Setiap teman yang
bersahabat dengan temannya yang lain walau sekejap mana sekalipun, melainkan ia
akan ditanya tentang persahabatan pada hari kiamat, apakah ia telah menunaikan
hak persahabatan dengan baik atau ia telah mensia-siakannya.
Suhaima
meneliti jam di tangan. Azura masih belum bersiap. Kali ini mereka bercadang
untuk keluar makan bersama. Azura juga tertanya-tanya dengan sikap Suhaima kali
ini.Bukan apa, beriya benar dia mengajaknya keluar. Ada sesuatu yang hendak
dibincangkan agaknya.
Mereka
berdua memang sama kursus pengajian. Tetapi mereka ditempatkan di bilik yang
berbeza. Sebab tu Suhaima beriya-iya mengajak Azura untuk keluar hari ini. Ada
"Su,
apa yang penting sangat Su nak bincang dengan Ira ni?" soal Azura
memulakan perbualan.
"Su nak
tanya pendapat Ira.."
"Pendapat
tentang apa?”
"Ira
ingat lagi tak tentang Yadiy?"
"Oh,
dia tu ke? Kenapa? Ada apa cerita tentang dia?"
"Takde
apa, seperti yang Ira tahu Su selalu berhubung dengan dia melalui telefon
kan?"
"Ya,
itu betul, tapi kenapa?"
"Apa
pendapat Ira kalau Su yang ajak dia keluar dulu. Sampai hari ini tau Su tak
kenal lagi bagaimana orangnya si Yadiy ni,"
"Masyaallah,
sampai hari ni Su tak pernah jumpa dia?" Suhaima menggelengkan kepala.
"Jadi, apa Su nak buat sekarang?"
"Apa
pendapat Ira?"
"Bagi
Ira. okey je. Apa salahnya kalau perempuan pula yang ajak lelaki keluar, kan?"
"Okey,
sebab tu lah Su nak tanya Ira dulu kalau-kalau perbuatan Su ni agak
keterlaluan,"
"Takdelah,
bagi Ira okey je. Niat kita bukannya apa-apa kan? So, sepanjang Su kenal Yadiy melalui
telefon ni, apa pendapat Su tentangnya?” soal Azura semula.
"Ira
nak lahu ke? Entahlah, dari suara, Su rasa dia ni seorang yang pendiam, tak
banyak cakap. Dia lebih suka merendah diri," kata Suhaima pula.
"Jangan-jangan
dia tak handsome, pendek, gelap, gemuk,"
"Ira
ni, macamlah Su ni pandang semua tu. Su ikhlas la nak berkawan dengan dia."
"Takdelah,
Ira gurau je. Bila Su nak jumpa dia? Nanti ajaklah Ira sekali ya, Ira nak kenal
juga mamat tu..”
"Okeylah,
nanti Yadiy telefon Su. Lagipun baru-baru ini handset dia hilang. Tak tahu
macam mana Su nak hubungi dia,"
"La,
betul ke? Kena curi ke?"
"Lebih
kurang macam tu la, dia tertinggal dalam kelas," kata Suhaima semula.
"Oh,
kesiannya,"
“Minggu
depan ada cuti 4 hari kan? Su ingat nak balik kampung la. Lama dah Su tak balik
kampung..
“Kau serius
ke nak ikut aku?” Istiqlal memanggungkan muka ke arah Yadiy apabila dia ditanya
sedemikian.
“Kau tanya
apa?” soal Istiqlal separuh berbisik. Dr Mukhriz yang sedang memberi lecture di depan hampir tidak diendahkan.
“Jadi ke kau
nak ikut aku?”
“Ikut? Ke
mana?”
“Minggu
depan la cuti 4 hari….”
“Ye, jadi.
Aku ikut kau balik ke Terengganu…”
“Jangan ta
jadi tau, sebab aku tak beli tiket bas, kau janji nak drive kan?”
“Okey!”
Perjalanan
selama 6 jam sangat memenatkan. Sesekali Istiqlal akan menguap, dan
berkali-kali Yadiy mengingatkan untuk terus fokus pada pemanduan atau berhenti
berehat dahulu sekiranya dia betul-betul mengantuk.
