Friday, September 8, 2017

Takdir Bukan Hukuman (Episod 6)

Setiap teman yang bersahabat dengan temannya yang lain walau sekejap mana sekalipun, melainkan ia akan ditanya tentang persahabatan pada hari kiamat, apakah ia telah menunaikan hak persahabatan dengan baik atau ia telah mensia-siakannya.



"Is, kenapa kau macam menjauhkan diri dari aku?" soal Yadiy sewaktu dalam perjalanan ke kampus. Istiqlal yang sedang memandu hanya menjeling ke arah Yadiy.
"Kau dah tak macam dulu..." tambahnya lagi.
"Apa yang tak kenanya? Aku rasa aku macam dulu la, takde bezanya," balas Istiqlal.
"Tapi kau diam je dengan aku sekarang, aku ada buat salah ke?"
"Takdela, kau tak buat salah apa-apa pun, semuanya okey!"
"Kalau semua okey, kenapa aku rasa ada yang tak kena?"
"Takde apa-apa laaa .!"
"Is, cuba beritahu aku apa yang perlu aku buat untuk kembalikan kau seperti dulu?" soal Yadiy semula.
Istiqlal terdiam. Lama diamnya. Yadiy pun turut termati kata. Selagi perasaan bersalahnya masih bersarang di lubuk hatinya, selagi itulah dia perlu memperbetulkan  keadaan.
"Is, kalau kau perlukan pertolongan aku, cakaplah. Kau dah banyak tolong aku, berilah aku peluang untuk tolong kau pula," tambah Yadiy lagi tanpa menyedari kata-katanya itu akan menjeratnya nanti.
"Betul ke kau boleh tolong aku kali ni?” soal Istiqlal semula.
"Cakap je la apa saja, aku akan tolong," kata Yadiy semula. Dia berazam akan buat apa sahaja demi membalas jasa yang pernah Istiqlal lakukan padanya.
"Okey, inilah kali pertama aku minta satu pertolongan yang kecil dari kau, boleh ke?" kata Istiqlal pula. Yadiy hanya mengangguk laju.
"Cakap lah..."
"Kau tahukan aku nak sangat kenal gadis yang selalu kita perhatikan, kan?" soal Istiqlal.
"Maksud kau, Suhaima?" Istiqlal hanya menganggukkan kepalanya. "Apa kau nak aku buat?” soal Yadiy semula.
Istiqlal masih terdiam. Lama juga diamnya. Yadiy masih mendesak supaya memberitahunya apa yang perlu dilakukan.
"Is, cakaplah kau nak aku buat apa? Aku takkan tahu kalau kau tak cakap..”
"Kau tak menyesal ke nanti?" soal Istiqlal semula.
"Kenapa aku pula menyesal, aku kan kawan kau, 'adik' kau kan?”
Terdiam seketika, Istiqlal akhirnya bersuara perlahan.
"Aku minta jasa baik kau, berilah aku peluang untuk kenal Suhaima..." Yadiy tersentak dengan kata-kata Istiqlal itu. Tapi dia masih tidak faham apa yang Istiqlal mahukan.
“Memang laa, aku memang nak bagi nombor telefon dia kat kau…”
“Bukan macam tu, aku sebenarnya ada permintaan lain. Bukan nombor telefon dia yang aku nak…”
“Is, kau nak aku buat macam mana?" soal Yadiy semula.
"Kau sanggup ke?"
"Ala, demi kau. Kalau kau minta tolong, takkan aku tak nak tolong. Cakaplah macam mana?"
"Suhaima nak jumpa kau kan sebab dia belum kenal lagi siapa kau yang sebenar kan?" Yadiy hanya menganggukkan kepala. "Boleh aku jumpa dia sebagai kau?” soalan Istiqlal membuatkan Yadiy terdiam.
"Maksud kau?"
"Maksud aku, aku jumpa dia sebagai ‘Yadiy’? Boleh tak, please.?"
