Wednesday, December 28, 2016

REDUP YANG PANJANG (PART 5)

TOKKI Mat merenung jauh ke arah pantai. Rafiqan dan Shahran semakin galak bermain ombak. Terubat sedikit kerisauan yang terpanggung di mindanya selama ini memikirkan sikap Rafiqan yang misteri itu. Semisteri manapun Rafiqan, dia sedar yang Rafiqan masih budak lagi, masih belum matang. Apa saja remaja seusia dengannya gemari, sudah tentu turut digemari olehnya.
“Tokki tak turun ke?” sayup kedengaran suara Shahran mcmanggilnya. Sungguhpun budak itu bukanlah cucunya, namun Tokki Mat lebih senang menganggap Hardina dan Shahran umpama cucu sendiri.
“Takpelah, Shah mandi la dulu dengan Abang Pi,” jawab Tokki Mat. Shahran hanya menganggukkan kepala. Kemudian dia mengalihkan pandangannya pada Rafiqan.
“Abang Pi, abang Pi pandai berenang?” soal Shahran. Rafiqan hanya menggeleng.
“Kurang pandai la Shah, Shah macam mana? Pandai?” soal Rafiqan pula. Dengan budak berumur 12 tahun itulah dia lebih banyak bercakap. Entah kenapa dia senang dengan sikap Shahran yang petah bercakap, meskipun masih budak-budak.
“Boleh la sikit-sikit. Abang Pi ada adik?” soal Shahran tiba-tiba.
“Takde, kenapa?”
“Abang Pi anak bongsu?”
“Mestilah, kalau takde adik mesti anak bongsu...”
“Abang Pi kalau ada adik mesti cute macam abang Pi kan?” tambah Shahran semula
“Kenapa?”
“Sebab abang Pi sendiri dah cute...”
Rafiqan tersenyum, membiarkan budak itu merepek sendirian.
“Boleh Shah jadi adik abang Pi?” soal Shahran tiba-tiba membuatkan Rafiqan tersentak. Nak jadi adik aku? Aku sendiri sudah rosak, bagaimana seorang adik boleh menjadikan aku sebagai contoh?
“Kenapa Shah tanya macam tu?” soal Rafiqan semula.
“Boleh tak?” Shahran tidak menjawab, sebaliknya menyoalnya semula.
“Bo… bo… boleh, tapi kenapa?”
“Shah takde abang, Shah ada kakak je. Boleh ya abang Pi, Shah nak jadi adik abang Pi…”
Rafiqan mengangguk. Rasa tidak sanggup mematahkan hati yang dimiliki oleh seorang budak yang masih tidak kenal dia seratus peratus.

“ISH banyak betul kerja aku,” Hardina mengeluh sendirian sambil menatap kerja rumahnya yang hampir separuh disiapkan. Sesekali dia melayan perasaan mengikut rentak lagu yang dimainkan
di corong radio. Bukan selalu kepala mesti mengadap buku. Sesekali mesti kena rehat.
“Akak! Boleh adik masuk?” kedengaran suara Shahran meminta izin untuk masuk ke biliknya.
“Masuk la...” Hardina bersuara perlahan.
Shahran masuk sambil tersengih-sengih. Hardina kehairanan dengan sikap Shahran yang tiba-tiba muncul tanpa diundang itu.
“Ada apa dik?” Hardina menutup buku buat sementara. Memang dia tak akan dapat menyiapkan kerjanya kalau si Shahran datang mengacau.
“Adik dah ada abang...” kata Shahran selamba. Hardina terlopong mendengar kata-kata adiknya itu. Abang apa pula ni?
“Dah ada ‘abang’? Maksud adik?" soal Hardina inginkan kepastian.
“Maksud adik, dulu adik hanya ada seorang kakak, sekarang ni adik ada kakak dan juga seorang abang…”
“Abang? Siapa?”
“Abang Pi...”
“Siapa abang Pi?”
“Cucu Tokki Mat. Dia kata dia takde adik, sebab tu adik nak jadi adik dia...”
“Abang Pi tu umur dia berapa?” Hardina terus menyoal. Ingin juga dia tahu keadaan sebenar. Tiba-tiba je dia ada seorang lagi 'adik-beradik'.
“Entah, adik tak tanya...”
Hardina bingkas bangun. Dia melangkah keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Azimah yang sedang menonton berita terhenti seketika apabila terpandang anaknya itu menghampirinya.
“Ibu, apa adik cakap ni?” soal Hardina melihatkan Shahran turut menghampiri mereka.
“Oh, adik dah cerita tadi, dia kata abang Pi jadi abang dia,”
“Abang Pi tu siapa? Tua sangat ke dia?”
“Usia Dina la...”
“La, sama umur dengan Dina ke?” Hardina mengerutkan dahi.
“Ya, dia tu cucu Tokki Mat, yang datang dari Kuala Lumpur tu...”
“Oh, macam tu. Takpelah bu. Dina masuk dulu, ada kerja sikit ...” Hardina melangkah pergi menuju ke arah biliknya semula. Macam tidak berminat pula untuk tahu lebih lanjut mengenai cucu Tokki Mat ni.
Hardina membuka semula buku yang ditutup tadi. Wajah Tokki Mat dan Tuk Chik terbayang. Entah bagaimana rupa cucu mereka pula. Ah, lantaklah.

