Monday, December 19, 2016

REDUP YANG PANJANG (PART 4)

HARI merangkak ke petang. Keadaan kumpung yang jauh dari kebisingan kota membuatkan hatinya berlagu sendu. Kadang-kadang timbul perasaan hairan di benaknya. Ada sesetengah orang begitu berkobar-kobar perasaan untuk menetap di kampung, lain pula halnya dengan Rafiqan. Keadaan bandar yang sudah sebati dalam hidupnya membuatkan hatinya menjadi sayu rnengingatkan rumah yang baru dua hari ditinggalkan.
Ketukan di pintu bilik membuatkan Rafiqan tersentak. Bcrtalu-talu bunyinya diselangi dengan suara Tuk Chik memanggil-manggil namanya.
“Rafiqan, ooo Rafiqan, bangun cu, dah lewat ni...”
Rafiqan tidak menyahut Malah dibiarkan sahaja perempuan tua itu memanggil-manggil namanya. Entah kenapa begitu sukar untuk dia mengaku yang dia kini berada beratus-ratus kilometer dari Kuala Lumpur.
“Kenapa ni?” soal Tokki Mat yang baru menjejakkan kaki ke atas rumah.
“Rafiqan ni, dari tadi tak keluar-keluar dari bilik...” terdengar suara Tuk Chik pula.
“Biar saya pula yang mencuba...” suara Tokki Mat yang garau membuatkan Rafiqan agak gementar. Dia memang takut sikit pada datuknya itu.
Ketukan bergema di pintu kini bertukar nada, lebih keras dan lebih tegas.
“Rafiqan. Tokki Mat ni, buka pintu...” belum sempat ketukan di pintu bersambung, kedengaran selak pintu di buka. Wajah Rafiqan tersembul di ambang pintu.
“Ya Allah, Rafiqan, kamu buat apa?’ soal Tokki Mat lagi apabila melihat wajah Rafiqan yang sembab. Rafiqan kembali ke arah katilnya “Baru bangun tidur?” tambah Tokki Mat lagi. Tuk Chik di sebelah hanya terdiam. Rafiqan hanya mengangguk.
“Kamu dah sembahyang Zohor?” soal Tuk Chik pula.
Angguk
“Asar?”
Geleng
“Dah, pergi basuh muka, lepas tu sembahvang, waktu Asar dah nak habis ni,” kata Tokki Mat pula.
Rafiqan bingkas bangun lalu menuju ke arah bilik air yang terletak di bahagian dapur. Segala gerak-gerinya diperhatikan oleh pasangan suami isteri itu sehingga Rafiqan hilang dari pandangan mereka.
“Bang, nak buat macam mana ni? Sepatah perkataan pun tak keluar dari mulutnya...” kata Tuk Chik melahirkan rasa risaunya yang tak dapat disembunyikan lagi. Tokki Mat hanya tertunduk.
Risau juga dengan tingkah laku cucunya yang satu itu. Takkan selama-lamanya mulut dia terkunci sebegitu.
“Nantilah saya fikirkan ..” balas Tokki Mat pula.
“Nanti? Nanti tu bila?” balas Tuk Chik pula
“Nanti tu. nantilah ... Hah, saya dah dapat satu idea...”
“Apa dia?”
“Sabar la….”
Mereka berdua sabar menanti Rafiqan keluar dari bilik air. Sesekali mereka saling berpandangan melihat ke arah bilik air, kalau-kalau Rafiqan selesai berwuduk.
“Lamanya....?”
“Sabarlah”
Saat-saat yang dinantikan tiba jua. Pintu bilik air dikuak perlahan dan Rafiqan muncul dengan keadaan separuh basah.
“Rafiqan..” panggil Tokki Mat betul-betul sebelum Rafiqan melangkah masuk ke dalam biliknya. Rafiqan berpaling ke arah datuk dan neneknya itu di ruang tamu.
“Kesini kejap..”
‘Apahal pula ni? Aku ada buat silap ke?’ tiba-tiba sahaja hatinya dihambat resah, lebih-lebih lagi datuknya yang panggil.
Rafiqan melangkah perlahan-lahan menghampiri datuknya itu. Mereka masih lagi mendiamkan diri.
“Duduk kejap...” arah Tuk Chik pula. Rafiqan segera duduk di hadapan mereka.
“Sekolah hari ni okey?” soal Tokki Mat memulakan bicara. Rafiqan mengangguk
“Takde masalah?”
Geleng.
“Dah ada kawan baru?”
Angguk.
“Ramai?”
Geleng.
“Seronok?”
Tiada reaksi.
Kali ni Tokki Mat dan Tuk Chik saling berpandangan.
“Tuk Chik dan Tokki Mat tahu yang Rafiqan tak seronok tinggal di sini, tapi Insya-Allah Rafiqan akan seronok nanti kata Tuk Chik perlahan. Rafiqan hanya tertunduk.
“Tokki tahu macam mana nak Rafiqan seronok ..” kata Tokki Mat, sengaja terhenti seketika untuk melihat reaksi cucunya itu. Ternyata taktiknya berjaya, Rafiqan segera mengangkat muka memandang ke arah Tokki Mat dan Tuk Chik.
“Rafiqan pernah mandi pantai?” soal Tokki Mat lagi
“Mandi pantai?!!” kali ini mata Rafiqan terbeliak. ltulah perkataan yang pertama diajukan kepada datuk dan neneknya itu
“Ya. mandi pantai. Kita pergi berenang, pantai kat sini cantik tau...” tambah Tokki Mat lagi dalam nada memancing.
“Betul ke ni Tokki, Tuk Chik?” soal Rafiqan semula. Wajahnya bertukar ceria. Tak pernah terbayang di fikirannya untuk bermandi-manda di pantai.
Tuk Chik dan Tokki Mat tersenyum, rancangan mereka berjaya. Tuk Chiklah yang paling gembira apabila dapat mendengar suara cucunya yang seharian suntuk terkunci rapat.
“Betul, Rafiqan pergi sembahyang dulu, kemudian bersiap-siap, kita pergi ke pantai dengan Shahran..”
“Baik Tokki ..” Rafiqan bergegas masuk ke dalam biliknya. Semuanya tiba-tiba hilang apabila terbayangkan akan keseronokan bermandi-manda di pantai. Shahran? Siapa Shahran? Ah, lantaklah...
“Awak nak ajak Shahran ke?” soal Tuk Chik pula.
“Boleh si Rafiqan tu buat kawan...”
Tuk Chik menganggukkan kepala.

