Friday, November 4, 2011

Superman Juga Menangis



Aku Bukanlah Superman
Aku Juga Bisa Nangis
Jika Kekasih Hatiku
Pergi Meninggalkan Aku

Just listening to this song. Tiba2 je teringat kat sorang anak murid aku yang dulu aku war2 kejap kekacisan dia dengan aku. Pertengahan tahun memang aku kacis dengan beliau, time tu aku tak berapa nak kacis dengan Megat, malah aku tak suka Megat time tu la. Megat pun tak suka aku rasanya..

Ok, bukan nak citer pasal Megat, nak citer pasal Superman (bukan nama sebenar). Last week hari apa ntah aku lupa, Isnin kot. Superman ni sebaya je dengan Megat. Ntah kenapa sejak akhir2 ni dia macam kurang tegur aku tiap kali jumpa. Last2 aku tarik beliau. Satu je aku tanya beliau, ada kecik ati ngan Sir ke?

Mula2 dia sengih2. Alih2 aku nampak mata dia merah. Tak pasal2 dia menangis tapi masih cuba untuk mengukir senyum. Haish.. semua budak mesti menangis ke? Aku tak paham la....

Superman jawab takde, tapi aku desak2 terus tanya soalan yang sama. Sekali Superman cakap ada, tapi dah lama. Dia siap boleh jawab dia dah maafkan aku. Hurm...tak sangka ada budak kecik ati ngan aku. Ramai lagi kot yang kecik ati, tapi malaslah tanya nanti banjir plak skolah aku. 

Pasal apa dia kecik ati ngan aku, tak tau la dia xcakap langsung. Tapi sekarang dah ok, tiap kali jumpa dia kembali tegur macam biasa.

0 comments:

Post a Comment