"BAIKLAH,
sekarang saya akan memulakan mesyuarat kali ini. Saya tak mahu guna lagi
istilah perbicaraan seperti yang kamu minta..." kata Ustaz Ramli memulakan
bicara. Mesyuarat kali kedua diadakan setelah hampir seminggu mesyuarat yang
pertama diadakan. Kali ini Aiman dan Faizal turut hadir setelah cuti mereka
berakhir.
"Sila
jawab ‘saya’, jika saya menyebut nama kamu semua dengan betul, Ahmed Rafiqan
Rahman?”
"Saya,
ustaz..."
"Nurul
Hardina Ismail..."
“Saya
cikgu..."
"Aiman
Rahim Hamzah..."
"Saya cikgu..."
"Faizal
Rahim Hamzah..."
"Saya
cikgu…”
Keempat-empat
mereka bersuara. Mesyuarat kali ini agak tegang memandangkan keempat-empat
pelajar ada bersama. Hardina berpaling ke arah Rafiqan. Hairan memikirkan
wajahnya yang tidak menunjukkan sebarang reaksi, hanya ketenangan yang
terpancar. Kemudian dia beralih ke arah Aiman dan Faizal. Kedua-duanya sedikit
gugup kerana ini kali pertama mereka terpaksa menghadiri mesyuarat yang
seumpama ini.
"Saya
serahkan kepada cikgu Razak selaku guru disiplin sekolah..." kata Ustaz
Ramli scmula.
Cikgu Razak
bangun dari tempatnya. Kemudian dia berjalan ke hadapan keempat-empat pelajar
yang berada di tengah-tengah bilik mesyuarat.
"Saya
akan menyebut kes kamu Rafiqan, betulkah kamu yang memukul kedua-dua pelajar
Aiman dan Faizal?" soal cikgu Razak. Rafiqan mengangkat muka.
"Saya
ada bangkangan, kenapa kes yang pertama tidak disebut sedangkan ia berlaku
dahulu kemudian barulah kes kedua... " soal Rafiqan semula. Cikgu Razak
agak terkejut dengan kata-kata Rafiqan.
"Kamu
tidak ada hak untuk menyoal saya..." tambah cikgu Razak semula. Tetapi
segera dipotong oleh Ustaz Ramli.
"Cikgu,
saya juga tertanya dengan soalan yang sama..." kata Ustaz Ramli. Rafiqan
tersenyum. Nyatalah hanya cikgu Razak yang mengikut telunjuk ayah kedua-dua
pelajar Faizal dan Aiman itu.
"Tapi
ustaz, mesyuarat kali ini hanya mengenai kes yang kedua, kes yang pertama sudah
ditutup..." kata cikgu Razak membuatkan Aiman dan Faizal menarik nafas
lega.
"Kalau
macam tu, cikgu buka balik kes yang pertama. Kita akan bincang kedua-duanya
sekali pada hari ini..." kata-kata Ustaz Ramli membuatkan Rafiqan
tersenyum. Berlainan pula dengan Aiman dan Faizal.
"Baik...
ustaz..." cikgu Razak teragak-agak.
"Silakan
cikgu..."
"Kes
yang pertama, pihak pertama iaitu mangsa Ahmed Rafiqan, membuat aduan mengenai
kes pukul dari pihak kedua dan ketiga Faizal dan Aiman pada hari Khamis 5
Februari jam 3 petang..." kata cikgu Razak terhenti.
“Baik
Rafiqan, saya mahu dengar kenyataan dari kamu..” Ustaz Ramli menyampuk.
"Baik,
pada hari itu seperti biasa saya berjalan kaki pulang ke rumah. Sampai satu
lorong yang agak sunyi, mereka berdua dan beberapa lagi pelajar lain menahan
saya. Mereka menyuruh saya berhenti mengusik Hardina. sedangkan saya tidak
kenal siapa Hardina. Saya cuba berlalu, tetapi mereka menyerang saya dan Faizal
memukul saya berkali-kali..."
“Pelajar
lain ada tak?” soal Ustaz Ramli.