Yadiy masih tidak berkata apa-apa mengenai permintaan Istiqlal kali ini. Tapi, apabila difikirkan Istiqlal bukanlah orang lain lagi dalam hidup dia. Yadiy terpaksa berfikir dua kali. Antara harapannya dengan harapan Istiqlal, tidak diketahui mana satu yang patut dilaksanakan. Tiba-tiba wajah ibunya muncul di layar pemikirannya. Berkali-kali pesanan ibunya supaya tidak menyakiti hati Istiqlal sekeluarga tiba-tiba menjelma.
"Yadiy, kenapa kau diam?" soal Istiqlal mematikan lamunannya tiba-tiba.
"Senangje tu," kata Yadiy tiba-tiba.
"Jadi kau setuju?" soal Istiqlal semula.
"Kenapa pula tidak, kan??"
"Manalah tahu..."
"Takdelah, aku no hal punya," Yadiy menelan liurnya, terasa pahit seperti pahitnya pengalaman yang dia rasa sekarang. Mengapa dalam banyak-banyak permintaan dari Istiqlal,  permintaan itu yang dimintanya. Yadiy dapat rasakan seolah-olah dia telah mengalami suatu kekalahan.
"Yadiy, betul ke takpe ni?" soal Istiqlal mematikan lamunan Yadiy seketika.
"Betul la, kenapa kau cakap macam tu."
"Takdelah, kau boleh je tolak cadangan aku, bukannya aku paksa kau tukar tempat dengan aku pun, aku cuma cadangkan je, kalau kau tak setuju, cakaplah..." balas Istiqlal.
"Aku tak kisah laa…”
"Manalah tahu kau pun simpan perasaan kat dia,” Istiqlal cuba menduga.
“Tak lah, aku bukannya macam kau," kata Yadiy semula membuatkan Istiqlal tertawa.
“Apa maksud kau bukan macam aku?”
“Maksud aku, kau kan persis model, badan tegap, rupa pun ada. Aku ni wajah kebanyakan je….” Yadiy merendah diri.
“Banyak la kau punya model. Jadi, again I ask you, kau setuju ke tak ni?”
On! And this will become our greatest secret…” Yadiy tersengih.
"Macam mana kalau rahsia kita ni terbonykar?” soal Istiqlal tiba-tiba.
"Macam mana nak terbongkar kalau hanya kita berdua je yang tahu?” soal Yadiy semula. Istiqlal hanya inenganggukkan kepala.
 “Thanks, Yadiy,"
"Huh, sekarang giliran kau pula berterima kasih kat aku kan? Ha ha ha ha," Yadiy hanya tertawa.
"Yadiy, nanti kau temankan aku ek?"
"Nanti? Bila?"
"Jumpa Suhaima la ..."
"Kalau kau jadi aku, aku nak jadi siapa?”
"Kau jadi aku la,"
"Oh, kau jadi Yadiy, aku jadi Istiqlal, macam tu?" Istiqlal hanya mengangguk.
"Tak nak lah,"
"Ala Yadiy, please!!"
"Okeylah!"



Jam menunjukkan ke angka 5 petang. Seperti yang dijanjikan, Yadiy menemani Istiqlal untuk berjumpa dengan Suhaima. Dari jauh kelihatan Suhaima bersama dengan seseorang menantinya.
"Yadiy, dia pun ajak kawan la," kata Istiqlal separuh berbisik.
"Wei, cukuplah panggil aku Yadiy, sekarang ni kau tu sebagai ‘Yadiy’, faham?" balas Yadiy semula.
"Baiklah ‘Istiqlal'!" kata Istiqlal. Agak janggal apabila menyeru nama sendiri.
Suhaima dapat melihat dua orang lelaki sedang menghampirinya. Dia tersenyum melihat kedua-duanya. Rasanya macam dah biasa melihat mereka berdua ni, fikirnya sendirian.
"Ira, dia dah datang, kau rasa yang mana satu Yadiy ha?" soal Suhaima separuh berbisik.
"Aku rasa yang baju hijau tu Yadiy," balas Azura.
"Hati aku kuat mengatakan yang baju biru tu Yadiy, dan kalau boleh aku berharap baju biru tu Yadiy," balas Suhaima semula.
"Ala Su ni, beruntung betul. Dua-duanya handsome, kalau biru bukan, hijau pun handsome juga," balas Azura. Suhaima hanya tersenyum.
