Sunday, May 22, 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan Anak2 Ku


Hari ni Ahad 22 May 2011, hari peperiksaan pertama untuk semua sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu (lain2 pun sama kot). Jadi kesempatan yang ada untuk aku wish selamat menduduki peperiksaan kepada semua.

Nak dijadikan cerita dah ni kan minggu exam, so kertas akhir pun abis paling lewat dalam 1245tgh hari. So, lepas 1245 bebudak dibenarkan pulang la (selalunya 115 ptg). Hari ni sampai je 1245 bebudak berduyun2 la membalikkan diri sendiri.

Dalam pada itu cikgu2nya tidak ketinggalan mahu mengikuti jejak langkah bebudak membalikkan diri sebaik sahaja 1245...temasuk la aku.. Aku just shut down laptop dan gulung wayar je la. Ada la sorang cikgu yang akak ni yang suka cari pasal dengan semua orang menge'sound'

"Budak2 je balik 1245, cikgu balik macam biasa"

"Takpelah, bukan ada PnP pun..." balas aku. Ala, bukan aku sorang je yang nak balik pun..

"Dah tu awak tak semayang Zohor la, dah balik sekarang..kan kena semayang dulu. Bila exam je tak ingat Tuhan la eh?"

Eh eh makcik ni, aku tak paham apasal dia sentuh pasal solat Zohor pulak, macam la aku balik takleh semayang kat rumah....

Aku diam je.. dia pun buat keje dia kat meja dia. Aku tau dia bising sebab dia banyak keje, nak balik x dapat sebab keje tak siap, pastu mula la carik pasal atau pun kesalahan orang lain. Macam la aku tak tau...

Kebetulan ada sorang cikgu lagi yang mintak aku tolong dia pasal gambar dalam laptop dia. Pastu drag masa sampai la 115... Pastu kedengaran la azan Zohor berkumandang bagi kawasan sekolah aku dan kawasan yang sewaktu dengan nya.

Aku pun apa lagi, dah setel semua angkat beg lalu aku pun tegur akak tadi.

"Ha kak, dah Zohor ni, jom la gi semayang sekali. Akak tu yang tanya saya semayang ke tak tu, pernah tak Zohor kat surau sekolah? Jangan pandai tanya je...."

Ambik ko, baru puas ati aku. Aku bukan nak cakap aku bagus, tapi selalunya memang aku akan Zohor kat sekolah sebelum balik rumah (kebiasaan la).

Puas sungguh ati aku... Dah la mulut main sesedap rasa stroberi je.... Pastu aku terus blah

Aku tak berani nak berpaling sebab aku rasa ada aura bengang seperti The Hulk sedang berlegar2....


1 comments:

Bintang-Bintang Ke Syurga said...

Ada jugak cikgu cenggini yerk... Selalu yg x sebulu tu cikgu p-p... Hihi.. Ntah apapa.. Tapi mantoppla sebb ko terus membalas balik pukulan dia dengan penerajang gaban z potong 2.. Hhahahah... Jgn ko rasa puas, aku pun terasa puas..

Post a Comment