Lamanya tak mengadap laputop sambil mencari idea nak citer apa dalam Rayap aku ni. So hari guru baru sahaja berlalu dan tahun ini adalah kali kedua aku meraikannya. Dalam diam tak diam, sedar tak sedar aku sudah setahun 5 bulan bergelar pendidik. Ngajar ntah apa apa. Budak ni ntah paham ntah tidak ajaran aku. Tiap-tiap bulan duit masuk...matila kalau budak2 tak reti apa2 jugak.
16 May jatuh pada hari Isnin. Kalau tahun lepas hari Ahad, so negeri2 Terengganu Kelantan dan Kedah je yang sambut pada hari itu (sebab negeri2 lain cuti)., tapi tahun ini kira okey la sebab serentak dengan peringkat kebangsaan,
Pagi2 lagi dah berpeluh sebab banyak benda yang kena buat aku bergerak. Aku bukan nak kondem apa, tapi banyak sangat kekurangan yang terdapat dalam majlis kali ini. Aku tak salahkan teknikal yang membuatkan majlis delay sampai setengah jam, (sebab mic tak berbunyi), tapi tang cari lagu, cari perutusan, dengan ikrar guru.. Kenapa la diorang yang lebih tinggi kedudukan dari guru penolong ni yang tak reti2 nak cari. Asyik tanya cikgu2 jugak. On the spot jugak aku bukak laptop, (mujurlah wifi kat pentas tu kuat sebab atas tu je dia nye modem) aku search la lagu tema guru tahun ini dengan search ikrar guru.
Dalam aku duk search tu mujurlah segalanya dapat. Ikrar pun dapat jugak. So secara automatik aku yang kena jadi kepala untuk ikrar. Kira jadi bidan terjun la.....
Hadiah guru (semua guru dapat)
Ni masuk acara sukaneka. Boring sungguh sukaneka tahun ini. Seriusli.. Sama je ngan tahun lepas. Xde pembaharuan langsung. Dengar cerita nak buat bola tampar tapi tak sempat buat sebab sukaneka pun abis lambat.
Selepas acara sukaneka, acara pentas dari para pelajar. Kelas aku wat nyanyian biasa je. Tapi kelas 6G aku latih satu lakonan. Kira okey la sebagai penutup majlis untuk hari itu.
Hadiah yang aku terima tahun ini. Takdelah grand sangat. Lebih kurang tahun lepas. Kalau pelajar bandar maybe hadiah2nya varieties kot. Kalau kekampungan macam sekolah aku ni dapat mug pun syukurlah. Ada cikgu pedalaman dapat pen yang dire-cycle pun dah kira syukurlah. Apa ada setiap hadiah??? Ho ho, nanti akan diceritakan..
1 comments:
Lawa kemeja...
Post a Comment