Sejak dua menjak ni aku seolah2 kembali bernafas lega. Tiada ketegangan yang melanda just memikirkan hari2 bahagia yang akan aku lalui (nikah kah?? Jeng jeng jeng). Manusia seperti aku yang suka memendam perasaan ini kadang2 tidak boleh terlalu memendam. Aku memang jenis manusia yang bukan lebih laju lidah dari otak. Aku tak reti nak express kan kata2 yang bisa membuatkan pihak lain terdiam kerana aku jenis yang lebih suka diam dahulu.
Selalu kita dihidangkan dengan Cerekarama dan Sandiwara Semasa yang begitu banyak genre dan tema. Dan kalau cerita dari pengarah Ra_h_d S_bir tu mesti ada adegan air mata yang meneles..
Biasa tengok drama Melayu kan? Ada yang kisah orang kaya, kisah orang miskin, perebutan kuasa dalam syarikat, tipu sana, tipu sini, curang sana-sini. Banyak jugak kisah mengarut seperti kisah seram, superhero la, dan macam2 lagi. Aku bukan seorang yang peminat drama Melayu, tetapi kalau sinopsis cerita dan para pelakon yang buat aku nak tengok, pasti aku akan terus melekat di kaca tibi, eh, depan tibi.
Cerita pasal perebutan harta pusaka. Bila ibu bapa meninggal, pasti hal pusaka ini yang diketengahkan oleh pengarah2 yang terbabit. Dan.. apabila aku terkenangkan hal adik beradik aku, aku yakin, ya, aku yakin yang amat2 yakin, bahawa keluarga aku pasti tidak berlaku hal kemelut yang seperti mana disampaikan oleh cerita. Banyak sudah kisah2 penderhakaan, kacang lupakan kulit, dan seumpamanya lagi dan aku rasakan bahawa ahli keluarga aku pasti tidak terselit dari golongan2 ini.
Tapi aku silap, kadang2 hati manusia ini tiada siapa yang tahu. Nampak seperti tenang dipermukaan tapi gelora di dasarnya. Okey lah.. dipendekkan cerita, sedikit ribut melanda dalam keluarga aku. Aku tak salahkan mereka, mereka bercakap pasal hak, dan kadang2 hak inilah yang ditegakkan untuk mencari satu kepuasan dalam diri masing2. Sampaikan satu tahap aku hampir dilahanatkan, dibinatangkan, dan dimaki cerca hanya kerana tidak kepuasan hati. Kalau ikut situasi dan keadaan aku, manusia normal pasti memaki hamun kembali, dan itulah yang hampir aku cuba lakukan. Aku ingin luahkan dalam RAYAP ini, aku ingin hamburkan apa yang terbuku selama ini, tetapi hampir 2 bulan aku bertahan dari mencoretkannya. Of kos, semua pihak rasa diri masing2 yang betul. Aku rasa aku betul, mereka pun rasa mereka betul, lantas, aku mengambil keputusan berdiam diri.
Satu hari dalam bulan Ramadan, aku nekad untuk mencoret, menyampaikan kata2 yang terbuku selama ini, tapi belum sempat aku publish, aku berhenti seketika untuk menonton Ramadan Terakhir. Satu kata keramat yang membuatkan aku delete n3 itu ialah "bagilah dia peluang...." dan aku bagi peluang kedua untuk membetulkan segala2nya. Aku yakin Allah dengar doa dan harapan aku dan kini segalanya hampir sampai ke penghujungnya.
Doa aku semoga Aidilfitri kali ini sama seperti sebelumnya menjadi kenyataan. Alhamdulillah (harap2 betul la apa yang telah berlaku) kemaafan dipinta, hubungan ini adalah hubungan darah yang tidak bisa diputuskan. Walau adik, abang, kakak, aku sentiasa doakan kebahagiaan mereka, kerana itu lah pinta arwah ayah aku yang terakhir.
P/s - N3 malam ini maybe ada sedikit "membuka pekung di dada" tapi inilah hakikat kehidupan. Aku yakin Allah mendengar doa aku. Aku diam bukan bererti aku takut, aku senyum bukan bererti bukan tiada luka..tapi kasih sayang aku melebihi segala-galanya....
0 comments:
Post a Comment