“Ada, ustaz.
Dalam 5-6 orang,”
“Kamu tahu
siapa lagi pelajar yang lain?” soal cikgu Razak tiba-tiba.
“Tidak
cikgu, saya tidak kenal kerana saya masih baru di sini ..”
“Habis tu,
bagaimana kamu boleh mebuktikan Aiman dan Faizal yang menyerang kamu? Sedangkan
kamu tidak kenal langsung pelajar-pelajar sekolah ini?" bentak cikgu Razak
semula. Rafiqan tahu yang cikgu Razak cuba memerangkapnya.
“Saya boleh
buktikan!" kata Hardina tiba-tiba membuatkan semua mata memandang ke
arahnya yang sedari tadi hanya terdiam.
“Baik,
teruskan Hardina..." kata Ustaz Ramli. Hardina menarik nafasnya
panjang-panjang Kemudian dia bersuara.
“Ustaz, pada
hari tersebut, sepatutnya badan pengawas sekolah ada mesyuarat, tetapi pada
waktu tersebut Aiman dan Faizal tiada dalam mesyuarat. Saya berani bersumpah
bahawa mereka tiada dalam mesyuarat..” kata Hardina. Rafiqan kelihatan agak
lega.
“Tapi itu
tidak boleh membuktikan bahawa mereka terlibat hanya kerana tiada dalam
mesyuarat,” tambah cikgu Razak.
“Tapi mereka
juga tiada bukti mereka tiada di tempat kejadian. Kemungkinan mereka terlibat
tetap ada,” balas Hardina. Kali ini cikgu Razak pula yang terdiam. Dia kematian
kata.
“Baik, saya
nak soal kamu berdua, Aiman dan Faizal. Boleh kamu buktikan dimana kamu berada
pada 5 Februari jam 3 petang?" soal Ustaz Ramli tiba-tiba.
Aiman dan
Faizal hanya terdiam. Mereka saling berpandangan.
“Nampaknya
kamu tak akan terlepas dari senarai suspek!" tambah Ustaz Ramli semula.
“Ustaz, biar
saya yang uruskan...." Kata Cikgu Razak tiba-tiba.
"Cikgu,
cikgu hanya melengahkan masa kami sahaja, biar saya terus tanya pada Faizal dan
Aiman. Kamu berdua, adakah kamu mengaku bersalah memukul serta mencederakan
Ahmed Rafiqan pada hari dan tarikh yang disebutkan tadi?" soal Ustaz Ramli
ingin memendekkan masa.
Aiman dan
Faizal berpandangan. Tiada suara yang terkeluar dari mulut mereka.
“Atau, kamu
mahu saya memanggil 5 orang lagi kawan kamu yang ada kat sana masa hari
kejadian baru kamu nak mengaku?” tambah Ustaz Ramli lagi apabila mereka hanya
mendiamkan diri. Akhirnya mereka menganggukkan kepala. Cikgu Razak terkejut
dengan tindakan Aiman dan Faizal menganggukkan kepala. Nampaknya dia tak akan
disalahkan lagi kerana mereka berdua sendiri yang mengaku.
“Atas sebab
apa?” soal Ustaz Ramli semula.
Tiada
jawapan.
“Saya ulang
semula soalan saya ye, atas sebab apa kamu berdua memukul Rafiqan?”
Sunyi.
“Tak mau
cakap? Okeylah, kita terus beralih kepada kes yang kedua, saya akan tetapkan
keputusan selepas mendengar kedua-dua kes. Silakan cikgu Razak..” tambah Ustaz
Ramli.
“Baik, kes
kedua, aduan dari pihak kedua dan ketiga dari kes pertama tadi. Aiman dan
Faizal, mengadu bahawa mereka dipukul dari pihak pertama Ahmed Rafiqan. Ahmed
Rafiqan, kamu mengaku bersalah?'' soal cikgu Razak.
"Jawapan
saya tetap tidak..."
"Bagaimana
kamu mahu membuktikan yang kamu tiada di tempat kejadian?"