Tepat jam 8.00
malam, mereka berdua tiba di negeri Terengganu. Kedatangan mereka disambut
dengan hati yang terbuka dari keluarga Yadiy. Yadiy sudah lama ingin bertemu
dengan ibunya setelah hampir 3 minggu ibunya selamat menjalani pembedahan.
“Abang dah
balik!!” terdengar suara yang amat dirindukan. Hasimi segera bersalam dan
memeluk Yadiy dengan erat. Berkali-kali dia mencium pipi abangnya itu.
“Assalamualaikum
mak, abah…” Yadiy memberi salam apabila kedua ibu bapanya muncul di ruang tamu.
Istiqlal hanya mengekorinya dari belakang.
“Waalaikum
salam, hah alang, pergilah masuk dalam bilik, mesti alang penat kan.”
“Abah, mak,
ni lah dia Istiqlal. Abah ingat kan Dato’ Shukri, yang biayai kos pembedahan
mak…”
“Pakcik,
makcik. Panggil Is je,”
“Sedap nama
Istiqlal, terima kasih Is sebab sudi bertandang ke pondok buruk kami ni, rumah
pakcik kecil je, tak macam rumah Is,”
“Ala pakcik
ni, sama je asal boleh berlindung dari panas dan hujan…” balas Istiqlal.
“Makcik
terhutang budi dengan keluarga Is, terima kasih Is…”
“Tak ada
masalah makcik. Saya gembira tengok makcik dah sihat…”
“Mak, alang
masuk bilik kejap ye, letak beg, kami nak mandi, sembahyang…” Yadiy meminta
izin untuk masuk. Istiqlal membontoti Yadiy dari belakang.
“Lepas mandi
dan sembahyang nanti kita makan ya…”
Istiqlal
mengekori Yadiy dari belakang. Terharu dengan penerimaan keluarga Yadiy
mengalu-alukan kedatangannya.
“Is, inilah
bilik aku dengan adik aku. Kecil je. Harap kau selesa…”
“Alah, okey
je, aku suka suasana rumah kampung macam ni, sebab kita sampai malam, jadi aku
tak nampak sangat kat luar tadi, kau cakap depan rumah kau ni pantai kan? Mesti
cantik…”
“Of course! Malam ni kau nak pergi mana-mana ke?” soal
Yadiy semula.
“Aku letih
la Diy, kita rehat je boleh?”
“Aku okey
je, esok aku bawak kau pergi jalan-jalan ye…”
Usai siap
mandi dan sembahyang, Istiqlal dan Yadiy dijamu pula dengan makan malam. Dah
perut seharian tidak diisi, apa lagi berpinggan-pinggan la nasi yang di
telannya.
“Sedap lauk
ni makcik, lauk apa nama ni?” soal Istiqlal berbasa-basi.
“Ni la
dipanggil ikan singgang. Sedap kan? Jarang jumpa kalau kat luar Terengganu…”
balas ayah Yadiy.
“Lebih sedap
kalau makan dengan budu,” tambah ibunya. Istiqlal hanya tersengih. Sungguh
berbeza suasana kampung kalau nak dibandingkan dengan suasana di bandar.
“Is berapa
adik beradik?”
“Dua je
pakcik, Is ada seorang kakak dan Is anak bongsu. Yadiy ada berapa orang adik
beradik, pakcik?” soal Istiqlal. Sejak tadi dia hanya melihat Hasimi sahaja
yang turut bersama mereka.
“Lima, dia
ada kakak 3 orang dan si Hasimi tu adik bongsu. Dia nombor 4, kakak sulung dia
dah kahwin. Dua orang lagi ada kat Kolej jugak macam kamu berdua, kebetulan
diorang tak balik..”
“Oh, Yadiy
tak pernah cerita pun…..” Istiqlal menjeling ke arah Yadiy.
“Dah lama ke
berkawan dengan Yadiy?” soal ayah Yadiy. Yadiy terhenti menyuap seketika. Entah apa yang bermain di fikiran
ayahnya tatkala ini.
