Tuesday, September 5, 2017

Takdir Bukan Hukuman (Episod 3)

 Berita yang diterimanya hari ini betul-betul menggembirakan hatinya. Tidak disangka dia berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan menulis karya tempohari. Surat jemputan ke majlis penyampaian anugerah digenggamnya erat.
"Is, tolong aku boleh?" soal Yadiy selepas selesai kuliah mereka satu hari.
"Tolong yang macam mana?" soal Istiqlal semula.
"Ni, temankan aku boleh?" Yadiy menghulurkan kad jemputan kepada Istiqlal.
"Majlis Penyampaian Anugerah? Anugerah apa ni?" soal Istiqlal semula. Yadiy tersengih. Kemudian dia menceritakan segala-galanya pada Istiqlal.
"Kau masuk pertandingan menulis karya? Kenapa tak beritahu aku?" soal Istiqlal sebaik sahaja Yadiy menceritakan perkara yang sebenar.
"Buat apa beritahu kau?"
"Sekurang-kurangnya ceritalah sikit kat aku. Aku kan kawan kau,"
“Ala, bukan aku tak nak cerita, aku segan dengan kau. Nanti kau kata aku ni apa pula bila aku beritahu yang aku masuk pertandingan yang macam ni..."
"Aku nak kata apa? Tapi kau dapat tempat ke berapa ni sampai dijemput ke majlis penyampaian anugerah bagai? Kat dewab utama pulak tu.”
"Aku pun macam tak percaya, aku dapat tempat pertama.”
"Betul ke? Sampai hati kau tak bagi aku baca karya kau yang bertuah tu..."
"Alah, aku punya salinan ada la. Nantila aku bagi. Tapi hari majlis tu kau kena temankan aku tau!"
"Tapi masa tu kita ada clash dengan kelas pukul 11 pagi..."
"Majlis pukul 9. Lepas aku ambil hadiah kita rush la pergi ke kelas pula,”
"Okeylah!" Istiqlal memberi persetujuan.