"Hai, Suhaima?" tegur Istiqlal memulakan bicara.
"Yadiy?" soal Suhaima. Wajahnya sedikit kecewa kerana tekaannya meleset. Yadiy berbaju hijau rupa-rupanya.
"Haryadiy," kata Istiqlal memperkenalkan dirinya. Yadiy terkejut kerana Istiqlal memakai nama penuhnya apabila memperkenalkan diri. Istiqlal menjeling ke arah Yadiy sambil tersenyum.
"Suhaima Liana Sulaiman. Ni Nor Azura, kawan Su,” balas Suhaima semula.
"Hai," Azura menyapa.
"Hai," kata Yadiy dan Istiqlal serentak.
"Jadi, inilah kawan yang awak katakan tu?" soal Suhaima semula.
"Kawan?!" Istiqlal kebingungan, dia menjeling ke arah Yadiy. Yadiy hanya memberi isyarat mengangguk.
"Oh, kawan tu, ni lah kawan saya, namanya….." Istiqlal terhenti.
"Istiqlal, " pantas Yadiy menjawab .
"Oh, Istiqlal. Apa khabar?"
"Sihat..." balas Yadiy.
"Yadiy, Istiqlal, duduklah dahulu," kata Suhaima Mereka kemudiannya duduk pada sebuah bangku yang disediakan oleh pihak institusi.
"Ingat, kau sekarang adalah aku, dan aku adalah kau!" bisik Yadiy pada telinga Istiqlal.
"Aku tahula…"
"Erm, ‘Yadiy’, saya kagum dengan hasil penulisan awak, boleh ceritakan tak bagaimana awak ada idea nak tulia karya?" soal Suhaima semula. Istiqlal ternganga apabila Suhaima bcrtanyakan soalan sebegitu. Mujurlah Yadiy yang sebenar telah mengajarnya terlebih dahulu tentang apa yang patut diberitahu sekiranya dia ditanya sedemikian. Betul la kata Yadiy, Suhaima sebenarnya lebih berminat tentang penulisan Yadiy berbanding untuk mengenali Yadiy itu sendiri.
Suhaima mendengar dengan penuh minat setiap cerita yang dikarang oleh Istiqlal. Dia sedikitpun tidak menyangka yang ‘Yadiy’ dihadapannya adalah Yadiy yang palsu. Sesekali dia menjeling ke arah Yadiy sebenar yang dikenalinya pula sebagai 'Istiqlal'. 'Istiqlal' hanya mendiamkan diri sahaja sambil mendengar cerita dari 'Yadiy’. Begitu juga dengan Azura.
Petang ltu dirasakan begitu cepat berlalu. Setelah berbual panjang, Suhaima meminta diri untuk beredar.



"Ira, Su rasa lain macam la ‘Yadiy‘ tadi, lain dari yang dia cerita melalui telefon .." kata Suhaima sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah.
"Lain yang macam mana pula ni?" soal Azura semula.
"Dia peramah semacam. Lepas tu gaya dia pula macam anak orang berada pula, sedangkan dia kata dia anak orang susah." balas Suhaima semula.
"Biasalah tu, manusia ni kan suka berpura-pura, lagipun dia tak kata dia kaya, kira bagusla tu sebab dia tak menunjuk-nunjuk kemewahan dia. Okeylah dua-dua handsome..."
"Ira ni kan dari tadi handsome, handsome, handsome. Takde perkara lain ke?"
"Takdelah, kan selama ni Su dah lama 'bercinta' dengan 'Yadiy’. Jadi kira sepadanlah Su dengan 'Yadiy ' tadi tu.."
"Merepek la Ira ni!" Suhaima mencubit peha Azura.
"Sakitlah! Tengok muka dah merah…”
"Alah, tu kata Ira. Bagaimana pula pendapat Ira tentang 'Istiqlal' tadi?" soal Suhaima semula.
"Oh, 'Istiqlal' tadi tu, dia nampak pendiam je, tak banyak bercakap. Dia pun boleh tahan juga."
"Boleh tahan apa? Handsome?”
Azura hanya tersengih.
