Friday, June 25, 2010

Lagi Perangai Pelik Minggu Ini


1. Seorang yang meminati komik Shin Chan...aku kumpul dari no 1 sampai la yang latest yg pelukisnya meninggal. Tapi sekrang aku tengok shin chan dah reprint dlm bentuk yg lebih cumel dan kaler, tapi aku tak beli.

2. koleksi agung aku yang ke2 ialah komik Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi + Dan Detetive School (pelukis yg same)

3. tengok siri Fast and Furious dari belakang. 1st time tengok masa F n F yg ke4 main kat wayang tahun lepas 2009, kendian stat tgk no 1 and 2 kat Tv3. Semasa n3 ini ditulis sedang menonton no 3 Tokyo Drift juga kat tv3.

4. movie yg pertama tengok secara berturut-turut kat wayang ialah Wolverine : the origin. kali pertama tengok dengan kaum sejenis, kali ke 2 tengok dengan kaum 2 jenis. Tengok kali ke2 telah menyumbangkan taik mata setengah jam..

5. pernah belajar bahasa jepun selama 3 sem di UiTM dulu, tapi kelmarin aku terserempak dengan Nihon-go (org jepun) Muslim kat masjid ladang yang tanya toirreet (toilet), aku menjawab "Oh, bilik air.." sambil menggaru2 kepala, kenapa bilik air kat sini dah takde ni? Rupa-rupanya masjid Ladang dah renovet toilet kat luar masjid. Ish ish ish... Aku tunjuk ngan tangan je tempat 'toireet'

6. Pertama kali eksiden muto ialah masa umor 14 tahun, itu pun bukan aku yang ride, tapi aku membonceng member aku, jatuh muto masuk parit, sakit woooo.... Kali pertama aku eksiden sendirian berhad pula ialah semasa menjadi penuntut Maktab Ipoh. Sakit woooo... Keter?? InsyaAllah mintak di jauhkan... Amin..

7. kenapa aku tak masuk Imam Muda??? Sebab... aku dah bangka kot... ustaz Muda leh la masuk sebab dia sentasa muda.

8. mengutuk2 Tv3 sebab tokyo drift bersambung selepas nightline...aku dah la nk kena bangun awal esok, ada kelas tambahan ishk....

9. paling tak suke bila dapat tau murid2 aku suke kat aku sebab aku tak garang... takde ke murid yang benci kat aku??? se bengkeng bengkeng aku diorang cakap aku tak garang?????

10. bilik aku penuh dengan buku rujukan UPSR, lebih dari student pulak aku tengok

11. berstuju kalo UPSR dimansuhkan, kalo mansuh, tiada la kelas tambahan, tiada la kelas Tusyen yang tak berbayar tuh, tiada la tiap2 sabtu ngan Jumaat pun kena pergi sekolah walaupun berbayar, tiada lagi pening2 pikir cara nak overcome problem.. tapi.... bila la agaknya nak dilaksanakan yer? Maybe lepas aku pencen kot....

12. sudah lame tidak berkebun secara maya - barn buddy / farmville.. sekarang ni tengah barn yang real punye

13. begitu jugak dengan Fish ville ngan Fish World sbb dah bela yang realiti punya.. 1 kelisa, 5 kura-kura, 2 puyu, 2 rainbow fish, ikan2 guppy yang yang dah berkurangan, dan 2 ikan laga.

14. cukup la dulu.... dah ada peningkatan la ni.. dulu 11 je, sekarang 14..

0 comments:

Post a Comment