Suhaima
melangkah lebih laju menuju ke arah bilik Azura. Sesekali dia melihat jam di
tangannya. Butang memanggil di telefonnya di tekan sekali lagi. Panggilan terus
bersambung tapi tiada yang menjawabnya. Entah ke manalah si Azura ni pergi.
Suhaiman
berdiri di hadapan bilik Azura. Dia berkira-kira untuk mengetuk pintu bilik
itu. Dijeling ke arah deretan kasut yang ada, tiada pula dilihatnya kasut
kegemaran Azura. Mesti si Azura ni dah keluar, getusnya.
Daun pintu
ditolak selepas ketukan dan salamnya berbalas. Tersembul wajah roommate Azura membuka pintu.
“Ira ada?”
soal Suhaima. Dilihatnya gadis yang berambut panjang itu yang rasanya ini kali
pertama dia berjumpa. Cantik, fikirnya lagi.
“Ira dah
keluar…”
“Suhaima,”
Suhaima menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Najmiah,”
salamnya bersambut. “Dah try call dia?”
sambung Najmiah lagi.
“Dah, tapi
tak berjawab…”
“Masuk la
dulu, try call sekali lagi…” Suhaima
mengangguk. Dia masuk ke dalam bilik mereka.
“Duduk lah
dulu,” persila Najmiah. Dia kembali ke arah mejanya untuk menyiapkan sesuatu.
“Takde kelas
ke hari ni?” Suhaima berbasa-basi. Telefonnya dilekapkan ke telinga setelah
menekan butang call.
Belum sempat
Najmiah menjawab pertanyaan Suhaima, mereka dikejutkan dengan nada dering dari
telefon yang terletak di dalam locker Azura.
“Oh,
patutlah tak berjawab….” Najmiah bersuara. Barulah dia mengerti kenapa
panggilan Suhaima tidak berjawab. Si Azura tertinggal telefon.
“Patut
laaaa….” Suhaima mengeluh perlahan.
“Sorry lah, saya tak tau dia tak bawak
phone…”
“Takpe, saya minta izin dulu lah…”
“Kejap,
kenapa cari Ira? Contest dah habis,
kan?” soal Najmiah.
“Contest?”
“Tulis
karya, awak kan Suhaima, penganjur pertandingan menulis karya baru-baru ni
kan?”
“Yap, macam
mana tahu?’
“Ira ada
juga bercakap pasal awak…”
“Really? Dia cakap pasal apa?”
“All nice things. Don’t worry. By the way,
you didn’t answer my question…”
“Oh, sebab
cari Ira? Saya nak ajak dia keluar kejap. Tapi takpelah dah dia dah keluar.
Kalau macam tu, saya pergi dulu la, nampaknya saya kena pergi sendiri.”
“Okey, then..”
Yadiy hanya
termenung sendirian. Kenapa aku asyik termenung je ni? Teringat kat Suhaima ke?
Yadiy sendiri tidak faham kenapa dia merasakan seolah-olah ada kekurangan dalam
dirinya. Suhaima, aku menyesal kerana membiarkan kau berlalu bersama-sama Istiqlal.
Istiqlal?
Sejak kehadiran Suhaima ni, Yadiy seolah-olah dilupakan. Tapi Yadiy tidak kisah
pasal semua itu. Memang sejak kecil lagi dia sudah dididik supaya tidak terlalu
mengikut perasaan.
Sudah
beberapa hari Yadiy tidak lepak dengan Istiqlal. Istiqlal katanya asyik ber dating dengan Suhaima. Sebaik sahaja
mereka habis kelas, Istiqlal terus menghilangkan diri.
"Hai,"
sapa Istiqlal. Suhaima muncul selepas hampir 10 minit dia menunggu di taman
siswa. Lepas kelas terakhir petang tadi, dia bergegas ke taman siswa selepas
berjanji untuk berjumpa dengan Suhaima.
