Tuesday, September 5, 2017

Takdir Bukan Hukuman (Episod 4)

Hari itu hari terakhir dalam minggu itu. Esok hari minggu. Hari terakhir Yadiy pulang agak lewat berbanding sebelum ini. Dia mengajak Istiqlal untuk menunaikan solat Asar telebih dahulu memandangkan waktu itu sudah hampir senja. Istiqlal tidak berfikir panjang, terus bersetuju dengan cadangan Yadiy.
Selesai sembahyang Istiqlal terus mengajak Yadiy untuk pulang. Yadiy hanya mengangguk Yadiy hanya mengikut Istiqlal dan belakang menuju ke arah Honda CRV kepunyaan Istiqlal. Setiap hari Istiqlal akan mengambilnya dan menghantarnya pulang ke rumah sewanya. Yadiy tidak menolak peluang keemasan yang datang. Jimat sikit minyak untuk motornya, fikirnya sendirian.
"Kenapa ni?" soal Istiqlal apabila Yadiy berhenti tiba-tiba. Dia kelihatan pucat. Tangannya meraba berkali-kali seluar dan begnya.
"Is..” Yadiy terhenti kata. Wajahnya cemas.
"Kenapa?"
"Dompet dan handset aku!"
"Kenapa dengan dompet dan handset kau?" soal Istiqlal semula.
"Aku tertinggal kat kelas. Sekejap ye…" Yadiy berlalu semula menuju ke arah lif. Istiqlal hanya menggelengkan kepala sambil hatinya berdoa agar tidak berlaku sesuatu ke atas rakannya ltu.
Hampir 10 minit berlalu. Istiqlal menjadi resah memikirkan Yadiy yang masih belum turun. Dia mengambil langkah untuk memeriksa apa sebenamya yang telah berlaku ke atas Yadiy.
Sebaik sampai di kelas tadi, Istiqlal memerhatikan sekeliling, kalau-kalau Yadiy ada di sekitarnya. Nyata tiada. Istiqlal menolak daun pintu. Kelihatan Yadiy masih dalam keadaan terpinga-pinga. Wajahnya sugul, Istiqlal seolah-olah dapat meneka apa yang telah berlaku.
"Diy..." Istiqlal memegang bahu Yadiy. Yadiy masih terdiam. Lidahnya terkunci. Matanya berkaca, namun ditahan jua supaya dia tidak dikatakan menangis macam perempuan.
"Oh Is, maaf buat kau tertunggu, jom kita balik," kata Yadiy bersahaja. Istiqlal kehairanan. Dia keliru, samada Yadiy menerima berita baik atau berita buruk, dia sendiri tidak tahu.
"Dompet dan handset kau ada tak?” soal Istiqlal sambil mengekori Yadiy.
"Takpe. Jom kita balik dulu…" balas Yadiy.
Tenangnya wajah dia, getus Istiqlal. Yadiy seolah-olah keberatan untuk bercerita. Istiqlal sendiri tidak faham dengan sikap Yadiy.
"Handset kau ada tak?" soal Istiqlal sekali lagi sewaktu mereka berada di dalam lif. Yadiy tersenyum.
"Jangan risau," kata Yadiy semula. Istiqlal menarik nafas lega apabila Yadiy mengatakan sedemikian. Baginya dompet dan handset Yadiy masih sempat diselamatkan. Sepanjang perjalanan pulang, Yadiy hanya mendiamkan diri. Dia tidak banyak bercakap seperti selalu. Pandangannya hanya dialihkan ke luar. Istiqlal dengan tenang memandu Honda CRV nya membelah kesibukan jalan.
"Yadiy, malam ni kita keluar nak?" soal Istiqlal mula-mula. Yadiy berpaling ke arah Istiqlal.
"Nak ke mana?" soal Yadiy semula.
"Mana-mana lah, makan ke, nanti aku telefon kau," balas Istiqlal. Yadiy tergelak Istiqlal memandangnya kehairanan.
“Kenapa kau gelak? Tak nak ikut cakap aje lah!" balas Istiqlal sedikit terasa dengan sikap Yadiy sebentar tadi.
