Friday, November 4, 2011

Apa Yang Anda Tak Tahu Tentang Seorang Ayah


Post ini aku copy n paste dari wall facebook... Sumpah ia mengingatkan aku pada arwah....

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


END


Dari sudut hati aku pula. Kenangan masih menerpa mengingatkan aku pada arwah. Arwah selalu menghantar dan mengambil aku pulang dari sekolah. Sehinggalah aku darjah 4, aku mula membentak untuk ke sekolah sendiri. Biarpun berjalan kaki. Aku mahu berjalan bersama kawan-kawan. Naik tahun 6, basikal kepunyaan abang diperturunkan kepada aku. Dan ke sekolah dengan basikal pulak.

Memasuki alam sekolah menengah. Sehari sebelum hari pendaftaran sekolah menengah, arwah membawa aku melihat sekolah yang bakal aku masuk. Walaupun aku membentak untuk memasuki sekolah asrama penuh, arwah memujuk aku bahawa sekolah yang ditunjukkan itu juga terdapat asrama, dan aku boleh tinggal di asrama (bukan asrama penuh)

Masa tingkatan dua sekali lagi aku diuji dengan dugaan maha hebat, setahun arwah tidak menegur aku. Tapi aku berjaya memulihkan kembali kekeruhan yang ada.

Masa tingkatan tiga aku menyerahkan salinan keputusan pertengahan tahun untuk membeli borang memasuki MRSM. Dengan salinan tersebut ayahku pergi ke MARA, tetapi permohonan aku ditolak kerana MATH aku dapat C. Arwah datang semula ke sekolah (sebab aku tinggal di asrama). Aku menyuruh arwah memadam huruf C dan digantikan dengan B. (T_T) Maka bertukarlah result aku yang di atas salinan itu. Pergi sekali lagi arwah untuk membeli borang. Dan hasilnya aku berjaya menjejakkan kaki ke MRSM.

Ting 4, semasa keputusan keluar, aku sangat berdebar2. Last2 aku call rumah, arwah mak aku yang jawab aku dapat MRSM Muadzam Shah Pahang. Aku excited sangat sebab aku bakal mengikuti jejak langkah abang2 aku yang semuanya bekas pelajar MRSM. Gagang telefon bertukar tangan. Arwah ayah membuat tawaran untuk menukarkan aku ke MRSM KT sbb jauh katanya MRSM Muadzam itu. Tambahnya lagi dia ada kawan yang boleh menukarkan aku ke MRSM KT. Aku sedikit kecewa seolah-olah arwah enggan meletakkan aku jauh dari pandangan matanya (memang pun).

Jelasnya aku masih menjejakkan kaki ke Pahang. Februari 2009 bertemankan kedinginan pagi, dengan memandu Puan Honda, aku bersama-sama arwah ibu dan arwah abah menuju ke Pahang. Sampai disana abah membiarkan aku menguruskan diri aku sendiri dari segi pendaftaran sehinggalah ke proses penempatan asrama. Aku tahu disudut hati beliau agak keberatan melepaskan aku di sini. Selesai segalanya mereka terpaksa pulang sebelum sempat taklimat ibu bapa diberikan. Memang la Muadzam - Ktrg mengambil masa 6 jam perjalanan. Dan itulah kali terakhir aku melihat ibuku dalam keadaan sihat kerana beliau pergi pada Julai 2009.

Segala keperluan aku di MRSM, semuanya dilakukan oleh arwah abah. Seluar panjang tak cukup, abah poskan, duit tak cukup, abah yang bank-in kan. Sehinggalah aku menamatkan pengajian aku di sini, sekali lagi arwah abah datang untuk majlis graduasi. Masa itu arwah ibu tiada di sisi. Abah datang bersama abang Ngah.

