Wednesday, August 31, 2011

WordMOST Wednesday

Takde wordless punye... tapi wordMOST.

Sejak tahu aku nak bertunang ni, aku dihujani dengan pelbagai soalan dari sanak saudara. Kalau soalan cerdik2 xpe la jugak, ni soalan bodoh yang ditanya. Eeiii, geram betul, nak balas balik kang, merajuk pulak sepupu sepapat sendiri ni. Yang membengangkan diri aku bukan apa tau, satu keluarga ni je yang banyak soal. Sedara mara yang lain steady je, takde banyak soalan pun. Aku tahu memang ahli keluarga sedara aku ni jenis nak tahu dari A sampai Z. Karang tak ajak kang, hambar pulak time aku nak nikah nanti. So redha je la...

BTW di kesempatan ini jugak aku ingin mengucapkan selamat hari kemerdekaan yang ke 54. Agak di overshadow oleh Aidilfitri rasanya...

Bakal memperkenalkan Redup Rabu instead of wordless Wednesday

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya 2011

Insyaallah raya SINGLE terakhir..........................

Sunday, August 28, 2011

Komik???









Cerita ni sebenarnya dah berlaku 3minggu yang lepas pun. Malas dah aku nak cerita semula, tapi sebab janji aku ngan diorang yang dah berlakon tu, terpaksa la aku tunaikan. Kisahnya bermula apabila waktu abis time sekolah nak pegi semayang Zohor, macam biasa la diorang datang tanya pasal xtra kelas. Aku cakap la ada macam biasa. Dengan tidak semena-mena si Amirul nih aku pun dah lupa dia cakap apa tapi agak harsh la untuk seorang pelajar kata kat cikgunya. Aku tau niat dia nak bergurau tapi bunyinya agak kasar. Aku jadi piss off, senang je aku cakap "Mirul, I don't want you come to my class." macam itu la agaknya bunyinya.

So, semayang macam biasa, then budak2 ni tunggu aku macam biasa termasuk la Amirul. Aku suruh bebudak lain masuk dulu then aku panggil Amirul. Senang je word aku, "Kan saya suruh kamu balik..." Dia terkebil2 je sambil tersengih2. Ini lah masalah problem yang paling besar sekali. Diorang tak pernah anggap aku serius. Selalu sangat diorang pikir aku ni marah2 sayang. Lepas marah pastu xde apa2 dah.. Xyah mintak maaf. Tapi series aku agak terasa dengan kata2 dia tadi (walaupun aku dah lupa pasal apa).

Memandangkan dia tidak berganjak, aku menserieskan muka aku dengan kata2 ulangan yang sama, tapi ditambah dengan nasi tambah "I don't want to teach you today!"... So aku perasan dari perubahan muka yang tersengih macam kerang busuk itu bertukar menjadi berair mata. Hahahaha, tau pun ko. Dia stat menangis, konon menangis buat aku sejuk la.. Mula2 aku memang tak sejuk. Tapi bila dah semakin buruk aku tengok dia menangis tu, aku tarik dia keluar (xnak la air muka dia jatuh depan kawan2 dia).

Semacho-macho makhluk ini, segangster2 mamat ni dalam kelas, memang dalam hati ada taman punya orang. So, aku pujuk-pujuk then dia mintak maaf, aku pun suruh dia masuk dalam kelas aku semula. Mula2 aku rasa dia macam dah xde mood nak masuk kelas, macam nak balik, tapi bila geng2 dia panggil, dah ok la akhirnya.

Memang sekolah aku ada senarai murid2 target 5A, tapi yang pasti takde seorang pun dari kelas yang aku ajar. Tapi Amirul ni satu2nya murid target aku A dalam BI. Memang aku nak basuh dia betul2 supaya dia dapat A untuk BI. Sebab itulah aku duk pulun abis2an. Sepanjang bulan pose ni aku rasa ramai yang anggap aku dah terlebih beri perhatian kat dia ni kot. Bukan apa...Aku dapat dia dari awal tahun dia kategori 40 markah, tapi baru2 ni dia dapat 63 markah untuk Trial. Satu2nya B dari kelas aku. Tapi yang mensedihkan aku, sebulan terakhir ini lah dia semakin rapat ngan aku, UPSR 13 September.. Ntah sempat ntah tidak aku cover apa yang tertinggal. Dah la last2 baru nak kacis ngan aku. Maybe dia la kot WKH aku yang terakhir.....