"Kau nak telefon aku macam mana? Aku nak jawab macam mana? Nak makan macam mana? Aku mana ada duit," kata Yadiy perlahan. Istiqlal terperanjat. Dia menghentikan keretanya di bahu jalan.  "Kenapa berhenti?" soal Yadiy.
“Diy, baik kau berterus terang dengan aku, handset dan dompet kau ada tak?" soal Istiqlal semula. Geram juga dia melihat Yadiy yang masih boleh berlagak selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
"Istiqlal, semuanya takdir. Apa boleh aku katakan?” balas Yadiy semula.
"Kau ni, kenapa diam je tak nak beritahu aku?!" Istiqlal menghidupkan enjinnya lalu berpatah balik.
"Kau nak pergi mana ni?"
"Kita ke balai polis, bual laporan!”
Geram juga bila difikirkan. Boleh dia buat selamba bila menghadapi saat-saat macam tu, entah kenapa si Yadiy ni susah sangat nak berkongsi masalah dengan sesiapa. Kekadang timbul pula rasa kagum apabila mengenangkan sikap tenang yang dimiliki oleh Yadiy, sungguhpun dia berada dalam situasi yang agak rumit untuk dia hadapi, dirinya sendiri pun tidak setenang Yadiy sekiranya dia berada di tempat dan situasi Yadiy sekarang.
Laporan segera dibuat memandangkan Yadiy kehilangan pelbagai dokumen penting seperti kad pengenalan dan lesen. Semua kad atmnya juga hilang. Istiqlal seolah-olah dapat merasakan kepayahan yang dialami oleh Yadiy sekarang. Dengan kehilangan itu semua seolah-olah telah kehilangan tempat bergantung.
"Is, maaflah,” kata Yadiy sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari balai polis. Istiqlal berpaling ke arah Yadiy.
"Aku meluat tengok kau.. " kata Istiqlal sedikit keras. Yadiy tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap kata-kata Istiqlal itu.
 "Kenapa?" soal Yadiy perlahan.
"Aku meluat tengok sikap kau yang bersahaja dan sembunyikan masalah kau..”
Yadiy hanya terdiam. Istiqlal menghidupkan enjinnya.
"Kenapa kau nak telan semua ini seorang?" tambah Istiqlal lagi.
“Aku bukan berniat untuk telan semua seorang diri, tapi ini kesusahan aku. Aku tak nak kau turut merasa susah seperti yang aku rasa .." kata Yadiy perlahan.
"Kenapa? Kenapa kau fikir camtu? Kau tak anggap aku kawan kau kan? Sebab tu kau tak nak kongsi semua tu dengan aku…”
"Istiqlal, terpulanglah apa sahaja kau nak kata pada aku. Aku minta maaf ok. Aku tahu mood kau tak berapa baik sekarang, aku minta maaf. Sorry! Pasal malam ni, aku tak pasti aku boleh ikut kau ke tak, duit dah kurang, nak draw kat atm pun dah tak dapat. Handset pun takde dah " kata Yadiy lagi. Istiqlal hanya terdiam.
“Tak, malam ni tetap jadi. Kita terus tunggu sampai malam, pasal duit kau tak payah risau, aku kan ada. Sekarang kita pergi Maghrib dahulu di mana-mana masjid," kata Istiqlal. Yadiy hanya tunduk mengangguk.
Sebab itulah Yadiy kalau boleh dia tak nak Istiqlal mengetahui tentang kehilangan dompet dan handsetnya lagi. Dia bukan tak nak berkongsi masalah dengan sesiapa, tapi kalau boleh, bukan dengan Istiqlal. Kerana, Istiqlal akan berterusan menjadi orang paling berjasa dalam hidupnya. Yadiy tak nak hidup atas jasa orang lain.
Selesai solat Maghrib, Istiqlal masih lagi mendiamkan diri. Yadiy tidak tahu sebesar manakah kesilapan yang telah dibuatnya sehinggakan dia dihukum sebegini.