"Hai,
‘Yadiy’, " Suhaima hanya tersenyum. Barulah Istiqlal sedar yang dia masih
memainkan watak sebagai ‘Yadiy’ pada mata Suhaima. "Dah lama sampai?”
Suhaima menyambung.
"Takdelah
lama sangat, awak datang seorang ke?”
“Tulah, tadi
saya cari Azura, dia tiada kat bilik. Eh mana ‘Istiqlal’?" Istiqlal
tersentak apabila namanya disebut. Maksud ‘Istiqlal’ di sini ialah Yadiy. Kenapa
si Suhaima tanya pasal Yadiy pula.
" ‘Istiqlal’?
Dia sibuk sikit," isk Suhaima ni, nak jumpa aku atau Si Yadiy? getus Istiqla
sendirian.
"Oh,
sayangnya," kata Suhaima perlahan. Sayang? Istiqlal mula panas telinga
apabila ketiadaan Yadiy seolah-olah dikesali oleh Suhaima.
"Sayangnya'?
Kenapa Su cakap macam tu?” soal Istiqlal mahukan kepastian.
"Takdelah,
ingat hari ni saya nak belanja makan awak dengan ‘Istiqlal’ sekali..."
"Oh,
macam tu. Sayangnya " balas Istiqlal. Suhaima hanya tersenyum. Istiqlal turut tersenyum, tetapi hatinya masih
tertanya-tanya kenapa Suhaima kerap sangat tanya pasal 'Istiqlal' setiap kali
mereka keluar bersama. "Apa tujuan
awak nak jumpa saya ni?" soal Istiqlal semula.
"Kan saya
dah cakap tadi, nak belanja awak berdua makan..”
"Berdua?"
"Yelah,
awak dan ‘Istiqlal’, lagipun saya nak raikan awak dah sembuh dari kecederaan awak
tu, " balas Suhaima. Istiqlal masih tidak puas hati kerana nama Istiqlal disebut
lagi.
"Oh,
macam tu. Nak buat macam mana, Istiqlal ada kerja.."
"Itulah,
takpelah, saya belanja awak seorang dah lah ya," kata Suhaima sambil
tersenyum manis . Istiqlal pun turut tersenyum.
Burung-burung
mula terbang pulang ke sarang. Eh, ada ke burung-burung kat tengah-tengah
bandar ni? Kalau kat kampung banyak la. Jam menunjukkan ke angka 7 malam. Yadiy
termenung sendirian. Fikirannya memutar semula apa yang telah berlaku hari ini.
Kejadian yang tidak pemah diduganya telah berlaku.
"Aku
tak puas hati betullah dengan kau, kau memang tidak berhati perut!" Yadiy dikejutkan
dengan jerkahan Istiqlal tiba-tiba. Buku di tangan ditutup seketika. Yadiy mengangkat
mukanya mendongak ke arah Istiqlal. Istiqlal meninggikan suara terhadapnya.
"Is,
bertenang. Apa yang telah berlaku?" Yadiy cuba berbicara dengan cara yang
berhikmah dan berdiplomasi. Takut juga kalau-kalau perkara yang bakal terjadi
akan menjejaskan persahabatan mereka nanti.
"Cukup!
Jangan kau hendak bermuka-muka dengan aku!" suara Istiqlal agak tinggi.
Mukanya merah menahan marah. Orang disekeliling mula berpandangan.
"Is,
ini perpustakaan, orang ramai kat sini, malu nanti orang tengok," kata Yadiy
separuh berbisik. Istiqlal mengangguk.
"Ikut
aku!" Istiqlal menarik tangan Yadiy dengan agak keras. Yadiy terpaksa akur
dengan kata-kata Istiqlal. Agak kuat pegangan Istiqlal menyebabkan Yadiy merasa
sakit. Kalau diikutkan fizikal Istiqlal, dia memang lebih besar dari Yadiy.