"Ira ni kan, tak boleh langsung tengok lelaki handsome sikit, mulalah tu nak pasang angan. Hari tu angau kat Nizam, sekarang takkan dengan Istiqlal pula?" tambah Suhaima lagi.
"Aik, takkan nama 'Istiqlal' je? 'Yadiy' tak masuk list ke? Atau Su dah chop dulu? He he he, takdelah, Nizam lain, ni lain..." balas Azura
"Yelahtu..."


"Terima kasih Yadiy, aku tak tahu macam mana nak balas jasa kau nanti .." kata Istiqlal sebaik mereka meninggalkan taman siswa sebentar tadi.
"Apa pulak, memang kau dah banyak berjasa dengan aku, so kali ni kira aku balas jasa kau la pulak," balas Yadiy.
“Alah Yadiy, aku tak minta pun balasan dari kau.."
"Begitu juga aku, aku tak minta balasan dari kau pun..."
Minggu itu merupakan minggu ujian. Istiqlal dan Yadiy tidak niensia-siakan waktu. Setiap hari mereka menghabiskan masa terluang dengan mengulangkaji pelajaran di perpustakaan. Yadiy selesa dengan keadaan sekarang. Dia tidak terlalu tertekan dengan ujian yang berlambak-lambak sebab studinya semakin kukuh kalau hendak dibandingkan dengan tahun-tahun sudah. Istiqlal diperhatikannya sudah banyak berubah. Dia tidak seperti dahulu lagi. Sejak dia mengenali Suhaima, Istiqlal semakin menghargai seseorang. Mungkin perkenalannya dengan Suhaima telah mengajar Istiqlal menjadi seorang yang lebih bertanggungiawab. Istiqlal nampaknya lebih serius dengan Suhaima. Mungkin sudah takdir mereka akan bertemu, cuma dalam keadaan yang tidak disangkakan. Sampai ke hari ini Suhaima masih menyangkakan Istiqlal adalah ‘Yadiy’ yang ingin sangat dikenalinya.
Tiba-tiba Istiqlal bangun dari tempat duduknya.
"Nak ke mana?" soal Yadiy.
"Aku ke tandas kejap," Istiqlal berlalu. Yadiy hanya memerhatikannya dari jauh.
Apabila memikirkan semula, Yadiy sendiri hairan dengan tindakannya yang menyerahkan peluang kepada Istiqlal. Sedikitpun dia tidak terkilan kerana mengambil langkah sebegitu, kerana bagi dirinya, Istiqlal berhak mendapat semua itu dan dia patut melakukan apa yang dilakukannya sekarang. Yadiy terlalu banyak berhutang dengan Istiqlal, dari kos perbelanjaan pembedahan ibunya, sehinggalah handset yang dimilikinya sekarang adalah kerana pemberian dari orang yang boleh dianggapnya sebagai abang kepada dirinya.
Suhaima pun dilihatnya percaya yang Istiqlal adalah Yadiy. Dia tidak banyak bertanya tentang Yadiy kerana dilihatnya Suhaima seolah-olah turut tertarik pada Istiqlal. Memang tidak dapat dinafikan Istiqlal memiliki karisma yang tersendiri. Tidak hairanlah sekiranva Istiqlal agak terkenal di kalangan pelajar wanita di fakulti mereka.
Hampir 20 minit berlalu. Agak lama juga Istiqlal pergi ke tandas. Yadiy tidak mengesyaki apa-apa kerana baginya mungkin Istiqlal membaca surat khabar dahulu sebelum datang semula ke arah meja mereka.
Yadiy meneliti jam di dinding sekali lagi. Sudah 45 minit Istiqlal meninggalkan meja mereka. Yadiy menjadi resah gelisah. Takkan lama sangat dia pergi ke tandas.
Tidak sampai 5 minit, Yadiy dikejutkan dengan bunyi siren ambulans, terasa begitu hampir dengan perpustakaan yang sedang didudukinya. Hatinya tertanya-tanya apa ambulans buat di dalam kawasan perpustakaan itu.
Yadiy menghampiri tingkap lalu menjenguk ke arah luar Dia dapat melihat beberapa orang petugas mengeluarkan stretcher dari badan ambulans. Stretcher itu dibawa ke suatu tempat yang agak terlindung dari penglihatan Yadiy.