Kereta Istiqlal meluncur laju membelah kesibukan bandaraya Shah Alam. Istiqlal menghentikan keretanya di hadapan sebuah restoran. Dia turun sambil diikuti oleh Yadiy.
Yadiy melabuhkan punggungnya di hadapan Istiqlal. Sesekali Istiqlal menjeling ke arahnya dengan pandangan yang tajam. Yadiy cuba tersenyum, tapi nyata pahit.
"Istiqlal, besar sangat ke salah aku sampai kau berterusan mendiamkan diri ni?" soal Yadiy selepas mereka membuat pesanan. Istiqlal masih lagi terdiam "Cakaplah sesuatu " tambah Yadiy semula.
"Yadiy, kenapa dengan kau ni? Aku hairan bila ingat balik masa aku naik ke kelas tadi. Kenapa kau tak beritahu aku keadaan yang sebenar? Why are you so selfish?" soal Istiqlal semula, nyata nada dan suaranya kali ni bercampur dengan kekecewaan. Kecewa dengan sikap Yadiy yang mendiamkan diri.
"Tamak yang macam mana ni? Aku bukan tamak la.." balas Yadiy.
"Tapi kenapa kau buat macam ni kat aku?”
"Istiqlal, kau janganlah buat aku rasa bersalah. Aku ada sebab aku sendiri..."
"Dan sebab itulah yang aku nak tahu!" Yadiy terdiam Dia terperangkap dengan jawapannya sendiri.
"Tapi Istiqlal..."          
"Takde tapi-tapi lagi!'
"Betul ke kau dah ok sekarang? Maksud aku, kau punya hot temper tu?" soal Yadiy semula.
"Dah, aku ok..."
"Kalau ok. baguslah. Kita lupakan sahaja dengan apa yang berlaku hari ini..”
"Mana boleh? Aku nak tanya kau ni, tadi kalau kau dah sampai ke rumah, kau nak buat apa?" soal Istiqlal semula.
"Aku buat laporan la, mungkin esok, ke?”
"Kenapa mesti tunggu sampaj esok? Kalau hari ni boleh buat, buat ajelah hari ini,” Yadiy terdiam seketika.
"Is, pasal kenapa aku seboleh-bolehnya tak nak kau tahu ialah aku tak nak susahkan kau, tu sebabnya.."
"Antaranya?"
"Ni, makan malam ni, aku mana ada duit,"
“Oh ye ke? Lagi?"
"Tu ajelah yang aku nampak…"
"Tu aje? Kau ni buta tau! Buta hati. Kalau aku nak berkira dah lama aku minta balik segala apa yang telah aku berikan.. "
"Sebab tulah aku tak nak tambahkan lagi hutang aku dengan kau.."
"Dah! Mengarut semua tu. aku takkan minta lah dengan apa yang aku dah beri,"
Keadaan mereka kembali seperti asal. Istiqlal dan Yadiy kembali seperti dahulu. Mereka kembali gelak, mereka kembali ceria. Yadiy rasa cukup bertuah kerana mempunyai seorang kawan yang sanggup berkongsi kepahitan dengan dia. Kebetulan kah semua ini?
Selepas Istiqlal menghantar Yadiy sampai ke rumahnya, Istiqlal meminta diri untuk pulang. Yadiy tidak terus ke rumahnya, sebaliknya menuju ke arah pondok telefon yang terletak di kawasan perumahannya.
"Hello," sapa satu suara.
"Su, Yadiy ni,"
"Yadiy, lama tak telefon Su," kata Suhaima.
"Lama? Kan semalam baru kita borak.."
"Oh ye ke? Hehehe, ada apa telefon Su ni?"
"Su ada telefon saya tak hari ni?" soal Yadiy semula.
"Takde, tapi Su ada hantar mesej, awak tak balas pun," kata Suhaima lagi.
"Su, handset saya hilang. Sekali dengan dompet." kata Yadiy.
"Oh, ye ke? Bila hilang?"
"Petang tadi, sebab tu saya telefon Su ni, nak inform kat Su yang handset saya dah takde, susah la kita nak borak lagi. Nak pakai handset baru pun mungkin lambat lagi."