Dan cara aku untuk kawal kelas - pegang budak paling gangster dalam kelas. Dapat kawal ketua dia, Insyaallah seluruh kelas boleh kawal.

Kad Raya Paling Bermakna

Tahun ni aku pecah rekod apabila sudah 3 tahun berturut-turut aku tidak menerima sebarang kad raya, tahun ini aku ada terima kad yang paling kreatif. Sungguhpun bukan kad yang dijual di kedai, tapi so meaningful (btw, aku dapat gak kad dari bakal orang rumah, thanks a lot)



Dari siapa lagi? Kalau bukan WKH aku tahun ini.


Doa aku sentiasa bersama mereka menuju ke arah kejayaan..

Tuesday, August 23, 2011

Gloomy Tuesday...


Datang sekolah terus dapat relief kelas tahun 4 sejam @ 2 masa . Tambah2 dengan kelas aku sendiri.. Aku ada 7 masa - 3 jam setengah. Pergh.. Lembik la aku hari ni!!!!

Monday, August 22, 2011

Perkara Pelik Hari Ini

Pagi2 singgah ke 7-11 untuk membeli topap. Yelah, 7 am, mana ada kedai yang dah bukak kan?
Masuk ke dalam kedai dan aku memulakan bicara

Aku : Abang, Maxis tiga puluh..

Budak tu : (wordless....)

P/S - Tetap nak berabang kan walaupun budak tu kulihat seperti baru lepas SPM. Tak pun pelajar U yang tengah cuti....

Sunday, August 21, 2011

Aku Harap Tiada Adik Beradik Aku Yang Membaca Ini


Sejak kembali ke Tanah air Terengganu pada Jumaat yang lalu (12 Ramadan), aku diberitahu bahawa beliau mengalami demam2 dan muntah2 yang agak teruk. Sungguhpun demikian, beliau masih menggagahkan diri untuk pulang ke rumah Pn Ma pada hari minggu untuk berbuka bersama2 dengan adik beradik yang lain (yang dianjurkan bersama) kerana beliau bekerja di luar negeri Terengganu.




Sebaik sahaja habis cuti beliau kembali ke negeri beliau bekerja bersama2 isteri dan anak2. Tetapi berita yang mengejutkan ialah demam beliau semakin teruk. Sehinggakan pada 4 hari yang lepas, beliau tidak berdaya untuk bergerak turun dari tingkat atas ke bawah. Lantas bayangan arwah abah kembali menerpa di benak ku. Pernah satu malam aku dikejutkan oleh Pn Ma tengah2 malam dengan suara yang agak menggelabah. Meminta aku membawa ke hospital, aku lihat arwah abah sedang terjelepuk ke lantai. Aku bertambah la menggelabah melihat perilakuan arwah abah masa tu yang seolah2 tidak kenal sapa aku. Dengan bantuan Pn Ma, aku memimpin abah ke klinik 24 jam (seingat aku la). Alhamdulillah arwah abah masa tu kembali pulih dan Allah menangguhkan dahulu jemputan NYA sehingga 3 tahun kemudian.

Kini, tempat arwah abah adalah digantikan oleh beliau. Beliau la arwah abah sekarang. Bermacam2 perasaan yang bermain di fikiran aku tatkala diberitahu kesihatan beliau semakin teruk dan dimasukkan ke dalam wad. Menurut isteri beliau, beliau mendapat jangkitan kuman di bawah kulit. Selebihnya aku tidak tahu kerana saat n3 ini ditulis, beliau masih menerima rawatan di hospital yang jauh dari tempat aku berada. Tapi beliau sudah selamat menjalani operation dalam proses pencucian kuman. Dan aku dapat tahu beliau tiada diebetis dan semua2 la..kira syukur sangat. Aku mungkin tak reti nak expresskan perasaan sayang aku pada beliau, tetapi aku sayangkan semua ahli keluarga aku.



Beliau adalah abang sulung aku. Sejak ribut yang melanda dalam keluarga aku, beliau merupakan karekter paling tenang yang pernah aku jumpa. Tapi ujian Allah mungkin hendak menguji beliau. Sedih bila mengenangkan menurut ibuku, seolah2 ada sendu pada suara beliau pada awal Ramadan yang lalu apabila terlampau didesak oleh adik beradik yang lain. Aku tak salahkan sesiapa sebab masing2 ada sebab masing2. Cuma mungkin kesedihan ini sehinggakan membawa demam. Aku doakan beliau kembali dan Aidilfitri nanti beliau pulih sedia kala.