"Bagaimana
pula cikgu nak buktikan saya berada di tempat kejadian?" soal Rafiqan
membuatkan cikgu Razak tergamam.
“Menurut
kata-kata mangsa ... Mereka sendiri yang mengaku yang kamu berada di sana..."
"Bagaimana
kalau mereka berbohong? Mereka berdua kan adik-beradik dan mereka berdua
berpeluang untuk berpakat. Cikgu sedia maklum bahawa mereka pernah memukul saya,
dan saya sememangnya seolah-olah ada motif untuk membalas dendam. Tapi cuba
cikgu fikirkan secara logik, mereka berdua sedangkan saya seorang.”
“Mungkinkah
saya mampu membuat semua ini sendirian? Mungkin mereka berselisih faham dengan
orang lain yang kita tak tahu. Saya tak
pernah terlibat. Itu kata putus saya yang terakhir ..." tambah Rafiqan.
"Aiman,
Faizal, betul ke Rafiqan yang memukul kamu?" soal Ustaz Ramli. Aiman dan
Faizal berpandangan.
"Tidak
ustaz, tapi dia ada di sana,” kata Aiman.
"Rafiqan,
Aiman kata kamu ada di sana. Seolah-olah kamu terlibat. Apa penjelasan
kamu?"
"Cikgu,
cikgu sendiri yang menggunakan perkataan ‘seolah-olah' yang membawa makna
mungkin ya atau mungkin tidak, sekarang saya mungkin terlibat, tetapi saya
tetap dengan kata-kata saya tadi..." balas Rafiqan. Cikgu Razak hanya
mengerutkan dahi. Dia seolah-olah buntu untuk melawan balik kata-kata Rafiqan.
"Baik,
jawab soalan saya, adakah kamu berada di tempat kejadian? Ya atau
tidak..." soal Ustaz Ramli semula.
"Ya.
saya ada di sana ..." balas Rafiqan.
"Kenapa
kamu ada di sana?"
"Cikgu
tahu ke kat mana tempat kejadian?"
Cikgu Razak
menggelengkan kepala “Kat pekan, salah ke saya keluar ke pecan?"
"Tapi
kebetulan itu seolah-olah telah dirancang oleh kamu..." tambah cikgu Razak
lagi.
"Cikgu
membuat tuduhan di satu kebetulan akan menguatkan motif saya membalas dendam.
Bukankah cikgu sendiri kata saya ni pelajar baru yang mana mungkin dapat membuat
kawan dalam secepat ini, apatah lagi untuk membuat rancangan, kan?" kata
Rafiqan semula.
“Aiman,
Faizal, kamu kenal siapa mereka yang membelasah kamu?” soal Ustaz Ramli semula.
"Tidak
ustaz,” kata Aiman dan Faizal serentak.
“Jadi,
kenapa kamu menuduh Rafiqan? Dia ada sentuh kamu ke?” soal Ustaz Ramli lagi.
Geleng
kepala, serentak.
“Ada nampak tanda-tanda
Rafiqan bersama diorang ke?”
“Takde
ustaz, kami tak kenal lelaki itu, tapi dia kata jangan ganggu Rafiqan…”
Masing-masing
memandang ke arah Rafiqan. Rafiqan hanya mendiamkan diri.
“Apa alasan
kamu Rafiqan?” tiba-tiba Cikgu Razak menyampuk.
Lama juga
diamnya. Dengan helaan panjang Rafiqan menuturkan bicara.
“Cikgu
Razak, Ustaz Ramli. Saya tak terlibat dalam hal ni. Diorang sendiri cakap saya
tak sentuh diorang, kebetulan saya berada di sana tapi saya pun tak kenal
diorang,” balas Rafiqan.
“Kenapa
diorang cakap jangan sentuh kamu? Kenapa nama kamu dipetik?” cikgu Razak masih
belum berpuas hati lagi. Namun Rafiqan tetap tenang, kerana dia sudah bersedia
dengan sebarang kemungkinan.
“Pada
pendapat saya, Aiman dan Faizal sengaja kata macam tu sebab dia mahu alihkan
kesalahan kepada saya. Lagipun mereka adik beradik. Mereka mungkin berpakat.