"Kesiannya, awak dah buat laporan?”
"Sudah. Ni baru balik la ni"
"Dengan siapa?"
"Dengan kawan…”
" Yadiy, boleh kitajumpa tak?" soal Suhaima tiba-tiba.
"Jumpa? Kenapa?"
"Kita dah lama berkawan, tapi Su tak pemah bertemu muka dengan Yadiy, boleh ke?"
"Insyaallah, kalau ada kesempatan nanti saya beritahu ok?"
"Janji tau!"
"Janji, oklah, saya terpaksa letak dahulu, lain kali pulak ye,"
“Nanti bila dah ada telefon baru, jangan lupa inform kat Su ye,"
"Baik lah Su, tak tahu bila lagi saya akan pakai handset baru…"

Kini Yadiy dapat merasakan yang handset seolah-olah menjadi satu alat wajib kerana hidupnya menjadi seolah-olah tidak sempurna tanpa handset. Fikirannya menerawang jauh memikirkan kebetulan yang berlaku lagi di dalam hidupnya ini. Kenapa malang sangat nasib dia. Kenapa sering perkara begini terjadi ke atas orang sepertinya? Dan kenapa Istiqlal berterusan menaburkan jasa ke atas orang sepertinya? Dia sedar yang si Istiqlal adalah anak seorang yang berada. Yadiy cuba membuang jauh perasaan syak ke atas Istiqlal yang mengatakan dia cuba menunjukkan kemewahan yang dia ada.
"Kenapa ni? Diam je sejak balik tadi?" soal Sazali menyedari perubahan ke atas rakan serumahnya itu.
"Wallet dan handset aku hilang, tu yang aku sugul je ni.”
"Oh, ye ke? Bila, kat mana?" soal Sazali semula. Yadiy menceritakan segala-galanya dari awal sehingga ke akhir. Dia bukanlah setamak yang dituduh oleh Istiqlal sebentar tadi, cuma dia perlukan masa untuk bercerita. Sazali hanya membisu, dia mengerti kepayahan yang dialami oleh Yadiy itu.
“Kau dah buat laporan polis?” soal Sazali semula.
"Dah, tadi. Dengan Istiqlal," balas Yadiy semula.
"Oh, kau dengan Istiqlal la tadi? Oh ya, menyebut tentang Istiqlal, boleh aku cakap sesuatu dengan kau pasal dia?" kata Sazali semula. Yadiy mengerutkan dahinya apabila nama Istiqlal disebut oleh Sazali.
"Kenapa? Ada sesuatu yang tak kena ke?"
"Bukan macam tu, semuanya ok. Istiqlal ok orangnya, yang tak ok nya ialah kau..."
"Aku???” soal Yadiy kehairanan. Sazali menganggukkan kepala. "Kenapa dengan aku?" tambah Yadiy lagi.
"Kau rapat dengan dia kan?" soal Sazali. Yadiy hanya mengangguk.
"Bolehlah,"
"Memang rapat la aku nampak. dia selalu datang ambil kau, hantar balik. Tadi pun dia tolong kau kan, pergi balai polis. Dia dah buat yang terbaik sebagai member. Cuma, aku rasa cara kau ada yang tak kena..”
"Sazali, boleh tak kalau kau berterus terang dengan aku, aku tak faham maksud kau ni, kalau kau kata dia selalu menolong aku bila aku dalam kesusahan, itu memang. Mungkin aku belum berpeluang lagi untuk membalas jasa dia, atau mungkin juga dia sememangnya tidak memerlukan pertolongan aku,” kata Yadiy semula.
"Bukan macam tu Yadiy, kau dengar baik-baik. Aku harap. kau jangan selalu menyebut tentang kebaikan arwah Shahrul di hadapan dia. Ini tak, aku selalu dengar kau membandingkan dia dengan arwah Shahrul. Hari tu, masa dia datang ke rumah kita pun aku terdengar perbualan korang, tapi aku tak nak masuk campur. Aku harap kau faham maksud aku…”
Yadiy tunduk. Dia tidak pernah terfikir seperti yang Sazali fikirkan. Mungkin ada kebenarannya.