Suhaima merasakan hari ini merupakan hari penentu segala-galanya. Dia sangat teringin melihat sendiri tuan punya badan yang telah berjaya mengarang karya yang begitu hebat sehingga terpilih sebagai juara. Nama Haryadiy sekali lagi bermain-main lagi di layar fikirannya.
"Azura, aku harap hari ini aku dapat mengenali Haryadiy yang selalu bermain di fikiran aku," kata Suhaima pada Azura. Azura pun seolah-olah mengerti dengan situasi yang telah dilalui oleh Suhaima sebelum ini. Dia seoiah-olah telah bercinta dengan nama meskipun tidak pernah bertemu muka. Sikit-sikit nama Yadiy, sikit-sikit Yadiy. Macam dah takde benda lain yang hendak dibualkan. Yadiy, Yadiy, Yadiy.
Perjalanan program pagi itu dimulakan dengan ucapan perasmian dan ucapan-ucapan lain yang berjela-jela membuatkan Yadiy tidak senang duduk. Begitu juga dengan Istiqlal. Jam hampir menunjukkan ke angka sebelas, namun tiada tanda-tanda untuk majlis penyampaian anugerah akan berakhir.
"Is, kau nampak tak sana tu?” soal Yadiy sambil menunjukkan ke arah seeorang. Istiqlal hanya mengangguk.
"Dia buat apa kat sini, hah?" soal Yadiy pula.
"Entah, sibuk semacam dia, macam majlis ini dia yang handle... " kata Istiqlal pula. Yadiy mengecilkan mata untuk melihat nama di tag yang tergantung di dadanya.
"Suhaima Sulaiman, urusetia. Mak aih, buah hati kau penganjur rupa-rupanya!”
"Suhaima? Amboi sedapnya nama, terima kasih banyak-banyak Yadiy sebab kau dah bawa aku kat sini. Tak sangka aku akan bersua lagi dengan dia ni. Mungkin nilah jodoh kot..." Istiqlal tersengih.
Yadiy tersenyum. Memang sah mamat ni dah gila. Tak sangka juga dia yang orang yang digilai oleh Istiqlal ini begitu dekat sekali dengan mereka. Yadiy turut tercari-cari satu lagi wajah yang selalu bersama dengan Suhaima.
"Kau cari siapa?" soal Istiqlal.
"Aku cari kawan dia,"
"Bagus, kau suka kat kawan dia. Aku pula suka kat dia, memang cantik la tu, boleh double date!"
"Tak, aku pun suka kat dia," Yadiy hanya mampu meluahkannya di dalam hati.
Kelibat Azura tidak kelihatan. Mungkin dia tidak terlibat dalam program kali ini, getus Yadiy sendirian.
Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba jua. Bahkan bukan Yadiy sahaja yang menunggu saat itu dimulakan, Suhaima turut tidak sabar untuk mengenali sang juara.
Anugerah dimulakan dengan tempat ketiga yang telah dianugerahkan kepada seorang gadis yang tinggi lampai. Dia begitu anggun apabila menggayakan baju kurung biru itu.
Yadiy menjeling ke arah Istiqlal. Sedikitpun Istiqlal tidak memandang lagi ke arah perempuan lain melainkan gadis yang bernama Suhaima yang sedari tadi asyik diperhatikannya.
Tempat kedua pula diumumkan, juga disandang oleh seorang gadis yang hitam manis. Dia melangkah lemah longlai ke arah pentas diiringi oleh tepukan yang gemuruh.
"Truuuuut Truuuuutt" deringan telefon bimbit mematikan lamunan Suhaima seketika. Suhaima terpaksa menjawab panggilan tersebut.
"Hello,"
Keadaan dewan yang gamat memaksa Suhaima untuk keluar dari dewan.
Yadiy bingkas bangun sebaik namanya dipanggil. Tepukan yang paling gamat pernah diterimanya. Ramai yang tidak menyangka sang juara adalah seorang jejaka. Mungkin diorang expect perempuan kot yang menang. Kemudian dia terus berjalan menuruni pentas terus keluar dari dewan. Istiqlal sudah lama menunggu di luar.
"Dia keluar dewan tadi, tak sempat aku nak pergi berkenalan," kata Istiqlal sebaik Yadiy menghampirinya.
"Berkenalan tu nombor 2, ni kita ada kelas pukul 11, jom cepat, tahu nama dah cukup baik untuk kau," kata Yadiy pula. Istiqlal hanya mengangguk laju.
Suhaima terpaksa berputih mata apabila majlis diumumkan berakhir. Dia menyumpah seranah pada Nizam kerana Nizamlah yang membuat panggilan tadi semata-mata untuk mengetahui perjalanan program hari itu.
"Ira, kau sempat tak tengok Haryadiy tadi?" soal Suhaima sebaik sahaja dia menghampiri Azura.
"La, Su tak tengok ke? Ira ingat Su ada kat depan tadi, Ira hanya dengar je namanya diumumkan. Masa tu Ira ada di belakang pentas. Su tak sempat ke?" soal Azura
"Ni semua pasal si budak Nizam la, tiba-tiba dia call aku betul-betul sebelum nama Haryadiy diumumkan. Bila dia dah call, terpaksa lah Su keluar dari dewan sekejap. Bila Su masuk balik, acara sudah berakhir."
"Habis tu, Su tak nampak ke sesiapa kat dalam dewan tu yang memegang hadiah?"
"Tak, ada orang kata, pemenang tempat pertama terus keluar selepas mangambil hadiah," balas Suhaima lagi.
"Kelakar kan takdir ni, mungkin Su belum ditakdirkan untuk bertemu empat mata lagi dengan beliau," balas Azura
"Entahlah, lepas ni lagi susah nak cari siapa Haryadiy tu..."
"Kenapa plak?"
"Yelah, pertandingan dah tamat. Apa lagi yang memungkinkan Su untuk bersua lagi dengan dia?" soal Suhaima lagi.
"Erm, Su nak nombor telefon dia?" tanya Azura semula.
"Ira ada nombor dia ke?"
"Tak, Ira ada simpan profil semua pengarang termasuk si Haryadiy tu, mesti ada nombornya..."
"Baguslah Ira ni, macam mana la Su tak terfikir pulak hal ni.."