N3 ini tiada tajuk

Sejak dua menjak ni aku seolah2 kembali bernafas lega. Tiada ketegangan yang melanda just memikirkan hari2 bahagia yang akan aku lalui (nikah kah?? Jeng jeng jeng). Manusia seperti aku yang suka memendam perasaan ini kadang2 tidak boleh terlalu memendam. Aku memang jenis manusia yang bukan lebih laju lidah dari otak. Aku tak reti nak express kan kata2 yang bisa membuatkan pihak lain terdiam kerana aku jenis yang lebih suka diam dahulu.

Selalu kita dihidangkan dengan Cerekarama dan Sandiwara Semasa yang begitu banyak genre dan tema. Dan kalau cerita dari pengarah Ra_h_d S_bir tu mesti ada adegan air mata yang meneles..

Biasa tengok drama Melayu kan? Ada yang kisah orang kaya, kisah orang miskin, perebutan kuasa dalam syarikat, tipu sana, tipu sini, curang sana-sini. Banyak jugak kisah mengarut seperti kisah seram, superhero la, dan macam2 lagi. Aku bukan seorang yang peminat drama Melayu, tetapi kalau sinopsis cerita dan para pelakon yang buat aku nak tengok, pasti aku akan terus melekat di kaca tibi, eh, depan tibi.

Cerita pasal perebutan harta pusaka. Bila ibu bapa meninggal, pasti hal pusaka ini yang diketengahkan oleh pengarah2 yang terbabit. Dan.. apabila aku terkenangkan hal adik beradik aku, aku yakin, ya, aku yakin yang amat2 yakin, bahawa keluarga aku pasti tidak berlaku hal kemelut yang seperti mana disampaikan oleh cerita. Banyak sudah kisah2 penderhakaan, kacang lupakan kulit, dan seumpamanya lagi dan aku rasakan bahawa ahli keluarga aku pasti tidak terselit dari golongan2 ini.

Tapi aku silap, kadang2 hati manusia ini tiada siapa yang tahu. Nampak seperti tenang dipermukaan tapi gelora di dasarnya. Okey lah.. dipendekkan cerita, sedikit ribut melanda dalam keluarga aku. Aku tak salahkan mereka, mereka bercakap pasal hak, dan kadang2 hak inilah yang ditegakkan untuk mencari satu kepuasan dalam diri masing2. Sampaikan satu tahap aku hampir dilahanatkan, dibinatangkan, dan dimaki cerca hanya kerana tidak kepuasan hati. Kalau ikut situasi dan keadaan aku, manusia normal pasti memaki hamun kembali, dan itulah yang hampir aku cuba lakukan. Aku ingin luahkan dalam RAYAP ini, aku ingin hamburkan apa yang terbuku selama ini, tetapi hampir 2 bulan aku bertahan dari mencoretkannya. Of kos, semua pihak rasa diri masing2 yang betul. Aku rasa aku betul, mereka pun rasa mereka betul, lantas, aku mengambil keputusan berdiam diri.

Satu hari dalam bulan Ramadan, aku nekad untuk mencoret, menyampaikan kata2 yang terbuku selama ini, tapi belum sempat aku publish, aku berhenti seketika untuk menonton Ramadan Terakhir. Satu kata keramat yang membuatkan aku delete n3 itu ialah "bagilah dia peluang...." dan aku bagi peluang kedua untuk membetulkan segala2nya. Aku yakin Allah dengar doa dan harapan aku dan kini segalanya hampir sampai ke penghujungnya.

Doa aku semoga Aidilfitri kali ini sama seperti sebelumnya menjadi kenyataan. Alhamdulillah (harap2 betul la apa yang telah berlaku) kemaafan dipinta, hubungan ini adalah hubungan darah yang tidak bisa diputuskan. Walau adik, abang, kakak, aku sentiasa doakan kebahagiaan mereka, kerana itu lah pinta arwah ayah aku yang terakhir.

P/s - N3 malam ini maybe ada sedikit "membuka pekung di dada" tapi inilah hakikat kehidupan. Aku yakin Allah mendengar doa aku. Aku diam bukan bererti aku takut, aku senyum bukan bererti bukan tiada luka..tapi kasih sayang aku melebihi segala-galanya....

