Tuesday, May 24, 2011

Bencana Anak Murid


Dalam duk seronok2 menyambut hari guru di sekolah, dan juga menantikan hari untuk ke Pulau Redang, aku dikejutkan dengan berita yang disampaikan oleh cikgu Zamli lebih kurang jam 6 petang. Disampaikan berita bahawa Syarifah Raihana Yasmin (pelajar tahun 6) tidak dapat mengikuti kursus ke Pulau Redang kerana kebakaran telah memusnahkan hampir 90% harta dalam kediaman keluarga pelajar aku itu.

Jadi semalam aku telah mempergikan diri menlihat sendiri kesan dari kebakaran yang telah merosakkan hampir keseluruhan rumah mereka.

Keluarga mereka kini menumpang berteduh di bawah pondok yang dibina khas untuk membuat batik (perusahaab keluarga mereka) dan juga menumpang simpati orang ramai. Diharap mereka sekeluarga dapat meneruskan hari2 yang mendatang tanpa sebarang masalah. Semoga anak murid aku itu dapat menumpukan perhatian beliau untuk UPSR yang akan datang ini sungguhpun semua buku teks dan latihan hangus dijilat api..

0 comments:

Post a Comment