Yadiy terperanjat menerima panggilan daripada ayahnya. Ibunya telah selamat menjalani pembedahan setelah mendapat sumbangan dari seorang hamba Allah yang tiba-tiba datang menghulurkan bantuan. Dia bertambah terperanjat apabila mengetahui hamba Allah itu ialah ayah kepada seseorang yang amat dikenalinya.
"Istiqlal, aku terharu dengan pertolongan kau, kenapa kau buat semua ni?" soal Yadiy suatu hari.
"La, salah ke aku menolong? Kan aku dah kata aku akan cuba yang terbaik"
"Tapi aku tidak minta kau tolong aku hari itu, macam mana aku nak bayar balik semua hutang aku ni nanti?"
"Yadiy, nyawa ibu kau lebih penting dari kemewahan yang aku ada. Kalau terus ditangguhkan, aku khuatir kau akan kehilangan ibu kau, penyakitnya bukan boleh sembuh dengan menelan ubat sahaja.
"Is, terima kasih banyak-banyak. Aku janji suatu hari nanti aku akan balas segala jasa yang pernah engkau taburkan, kalau aku berpeluang, aku akan bayar balik hutang aku dengan keluarga kau..”
"Ah, perkara kecil sahaja."
Yadiy tunduk ke lantai. Kehairanan masih lagi bersarang di fikirannya. Bukan saudara, bukan kenalan, tetapi ayah Istiqlal sanggup menaja untuk pembedahan ke atas ibunya yang sedang sakit. Yadiy sendiri tidak tahu bilakah lagi agaknya ibunya dapat menjalani pembedahan yang telah pun berjaya sekiranya tiada insan seperti Istiqlal sekeluarga.
"Kenapa kau tolong aku?"
"Kenapa pula kau tanya aku macam tu?" soal Istiqlal semula. Dia masih menumpukan pada buku yang masih dipegangnya tadi.
"Aku saja nak tahu," balas Yadiy.
"Kenapa? Tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh, cuma pelik. Aku bukan saudara kau, tiada pertalian darah pun,”
"Tapi aku kawan kau kan?" kata Istiqlal memintas kata-kata Yadiy itu. Yadiy terdiam apabila Istiqlal berkata sedemikian.
"Takde peraturan yang mengatakan hanya saudara sahaja yang boleh membantu kan?" tambah Istiqlal lagi. Yadiy tidak menjawab. "Diy, kau kawan baik aku, bukan setakat kawan biasa, aku hanya mencuba untuk menjadi kawan yang terbaik buat kau..." Istiqlal masih belum berhenti bercakap.
"Terima kasih..."
"Dah dah, ni kali ke berapa belas ratus kau ucap terima kasih kat aku, kau ingat aku teringin sangat ke kasih kau tu?" kata Istiqlal. Yadiy tersenyum.  "Aku dah janggal dengan penghargaan yang kau berikan tu, aku tak nak terlalu dipandang tinggi oleh kau. Aku nak jadi macam dulu, ok?" tambah Istiqlal lagi. Yadiy hanya mengangguk.
"Diy, lama aku tak nampak Suhaima. Rindu pula..." kata Istiqlal tiba-tiba. Yadiy hanya tersengih "Kau ni takde skrip ke? Asyik tersengih, tersenyum, tersengih, tersenyum. Cakaplah sesuatu," tambah Istiqlal lagi.
"Aku nak cakap apa?" soal Yadiy semula.
"Apa-apa la .."
"Apa yang boleh aku cakap tentang Suhaima?"
"Kau tak pernah jumpa dia ke selepas pertandingan?"
"Takde..." Yadiy menggelengkan kepala.
"Lupa pula aku nak minta nombor telefon dari dia hari itu..."
"Hari tu? Bila?"
"Alah, hari kau terima anugerah 'naik pangkat' tu..."
"Banyaklah kau naik pangkat!”
"He he he he..."

