Saturday, November 26, 2011

Routine

Perbualan kosong suatu masa dahulu (lebih kurang 5 tahun dulu)

Randu (ex-schoolmate gua, masa perbualan ni dikenang kembali, beliau buat degree di UMS)
M (gua, degree di UiTM)

Randu : Aku dah final semester, tahun depan leh carik keje, ko?

Gua : Aku ada setahun lagi kot. Gila la ko dah nak keje siak!!!

Randu : Ala, sah-sah aku bukan engineering tu yang cepat grad. Sah-sah ko abis nanti dah ada keje kan?

Gua : Mana ko tau. Sekarang ni keje pilih orang, bukan orang yang pilih kerja....

Randu : Jadi cikgu best kan?

Gua : Awat best?

Randu : Banyak cuti sekolah. Cuba ko remind balik selalu cuti sekolah bulan berapa?

Gua : Doblas

Randu : Bulan doblas musim apa?

Gua : Musim hujan.

Randu : Pergh best siot tido musim ujan... Takyah gi keje...

Gua : Yelah tu....

Setahun kemudian Randu sudah berjaya bekerja sebagai Pegawai ******* di bahagian logistik Jusco. Dan gua pulak baru je grad. Pernah sekali lepak rumah Randu.

Gua : Best siot kerja ko. Siang tidur malam kerja.

Randu : Best kepala lutut ko, keja shif ma, bukan dapat OT pun.

Gua : Aku gak yang menganggur.

Randu : Aku bukan nak keja ni sampai bila2 pun.

Gua : Awatnya???

Randu : Nanti susah2 kita apply KPLI nak?

Gua : Menatang apa KPLI tuh? (sumpah gua 1st time dengarnya)

Randu : Jadi cikgu la cerdik!!

Gua : Serius?

Randu : Apa tak serius plak? Ko nak tau pasal apa jadi cikgu best?

Gua : Pasai pa?

Randu : Housemate aku cikgu KPLI la, lepas waktu sekolah je tido. Balik sekolah tido.

Gua : Cambest gak tu.. Jom la apply KPLI.


Dipendekkan cerita, sama2 apply, sama-sama ujian, interview lain2, dapat pun maktab lain2. Dan kini sudah dipostingkan ke negeri yang sama. Masing2 bergelar SIR sebab 2-2 cikgu BI. Hahah. Ironinya apa yang pernah dicakapkan oleh Randu itu aku dapat rasakan sekarang.

Rutin hari biasa.

6.00 am - Dah bangun tapi tekan snooze, 630am baru bangun yang diertikan sebagai bangun yang sebenar.

7.00 am - Gerak ke sekolah. Kalo hari Ahad bersedia untuk perhimpunan pagi. Kalau hari biasa sarapan dulu kat kantin.

745-115 - Time kat sekolah. Paling penat pun ada 4 kelas straight dalam satu hari. Tapi ada yang satu masa, dan ada yang 2 masa.

1.15pm -  dah boleh blah. Selalu aku Zohor kat sekolah sebab bila dah balik akan menjadi2 kemalasan itu.

2.00-4.00pm - Kalau ada persatuan ke unit beruniform ke, baru kena datang sekolah semula. Kalau tak, dah boleh berpeleseran di mana jua atau selalunya atas katil la....

8.00pm - Dalam seminggu ada la sekali kena datang kelas malam UPSR.

Keesokannya ulang semula dari awal.



Rutin hari ini (stat 18 Nov 2011 hari tu)

6.00 am - Terjaga sebab alarm then kadang2 snooze, kadang2 off terus. Tu yang Subuh kadang2 Subuh2 dinasor. Tapi selalunya perform solat dulu la then tdo balik.

8.00 am - ZZZZZZ

10.00am - Baru celik mata. Menggeliat dulu. Hujan dooooh, sejuk nak mandi.

11.00am - sarapan pagi. Kadang2 kul 12 pun redup je, macam kul 8 lagi.

2.00 - kadang2 layan astro/tenet. Kadang2 berpeleseran kat luar atau atas katil

8.00 pm - Layan tv lagi. Dah leh folo cerita bersiri sebab takde kelas apa2 pun malam.

12.00am - belum tentu tido, kadang2 bloghopping, kadang2 layan series yang belambak2 dalam hardisk.

2.00am - time ni baru nak letak kepala atas bantal. Belum tentu tido.

Ulang balik dari awal

Ironinya, itulah rutin gua sekarang. Blog pun dah jarang hapdet. Nanti la kalau gua ada mood. Banyak benda gak nak story.

Antaranya :

1. Luqman dah bersunat
2. Gua ada jumpa balik WKH no 1
3. Kehidupan gua selepas watak WKH no 2 beransur2 pergi
4. Gua dah lama tak hapdet blog sekolah gua.


Ps : Watak Randu tuu bukan nama sebenar eh....

0 comments:

Post a Comment