Istiqlal membawa
Yadiy ke arah lobi perpustakaan. Orang agak kurang ketika itu.
"Sekarang
aku nak penjelasan dari mulut kau sendiri," kata Istiqlal dengan agak
kasar.
“Penjelasan
apa pula ni?" soal Yadiy kehairanan.
"Sejauh
mana hubungan kau dengan Suhaima?" Yadiy agak terkejut dengan pertanyaan Istiqlal
kali ini.
"Hubungan
apa pula ni? Apa yang kau merepek ni Istiqlal?"
"Aku
tak tahu samada kau buat-buat tak tahu atau kau memang tidak tahu..."
"Aku
memang tidak tahu dan tidak faham maksud kau.."
"Tidak
faham konon. Selama ni kau kata kau sanggup berkorban. Tak nak dekati Suhaima
konon. Habis apa yang aku dengar ni mengarutlah?” soal Istiqlal sambil menjegilkan
matanya.
"Apa
yang kau dengar Is? Kau dengar dari siapa? Aku masih tak faham, apa kena-mengena
dengan Suhaima pula?" soal Yadiy lagi.
"Aku
dengar kau masih intim dengan Suhaima?"
“Masih intim
dengan Suhaima?!!” Yadiy terkejut. Berat tuduhan Istiqlal kali ni. “Kau dengar
dari siapa ni?" soal Yadiy semula.
"Kalau
dari orang lain aku tak kisah, tapi ni dari Suhaima sendiri,"
“Dari
Suhaima sendiri? Apa yang berlaku ni? Cuba kau terangkan keadaan yang sebenar
pada aku,"
"Yang
itu nanti. sekarang ni kenapa kau buat aku macani ni? Aku lak tahu nak kata apa
lagi tentang kau, tentang pengorbanan kau yang selama ni kau asyik
agung-agungkan..”
Yadiy terdiam.
Dia cuba memahami keadaan yang telah berlaku walaupun hakikatnya dia sendiri
tidak tahu apa yang telah berlaku.
"Is, please, memang aku korbankan
segala-galanya untuk kau, termasuklah Suhaima. Semuanya kerana kau, bukan orang
lain. Jadi, Suhaima dah lama aku buang jauh dari ingatan aku. Lagipun mana kau
dengar semua ni? Kau ni kan, percaya kata-kata orang atau kata-kata aku
sendiri?" bicara Yadiy panjang lebar.
Istiqlal terdiam
seketika
"Aku…
aku…. aku memang nak percayakan kau…” Istiqlal terhenti. “Tapi…..”
"Ok,
sekarang giliran kau untuk ceritakan segala-galanya," kata Yadiy.
"Semalam
aku makan dengan Suhaima," Istiqlal terhenti seketika.
"Great, ok lepas tu?”
"Dia
ajak jumpa sebab nak belanja makan. Masa makan takde perkara lain yang
diperkatakan melainkan tentang kau. Banyak perkara dia asyik tanya pasal kau,"
"Contohnya?"
" 'Istiqlal'
apa khabar? Kenapa dia tak ikut sekali? 'Is' dah ada someone special ke? Macam-macani lagi la."
Yadiy terdiam.
Dia tahu 'Istiqlal' yang Suhaima maksudkan di situ adalah dirinya.
"Is,
kenapa kau jadi macam ni? Kenapa kau cepat sangat meradang kat perkara yang
remeh? Hakikatnya dia cuma ambil tahu pasal aku sebab aku takde kat situ.
Lagipun aku je kawan kau yang dia kenal. Dia tidak berniat apa-apa la,"
balas Yadiy.
“Tapi cara
dia……”
"Is,
realitinya kau dah nampak sekarang. Orang yang paling berpeluang mendekati dia
bukan aku, tapi kau. Kau kena tahu sekarang, aku tidak pernah tertarik padanya,
dan tak akan tertarik kepada dia. Aku harap kau puas hati dengan penjelasan
aku," kata Yadiy lagi walaupun hatinya terpaksa menipu. Memang lelaki
bodoh sahaja yang tidak tertarik pada Suhaima, dan kini dialah lelaki bodoh itu
pada mata Istiqlal.