"AKAK!" sayup kedengaran suara Shahran memanggil namanya Hardina bingkas bangun lalu membuka pintu.
“Ada apa Shah?” soal Hardina kepada adik lelakinya itu. Hanya itulah satu-satunya adik lelaki Hardina.
“Tokki Mat ajak pergi pantai..” Shahran bersuara.
“Pergi pantai? Buat apa?” soal Hardina semula.
“Mandi...” jawab Shahran lagi dalam nada selamba. Hardina terdiam sejenak. Dia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Lama juga aku tak turun ke pantai.
“Okey!” balas Hardina.
“Kalau macam tu, nanti akak turun. Shah nak tunggu Tokki Mat ni...” Shahran berlalu.
Hardina melipat semula telekung dan sejadah setelah selesai mengerjakan solat Asar. Dia keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Kelihatan ibunya sedang menonton televisyen.
“Betul ke Dina nak pergi ikut adik?” soal Azimah setelah melihat Hardina bersiap-siap.
“Betul la, kcnapa?” soal Hardina pula “Kalau macam tu, cepat sikit, ni dah lewat ni, Tokki dan adik ada tunggu kat bawah tu...”
Tiba-tiba Hardina mengerutkan kening. Dia memegang perutnya Terasa seperti dicucuk. Hai la perut, waktu-waktu macam nilah dia nak buat hal.
“Ibu, betul ke Tokki Mat dah ada kat bawah?” soal Hardina sambil menahan sakit.
“Yelah, kenapa Dina?”
“Ibu, rasanya Dina tak dapat ikut la, Dina sakit perut. Boleh tak ibu bagitahu kat Tokki Mat, Dina tak jadi ikut...” kata Hardina sambil berlalu ke dapur.
Azimah hanya menggelengkan kepala. Dia kemudian keluar mendapatkan Tokki Mat.
“Dina tak ikut la, dia sakit perut...” kata Azimah. Tokki Mat hanya menganggukkan kepala Rafiqan dan Shahran sedari tadi bersama dengannya.
“Ala, akak ni, buat penat je orang tunggu dia...” rungut Shahran. Tokki Mat hanya tersenyum.
“Nak buat macam mana, dah dia sakit perut. Oh ya Azimah, ni la cucu Tokki Mat, Rafiqan namanya...” Tokki Mat memperkenalkan Rafiqan.
“Oh, Rafiqan. sekolah tingkatan berapa” soal Azimah lagi. Rafiqan tidak menjawab.
“Dua,” jawab Tokki Mat. Dia hairan dengan sikap Rafiqan yang masih lagi sukar untuk bercakap dengan orang lain.
“La, sama la dengan Dina. Rafiqan tak kenal Dina? Hardina...”
Rafiqan hanya menggelengkan kepala.
“Azimah, Tokki Mat pergi dulu la...”