Wednesday, August 17, 2011

Pn Honda Kembali


4.05 pm aku publish post deng!!! kan? 4.30 pomen kol, cakap Pn Honda selamat dikebumikan, eh selamat disiapkan. So, mensegerakan diri mengambil beliau di bengkel. Heheh.. ku ingatkan esok kena ke sekolah dengan Belalang Tempur, tapi tidak ye...

Yer, Pn Honda kembali dengan selamat dan aku juga telah selamat mengorbankan 3++ dari bonus yang aku dapat kepada encik Pomen. Apa pun terima kasih en Pomen kerana meng'complete'kan pembaikian pada hari ni jugak. Sian beliau dalam bulan pose2 cenggini kena berhempas pulas menselamatkan Pn Honda.

Ni kesah bengang sebaik aku amik Pn Honda. Lepas amik Pn Honda, aku pegi la petrol pam sebab minyak tarak. So petrol pam yang terdekat kena layan diri. So lepas aku bayar kat kaunter, aku bukak la penutup tempat petrol tu.. Deng!!!!! Kepala penutup ditutup tidak kemas. Deng sekali lagi bila aku teringatkan last time aku isi minyak, bukan layan diri, tapi si Bangla Petronas yang tolong isi. Deng sekali lagi. Tu la dasar pemalas sangat nak turun layan diri (sebab aku suka gi stesen minyak yang ada orang tolong isi). Baik aku gi BHP lepas ni, ada orang tolong isi tapi orang Melayu instead of Bangla.


Deng!!!!!

N3 sebelum ni aku citer perihal pagi yang aku gi amik duit kan.. Then sepatutnya aku ada kelas jam 10. Dalam 930 am aku gerak la dengan Pn Honda YANG BUKAN HAK AKU tu sambil berkira2 nak ajar apa pagi ni. Lebih kurang 10 km dari rumah, tiba2 aku terdengar macam bunyi ranting sangkut kat enjin (macam ranting pokok lalu bawah kete then tersangkut). Aku stop bukak bonet tengok kabel attenuator, power stereng ngan air cond terputus. GILAKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!

Mujur la pagi ni bukan hari sekolah, aku berenti tepi jalan, call Pn Ma, then terus pergi ke kedai pomen yang memang dah biasa dengan Pn Honda aku nih.. So at the end, Pn Honda masuk wad le ari ni.....

Dalam 1030 tadi 2x anak murid aku call tanya kehadiran aku, sempat la aku bisikkan kata2 keramat kat diorang "Kelas batal, kereta sir rosak"

Deng!!! Hari ni memang WORDLESS Wednesday, aku diam sampai sekarang.. Sentap dengan ko Pn Honda!!!

Padah Karaoke Sambil Bawak Moto


Pagi 17 Ramadhan, seluruh Terengganu bercuti dan ada gak negeri2 lain yang coti. Pagi2 lagi Pn Ma telah mensuruh aku mengambil duit kat ATM sebab beliau mengkehendaki meng shopping kan diri pada hari cuti ini bersama-sama adik2 yang lain. Memandangkan aku ada kelas tahun 6 jam 930 sat lagi, aku mengkeluarkan diri seawal 730 pagi sebab aku takmo la beratur panjang kat ATM nanti kalau terliwat sedikit, pembetulan, terlewat.

Bawak belalang tempur sahaja kerana ingin menikmati kedinginan pagi dan juga nak save duit minyak sebenanrnya. Dah jadi tabiat, habit dan habitat aku meng karaoke kan diri sendiri tak kira la naik kereta apatah lagi kereta yang roofless itu (belalang tempur aka muto).

Sedang syiok melayan lagu apa tah aku sendiri sudah lupain.. maybe part chorus kot, aku tarik bukan main luas mulut aku tibe2 aku terdiam sebab tertelan sesuatu.

CIS!!! Ni mesti benda kecik yang terbang2 ni.. tu la ada visor tak turunkan. Pergh... mujur tidak disertai dengan sebarang perasa tambahan.... Kurang asam betul...

P/S - Posa aku tak batal kan? Sebab bukan aku yang suruh benda alah tu berterbangan di depan mulut aku kan???

P/S yang ke2 - Hari ni mode nak hapdet blog berkata-kata, so takde WW (Wordless Wednesday)

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday (Biar Gambar Berbicara)





P/S Orang wat segmen WW, aku pun nak ikut jugak... Mode tengah berkemas2

Tuesday, August 9, 2011

Aku Cuti 2 Hari





Waa.... sedih sedih sebab mentinggalkan sekolah dan tidak berjumpa dengan WKH2 yang aku akan rindui selalu... Hahah...