Tidak lama kemudian Yadiy dapai melihat semula stretcher itu diusung semula ke arah belakang ambulans. Dia seolah-olah tidak percaya apabila melihat orang yang diusung di atas stretcher itu amat dikenalinya.
"Istiqlal!!!" Yadiy meluru bagai orang gila menuju ke arah Istiqlal dibawa.
Istiqlal kelihatan tidak sedaikan diri, seluruh mukanya berlumuran darah. Kelihatan dadanya berombak turun naik. Pernafasannya sangat perlahan. Dalam keadaan tertanya-tanya, Yadiy segera menuruni tangga menuju ke arah luar mendapatkan ambulans tersebut. Sayangnya ambulans terlebih dahulu memecut laju meninggalkan perkarangan perpustakaan.


Keadaan luar bilik agak suram, masih tiada seorang ahli keluarga Istiqlal yang tiba di hospital. Hanya Yadiy yang masih terpinga-pinga dengan keadaan yang menimpa ke atas Istiqlal.
Tiba-tiba seorang doktor keluar dari bilik pemeriksaan. Dia mendapatkan Yadiy.
"Ada mana-mana ahli keluarga dia yang datang?" soal doktor tersebut.
"Takde doktor, kenapa?"
"Pesakit kehilangan banyak darah, kami terpaksa mendapatkan bekalan darah yang lebih untuk menyelamatkan mangsa. Saya takut sesuatu yang terjadi kalau terlambat," kata doktor tersebut. Wajah Yadiy berubah. Dia terkesima dengan kata-kata doktor tersebut.
10 minit telah berlalu, masih tiada tanda-tanda kemunculan ahli keluarga Istiqlal.  Akhirnya Yadiy membuat satu keputusan yang penting dalam hidupnya.
Yadiy mendapatkan doktor yang merawat Istiqlal sebentar tadi. Dia menawarkan darahnya untuk didermakan kepada Istiqlal. Doktor terdiam seketika. Apabila memikirkan keadaan Istiqlal yang semakin tenat, doktor tersebut bersetuju untuk memeriksa darah Yadiy terlebih dahulu. Yadiy hanya mengangguk menandakan persetujuan.

Yadiy dibawa keluar dan bilik kecemasan dan ditempatkan di wad biasa. Keadaannya masih lemah memandangkan kuantiti darah yang diambil agak banyak dan dia perlu ditahan di wad. Yadiy memandang sepi ke arah botol yang berisi air yang dimasukkan ke dalam badannya.
Tiba-tiba pintu bilik ditolak. Yadiy berpaling. Seorang perempuan yang separuh abad masuk ke dalam bilik itu diikuti oleh seorang lelaki yang juga boleh dikatakan berusia juga. Yadiy kehairanan kerana melihat perempuan tersebut masih berendam air mata.
“Haryadiy ke?" soal perempuan tersebut. Yadiy dengan bersusah payah menganggukkan kepala. Air mata jernih yang menuruni pipi tersebut dapat dilihat sebagai air mata seorang ibu terhadap anaknya. Ni mesti ibu Istiqlal.
"Makcik dan pakcik ni ibubapa Istiqlal,” kata ayah Istiqlal. Ibu Istiqlal masih terdiam.
"Terima kasih nak kerana sudi menyelamatkan anak makcik.." kata ibu Istiqlal. Yadiy hanya tersenyum. Dia tidak mampu berkata-kata kerana badannya amat lemah.
“Pakcik terhutang budi dengan anak, sangat bertuah Istiqlal kerana kumpulan darah kamu berdua sama,  terima kasih sekali lagi,” kata ayah Istiqlal pula.
"Istiqlal macam mana sekarang, pakcik?” Yadiy melontarkan jua kata-kata yang sedari tadi bermain-main di fikirannya.
"Masih belum tahu keputusannya, nak. Dia masih lagi di dalam wad kecemasan. Tak tahu la keadaan dia macam mana," jawab ayah Istiqlal. Yadiy menelan liur, terasa pahit.
