Wah.. best2 sebelum peperiksaan bermula, SeKeBuN (tempat aku keja skrg la, kan aku tukang kebun) telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Nama lain kem ini ialah Kem Penghayatan Alam Sekitar. Seramai 39 orang pelajar dan 9 orang guru pengering dan pembasah (sebab ada yang tak basah2 langsung).
Pergi pada cuti wesak (17 May 2011) naik feri kat jeti Syahbandar. Aku telah meminta kawan bahek aku untuk mengtulong menghantar ke jeti. Ni la 1st time aku masuk jeti Syahbandar.
Feri jam 10pg tapi seawal 830 pagi lagi dah ada orang kat sinun.. Aku sampai dalam 915 camtu la.... Aku tak reti sangat nak cerita sebab aku taip n3 ini semasa sedang menjaga kelas tahun 6F menjawab soalan matematik. So, biarlah gambar menceritakan segala
Hari 1st
Sebahagian daripada anak murid yang mempergi.. Kebanyakan dalam gambar adalah tahun 5
Ini lah kesembilan guru pengering dan pembasahan... 2 org sahaja kaum ibu
Ni atas feri bahagian atas..
Juga kat atas feri
Aktiviti pertama ialah water konfiden. Konfiden je aku taip perkataan konfiden dengan ejaan konfiden.
Inilah masalahnya kalau aku sorang yang ada IXUS Super Kacis. Gambar memang dekat 400 lebih, tapi tak sampai suku pun muka aku ada. Terpaksa la ambik ala2 syok sendiri macam ni (dimana aku xsuke cara snap photo macam ni)
Hari ke 2
Pagi2 lagi selepas selesai istiadat pagi dan sarapan, maka setelah konfiden dengan BA (Buoyancy Aid), maka aktiviti pagi itu ialah ber snor melayu (sbb kitorang bukan keling - matila aku kalo ada bukan melayu yang baca blog ni) di Taman Laut kat Pulau Pinang. Ya, nama pulau itu ialah Pulau Pinang, nama sebuah pulau dan bukan salah satu negeri di Malaysia ye.. INGAT.. Cantik ya Allah.. Memang sangat merugikan kalau kamera 40ribu harga tapi takleh nak shot dalam air, memang rugi sengsangat.
Persediaan sebelum bertolak
Kebanyakan ikan taman laut ialah ikan bayan yang kalerful tu.. Yang best dapat tengok belut laut.. Memang ikan ni bahaya kalau melakukan aktiviti penggigitan, tapi beliau bersembunyi di dalam lubang celah2 karangan..
Nama lain beliau ialah En Moray Eel. Gambar ihsan encik Google
Petang hari ke2 pula ialah island hopping dan aksi renang berirama bersama-sama anak2 murid. Heheh.... Island hopping plak mentuju ke Pulau Paku (jangan tanya sebab nama dia paku). Tapi tak mendarat kat pun, bot berhenti kat tengah2 laut.
Bukti aku turut membasahkan diri ye. Bukan apa ada sorang cikgu tu xnah basah langsung. Haahah.. Ada gak yang kat Taman Laut turun tapi kat Pulau Paku xberani plak. Sebab kat Pulau Paku terus turun dari bot.
Malam hari ke2 kalo kira ada BBq dan malam persembahan. Tapi persembahan budak2 bukan muka aku pun yang masuk. So, xyah la muat naik gambar2 itu semua.
Hari 3 (final day)
Tak paham?? Hari last dah tak turun laut. Just melawat sekitar je dan pergi ke hutan paya bakau. Kononnya mud kat muka tu adalah bedak sejuk asli. Sangat berbau dan sejuk ye.. Tapi mud itu masih tidak berdaya untuk mencerahkan kembali wajah aku yang dah sun-burn dek kerana cahaya matahari yang terik.
Bergambar kenangan sebelum balik bersama-sama jurulatih..
Sekian laporan berita kali ini. Kembali ke berita dunia.