Yadiy memandang langit, gelap. Mungkin hujan akan turun membasahi bumi dalam beberapa ketika lagi. Fikirannya menerawang jauh memikirkan pelbagai kebetulan berlaku dalam keadaan dia mencari-cari hikmah di sebalik semua kebetulan tersebut. Dia bersyukur kerana kebanyakan kebetulan yang berlaku bukan kebetulan yang tidak baik.
Istiqlal, nama itu berdiri teguh layar pemikirannya kali ini. Kalau dulu nama itu mungkin satu nama yang biasa bagi dirinya. Mungkin tidak pernah dia duga takdirnya telah menemukan dia dengan Istiqlal dalam keadaan tidak disangka-sangkakan. Itupun saat dia kehilangan Shahrul Azuar. Namun Yadiy sedar, dia tidak patut membuat perbandingan antara kedua-duanya. Sungguhpun Istiqlal sekarang lebih berjasa, bagi Yadiy, kedua-duanya ada peranan masing-masing.
Suhaima, tiba-tiba nama itu muncul di fikirannya. Entah kenapa sekali lagi kebetulan dipermainkan oleh takdir. Tipu kalau Yadiy katakan dia tidak tertarik pada keayuan yang dimiliki oleh Suhaima. Kebetulan juga penilaiannya terhadap Suhaima sama dengan penilaian yang dibuat oleh Istiqlal. Tapi Yadiy segera menepis kata-kata hatinya untuk merebut dengan kawan sendiri.
Telefon bimbitnya berdering menjadikannya kembali ke alam nyata. Dia segera menjawab panggilan tersebut.
 "Hello," sapa Yadiy.
"Assalamualaikum…." suara yang begitu halus memberinya salam.
 "Wa'alaikum salam, nak cakap dengan siapa?" soal Yadiy semula.
 "Haryadiy ke?" soal suara tersebut. Perempuan, getus Yadiy sendirian.
"Haryadiy bercakap, siapa ni?”
"Ni Haryadiy pemenang pertandingan menulis karya tu ke?" soal suara itu lagi.
"Ya, saya. Just call me Yadiy. Siapa ni?”
"Haryadiy, tahniah saya ucapkan. Saya Suhaima Sulaiman," serentak dengan bunyi guruh di langit, Yadiy dapat rasakan ada renjatan dalam dirinya.
"Suhaima?"
"Mungkin awak tidak kenal saya, takpelah…"
"Tak, saya ingat awak, Suhaima Sulaiman, penganjur pertandingan tu kan? Ada apa saya boleh bantu? Kemenangan saya tidak sahih ke? Saya kena pulangkan balik ke hadiah tu? Atau pemenangnya bukan saya?" bertubi-tubi persoalan yang diajukan oleh Yadiy sebaik sahaja dia mengetahui status pemanggil tersebut. Bukan apa, kalau penganjur sendiri yang menelefonnya mesti ada sesuatu yang tak kena.
"Ada ke? Awak ni kelakarlah, takkan saya telefon nak buat macam tu? Awak tetap pemenang untuk pertandingan itu," kata Suhaima semula. Yadiy menarik nafas lega. Tiba-tiba dia merasakan ini cara terbaik untuk dia membalas jasa Istiqlal, dengan memberikan nombor Suhaima.
"Habis, apa tujuan awak telefon saya?” soal Yadiy semula.
"Saya nak kenal awak, boleh?" tiba-tiba nama Istiqlal seolah-olah melambai-lambai meninggalkan Yadiy.
"Eh. Boleh. Tapi kenapa?" soal Yadiy semula
" ‘Kenapa’ akan wujud sekiranya awak tidak sudi untuk berkenalan dengan saya,” balas Suhaima pula.
"Pulak! Awak kenal ke saya?" soal Yadiy lagi.
“Maksud awak?”
“Kenal ke saya siapa?”
"Dari hari saya baca karya awak, saya hanya kenal nama awak je. Sehinggalah hari awak menang, saya masih belum kenal awak..."
"Maksud awak?"
"Saya cuba nak kenal awak, tunggu awak naik ke pentas hari tu semasa menerima anugerah tersebut..." kata Suhaima.
"Tapi kenapa awak keluar dewan hari tu?"
"Ada call, eh, macam mana awak tahu?" soal Suhaima semula. Yadiy terperangkap dengan soalannya sendiri. Apa nak jawab ni?
"Tak, saya teka je, awak kata awak tak kenal saya lagi, mesti awak ada kat luar time saya terima hadiah tu kan?" kata Yadiy semula. Dia menarik nafas lega apabila yakin dengan jawapan yang diberikan.
"Kenapa awak rasa saya mesti ada kat sana? Awak dah kenal saya ke?" soal Suhaima semula.
"Bukan ke awak kata awak ni penganjur, mestilah saya fikir awak ada kat sana..."
"Oh, macam tu ke? Tapi awak pula kenapa terus pergi selepas terima anugerah?"
"Saya ada kelas masa tu…”
"Oh,ye ke? Saya patut tanya awak dahulu sebelum buat majlis tu.."
"Tanya saya dahulu? Buat apa?"
"Lupakan sahajalah, dah berlalu pun. Jadi, boleh ke saya nak berkawan dengan awak ni?" soal Suhaima semula.
"Kenapa pula tidak boleh? Dengan senang hati saya terima permintaan awak," balas Yadiy semula.
Suhaima tersenyum sendirian. Hendak sahaja dia mengajak Yadiy untuk berjumpa, namun jauh di dasar sudut hatinya memintanya untuk bersabar terlebih dahulu.
"Yadiy, saya setakat ini dulu dapat kita berbual, terima kasih ye, lain kali saya telefon lagi," kata Suhaima semula.
"Baik, sama-sama. Glad to know you, Suhaima..."
"Panggil Su sahaja. Saya pun, ok, bye " Suhaima meletakkan telefon.
Satu lagi kebetulan dalam hidupnya. Tanpa dirancang, tanpa diduga, orang yang dipuja datang kepada dirinya. Walaupun hari gelap dengan diiringi hujan yang lebat, namun jauh di sudutnya hatinya bercahaya bagai sinaran yang terang.
Hampir sebulan telah berlalu, dan hampir sebulan juga Yadiy mengenali Suhaima. Hampir sebulan juga persahabatan mereka dihubungkan oleh telefon. Sampai ke hari ini, Suhaima masih belum berkesempatan untuk bertemu muka dengan Yadiy. Walaupun perasaan untuk bersua itu begitu menggunung tinggi, namun dia hanya terus memendam perasaannya selagi Yadiy tidak menyuarakannya terlebih dahulu.
Yadiy pula masih lagi menyembunyikan perkenalannya dengan Suhaima dari pengetahuan Istiqlal. Entah kenapa dia begitu berahsia dengan Istiqlal kali ini. Dia sendiri tidak tahu apakah tujuan sebenarnya kali ini. Dalam diam-diam dia sendiri mengagumi Suhaima yang sememangnya terkenal cantik dikalangan teman seperjuangannya.
Sebenarnya Suhaima penuntut fakulti yang berbeza dengan Yadiy, sebab itu jarang sekali Yadiy terjumpa Suhaima di fakulti. Seringkali juga terdetik di hati Yadiy untuk bertemu muka dengan Suhaima. Namun keadaan memaksa dia untuk menyimpan terlebih dahulu hasrat tersebut. Kalau boleh biarlah mereka bertembung dengan tidak sengaja atau dia terus menunggu biar masa yang menentukan.