Menunggu keputusan SPM meletakkan aku di samping arwah sepanjang masa. Beliau lebih rela mensuruh aku menjadi driver beliau dari aku kerja sambilan yang pendapatan x seberapa. Tapi bila keputusan kemasukan matrikulasi tiada nama aku, beliau memberi aku pilihan untuk ke mana2 IPTS. Tapi time tu kalau nak apply IpTS kena beli borang dalam 50 hengget kot. Ada 3 IPTS yang popular, MMU, UNITEN dengan UTP. Setiap U kena beli borang. So aku beli Uniten je.. Dah apply tiba2 aku ditawarkan ke Uniten kos Multimedia. Yuram setahun RM11000, gilos.. Tapi Uniten nak pendahuluan RM500 sebagai wang tunjuk minat. Gilos kali ke 2. Ada tempoh pulak tuh. Dalam tu tunggu jugak UPU untuk IPTA. Bila dah dekat tempoh masuk ke Uniten dah nak abis, arwah ayah bergegas menyediakan wang draf untuk dihantar ke Uniten. Tapi sehari sebelum hantar ke Uniten, result UPU kuar, dan aku mendapat tempat di UiTM Shah Alam Dip Kej Elektrik Kuasa EE 112. Thanks GOD, selamat duit abah.

Masuk ke UiTM Shah Alam, kali ni abah tak hantar, tapi abang ngah. Its fine for me. Abah dah semakin berusia, kesihatannya juga perlu dijaga dan takleh selalu berjalan jauh. Sepanjang di UiTM aku semakin rapat dengan abah. Banyak perkara tentang masalah selalu beliau kongsi dengan aku. Tapi keakraban itu hanya jika aku di bumi Selangor dan beliau di Terengganu. Maksud aku, beliau sangat banyak perkara yang diceritakan melalui telefon. Kadang2 aku sendiri macam tak percaya adakah aku sedang bercakap dengan abahku sendiri atau bukan. Kerana apabila time cuti, aku sangat teramat langsung jarang berbual dengan arwah. Aku sendiri tak tahu kenapa. Tapi dalam telefon siap boleh bergayut lama2 lagi dengan arwah.

6 tahun di UiTM Shah Alam, akhirnya aku berjaya menggenggam segulung ijazah. Kalau 3 tahun pertama aku mendapat diploma dan majlis konvo aku sepi tanpa sesiapa, lain dengan konvo ijazah aku. Arwah datang bersama2 ibu baru aku. Thanks abah.

Dah abis belajar, keje xdapat2 lagi. Aku melangut kat Terengganu sahaja. Suatu hari aku dapat interview untuk CSR Streamyx projek. Dan soalan pertama arwah ialah interview kat mana? Selangor, jawab aku. Dia dah berat melepaskan aku kali ni. Tapi aku pergi jugak dan aku berjaya mendapat kerja di sana. Setahun lagi aku meninggalkan keluarga.

Dalam diam2 aku mengapply KPLI tanpa pengetahuan keluarga. Aku pergi beli borang, exam, interview, last sekali panggilan mendaftar. Bila aku sampaikan kepada keluarga, arwah abah macam terkejut. Ye lah, aku belajar dalam bidang engineer, tetapi beralih bidang ke pendidikan, macam tak kena. Tak rugi ke 6 tahun belajar dalam bidang engine? Aku pun jawab, dah minat nak buat camne? Pastu dah dapat pulak, bukan baru nak gi interview ke apa. Takkan aku nak tolak tawaran ni?

So 2009 pergi la aku ke Ipoh. Tahun ini juga arwah pergi tanpa sempat melihat aku menjadi seorang guru. Cuma aku bersyukur kerana aku sempat menghadiahkan gaji bulanan aku selama setahun sepanjang kerja dengan Streamyx projek.

Dan di sini lah aku... Sekarang. Guru di negeri kelahiran sendiri. Arwah tidak sempat melihat aku bertunang, tidak sempat melihat aku mendirikan rumah tangga, tidak sempat melihat anak2ku (insyaallah), tapi beliau sempat melihat si dia (kini tunangan aku) semasa beliau datang konvo aku di UiTM dahulu. Itulah arwah abah Haji Mokhtar bin Muda.

1 comments:

Puteri Rhu Rendang said...

Kita sebagai anak yang masih hidup, byk2 kan lah berdoa & hadiahkan ayat-ayat suci al-quran untuk beliau...Semoga beliau tenang di sana bersama doa2 yang dihadiahkan oleh anak2 beliau...

Post a Comment