“Sejak
sambung degree nilah, masa diploma kenal macam tu je, atas nama kawan kepada
arwah Shahrul…”
Semua mata
terhenti ke arah Istiqlal. Baik ibunya, baik ayahnya dan juga si Hasimi.
“Is kenal
arwah?”
“Kenal, saya
pernah satu sekolah dulu masa di asrama…”
Ayah Yadiy
menganggukkan kepala. Yadiy tidak berkata apa-apa, malah dibiarkan sahaja
perbualan antara mereka.
“Yadiy ni
baik dengan arwah,” tambah Istiqlal lagi.
“Betul Is,
bila arwah meninggal, Yadiy berubah 360 darjah. Dia jadi pendiam. Tapi sekarang
dia dah kembali macam dulu.”
Yadiy dan
Istiqlal saling berpandangan. Kemudian dia tergelak. Kemudian mereka
menghabiskan makanan mereka.
“Abang, adik
tidur luar dengan abang dan abang Is boleh?” Hasimi menghampiri Yadiy dan
Istiqlal yang berada di ruang tamu.
“La, Simi
pergi la tidur dalam bilik, abang kan ada tetamu. Bilik kita sempit, sebab tu
abang tidur luar…”
“Tapi Simi
dah lama tak tidur dengan abang…”
“Ala la
comel nya adik kau Yadiy, tidur pun bersama…”
“Macam tu
laa.. dia anak bongsu. Manja sangat dengan aku…” Yadiy menarik tangan adiknya
itu lalu di bentangkan tilam untuk adiknya baring di sebelahnya.
“Jeles pulak
aku tengok kau dan adik kau, yelah aku kan takde adik..” Istiqlal bersuara.
“Bukan aku ‘adik’
kau ke?” balas Yadiy. Diorang tergelak.
Malam
semakin larut. Kini hanya tinggal mereka berdua yang masih menonton televisyen.
Hasimi sudah lama dibuai mimpi.
"L.ama
tak dengar pasal Suhaima kan?" soal Istiqlal tiba-tiba.
"Kenapa?”
soal Yadiy semula
"Takdelah,
aku pun dah jarang sangat jumpa dia. Selalunya kita boleh jumpa dia kat fakulti
kita, tapi sejak akhir-akhir ni dah jarang sangat. Ke mana dia pergi hah?” soal
Istiqlal semula.
Yadiy tidak
menjawab. Sebolehnya dia ingin melelapkan mata, tapi Istiqlal pula seolah-olah
mahu berbual.
“Tidurlah
Is, aku mengantuk sangat…”
“Okey…”
Keesokan
pagi.
Yadiy
menghampiri ibunya di dapur. Kelihatan ibunya sedang menyediakan sarapan pagi.
“Mak,
kesihatan mak macam mana sekarang?” soal Yadiy sambil memerhatikan ibunya
menyiapkan nasi lemak. Sejak pulang semalam, dia masih belum sempat berbual
panjang dengan ibunya.
“Alhamdulillah,
mak dah sihat. Bertuah alang dapat kawan macam Is tu. Alang jangan sakitkan
hati dia ya. Besar jasanya pada keluarga kita…”
“Ye mak,
alang faham. Alang janji alang tak akan sakitkan hati kawan yang limited macam
Is tu. Abah mana?”
“Abah gi
pasar, dia cari lauk sikit untuk masak tengah hari. Is selesa ke duduk rumah
kita ni?”
“Alang
tengok ok je mak…”
Beberapa
hari dia di kampung bersama Yadiy telah mengajarnya erti kehidupan di luar
bandar. Banyak yang dipelajarinya ketika di kampung Yadiy. Pengalaman yang tak
akan dilupakan. Selepas 4 hari bercuti, mereka kembali semula ke Shah Alam.
“Yadiy,
thanks tau sebab ajak aku balik kampung kau. Aku seronok sangat kenal keluarga
kau. Dah lama aku tak rasa suasana kampung…” kata Istiqlal sambil memegang
kemas stereng keretanya. Matanye terus memandang ke arah jalan raya. Perjalanan
pulang ke Shah Alam dari Terengganu pasti memenatkan.
