1. Sudah 2x kelas tusyen tahun 3, si Fatin tak datang lepas aku cakap nama gelfren aku pun Fatin gak. Maybe ada gangguan jiwa kot, tak pun jiwa kacau.
2. Hari ni meeting guru kali ke 7 tahun ni diadakan. Tengah dok meeting tiba2 kedengaran ringtone lagu kegemaran aku bergema seisi alam bilik mesyuarat - Lady Gaga. Tiba2 aku rasa malu sebab rasanya aku dah silentkan hp aku... Rupe2nya hp GB yang sama ringtone ngan aku!! AH tidak!!! Lepas ni aku tukar!! Full stop!!
3. Masih lagi cerita pasal hari ni. Pagi2 lagi aku dapat panggilan dari GB suh aku jemput sorang budak xnak masuk sekolah kat luar pagar. Apahal pulak pagi2 dah buat cerekarama kat sekolah ni??? Aku pun turun ke pintu pagar sekolah, tengok budak lelaki tersebut (selepas ini akan disebut sebagai Tengku) sedang menangis teresak2. Kak Rus (guru kelas beliau dengan GB sibuk duk pujuk dia supaya dia masuk kelas. Mati matian Tengku nak balik ke rumah. Bila hero (aku la tu) sampai, 2 minit je aku berjaya mempujuk dan dia mengikut aku masuk ke kelas. Alasan tak nak masuk kelas dia gaduh dengan rakan dia. Aku janji plak akan jadi pelindung. Hahahah..Peliknya.. kenapa aku yang GB cari???
4. Gasak tak tau!! Nanti cakap cikgu!!!
0 comments:
Post a Comment