"Betul
ke ni, Yadiy?"
Yadiy mengangguk
laju. Dia mengajak Istiqlal memasuki semula ke dalam perpustakaan. Istiqlal segera
meminta maaf atas kekasarannya tadi.
"Kau ni
cepat naik angin juga ye?" soal Yadiy separuh berbisik. Istiqlal hanya
menepuk belakang Yadiy sambil tersengih.
Yadiy tersenyum
sendirian. Lamunannya terhenti apabila azan Maghrib berkumandang. Segera dia mandi
dan menunaikan yang wajib.
Petang itu
suram sahaja. Yadiy meramalkan hari akan hujan memandangkan angin yang kuat
diselangi dengan guruh yang berdentum. Kuliah hari itu pun tidak ramai pelajar
menghadirinya. Pensyarahnya sendiri tidak bersemangat untuk memberi syarahan.
"Yadiy,
jom kita minum dulu, lagipun hari macam nak hujan je ni," Istiqlal bersuara
ketika mereka sedang menuruni tangga sebajk sahaja kuliah diumumkan berakhir. Yadiy
hanya mengangguk. Mereka terus mengatur langkah menuju ke arah cafeteria yang
terletak di lobi utama fakulti mereka.
"Harimi,
L.atif, jom minum dulu dengan kitorang!" Istiqlal turut mempelawa rakan
sekelas mereka.
"Takpelah,
hari macam nak hujan, aku nak balik dulu la," kata Harimi.
"Aku
pun, lagipun aku bawak motor je, kau takpe, ada kereta," kata Latif pula. Istiqlal
hanya tersengih memandang ke arah mereka. Yadiy dan Istiqlal memilih satu
tempat di sudut yang paling terbuka. Yadiy duduk dahulu sementara Istiqlal membuat
pesanan.
Mata Yadiy tertangkap
pada seraut wajah yang baru melepasi meja mereka menuju ke meja sebelahnya yang
kebetulan tiada orang. Yadiy tersenyum sendirian memikirkan perangainya sejak
akhir-akhir ini yang semakin lama semakin gatal untuk melihat perempuan.
Istiqlal muncul
dengan membawa 2 gelas teh tarik pada Yadiy. Dia kemudiannya duduk bersetentang
dengan Yadiy. Tidak sampai 5 minit mereka duduk di situ, hujan mula turun
mencurah-curah.
"Kau
dah ok pasal Suhaima hari tu?" soal Yadiy tiba-tiba.
"Pasal
apa?" Istiqlal terhenti menghirup air.
"Pasal
yang melibatkan aku tu, yang kau marah tak tentu pasal tu," wajah Istiqlal
berubah.
"Oh,
pasal tu. Kau jangan cakap macam tu, malu la aku..”
"Abis,
dah betul kau marah aku tak tentu pasal. Ok dah?”
"Ok je,
aku dah tak kisah sangat,"
"Tulah
kau, jangan cepat sangat naik angin, aku pun gerun dengan sikap kau hari tu...
"
"Ala,
aku pun manusia biasa je, tak terlepas dari membuat kesilapan," kata Istiqlal
semula. Yadiy hanya menganggukkan kepala.
"Aku
pun tahu kau ni manusia biasa je, aku pun manusia biasa juga. Eh, minggu depan
kita ada 3 ujian kan? Bila nak start study kat perpustakaan?" soal
Yadiy semula.
"Aku
ikut je. esok ke, lusa ke. Tak kisah..”
"Sebut
pasal ujian dengan perpustakaan ni kan, buat aku terkenangkan peristiwa bulan
lepas, perisuwa kau jatuh tu, " balas Yadiy semula. Istiqlal tersengih.