Mode bercuti seketika..... Jumpa lagi sekembaliku nanti ke tanah air

Monday, August 8, 2011

Diari 8 Ramadhan - Membaca Perihal Diri Sendiri

Kelas extra macam biasa...
Venue kat makmal komputer macam biasa
Sejam yang pertama aku wat soalan tahun 2008. Then aku bagi setengah jam untuk budak2 ni main internet. Pastu aku gi toilet mentinggalkan mereka sekejapan..

On the way balik ke lab.......

Venue - lab komputer

Pintu lab ditolak perlahan-lahan

Mari kita tengok website apa yang dilayari oleh budak ini

Oh, ini si budak Amirul yang aku citer dalam n3 lalu.. RAYAPkah itu????

Tersengih membaca perihal sendiri di dalam Rayap aku... Mana la korang dapat url blog Sir ni???



Spongebob Seluor Pettok Ganu Version

------------------------------------------------------------------------------------------
Original Song
----------------------------------------------------------------------

Are you ready kids

Aye Aye Captain

I Can't hear you

AYE AYE CAPTAIN

Ohh...
Who lives in a pineapple under the sea

Spongebob squarepants

Absorbant and yellow and porous is he

Spongebob Squarepants

If nautical nonsense be something you wish

Spongebob Squarepants

Then flop on the deck and plop like a fish

Spongebob Squarepants

READY?

Spongebob squarepants
Spongebob squarepants
Spongebob squarepants

SPONGEBOB SQUAREPANTS! AH AHH AHH AHAHAHAHAHAHAHHH...
(Short flute instrumental on his nose)






------------------------------------------------------------------------------------------------
Spongebob Seluor Petak Versi Teganu
------------------------------------------------------------------------------------------------
sedia dok g budok2?
sedia kapteng!
ndapee..??!!
sedia doh la kapteng!!

...ooo...peye hok duk dalang nanah bawoh lauk!!
spongebob sluor pettok!!

senang menghisap kaler kuning..
spongebob sluor pettok!!

kalu sek2 mu suke bende pelek hok dalang lauk
spongebob sluor pettok!!

meh la noppak pe ikang
spongebob sluor pettok!!

sedia??!!
spongebob sluor pettok
spongebob sluor pettok
spongebob sluor pettok

spongebob... sluor pettok!!! AH AHH AHH AHAHAHAHAHAHAHHH...
(seruling pendek kut idung)





Glosari -

Kepteng - Kapten

ndapee - lebih kurang macam tak dengar sangat la (i cant hear you)

peye- siapa

noppak - melompat

Kalau ada yang tak paham sila angkat tangan ye murid-murid.....

Suatu Pagi Yang Indah


Cantik kan? On the way ke sekolah aku nampak cahaya mentari pagi di celahan awan.. Lantas motor dihentikan lalu mensnap gambar yang super kacis....

Sebelum Puasa Hari Itu


Malam akhir apakah? Last 26 Julai 2011, hari Selasa adalah kelas malam yang terakhir untuk 6G 2011 untuk tahun ni la. Kelas yang terakhir kerana sepanjang bulan pose memang tiada kelas malam. So aku dah janji ngan bebudak ni nak wat makan2 la pada malam terakhir. Tau apa yang dimintak??? Ke ef ci. Gilos... At the end aku beli kay ef ci goreng sendiri saja....

Ni ha kay eff cieee korang
Goreng sendiri okey
So malam itu kelas malam hanyalah untuk sesi bergambar dan makan2. Selain ayam kay eff cie, ada banyak lagi, spegeti, laksa, nasi minyak, nasi dagang,(lapar la plak cakap pasal makanan time2 pose cenggini)

Dah siap2 nak balik, buku langsung tak sentuh
Mereka semua batch kedua UPSR selepas aku bergelar pendidik. Batch terakhir kot yang aku sayang sangat2. Batch tahun depan macam tak best je...

Sunday, August 7, 2011

Diari 7 Ramadhan

Hari ni 7 Ramadhan..mode tak de masa nak hapdet rayap sebab guruh berdentum di langit..karang tak pasal2 modem meletup pulak.....


Wednesday, August 3, 2011

Puding Karamel.....

