Saturday, May 21, 2011

Belasungkawa


Kadang-kadang kita tak kenal seseorang itu pun tapi masih mampu membuat kita kenal pribadi beliau. Hampir setiap hari blog beliau akan aku kunjungi dan lawati, dan aku tahu beliau seorang yang disenangi. Aku lupa sejak bila aku mula menjadi pengunjung tetap blog beliau, tetapi mengunjunginya adalah satu kewajipan untuk aku membaca n3 terbaru dari beliau.

Tanggal 16 May 2011 (hari guru) menurut banyak sumber beliau telah dimasukkan ke hospital Putrajaya kerana pengsan.

Aku pulak baru je balik dari Pulau Redang kira dah lama tak bukak internet nak check la apa n3 terbaru beliau. Bukak je header blog dah jadi lain, tiada n3 lepas2 tiada gambar terbaru, yang ada ucapan Al-Fatihah. Aku terkesima sekejap. Biar betul. Sungguhpun aku tidak kenal beliau, aku rasa satu kehilangan apabila tahu beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada 19 May (sumber rakan beliau)

AKu tak kenal beliau, aku tau beliau lagi muda dari aku (25 tahun) dan masih menuntut. Tidak sangka Allah lebih menyayangi beliau. Ada jugak beberapa artikel beliau yang aku jadikan permainan dalam kelas aku seperti cari di mana kucing.

Al-Fatihah untuk beliau
Tengok saja followers beliau.... Semua akan merasa kehilangan.......

0 comments:

Post a Comment