“Ye ke? Kau tak
ada kampung ke?” soal Yadiy semula. Istiqlal hanya menggelengkan kepala.
“Adik kau
pun comel, dah macam adik aku jugak….”
“Yelah tu…. Hehe
tak sabar nak sampai Shah Alam….”
“Aku pun tak
sabar nak jumpa Suhaima…”
“Suhaima?”
“Ye, wajah
yang paling aku rindukan adalah wajah Suhaima…”
“Kau
betul-betul suka kat Suhaima ke Is?”
“Gila tak
suka. Mana pernah ada orang yang aku suka seperti aku suka kat Suhaima ni…”
Beriya benar
si Istiqlal ini hendak mengenali Suhaima. Sebenarnya dah lama Yadiy memikirkan
hal ini. Dia berniat untuk memperkenalkan Istiqlal pada Suhaima. Mungkin inilah
cara yang terbaik untuk dia berbuat sesuatu pada Istiqlal.
"Is,
boleh aku cakap sesuatu dengan kau?" soal Yadiy semula. Istiqlal terdiam
seketika.
"Apa
dia?"
"Tapi
sebelum tu aku nak minta maaf dulu,”
“Kenapa pula
ni?"
"Sebenarnya
aku ada sembunyikan sesuatu dari pengetahuan kau,"
"Tentang
apa?"
"Kau
boleh maafkan aku ke tak ni?"
"Kenapa
kau cakap macam tu?"
"Takdelah,
dulu kau tak suka aku sembunyikan sesuatu dari kau, sekarang ni aku buat lagi,
kau tak marah ke?" soal Yadiy sedikit perlahan.
Istiqlal tertawa.
Dia cukup gelihati melihat cara Yadiy berkata-kata. Seolah-olah seorang budak
kecil yang minta dibelikan sesuatu.
"Kalau
ikut memang aku terasa, tapi aku dah penat terasa dengan kau. Biarlah…”
Yadiy menarik
nafas dalam-dalam. Dikumpul segala kekuatan untuk diluahkan pada Istiqlal.
"Is, sebenarnya
aku kenal Suhaima,” kata Yadiy perlahan.
"Apa
maksud kau? Aku pun kenal Suhaima" soal Istiqlal semula.
"Maksud
aku, Suhaima yang kau minat tu, sekarang ni salah seorang dari berpuluh orang
kawan yang aku ada,"
“Maksud kau,
kau dan Suhaima dan jadi kawan?”
“Yap!” Istiqlal
terdiam seketika. Dia tidak berkata apa-apa. Tapi yang pasti matanya menggambarkan
rasa terkejutnya dengan kenyataan yang baru dibuat oleh Yadiy tadi.
"Macam
mana kau kenal dia? Aku tak pernah tengok pun kau berbual-bual dengan
dia..."
"Tu la
masalahnya sekarang, dia kawan aku tapi dalam masa yang sama dia tidak kenal
aku lagi…”
"Dia
kawan kau, tapi dia tak kenal kau? Macam mana tu?”
"Aku
kenal dia melalui telefon lah. Kami selalu berhubungan melalui telefon saja,
tak pernah bersua muka lagi,"
“Pelik cara
kau berkawan…”
Yadiy menceritakan
daripada awal Suhaima mula menghubunginya sehinggalah kisah Suhaima ingin
mengenalinya sejak Yadiy menyertai pertandingan menulis karya. Yadiy juga
cerita yang Suhaima masih belum mengenali Yadiy dari luaran. Dia hanya
mendengar suara sahaja.
"Sampai
hati kau tak beritahu aku pasal ni, "
"Ni aku
bagi tahu la ni,"
"Dah
lama baru hari ni nak cerita kat aku?" soal Istiqlal semula. Yadiy tersentak,
kalau nak dikira hampir sebulan lebih dia mengenali Suhaima.
"Is,
baru lagi aku kenal dia, tak kan aku nak berahsia dengan kau," kata-kata Yadiy
membuatkan Istiqlal tersengih.