"Yadiy, pakcik dengan makcik keluar dulu, kami nak tunggu Istiqlal..." kata ayah Istiqlal lagi. Yadiy hanya mengangguk lemah. Ayah Istiqlal keluar dari bilik tersebut diikuti oleh ibu Istiqlal.
Yadiy termenung seketika. Dalam keadaan seperti inilah saat-saat yang dialaminya bersama Istiqlal bagai diputar-putar di layar fikirannya. Entah kenapa perasaannya bagai disiat-siat oleh kenangan. Yadiy terkenangkan saat di mana dia dimarahi bagai anak kecil, saat mereka lalui bersama, saat bagaimana mereka belajar bersama dan juga saat-saat yang mereka kongsikan masalah bersama.
"Ya Allah, dengarlah rayuan dari hamba-Mu yang hina ini. Kau lanjutkanlah usia teman seperjuanganku, supaya kami dapat menjadi khalifah yang terbaik di muka bumi ini, supaya kami dapat bersama-sama menjadi hamba-Mu yang bertakwa untuk mentadbir bumiMu. Ya Allah, aku belum puas ketawa bersama lagi, dan juga aku masih belum bersedia untuk menangis lagi. Dengarkanlah rayuan hambaMu ini Ya Allah, amin. Yadiy berdoa dari sudut kecil hatinya. Dia memejamkan mata. tanpa disedarinya empangan hiba itu tertumpah jua dari kelopak matanya.
Keadaan Istiqlal kembali stabil setelah darah Yadiy dipindahkan ke dalam tubuh Istiqlal. Mungkin sudah menjadi ketentuan bahawa dia memiliki kumpulan darah yang sejenis dengan Yadiy. Yadiy juga masih terbaring di katil sebelah katil Istiqlal. Mereka ditempatkan di dalam bilik yang sama. Yadiy masih dalam keadaan yang agak lemah. Dia sempat menjeling ke arah Istiqlal yang masih belum sedarkan diri.
Dari berita yang diceritakan oleh doktor pada Yadiy, Istiqlal mengalami kecederaan teruk di kepalanya selepas terjatuh dari tangga. Dia tergelincir sewaktu menuruni tangga di tingkat 2. Tiada siapa yang menyedari kerana tangga itu jarang digunakan oleh pelajar. Mujurlah ada orang yang menyedari Istiqlal jatuh pengsan di situ.
Yadiy mamerhatikan Istiqlal sekali lagi. Istiqlal masih menggunakan alat bantuan pernafasan untuk bernafas. Kepalanya juga berbalut seribu. Yadiy hanya mampu berdoa supaya Istiqlal cepat sedar dari pengsannya. Syukurlah, kerana doanya telah didengariNya.
Dalam keadaannya yang masih tertanya-tanya, Yadiy dapat merasakan pandangan gelap menjelma di depan matanya. Akhirnya Yadiy terlena dalam kelesuan.
Hampir 3 hari Istiqlal ditahan di wad. Keadaannya beransur pulih. Dia sudah sedar 2 hari yang lalu. Yadiy pula sudah dibenarkan keluar keesokannya. Saban hari Yadiy berulang-alik ke hospital menjenguk keadaan Istiqlal.
“Istiqlal, kau apa khabar?" Yadiy duduk di sisinya. Istiqlal tidak menjawab, dia hanya tersengih.
"Su tahu pasaJ ni?" soal Istiqlal mula-mula.
"Tahu, dia datang dengan aku ni, nanti dia sampai," balas Yadiy semula. Suasana petang itu agak suram kerana hujan renyai menjadikan keadaan agak dingin.
"Alamak Is, aku kena sorokkan tag nama kat katil kau ni sebelum Suhaima sampai," kata Yadiy pula. Istiqlal hanya menganggukkan kepala.
"Yadiy, terima kasih sebab sudi derma darah pada aku, tak sangka dalam tubuh aku ni mengalir darah kau," kata Istiqlal sebaik Yadiy menyimpan tag nama Istiqlal.
"Ala, perkara kecil je tu, kebetulan darah aku sama dengan darah kau, kalau aku tak buat macam tu, aku akan kehilangan seorang 'abang' nanti." Istiqlal hanya tersenyum dengan kata-kata Yadiy tersebut.