Sila jangan baca kalau anda pose.Niat aku tahun ni nak elakkan melakukan perkara yang boleh membatalkan pose aku sendiri dan juga pose orang lain....

Hari tu aku gi pasar malam (sebelum pose) tengok ada orang jual puding gula hangus, (atau nama modennya ialah puding caramel) ambik ko aku tergeliat lidah2 nak sobut. Aku tengok si penjual tu ayu manis macam pudingnya jugak, tapi bila tengok tang harga, terus x jadi nak tanya. Bayangkan sepotong dijual dalam dua hengget. Aku x salahkan dia, aku salahkan aku la kalo beli sedangkan mak aku reti buat.

Hari ni pose yang ke3, mak aku buat puding gula hangus ni, tapi mak aku x kukus dalam bekas yang besar2 tu, susah2 plak kena potong. Mak aku masak dalam bekas ni (seperti gambar di bawah)..
Then, telangkupkan ke dalam pinggan ye Kak Senah, Kak Kiah, Mek Jenah, Mek Tun, Mek Vogue



Rupa parasnya sangat menselerakan..

Apa kata tambah garnishing sikit supaya ada rasa nak makan walaupun perut dah sarat dengan hidangan berbuka tadi. Tambah ais krim dengan yogurt perisa stroberi, kalo ada jem lagi best.


Jadi, bersyukurlah kalau anda masih memiliki mak yang boleh memasak untuk kita sebab masakan mak memang superb (bukan bermakna aku dah lupa mama aku...she is superbestest kaciskova).
Selamat menjamu selerooooooooooook

Diari 3 Ramadhan

Poster transformers 3??? Tengok transformers kah kali ini? Hohoho..oh tidak sebab lepas je abis waktu persekolahan, aku terus shoot pulang ke rumah. Kisahnya hari ni aku banyak keje nak kena setel, dari kena gi bank, bayar bil, masukkan duit yang berkoyan2 tu ke dalam akaun orang lain, last sekali balik rumah n tdo.... Saje je letak poster ni sebab nak bagi gempaq, masalahnya gempaq ke??

Btw, budak2 ni tetap datang tanya aku either aku buat kelas or not. Aku cakap hari ni cuti la sehari. Bukan apa, aku pun nak rehat gak, tapi apa kes aku tetap x rehat...

Tuesday, August 2, 2011

Diari 2 Ramadhan

Yeah, hari ni dah hari ke 2 umat Islam berpuasa. Motif poster SERU? Heheh, seperti semalam @ kelmarin, lepas abis waktu sekolah, kelas xtra cam biasa. Ahli2nya jugak macam biasa, tapi hari ni Izzhadi tak datang, so tinggal 2 orang je jantan. Buat past year paper tahun 2009, then diorang memang buat aci nak siap cepat je, bukan nak bersaing sape lagi highest mark. Hampeh,...

Yeah, lepas tu belen waktu ada sejam lagi, cam bese si Amirul provok nak layan movie lagi. Kali ni aku tak tengok thru tiub awak lagi dah, sebab aku bawak ext hardisk. So aku bukak la citer yang aku sendiri tak tengok lagi, baru je sedut dari sorang cikgu neh..




Inilah diorang, Shahira, Nathassa, Aini dan Ain... Kalo yang jantan tuh Amirul ngan Lukman je. Kali ni melayan Seru sampai abess sebab diorang xnak tengok sekerat. Heheh, yang pasti aku tahu si Amirul ngan Shahira adalah penakut sebab time antu keluar, diorang tutup muka dengan kertas soklan....heheheh


Hari Ini Dalam Sejarah

Hari ini pada setahun yang lalu aku ditempatkan di sebuah tempat yang sangat boooooring... masa tu x pose lagi.. mujur xpose, kalo x naya la aku nak menahan lapar dan dahaga di sana seharian...


Yes..setahun yang dulu aku masuk wad selama lima hari kerana jangkitan mata. Gile x best sakit mata. Merah je mata aku. Pastu plak.. dapat MC 13 hari woooo..kena lak tinggalkan anak2 aku kat sekolah yang dah dekat sangat nak exam nye.. Syukurlah masa tu aku masih diberi kesempatan untuk melalui hari2 seterusnya dengan mata yang masih boleh melihat. Aku bersyukur sangat sebab masih ada ibu, abang, kakak dan adik2 yang ambil berat kat aku.. Alhamdulillah

Monday, August 1, 2011

Diari Ramadhan Hari Pertama

Ada sebab poster ini dimasukkan di sini, kejap lagi aku cerita


Hari ni 1st Ramadhan. Saat n3 ini ditulis, aku sedang menunggu waktu berbuka. Dah la malam 1 Ramadhan diselangi dengan peristiwa2 yang maybe menjadi sejarah untuk aku sekeluarga.. Lupakan je la... dah nak berlaku nak wat camne.....