Ada saksi ke saya terlibat?”
Aiman dan
Faizal segera menafikan kata-kata Rafiqan.
“Kamu ada saksi
ke diorang memberi amaran kepada kamu?” kali ini Ustaz Ramli menambah.
“Adik saya
la saksi “ balas Faizal.
“Terpulang
la pada Ustaz, tapi saya tetap dengan pendirian saya yang saya tidak terlibat
dalam hal ini. Mereka mungkin berpakat…” Rafiqan masih yakin dengan
pendiriannya.
“Ada saksi
lain tak, Faizal?”
“Tiada,
ustaz.”
“Soalan saya
yang terakhir, Rafiqan ada pukul kamu atau tidak?”
Geleng.
“Jadi, atas
alasan apa kamu nak tuduh Rafiqan sekarang ni?”
Tiada
jawapan.
"Perkara ini sangat kompleks kerana melibatkan
orang luar. Rafiqan, kalau benar kamu berada di sana, kenapa kamu tidak
membantu meleraikan pergaduhan itu..." soal Cikgu Razak semula.
"Cikgu,
bukankah cikgu sedar yang saya ni masih baru di sini, kalau ikut secara logik
takkan saya mahu masuk campur dalam urusan orang yang pernah mencederakan saya.
Mungkin saya akan turut terlibat nanti..."
“Atau kamu
rasa dendam kamu berbalas?" cikgu Razak bersuara lagi.
“Mungkin ini
balasan mereka... kan?" Rafiqan tersenyum sinis. Aiman dan Faizal merasa
meluat melihat senyuman yang sengaja dilemparkan ke arah mereka.
“Bagaimara
kamu hendak buktikan yang semua ini bukan bermula dari kamu?” cikgu Razak terus
bersuara.
"Macam
mana hendak buktikan kalau semuanya memang bukan bermula dari saya?"
"Maksud
kamu?"
"Kenapa
saya tiba-tiba dipukul? Kenapa saya hendak mengusik Hardina? Kenapa cikgu tak
tanya sendiri apa makhluk dua ekor ni selalu buat pada Hardina?” soal Rafiqan
tiba-tiba. Hardina tersentak apabila namanya disebut.
"Betul
juga. Hardina masih belum banyak bercakap. Hardina, boleh kamu ceritakan apa
yang berlaku?" soal Ustaz Ramli
Hardina
menceritakan semula dari dia mula berjumpa dengan Rafiqan sehinggalah
perkara-perkara yang selalu diusik oleh Faizal kepada Ustaz Ramli. Ustaz Ramli
hanya mengangguk-anggukkan kepala.
"Faizal
juga ada bertanyakan kepada saya, adakah saya mahu dia tolong kenakan Rafiqan
sehari sebelum kejadian pertama, tetapi saya hanya buat tidak tahu kerana saya
malas mahu melayan mereka…”
Lama Ustaz
Ramli terdiam. Kemudian dia mengalihkan pandangan kepada cikgu Razak dan
beberapa cikgu lain yang hanya menjadi pemerhati.
"Baiklah,
untuk kes yang pertama, pihak sekolah akan menjatuhkan hukuman gantung sekolah
selama seminggu kepada Aiman dan Faizal, dan mereka akan dipecat dari jawatan
sebagai pengawas sekolah kerana mereka sendiri telah mengaku bersalah. Untuk
kes kedua pula, Rafiqan tidak akan dikenakan hukuman kerana tiada bukti yang
menunjukkan kes itu dirancang. Tidak mungkin seorang pelajar baru sempat
mencari kenalan untuk menubuhkan kumpulannya sendiri untuk membalas dendam.
lanya dianggap pertikaian diluar pihak sekolah kerana melibatkan orang luar.
Kamu kena selesaikan sendiri….”
Rafiqan
tersenyum puas. Tidak disangkanya yang dia akan menang kali ini walaupun dia
tahu dia sememangnya terlibat. Aiman dan Faizal tidak dapat berkata apa-apa
setelah Ustaz Ramli membuat pengumuman itu.