"Lepas
ni kalau boleh kita pergi ke tandas ke, rmana-mana ke, kau mesti ikut aku.
Manalah tahu kalau-kalau aku jatuh lagi, sekurang-kurangnya kau ada dengan
aku..." balas Istiqlal pula. Yadiy mengerutkan keningnya kehairanan.
"Kau
bercakap macam kau ni sakit je, jangan la cakap macam tu.."
"Aku
kata manalah tahu kalau-kalau aku jatuh lagi, bukannya aku kata aku akan jatuh
lagi, faham?"
"Yelah
tu!"
"Yadiy,
kau cakap kau ada perkara nak tanya aku, apa dia?" soal Istiqlal tiba-tiba.
"Oh,
aku nak tahu kau dah berterus terang ke kat Suhaima?"
"Berterus
terang pasal apa?” soal Istiqlal semula.
"Berterus-terang yang kau suka kat dia,"
“Gile! Aku
risau la, takut dia tak boleh terima aku."
"Hari tu
kau cakap nak, sekarang ni ada peluang kau tak nak ambil peluang tu."
"Bukan
tak nak ambil, tapi peluang tu tak kesampaian lagi. Nanti la.."
"Pasal
kita pun mesti kau tak cakap lagi kan?”
“Pasal
kita,maksud kau?”
“Pasal aku
jadi kau, kau jadi aku laaa…”
Istiqlal termenung
seketika sambil memandang ke arah hujan yang masih lebat.
"Habis
tu, nak aku berterus terang?" soal Istiqlal semula. Yadiy hanya
menganggukkan kepala, "Gila!" Istiqlal melanjutkan kata.
"Apa
yang gilanya? Aku takut ini akan lebih teruk kalau dia tahu perkara sebenar
nanti.."
"Aku
lagi takut kalau dia meneruskan cita-citanya nanti.."
“Cita-citanya?"
"Ya,
mengenali siapa Yadiy yang sebenar,”
"Kau
takut aku rampas dia dan kau?" Yadiy mengeluh perlahan. Istiqlal hanya
terdiam.
"Is,
matang la sikit. Jangan jadi macam budak-budak. Sebagai kawan, aku berhak
melihat kau bahagia,"
"Tapi
kau pun berhak bahagia kan?"
"Cukup Is.
Aku bahagia tengok kau bahagia. Yang pasti, aku takkan merampasnya dari kau!
Kau harus percayakan aku.."
"Tetapi
tengok keadaan macam sukar untuk aku percaya,"
"Keadaan?"
"Suhaima
perasan aku tak seperti ‘Yadiy’ yang
selalu bercakap dengannya melalui telefon..."
"Memang
la tak sama, sebab itu aku. Sebab tu aku nak kau jadi diri kau sendiri di depan
dia..."
"Kekadang
tu Suhaima kata dia lebih suka 'Yadiy' dalam telefon berbanding dengan aku yang
selalu jumpa dengannya. Aku takut kalau dia tahu aku bukan 'Yadiy'....." Istiqlal
terhenti.
"Entahlah
Istiqlal, aku tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan kau pasal ni. Kau
sepatutnya buat dia suka pada kau, bukannya pada kenangan dia dengan aku yang
dulu. Dia kena kenal kau sekarang. Dia dan kau, Istiqlal. Bukannya aku, Haryadiy.
Terpulanglah pada kau. Kau fikirkanlah kesannya jika dia tahu sendiri yang kau
menipunya. Yang pasti, aku sendiri sudah tiada dalam hidup dia."
Mereka
terdiam seketika. Istiqlal memandang ke kiri dan kanan, seolah-olah mencari
sesuatu.
"Kau
cari siapa?" soal Yadiy kehairanan dengan gelagat Istiqlal.
