Monday, November 14, 2011

Jauh......

Alam persekolahan bakal melabuhkan tirai. UPSR 2011 bakal diumumkan 2hari lagi. Hari2 terakhir aku bersama2 dengan batch UPSR tahun ini aku rasakan sedikit jauh dari mereka. Entah kenapa aku dapat rasakan seolah-olah aku memulakan larian 100meter tetapi tidak pernah sampai ke garisan penamat. Aku tidak rasa aku berjaya mengakhiri larian. Aku rasakan seolah2 aku kembali ke garisan permulaan.
Aku rasa seperti diasingkan, dibuang, dibenci, seperti mereka semua tidak pernah mengenali aku.

Baik lelaki atau perempuan. Tidak seperti tahun lepas, ada sahaja usikan senda gurau dari geng2 Princess Cinderella. Ada je jemputan dari bebudak lelaki ajak aku lepak dalam kelas diorang. Aku masih terkenangkan kembali pada nama2 yang pernah menjadi anak murid sulung aku, Hisham, Khairul, Syawal, Amirul, Dan, Nisa, Shima, Azura, Ain, dan lain2. Tapi tahun ni...semua sombong.

Takpelah, itu adalah lumrah sebuah kehidupan. Mereka sebenarnya watak2 yang singgah sementara di pentas kehidupan aku yang tak tahu sampai bila akan bertahan di Sekebun ini. Apa pun, salah aku kerana menjadikan mereka watak utama dalam penceritaan aku tahun ini. Sedangkan mereka sebenarnya hanyalah pelakon pembantu sahaja.

Shahira - kini semakin jauh, apatah lagi untuk menegur aku. Bila jumpa memalingkan muka.
Nathassa - Seboleh2 mengelak dari aku terlihat akan dirinya.
Ain - Tak terasa sangat sebab dia dari dulu pendiam
Aini - Banyak perubahan yang aku rasakan pada beliau, mudah tersenyum dan aku sedih kerana saat2 akhir beliau mula membuka mulut bertanyakan sesuatu.

Hadi, Amirul WKH dan Lukman masih macam biasa... Tiada apa yang obvious sangat, tapi tak tahulah satu hari nanti ada dendam di hati mereka yang bisa mereka lepaskan bila dah keluar nanti. (Aku kan selalu marah2 diorang)

Aku ingin rehat, aku ingin berserah segala2nya pada Allah. Kalau senang Kau hadirkan kasih sayang ini, senangkanlah jugak Kau merampasnya. Aku sengsara dengan cinta yang datang secara banyak juga akan pergi secara banyak....

0 comments:

Post a Comment