sedang membeli di kaunter kantin menghampiri kami. Nama budak itu S. Aku memang nak tanya budak S tu sebab aku dapat tahu abang beliau telah menemukan eksiden semalam. Aku tanya la sikit sebanyak then aku let him go.. (motif rojakkan bahasa Malay dengan Enggerish)

Sedang memakan bersama2, beliau menerbitkan satu soalan yang agak tergezutan bagi aku.

Tahun ni sape WKH sir? - see ada lagi orang yang mengetahui istilah WKH ini.

Kenapa? soal aku bersahaja sambil peluh sejuk dah mula mentitikkan diri.

Tak lah, tahun lepas kan ada sapa nama budak tu yang comel2 kecik tu.. sapa nama dia erk...

Oh, Hisham? Erm....

Aaa Hisham... Dah tu tahun ni budak tadi ke?

Budak tadi? - Tiba2 aku terperasankan budak tadi yang dimaksudkan ialah S.

Aku gelak. Budak tu saya tak ajar pun, kata aku (sila abaikan kesilapan punctuation dalam n3 kali ini)

End of conversation

Kenapa aku menceritakan disini sebab sekarang ni kan aku dalam kelas 6F, dan budak si S tu dalam kelas ni. Aku bukan cikgu yang ngajar dia, jadi menjadi satu kepelikkan apabila menlihatkan kerapatan aku dengan beliau. Obvious sangat ke?

Dah nak akhir2 ni la terjadinya kejadian merapatkan diri dengan S. Dulu xde pun nak acknowledge kewujudan beliau. Dulu aku cakap budak dalam kelas aku yang WKH-to be kan... tapi rasanya its better to appreciate someone who do appreciate urself.. Heheh...

Tapi menatang apa maksud WKH tu?

Kalo try google, kuar la gambar2 Lampu Minyak Tanah. WKH tu macam nama model la...



TAPI yang best... yang ini laaa




1 comments:

Anonymous said...

Pnjang nyer x larat baca =P

Post a Comment