ISH, geram betul la perut ni. Habis peluang aku nak berenang kat pantai. Bukan selalu Tokki Mat ada masa menemani dia dan Shahran turun ke pantai. Bila dah ada peluang, perut ni pula yang meragam.
Hardina melepaskan keluhan yang panjang. Sudah pasti Shahran sedang seronok bermain air di gigi pantai. Maklumlah, budak berumur 12 tahun, siapa yang tak seronok.
“Dina, tadi Yati telefon...” kata Azimah sebaik sahaja melihat kelibat anaknya.
“Dia nak apa bu?” soal Hardina semula.
“Entah, dia tak bagitahu pun. Oh ya, tadi cucu Tuk Chik ada bersama-sama Tokki Mat dan Shahran, kalau Dina tak sakit perut tadi, bolch Dina kenal...”
“Oh ya ke? Lelaki ke perempuan?”
 “Lelaki. nama apa ek, ibu lupa la…”
“Erm, takpelah...” topik mengenai cuai Tuk Chik tidak menarik minat Hardina untuk terus berbicara dengan ibunya. Dia melangkah ke arah telefon yang terletak di penjuru ruang tamu.
Tangannya tangkas mendail nombor-nombor yang sememangnya sudah lama tersemat di mindanya. Lagipun bukan nombor lain. Si Yati la.
“Hello, Yati ada...”
“Yati la ni, kau ke Dina?”
“Ya, ada apa telefon aku?”
“Aku ada hal nak bincang dengan kau…”
“Ya la, apa dia?”
“Boleh kita jumpa tak?”
“Tak boleh cakap dalam telefon ke?” soal Hardina pula.
“Susah sikit…”
“Kalau susah, beritahu je kat aku esok, kat sekolah, habis cerita...”
“Eh Dina, nantilah. Okey, aku beritahu kat kau sekarang...”
“Hah, cakap la apa dia..”
“Faizal minta nombor kau,”
“Faizal? Nombor? Nombor apa?” soal Hardina semula.
“Telefon la, takkan nombor surat beranak kau pulak!”
“Habis tu kau bagi ke?”
“Tak….”
Hardina menarik nafas kelegaan.
“Jadi, apa lagi?”
“Kau izinkan ke?”
“Jangan! Jangan sesekali memandai kau nak beri nombor telefon rumah aku kat mamat tu...”
“Okey, aku faham…”
“Kau rapat dengan dia ek?” soal Hardina menduga. Kedengaran Yati mengekek sendiran. “Kenapa kau ketawa?" tambah Hardina lagi.
“Kau cemburu ke?”
“Malam sikit aku nak cemburu kat kau!” Hardina meninggikan suaranya membuatkan Azimah turut terpandang ke arahnya. Apa sangatlah yang dibincangkan oleh Hardina tu, sesekali penuh emosi, sesekali suaranya mendatar.
“Yati, kau tahu tak?”
“Tahu apa?”
“Nantilah, aku tak bagitahu, macaam mana kau nak tahu?”
“Okey, apa dia?”
“Hari ni, aku bengang betul dengan budak baru kelas kita tu..”
“Kenapa?”
“Lepas kita berpisah tu, aku jumpa dia kat tepi jalan dalam perjalanan aku pulang ke rumah...”
“Okey, lepas tu?”
“Kau tahu tak dia buat apa?”
“Tak, buat apa?”
“Hisap rokok...”
“Rokok? Kau biar betul Dina...”
“Betul, aku tak tipu. Lepas tu aku tegur dia elok-elok, kau tahu, dia cakap kita perempuan bodoh yang tak reti nak melintas jalan...”
“Maksud kau?”
“Dia tak kenal aku, tapi bila aku kata dia pernah mengata kat kita masa kereta bapa dia nak langgar kita tu, barulah dia teringat tentang kejadian hari tu...”
“Oh, macam tu. Habis tu kau buat apa?”
“Buat apa? Kau ingat aku boleh tahan ke dengan kata-kata dia tu? Aku berambus dari situ, geram juga aku dibuatnya...”
“Kau okey ke tak masa tu?”
“Aku menangis la juga. Pedih gak kata-kata dia tadi..” balas Hardina mengingatkan kejadian siang tadi.
“Kesian kat kau, takpelah. Suatu hari nanti dia akan terima balasannya...”
“Entahla, eh, kau jangan ceritakan kat sape-sape pasal ni, lebih-lebih lagi pasal nombor telefon aku tu...”
“Okey la, aku tahu. Dina. aku nak beritahu pasal tu sahaja. Jumpa esok...” Yati meletakkan gagang. Hardina turut meletakkan gagang. Dia termenung sendirian. Risau juga dibuatnya. Antara percaya atau tidak pada sahabat baiknya itu Harap-harap Yati tidak mengkhianatinya.

0 comments:

Post a Comment