RAFIQAN, mari sini kejap dekat Tokki...” sayup namanya dipanggil. Rafiqan bergegas keluar.  Sebaik sahaja dia sampai ke ruang tamu, kelihatan Tuk Chik dan Tokki Mat bersiap-siap untuk menunaikan solat.
“Mari, kita berjemaah bersama-sama...” kata Tuk Chik perlahan.
‘Sembahyang berjemaah? Mampus! Aku sembahyang sendiri pun tak pernah, apatah lagi nak berjemaah...' getus Rafiqan sendirian.
“Pi takde air sembahyang ni...” jawab Rafiqan.
“Pergilah berwuduk dulu, kami tunggu. 'Lagi parah, aku wuduk pun ingat-ingat lupa je.’ Rafiqan berlalu menuju ke arah bilik air. Sesampainya di bilik air, dia menggaru-garu sendirian. Apa yang kena basuh dulu ni? Sesekali dia cuba mengingati mana-mana anggota wuduk. Tapi jelas sukar sekali untuk dia praktikkannya.
“Lamanya berwuduk,” Tuk Chik bersuara perlahan. Namun didengari juga oleh Tokki Mat.
“Syyhh…. sabar la...” balas Tokki Mat pula. Sepuluh minit kemudian Rafiqan keluar dari bilik air. Melihatkan keadaannya yang tak ubah seperti baru lepas mandi, Tuk Chik dan Tokki Mat saling berpandangan.
“Abang, lepas ni abang tanya dia tahu ke tak sembahyang, saya tengok dia ambil wuduk pun macam tak yakin je...” kata Tuk Chik separuh berbisik. Tokki Mat hanya menganggukkan kepala.
“Kita tengok dia sembahyang dulu, okey..."
Segala perbuatan Tuk Chik dan Tokki Mat diikutnya. Memang selama ini dia belajar sembahyang cuma tidak pernah melaksanakannya. Rasa malu mula menebal dimukanya. Manalah tahu tiba-tiba datuk dan neneknya itu meminta supaya berjemaah bersama-sama.
Setelah selesai bersembahyang, Rafiqan bingkas bangun, namun Tuk Chik menahannya dari beredar. Tuk Chik memintanya supaya berdoa dahulu. Rafiqan duduk semula.
“Pi, Tokki nak cakap sikit boleh?” soal Tokki Mat sebaik sahaja Rafiqan menghulurkan tangan untuk bersalam usai selesai mengamimkan doa. Rafiqan hanya memandang sepi ke arah Tokki Mat.
“Tadi sembahyang Maghrib tak?” soal Tokki Mat tiba-tiba, tanpa menunggu Rafiqan bersuara.
Rafiqan hanya menganggukkan kepala “Betul ke ni? Tokki tak suka orang tipu Tokki ni...”
Kali ini Rafiqan hanya menggelengkan kepala. Takut juga kalau-kalau datuknya itu memperlihatkan sifatnya yang sebenar, teringat pula kata-kata bapanya sebelum mereka pulang ke kampung. Menurut bapanya. Tokki Mat memang garang.
"Kenapa tak sembahyang? Reti ke tak?” Tokki Mat melanjutkan bicara.
Rafiqan menggeleng lagi. Kali ini gelengan dia disambut dengan gelengan dari Tokki Mat sekali.
“Pi, Tokki tak suka bila Tokki bercakap dengan seseorang tu dia hanya mengangguk dan menggelengkan kepala. Tokki nak Pi bersuara, tak boleh ke?” soal Tokki Mat lagi. Tuk Chik dari tadi hanya memandang ke arah mereka berdua.
“Boleh, Tokki…” Rafiqan mengangguk perlahan
“Pi reti ke ambil wuduk?”
“Tak Tokki, langsung tak reti.”
“Astaghfirullah, Pi umur berapa sekarang?”
“14,”
“14 tahun, kalau kira dah cukup umur dah tu, masih tak reti nak berwuduk?”
“Pi ada belajar, tapi Pi tak pernah buat.”
“Kat rumah abah dan mama tak marah ke?” soal Tokki Mat semula. Sedih bila mengenangkan nasib cucunya itu.
“Abah dan mama ingat Pi sembahyang...” balas Rafiqan semula. Kali ini Tuk Chik sendiri menggelengkan kepala.
“Pi, kita orang Islam, sembahyang tu salah satu rukun Islam, berdosa kalau kita tak buat..”
“Pi tahu tok, tapi Pi memang tak reti.”
“Memang patutlah Pi balik kampung ni, sekurang-kurangnya Tokki boleh ajarkan...”
Rafiqan tertunduk Kalau dikirakan, dia memang malas nak buat semua ini. Tapi Tokki Mat kelihatan tegas dengan kata-katanya. Malam itu bermula sesi pembelajarannya yang pertama dengan Tokki Mat dan Tuk Chik. Mula-mula dia diajar cara-cara berwuduk. Apabila Tuk Chik berpuas hati dengan apa yang telah Rafiqan pelajari, barulah Tokki Mat pula yang mengambil alih tugas mengajar Rafiqan. Diajarnya segala bacaan dan cara-cara bersembahyang. Rafiqan bukanlah tidak tahu langsung bersembahyang, cuma untuk memahaminya lebih mendalam sahaja yang kurang.