Sekolah pagi macam biasa, tapi hari ni kelas aku tak banyak, satu waktu je... Itu pun PJK.. So the rest of the day aku hanya berinternet dan berblog sambil hapdet blog sekolah aku.

Mari aku perkenalkan 3 orang budak kelas aku tahun 6. Lukman, Izzhadi dan Amirul. 3-3nya pernah kena lempang dari aku. Kes Amirul dengan Lukman pasal diorang keluar dari sekolah time kelas aku masa hari kelas tambahan. Kes Hadi pulak, kes kacau orang tengah sembahyang.. dan dan tu jugak aku lempang beliau dalam surau.

Dan hari ini, mereka yang aku lempang dan hampir nak menangis itu lah yang datang kepada aku, meminta aku mengadakan kelas xtra nih. Series li, aku tak sayangkan mereka yang dari kelas elite, dari A kelas, dari kumpulan yang selalu dapat A dalam setiap kali exam, (lagipun aku tak ngajar 1st kelas). Bebudak ini lah yang selalu dapat C ngan D yang aku sayang. Mereka berhak untuk belajar.. bukan pelajar target je..

Lukman Wahab

Izzhadi

Amirul Hakimi (budak ni yang datang cari aku masa tengah nangis dalam n3 lepas)

Mari kita beralih kepada Amirul dan Lukman. Hari itu aku bawak 2-2 ni datang rumah aku untuk merasai pengalaman kelas tusyen kat luar sambil bertusyen di rumah aku. So far ok la si Amirul ni ada peningkatan. Si Lukman plak tempat yang sama je. Masa duk rumah aku, si Amirul ni duk provoke pasal citer "SEKALI LAGI" yang katanya amat best melampau sampai mengalirkan air mata. Aku bahagian best tu takdelah tertarik sangat, tapi tang mengalir air mata tu macam "Betul ke?" tengok teaser cam biasa je. Lebih2 lagi masa diorang datang rumah aku, citer ni tgh duk tayang kat Astrok First. Tapi aku tak langgan. Gile... So si Amirul ni duk provok aku suh tengok. Ok then aku tunggu je la kot sape2 nak donlod nanti aku leh sedut je.

Lepas tu pulak hari ni, 1st day pose, aku buat kelas xtra atas permintaan bebudak ni, x ramai, dalam 7 orang je. Depa ber3 lelaki dan ada 4 orang budak pompuan. Memang diorang lebih suka duk sekolah dari balik tapi x wat apa2 pun. Kelas stat dalam jam 145, then aku buat la vocab hari ni. Aku cakap kelas sampai kul 3 je, so diorang setuju. Masa dekat kul 3 aku cakap stop. Tiba2 Amirul ni saje buat2 nak tengok gambar dalam FB. Aku bukak la leptop. Pastu dia provok lagi nak tgk video (betis nak peha la ni) aku bukak tiub awak... pastu provok suruh search citer SEKALI LAGI, disapot kuat dari pelajar2 lain. Aku bukak la yang full vid dalam sejam lebih gak masa dia. Sekali internet kat dalam makmal sekolah aku ni super kacis. no buffer, smooth je tgk citer... Last2 terlayan sampai jam 4 petang.. HAMPEHHHH!!!!!!!!!!!!!!! (seriesly superkacis la internet hari tu.. aku layan movie guna tiub awak je.....)

Mula-mula memang la membelajar


Ahli kelas yang lain
Tiba2 laptop aku dah jadi wayang kecik plak

So.. sempat la layan sejam citer ni, sebab pembantu makmal dah nak balik kul 4 (selalu 430, tapi Ramadhan diawalkan sejam) Aku pause citer dan biar je laptop aku terpasang sampai la rumah. Belen 22 minit lagi aku tengok kat rumah sengsorang.

Bila dah part ending ngan kuar kredit bagai tuh.. aku terpikir, mana part yang sedih nya?? Xde sedih langsung.