"Hai 'Yadiy'," Suhaima muncul bersama-sama Azura.
"Hai, Su, Azura," Istiqlal menggagahkan diri menyahut sapaan Suhaima.
“Ini untuk awak," Suhaima menghulurkan sesuatu kepadanya.
"Terima kasih..."
"Kenapa jadi macam ni?" soal Azura pula.
"Tak tahulah, hari tu saya rasa macam pening-pening kepala. Katanya saya tak cukup rehat. Tiba-tiba pandangan jadi hitam.  Sedar-sedar saya dah ada kat sini..." Istiqlal menceritakan keadaannya yang sebenar. Suhaima hanya mengangguk mendengar cerita 'Yadiy’ . ‘Istiqlal‘ hanya mendiamkan diri.
I.ama juga Suhaima dan Azura berada di hospital. 'Yadiy' dilihatnya sudah agak bersemangat untuk pulih. Banvak juga perkara yang dibualkan. Kadang-kadang ‘Istiqlal’ turut menyampuk diselangi ketawa yang berderai dek kerana sesetengah perkara yang dianggap lucu.
"Erm, 'Yadiy', saya nak beransur dulu la, saya doakan awak cepat sembuh..." kata Suhaima sebelum dia mengundur diri. 'Yadiy' hanya tersenyum. Dia mengalihkan pandangannya pada 'Istiqlal'.
"Kau pulang sekali ke?" soal ‘Yadiy’ semula pada 'Istiqlal'.
"Tak, aku balik lambat sikit kot, Su dan Azura datang sendiri." balas ‘Istiqlal’ atau Yadiy yang sebenar.
" 'Yadiy', saya pun doakan awak cepat sembuh," kata Azura. Dia kemudian meminta diri untuk pulang mengikuti Suhaima dari belakang meninggalkan ‘Istiqlal’ sendirian.
"Mereka dah pergi ke?" soal Istiqlal semula Yadiy hanya mengangguk. "Macam mana Suhaima boleh tahu?" soal Istiqlal semula.
"Aku la yang bagi tahu, takkan nak biar macam ni aje."
"Yadiy, terima kasih sebab kau masih berlakon dengan aku..”
"Perkara kecil je tu, tapi aku harap kau jangan berterusan menipu dia. Aku nampak dia macam dah suka kat kau,"
Istiqlal tersenyum. Dia memegang kepalanya yang masih berbalut.
"Kau ada telefon Suhaima ke?" soal Istiqlal semula. "Kau dah gila? Kalau aku telefon dia, mesti dia cam suara aku nanti.  Lepas aku beritahu dia aku kehilangan handset, nombor kau lah yang dia anggap nombor telefon baru aku.."
"Oh, macam tu ke? Maaflah, aku bukan berniat nak syak sesuatu dengan kau, cuma….”
"Dah, jangan cakap banyak. Kau kena banyak berehat.
"Ala, aku dah lama tak borak dengan kau, aku sunyi tau, dah 2 hari aku kat sini takde sesiapa pun nak temankan," balas Istiqlal semula.
"Kau jangan nak jadi budak-budak, kalau tak, lebih lama kau kena tahan kat wad ni sebab aku bagi penumbuk kat biji mata kau, nak?"
"Ala, aku gurauje la..."
"Aku pun gurau je la, kau ingat aku sanggup ke nak tumbuk kau?"
"Entah, aku pun tak tahu, kau sanggup ke tikam aku dari belakang?" soal Istiqlal membuatkan Yadiy terdiam. "Kenapa kau diam?" tambah Istiqlal lagi.           
"Kenapa kau tanya macam tu?" soal Yadiy semula.
"Aku saja nak uji kau..”
“Takkan la aku nak buat macam tu…”
"Manalah tau, kan? Oh ya, aku nak tanya,"
"Apa dia?” soal Yadiy semula. Wajahnya kelihatan hairan.
"Betul ke kau menjerit macam orang gila apabila nampak aku diusung ke dalam ambulans?" soal Istiqlal pula. Yadiy tersentak
"Mana kau tahu? Merepeklah!" balas Yadiy
"Ala, Harimi yang beritahu aku. Semalam budak-budak kelas kita datang lawat aku masa kau takde. Harimi nampak kau berlari masa tu."