"Arwah Shahrul pun kawan dia juga kan, bila kau selalu menyebut kebaikan arwah di depan dia, dia akan fikir yang dia masih teruk di depan mata kau, sebab tu dia tidak henti-henti menolong kau sebab dia pun nak menjadi terbaik di depan mata kau sebagai seorang member. Aku sendiri tidak suka dibuat perbandingan dengan sesiapa pun, apatah lagi dengan orang yang dah takde.." tambah Sazali semula.
"Insyaallah Sazali, aku pun tak sedar selama ni aku buat silap," balas Yadiy.
"Aku harap kau tak terasa dengan kata-kata aku, aku hanya menyatakan pendapat aku. Mungkin sebenarnya Istiqlal tidak merasa seperti apa yang aku katakan tadi, aku hanya nyatakan apa yang aku rasa kalau aku di tempat Istiqlal. Tu sahaja, " kata Sazali lagi. Yadiy hanya menganggukkan kepala.
"Aku faham maksud kau, entahlah, aku tak tahu kenapa aku jadi macam tu, aku bukan berniat hendak membanding-bandingkan sesiapa. Aku jadi macam tu secara semulajadi," kata Yadiy kemudiannya.
Sazali tersenyum. Dia bingkas bangun lalu menuju ke dalam biliknya.
"Yadiy, kalau kau perlukan bantuan aku, cakap ajelah'" sayup terdengar suara Sazali dari dalam bilik.
"OK!" Yadiy separuh menjerit.
Yadiy merebahkan badannya ke atas katilnya. Suasana malam itu agak suram. Mungkin kerana musibah yang baru sahaja menimpa ke atas dirinya. Atau mungkin juga sebab kata-kata Sazali sebentar tadi. Selama ini dia tidak sedar yang dia selalu menyebut nama arwah di depan Istiqlal apabila dia tidak puas hati atas sesuatu berkaitan dengan Istiqlal. Dengan orang lain tidak pula dia banding-bandingkan. Kesian Istiqlal, terpaksa menahan telinga selama ini.
Atau mungkin jua disebabkan kemarahan Istiqlal malam itu menjadikan fikirannya berserabut. Tidak disangka dengan hanya mendiamkan diri mampu membuatkan seseorang menjadi salah faham. Berkali-kali dia merasa bersalah kerana melibatkan Istiqlal sekali lagi dalam masalahnya. Yadiy menjadi sedemikian pun adalah kerana pesanan ibunya yang baru sahaja dibenarkan keluar wad baru-baru ini. Ibunya bertanyakan siapa yang telah menyalurkan sumbangan untuk membolehkan dia menjalani pembedahan. Yadiy menceritakan segala-galanya pada ibunya. Ibunya merasa terharu. Berkali-kali Yadiy dinasihatkan supaya tidak menyakitkan hati Istiqlal sekeluarga kerana jasanya terlalu besar kepada keluarga Yadiy. Ibunya juga berpesan jangan melibatkan Istiqlal lagi sekiranya dia ditimpa masalah. Namun keadaan telah memaksa Yadiy melibatkan semula Istiqlal dalam masalahnya.
Hari baru menjelma jua. Hari itu merupakan hari permulaan bagi minggu baru. Yadiy melangkah lemah menuju ke kelas. Jam menunjukkan ke angka 7.30 pagi. Hari itu dia pergi sendiri ke kelas, tidak seperti selalu. Lagipun dia tidak pasti samada Istiqlal datang menjemputnya atau tidak. Sejak kehilangan telefonnya tempoh hari, dia dan Istiqlal terputus hubungan.
Yadiy menolak daun pintu. Matanya masih terbayangkan nasibnya hari itu. Dalam kelas itulah kejadian minggu lepas berlaku. Entah kenapa hari itu dia dengan tidak sengaja mengeluarkan dompet dan handsetnya lalu diletakkan di bawah meja. Mungkin sudah takdir mengatakan dia tiada rezeki dengan handset lamanya itu.