"Jadi,
apa yang kau ingin sampaikan dari apa yang kau beritahu ni?" soal Istiqlal
semula.
“Aku boleh
bagi nombor dia kat kau kalau kau nak..”
Istiqlal
tidak terus menjawab, sebaliknya dia hanya mendiamkan diri.
“Tengok lah
dulu macam mana…” jawab Istiqlal, tapi Yadiy sedar dari intonasinya ada nada
tegang.
“Ada satu
perkara lagi aku nak mintak tolong dari kau, Is..”
“Apa dia?”
"Takdelah,
hujung minggu ni Suhaima nak jumpa aku, dia nak bertemu muka dengan aku. Aku
nak kau temankan, boleh?" kata Yadiy penuh harapan.
"Kenapa
nak aku temankan? Kenapa baru nak bertemu muka?" soal Istiqlal bertalu-talu.
“Kan aku dah
cakap dia tak pernah kenal aku lagi. Setakat kenal dalam phone je..”
"Kau
pasti ke Suhaima ni adalah Suhaima yang selalu kita jumpa tu?" soal Istiqlal.
"Pastilah,
sebab dia sendiri yang kata dia adalah penganjur pertandingan hari tu.”
"Oh,
macam tu," Istiqlal bersuara perlahan.
"Jadi,
macam mana? Setuju?” soal Yadiy semula.
"Setuju
apa?" soal Istiqlal pula.
"Setuju
untuk temankan aku hujung minggu ni..”
"Insyaallah..."
kata Istiqlal perlahan. Yadiy terdiam, dia dapat merasakan ada riak kehampaan
pada wajah Istiqlal. Yadiy menjadi serba salah kerana telah memberitahu
kedudukan sebenar antara dia dengan Suhaima. Dia dapat merasakan ini adalah suatu
permulaan yang perlu dia hadapi, permulaan bagi satu redup yang panjang.
Silap dia
juga kerana menceritakan sesuatu yang selama ini turut menjadi impian seorang
lagi insan yang dikenalinya sebagai Istiqlal. Silap dia juga kerana menceritakan
tentang keakrabannya dengan Suhaima di dalam telefon. Pasti Istiqlal merasa
tertipu kerana selama ini dia turut memuja wajah ayu yang dimiliki oleh Suhaima.
Sepanjang
perjalanan itu Istiqlal hanya mendiamkan diri. Yadiy sedar perubahan yang
ditunjukkan oleh Istiqlal. Kekecewaan jelas terbayang di wajahnya. Perasaan
menyesal tidak berguna lagi kerana segala-galanya telah terluah. Dia sedikitpun
tidak terfikir akan berlaku sebegini akhirnya. Itulah kata orang-orang tua,
terlajak perahu boleh nak gostan, tapi dah terlajak cerita pasal Suhaima ni, Yadiy
perlu bersedia untuk kehilangan Istiqlal. Aku belum bersedia untuk
kehilangannya getusnya semula.
"Su,
awak betul-betul ke nak jumpa saya ni?" soal Yadiy sewaktu menghubungi
Suhaima.
"Betul
la, kenapa? Awak takut saya main-main? Atau awak girlfriend awak marah?” soal Suhaima pula. Yadiy hanya tergelak
mendengar kata-kata Suhaima itu.
"Manalah
saya ada girlfriend, lainlah macam
awak," kata Yadiy terhenti.
"Macam
saya, apa?"
"Mesti
ramai lelaki yang meminati awak, kan?"
"Mana
awak tahu? Awak kenal ke mereka?"
"Saya
teka je, saya rasa la awak ni ramai peminat,"
“Awak dah
mula merepek la tu..."
"Su,
boleh saya datang berdua tak?" soal Yadiy tiba-tiba.
"Awak
nak ajak girlfriend awak masa jumpa
saya?" alamak, soalan cliché yang aku tanya, atau aku nak pastikan dia tak
ada girlfriend sebenarya.
"Bukan girlfriend la, kawan saya, lelaki
la..."
"Oh,
terpulang la, kenapa mesti tanya saya?"
Mereka tergelak.
0 comments:
Post a Comment