"Alamak, nak buat macam mana? Secara automatik aku bertindak macam tu apabila aku nampak kau berlumuran darah. Seram juga aku dibuatnya. "
"Aku terharu bila tahu reaksi kau semasa kejadian, tak sangka aku ada kawan yang ambil berat pasal aku.”
"Ala, kita kan kawan, kau sakit aku pun macam terasa sakit juga…”
"Yadiy, terima kasih pasal darah kau,”
"Apa-apalah,”
Mereka terdiam seketika.
"Tak sangka Suhaima pun datang melawat aku " kata Istiqlal tiba-tiba.
"Jadi, sekarang ni kau dah nainpak la target kau?" soal Yadiy semula.
"Target?"
"Suhaima la..."
"Oh pasal tu, mungkin lah, sebab aku betul-betul serius kali ni dengan dia ,”
"Baguslah. Aku memang nak dengar kau cakap macam tu. Aku tak nak kau sia-siakan dia ."
"Kenapa kau cakap macam tu? Macam kau ni abang dia pula."
“Takdelah, Suhaima tu bukan orang sembarangan. Bukan senang orang nak rapat dengan dia. Lagipun aku dah banyak tahu pasal dia, banyak laki nak dekat dengan dia tapi tak dapat. Kau pulak senang-senang dia nak kenal,” balas Yadiy semula. Istiqlal hanya menganggukkan kepalanya.
“Nampaknya macam kau yang lebih kenal dia dari aku..”
"Bukan lebih kenal la, aku berpeluang kenal dulu dia dari kau, bukannya kau tak kenal dia, cuma lambat kenal je. " kata Yadiy. Istiqlal tersengih.
"Kepala kau dah macam mana?" soal Yadiy semula.
"Aku tak kacak dalam keadaan macam ni kan?" soal Istiqlal membuatkan Yadiy menyambutnya dengan gelak ketawa.

"Su. kesian kat 'Yadiyi' kan?" Azura bersuara sambil memerhatikan riak wajah Suhaima.
"Kesian? Kenapa?" soal Suhaima semula.
"Takdelah, katanya minggu ni kan minggu ujian, banyaklah ujian yang 'Yadiy' terpaksa batalkan,”
"Oh. macam tu ke? Siapa yang beritahu kat Ira ni?”
"Si 'Istiqlal' lah.."
"Oh, 'Istiqlal', bila Ira dah sebut nama 'Istiqlal' ni, Su hairanlah,” kata-kata Suhaima terhenti.
"Hairan pasal apa?"
"Dia kurang bercakap dengan Su, macam segan pula. Kalau orang tanya sepatah, dia jawab sepatah," balas Suhaima.
"Eh, dengan Ira takde pun, dia ok je, peramah,”
"Tak tahulah Su nak kata apa pasal dia. Tapi Ira tahu tak yang Si 'Istiqlal' tu kawan ‘Yadiy' yang paling rapat.”
"Ira nampak juga gaya mereka berdua tu macam rapat.”
"Satu lagi kan Ira, kalau nak tahu Si 'Istiqlal'lah yang telah menderma darah kepada 'Yadiy' sewaktu kejadian hari tu, kebetulan kan darah mereka dalam kumpulan yang sama…”
"Oh, ye ke? ‘Istiqlal' takde pula cerita pasal ni kat Ira. Mana Su tahu ni?" soal Azura semula.
"Si 'Yadiy' la yang cerita.. "
"Oh, macam tu ke?"

Istiqlal dibenarkan keluar hospital setelah masuk hari ke 5 dia berada di hospital. Keadaannya sudah stabil dan Istiqlal sudahpun pergi ke kuliah semula. Dia masih kebingungan dengan kejadian yang menimpanya. Nak kata dia ada penyakit, doktor mengatakan yang dia sihat sahaja. Yadiy sendiri mendapatkan laporan kesihatan Istiqlal untuk membuat kepastian mengenai kesihatan Istiqlal

0 comments:

Post a Comment