Kelas masih sunyi, lagipun kuliah bermula jam 8 pagi. Yadiy duduk pada tempat biasa. Dia memandang ke arah luar sambil memikirkan hari esok. Apa yang akan berlaku esok, tiada siapa yang tahu.
Pintu ditolak dengan kuat. Yadiy tersentak.
"Yadiy, kenapa kau tak tunggu aku?" soal Istiqlal sambil meletakkan beg bersebelahan tempat Yadiy.
"Kau datang ke rumah aku ke tadi?" soal Yadiy pula.
"Mestilah! Kan aku dah janji aku akan ambil kau setiap hari," balas Istiqlal semula.
"Maaflah, aku ingat kau tak datang hari ini, sebab aku tak dapat nak contact kau.."
“Tak kisahlah, aku nak beritahu kau ni, lepas kelas aku ada perkara nak bincang dengan kau. Oh ya, kau dah dapat kad pengenalan sementara?" soal Istiqlal semula.
"Dah, aku buat semalam..”
"Kad atm? Lesen? Duit?" tambah Istiqlal lagi.
"Aku dah buat semua tu, semalam. Kau ni, janganlah jadi macam ayah aku pula..."
"Bukan la, aku hanya tanya. Erm handset?"
"Alamak kau ni, macamlah aku ni berduit nak beli handset baru, aku tunggu duit pinjaman masuk dulu la kot. Mungkin semester depan baru aku terfikir nak cari," balas Yadiy semula.
"Kalau macam tu, susahlah aku nak contact ke, apa-apa ke?"
“Habis, nak buat macam mana? Dah nasib aku.."
Istiqlal hanya terdiam. Begitu juga dengan Yadiy. Kelas berjalan seperti biasa.

"Okey, apa halnya?" soal Yadiy memulakan perbualan.
"Aku ada sesuatu untuk kau," balas Istiqlal.
"Benda apa pula ni?"
"Tengoklah sendiri,"
"Wah, handset! Siapa punya?"
"Kau punya la, hadiah dari aku,”
"Kau dah gila ke Istiqlal? Aku mana layak terima ini semua?"    
"Kalau aku dah kata hadiah tu maknanya untuk kau la,"
"Tapi, mahal ni! Aku mana mampu bayar balik!" 
"Aku rasa kau tu yang gila. Ada ke orang minta bayar balik bila dah bagi hadiah?"
"Tapi kenapa? Maksud aku, ini semua la. Aku tak minta pun. Aku boleh hidup tanpa handset,"
"Siapa kata kau akan mati tanpa handset. Tapi percayalah, hidup akan susah bila kau takde handset. Susah nak hubungi kau..."
"Mahal ni, kenapa tak ajak aku pergi beli sekali?"
"Ah kau! Kalau aku ajak mesti kau tak nak punya. Takpun aku takut kau akan minta lebih mahal dari yang ni,"
"Gila! Ini pun dah cukup mahal. Kenapa beli yang sama dengan kau punya, smartphone ni. Bagi yang cincai sudah la,"
"Aku nak kita sama taraf. Takde yang lebih, takde yang kurang. Kita sama je. Macam nilah, kalau kau tak nak, kau anggap aku bagi pinjam je ni. Tapi aku kalau boleh tak nak anggap ini pinjaman, please..."
"Istiqlal, tolong berhenti berjasa pada aku. Aku takut aku tak mampu balas semula jasa kau. Insyaallah, kalau aku mampu, aku bayar balik. Terima kasih. Kau nak aku buat apa untuk kau sebagai membalas jasa kau?”
"Cukuplah aku ada member seperti kau…"
"Seperti aku? Aku tak pernah berbuat apa-apa pun untuk kau. Kenapa sanggup buat semua ni? Aku seganlah untuk terima ini semua…"
"Yadiy, kau tahu kan yang aku ni anak bongsu, dan takde adik. So, apa salahnya aku anggap kau seperti adik aku?"
"Is, kau ni merepek la. Okeylah, terima kasih, ‘abang’…” mereka tergelak serentak.
"Macam tu lah, jom kita balik…”


bersambung lagi......

0 comments:

Post a Comment