"Aku
tak cari sesiapa. Yadiy, cuba kau tengok sebelah kanan kau,” kata Istiqlal
terhenti seketika.
"Kenapa?
Perempuan? Aku dah tahu la. Baju biru kan?"
"Cantik
juga. Kacau nak?"
"Kau ni
kan, masih tak berubah lagi la, dulu kau kata kau dah berubah lepas kau kenal
Suhaima. Tapi nampak macam sama je..."
"Ala,
aku nak kacau je la. Bukannya nak buat apa-apa pun. Manalah tahu aku boleh adjust untuk kau ke. Lagipun aku tengok
kau masih solo lagi. Kau nak ke?" soal Istiqlal semula. Yadiy terdiam. Dia
tahu Istiqlal cuba untuk mengalih topik perbincangan mereka hari itu. Tapi
orang yang ditunjukkan pun cantik juga.
"Hai,
makan ke?" sapa Istiqlal pada perempuan tersebut. Perempuan itu berpaling
lalu mencebik ke arah Istiqlal. Yadiy hanya terdiam melihat gelagat Istiqlal yang
tak pernah berubah sikap buayanya.
"Amboi,
sombongnya. Orang tanya pun tak jawab," kata Istiqlal lagi.
"Padan
muka kau…" kata Yadiy kepada Istiqlal.
Istiqlal tertunduk.
Dia menghabiskan sisa-sisa minumannya. Tiba-tiba dia bangun.
"Wei,
kau ingat kau tu cantik sangat ke???" kata Istiqlal tiba-tiba. Yadiy terperanjat
dengan tindakan Istiqlal yang tiba-tiba meradang.
"Is,
kenapa ni?" Yadiy cuba menenangkan Istiqlal. Perempuan tadi pula memandang
Istiqlal dan Yadiy dengan pandangan tidak puas hati.
"Eleh,
kau ingat muka kau cantik la pandang-pandang aku macam tu? Kalau setakat muka
macam kau ni aku boleh cari bersepah kat mana-mana la!!” tambah Istiqlal lagi.
Orang ramai di cafeteria mula berpandangan. Begitu juga dengan perempuan tersebut.
Mukanya mula bertukar kemerah-merahan.
"Istiqlal,
kenapa dengan kau ni? Dah jom kita pergi," Yadiy menarik Istiqlal keluar
dan kawasan tersebut.
"Aku
tak habis lagi ni!" kata Istiqlal.
“Dah, dah,
jom kita balik. Kau tak sihat ni," kata Yadiy lagi Istiqlal membiarkan
dirinya ditarik oleh Yadiy meninggalkan cafeteria.
Yadiy sempat
berpaling ke arah perempuan tadi. Dia masih memandang ke arah mereka dengan
pandangan yang tajam.
"Sorry…"
Yadiy mengungkapkan maaf dengan perlahan. Dia berharap agar perempuan tersebut
dapat membaca gerak bibimya.
"Istiqlal,
kenapa dengan kau ni? Meradang tak tentu pasal?" soal Yadiy mula-mula
sebaik kereta Istiqlal bergerak. Istiqlal hanya mendiamkan diri. "Kau
selalu tak macam ni. Biar macam mana sekalipun kau gagal ayat mana-mana awek,
kau tak mungkin berperangai macam tadi ," tambah Yadiy lagi. "Kenapa
ni?"
Istiqlal tidak
menjawab. Dia membiarkan sahaja Yadiy berteka teki dengan diri sendiri. Yadiy kecewa
dengan sikap Istiqlal hari ini. Malu pun ada. Marah pun ada. Dia tahu Istiqlal sebenarnya
marah pada dirinya. Marah pada Suhaima.
"Is,
kau sebenarnya marah kat aku kan? Bukan pada perempuan tadi. Aku tahu kenapa
kau angin hari ini. Aku pun tahu kenapa kau diam je," kata Yadiy lagi. Istiqlal
berterusan mendiamkan diri.