"Assalamualaikum.." sapa satu suara sayup dan corong telefon
"Waalaikum salam," Yadiy menjawab salam.
" Haryadiy, Su ni, ganggu ker?” Suhaima bertanya.
"Tak pun, saya tengah duduk sembang dengan member tadi. Su kat mana ni?"
"Su kat hostel, Yadiy kat rumah ke?"
"A'ah Su, kat rumah. Ada apa Su telefon saya?"
"Saje, lama tak telefon, tak boleh?"
"Lama? Kan semalam baru kita berborak," Suhaima terkena dengan kata-katanya sendiri.
"Saya nak tanya soalan pada awak boleh tak?”
"Berkenaan apa?"
"Karya awak….”
"Kenapa dengan karya saya?"
"Kisah benar ke?" soal Suhaima lagi. Yadiy terkejut mendengar pertanyaan dari Suhaima.
"Su, nama pun karya. Kalau saya tulis kisah benar, meranalah saya,"
"Kenapa awak cakap macam tu?" soal Suhaima semula.
"Itu kan kisah sedih. Kalau betul berlaku ke atas saya, tak tahu lah macam mana saya nak gambarkan.."
"Oh ya ke? Tapi cerita tu macam real la. Macam kisah benar…”
"Awak betul-betul menghayati cerita tu rupa-rupanya…”
"Tak, sebab ia macam pemah berlaku je..”
"Maksud awak?"
"Takpelah, lupakan sahaja."
"Tu saja ke yang awak nak tanya?”
Suhaima terdiam. Lama diamnya.
“Su..?”
" Yadiy, macam mana kalau saya nak elakkan dari menghampakan harapan orang?" soal Suhaima lagi. Kali ini betul-betul membuatkan Yadiy terperanjat habis.
"Kenapa ni?"
Suhaima mula menceritakan tentang seseorang yang cuba dielakkannya. Yadiy hanya mendengar. Kekadang dia sendiri tidak menyangka yang sejauh itu Suhaima mempercayainya.
Yadiy cuba membayangkan bagaimana kecewanya lelaki yang bernama Nizam itu kerana telah ditolak mentah-mentah oleh Suhaima. Di fikirannya memikirkan bahawa Suhaima ni mesti high demand. Kalau tidak takkan orang seperti Nizam boleh ditolaknya dengan sebegitu sahaja.
Malam itu Yadiy banyak termenung dari mengulangkaji. Fikirannya memikirkan satu nama, Suhaima.

bersambung....

0 comments:

Post a Comment