"Kamu
boleh pergi, hukuman berkuat kuasa dari hari ini, " tambah Ustaz Ramli
lagi.
“Terima
kasih ustaz, sebelum tu izinkan saya katakan sesuatu?" soal Rafiqan pula.
"Apa
dia?”
"Sebelum
saya pergi, saya harap ustaz fikirkan, adakah guru-gum di sini bekerja dengan
sekolah, atau bekerja dengan Datuk Hamzah, tu saja..." Rafiqan sengaja
menjeling ke arah cikgu Razak yang memandangnya. Cikgu Razak tertunduk apabila
mendengar kata-kata Rafiqan itu Dia tahu siapa yang Rafiqan maksudkan.
"Baiklah
Rafiqan, saya akan fikirkan. Kamu boleh pergi juga Hardina, Aiman,
Faizal..."
"Rafiqan,
awak sungguh hebat!" kata Hardina sewaktu mereka berjalan pulang. Rafiqan
hanya memandangnya sekilas. Dia seolah-olah malas hendak melayan karenah
Hardina lagi.
"Kenapa
awak diam? Bukankah awak ni petah bercakap?" tambah Hardina lagi.
"Kau
nak aku cakap apa? Hah? Cukup, tak payah kau nak buat baik dengan aku, entah masalah
apa lagi yang aku terpaksa terima. Kau ni memang nak menyusahkan aku la
.." Rafiqan melajukan langkahnya.
Hardina mengeluh
sendirian. Entah angin apa yang melanda satu badan mamat ni. Yang aku pun satu,
dah tahu perangai dia macam tu masih lagi nak bertegur sapa lagi.
"RAFIQAN!
Makcik Azimah datang nak jumpa .." sayup kedengaran suara Tuk Chik
memanggil namanya. Rafiqan berhenti menulis seketika. Dia bingkas bangun menuju
ke arah muka pintu.
Sejak
akhir-akhir ini, Rafiqan semakin senang dengan sikap Tokki Mat dan Tuk Chik.
Banyak ilmu-ilmu agama yang dapat dipelajari dari Tuk Chik dan Tokki Mat.
Perasaan hormatnya terhadap orang tua juga mula bertambah.
Rafiqan
tersenyum sekilas memandang ke arah Azimah vang sedang menantinya di muka pintu.
"Rafiqan
tengah buat apa?” soal Azimah.
“Tengah buat
kerja sekolah mak cik, Shahran mana?" soal Rafiqan pula apabila dilihatnya
Azimah sendirian.
“Dia ikut
kakak dia ke kedai tadi. Rafiqan, makcik betul-betul nak minta maaf atas segala
kejadian yang telah terjadi, makcik tak berniat nak susahkan hidup Rafiqan di
sini,” kata Azimah tiba-tiba membuatkan Rafiqan serba salah.
"Eh,
makcik jangan cakap macam tu, saya tak kisah makcik, semua perkara dah
selesai..." pandai pula aku berkata-kata hari ini, walhal amarah aku
dengan Hardina tak pernah padam. Semua ini kerana Tuk Chik dan Tokki Mat yang
menyuruh aku cakap macam ni.
“Betul ke
Rafiqan dah tak kisah ni?" soal Azimah semula.
“Betul
makcik, saya diajar supaya mengamalkan sikap bertimbang rasa .." balas
Rafiqan.
"Kalau
macam tu, terima kasih. Kadang-kadang makcik sendiri tidak percaya dengan sikap
kamu ni yang dikatakan samseng sekolah dulu,” Rafiqan terhenti seketika.
"Mana
kamu tahu ni Mah?" soal Tuk Chik tiba-tiba dengan membawa sedulang minuman.
"Sebab
tu la saya kata tak percaya..." balas Azimah semula. Rafiqan hanya
tersenyum melihat Tuk Chik dan Azimah.
"Minumlah
dulu Mah. Oh ya, mulai esok kau tak payah suruh Dina hantar nasi lemak lagi ya
..." kata-kata Tuk Chik membuatkan Azimah terdiam.