"Is,
kau marah aku ke?" Yadiy tidak berputus asa untuk membuatkan Istiqlal bersuara.
Istiqlal terus
mendiamkan diri sehingga sampai ke perkarangan rumah Yadiy. Yadiy melepaskan
keluhan kecewanya kerana pertanyaannya tidak terjawab. Dia melangkah keluar
dari kereta Istiqlal.
"Terima
kasih, Is," Istiqlal tidak membalas. Dia terus berlalu.
Yadiy kebingungan
dengan sikap Istiqlal. Dia sedikitpun tidak berniat untuk menyinggung perasaan
dan melukai hati kawannya itu. Mungkin benar Suhaima sudah ada di depan matanya,
tetapi mungkin juga untuk Suhaima menjadi milik Is, ada sesuatu yang menghalang
kenyataan itu. Mungkin dirinyalah penghalang itu.
Yadiy tidak
lahu apa yang patut dibuatnya sekarang. Patutkah dia sendiri yang memberitahu
Suhaima atau dia perlu berdiam diri sahaja. Satu perempuan dua lelaki, macam
cerita Hindustan le pulak!
"Yadiy,
kenapa ni? Tak bersemangat je aku tengok kau hari ini…" tegur Sazali
sewaktu dia mula-mula melangkahkan kaki ke dalam rumah.
“Takde apa
lah..."
"Nak
kata gaduh dengan girlfriend, kau tu takde girlfriend lagi. Kau ada masalah
dengan Istiqlal ke?" soal Sazali semula.
Yadiy terdiam.
Betul juga kata Sazali. Mungkin disebabkan aku ni takde girlfriend, sebab
itulah Istiqlal berfikir macam tu.
"Takde
apa, aku dengan Istiqlal okey je, mungkin sebab aku letih kot," balas Yadiy.
"Kau
tak nak cerita ke?"
"Takde
apa yang perlu aku ceritakan, Sazali..” Yadiy melangkah lemah ke dalam
biliknya. Dia hanya mendongak ke sekeliling. Tiba-tiba dia teringatkan kampung
halaman, suasana pantai dan ombak, serta burung-burung yang berkicauan.
Kemudian dia
tunduk. Memikirkan kejadian yang datang bertimpa-timpa. Memikirkan
perkara-perkara yang telah, sedang dan akan berlaku. Kalau dulu dia sering
memikirkan pelbagai kebetulan yang muncul dalam dirinya. Sekarang ini,
kebetulan-kebetulan tersebutlah yang semakin menjeratnya dan hidupnya.
Tiba-tiba
muncul wajah arwah Shahrul di layar pemikirannya. Dia rasa terkilan kerana agak
lama dia tidak mengingati arwah. Agak lama dia tidak mengutuskan sesuatu untuk
arwah. Kini wajah arwah muncul semula. Setelah dia berada dalam kesusahan,
barulah wajah arwah menjelma.
Kalau
difikirkan, memang dia semakin melupakan arwah sejak mengenali Istiqlal Istiqlal
yang hadir dalam hidupnya, yang tidak pernah jemu menghulurkan sebarang jenis
bantuan dan pertolongan. Memang dia cukup terhutang budi dengan Istiqlal. Kekadang
dia takut terhutang budi inilah yang akan dibangkitkan semula nanti kalau-kalau
sesuatu berlaku antara dia dengan Istiqlal. Istiqlal dahulu tidak sama lagi
dengan sekarang. Istiqlal dahulu sudah lama hilang.
Yadiy dihanyutkan
dengan angan-angan dan harapan. Akhirnya dia terlelap jua...........
Setiap teman yang bersahabat dengan temannya yang lain walau sekejap mana sekalipun, melainkan ia akan ditanya tentang persahabatan pada hari kiamat, apakah ia telah menunaikan hak persahabatan dengan baik atau ia telah mensia-siakannya.
0 comments:
Post a Comment