"Kenapa?
Tuk Chik dah tak mahu upah saya lagi ke?" balas Azimah pula. Kegusaran
jelas terpancar di wajahnya.
"Bukan
macam tu, mulai esok, Rafiqan yang akan pergi ambil dari rumah kamu dan hantar
ke kedai. Tak payahlah suruh Hardina lagi. Lagipun Rafiqan ni lelaki. Kesian
kat Dina tu.."
"Oh,
macam tu. Boleh ke Rafiqan?" soal Azimah pula.
"Dah
Tuk Chik yang suruh, memang kena buat la, kalau tak, tak makan nasi la
saya..." kata Rafiqan seraya berseloroh. Mereka ketawa sejenak.
"Eloklah
tu, lagipun dalam perjalanan ke sekolah tu, bukan ke lalu kedai aku dulu, boleh
la budak-budak ni singgah minum sarapan dulu ke sebelum ke sekolah .."
tambah Tuk Chik lagi.
"Budak-budak
ni?" soal Azimah. Rafiqan turut mengerutkan keningnya.
"A ah,
Dina dan Piqan la...” mereka tergelak lagi. Rafiqan hanya mengetapkan bibir
apabila merasa terkena.
"BANYAK
ni sahaja ke?" soal Rafiqan sekali lagi mengingatkan Azimah.
"Ya.
semua sekali 100 bungkus. Selalunya disebabkan Dina seorang, makcik buat dalam
50 hingga 60 je. Tapi kali ini sementara Rafiqan ada, makcik buat lebih sikit.
Boleh Dina tolong bawa separuh..." balas Azimah pula.
"Kalau
macam tu, saya pergi dulu yea.."
"Eh, tak
tunggu dulu ke?"
"Tunggu
siapa?"
Rafiqan
terdiam. lnilah hari pertama dia mengambil nasi lemak di rumah jirannya itu.
Kemudian diminta pula supaya menyaingi dengan perempuan yang sering menjadi
teman bergaduh.
"Mana
Dina?" soal Rafiqan.
"Sekejap,
Dina ... Ooo Dina! Dah siap belum?" sayup suara Azimah memanggil.
"Kejap
bu,” Hardina muncul di muka pintu.
"Nah,
kamu bawa lagi separuh. Jalan elok-elok. Jangan asyik nak berkelahi je. Rafiqan
kan lelaki, tolong tengok-tengokkan Hardina ni, ramai sangat yang suka gangu
dia..." kata Azimah membuatkan Hardina dan Rafiqan saling berpandangan.
"Pergi
dulu bu,” Hardina memulakan langkah meninggalkan halaman rumahnya. Rafiqan berjalan
mendahuluinya.
Sepanjang
perjalanan, tiada sepatah perkataan pun yang keluar. Masing-masing melayan
perasaan sendiri.
"Awak
dah siap kerja semalam?" soal Hardina memulakan bicara. Niatnya untuk
mengurangkan rasa tegang yang masih jelas kelihatan di antara mereka.
"Dah,”
balas Rafiqan pendek.
"Awak
marah saya lagi ke?" soal Hardina semula. Rafiqan berpaling ke arah
Hardina dengan pantas membuatkan Hardina sedikit terkejut.
"Kau
boleh diam tak?” soal Rafiqan tiba-tiba.
"Kenapa
dengan awak ni? Saya cakap elok-elok, awak jawab dengan kasar.”
"Kalau
tak nak aku jawab dengan kasar, jangan bercakap dengan aku! Faham?!" balas
Rafiqan semula.
"Apa
salah saya? Kenapa awak masih nak menghukum saya?" soal Hardina semula.
Rafiqan
hanya mendiamkan diri. Dari kedai Tokki Mat sehinggalah ke sekolah, masing-masing
tidak bersuara.
Hardina
tidak terus ke kelas, namun terus ke pintu masuk utama kerana setiap pagi dia
akan bertugas menjaga pintu masuk. Rafiqan terus menuju ke kelas.
*****bersambung