SEBAIK sahaja perkataan bersurai diumumkan, Hardina bergegas keluar dari bilik mesyuarat. Itupun banyak lagi perkara yang belum diselesaikan sehingga mesyuarat terpaksa ditunda ke hari esok. Inilah kali pertama dia menghadiri mesyuarat agong perlantikan pengawas sekolah baru yang diadakan selepas waktu sekolah berakhir. Dalam hatinva tidak menduga yang Aiman turut dilantik menjadi pengawas sepertinya. Siapa sangka budak samseng dapat menjadi pengawas.
Hatinya bertambah geli apabila mengenangkan Faizal asyik merenungnya sepanjang mesyuarat dijalankan. Hendak saja dia menjerit supaya lelaki itu mengalihkan pandangannya. Tetapi memandangkan hampir 40 orang yang berada di dalam bilik mesyuarat tersebut, Hardina terpaksa mematikan hasratnya.
"Dina, tunggu kejap,” suatu suara yang memanggilnya dari belakang membuatkan Hardina menghentikan langkahnya seketika. Dia berpaling. Kelihatan Aiman berjalan ke arahnya.
“Aiman, ada apa?”
“Abang saya nak jumpa awak...” kata Aiman membuatkan Hardina tercengang.
“Abang? Siapa?” soal Hardina.
“Saya..” Faizal muncul dari belakang Aiman.
Faizal? Hardina terkejut separuh mati. Apa aku nak buat ni?
“Ada apa?”
“Kenapa tak balas surat saya?” soal Faizal membuatkan Hardina tersentak dengan kata-katanya itu.
“Surat? Oh surat tu... Surat tu... saya.. saya...” Hardina tergagap-gagap untuk menjawab pertanyaan Faizal.
“Awak tak nak balas pun takpela. Oh ya, dengar cerita awak kena kacau dengan budak baru, betul ke?” soal Faizal lagi sambil diperhatikan oleh Aiman. Hardina terkejut dengan apa yang didengarinya. Mana mamat ni dapat tahu?
“Mana tahu ni? Siapa yang cakap?” soal Hardina pula. Seingatnya tiada seorang pun yang tahu cerita ini, kecuali ..... Ah, Yati rupanya.
“Mana dapat tahu tak penting. Yang penting, betul ke?” tambah Aiman pula.
“Takdelah, itu bukan urusan awak berdua,” Hardina membuka langkah untuk pergi.
“Awak nak saya kenakan dia ke?” soal Faizal semula. Hardina tidak berpaling. Padanlah si Aiman tu dapat jadi pengawas, abang dia rupanya.
“Tak payah susah-susah!" kata Hardina lalu melajukan langkah meninggalkan kedua beradik itu. Adik dan abang sama-sama samseng.
Hardina sampai ke rumah hampir jam 4 petang. Mujurlah sudah diberitahu kepada ibunya dahulu yang dia perlu hadiri inesyuarat selepas sekolah. Dia mengeluh sendirian memikirkan kata-kata Faizal sebentar tadi. Apa mereka nak buat? Mereka kata nak kenakan balik dengan mamat tu. Perlukah aku rasa gembira kerana inilah satu-satunya cara untuk aku membalas dendam. Tetapi kenapa aku sedikit pun tidak merasa gembira?
lni semua kerana si Yatilah yang membawa mulut. Mesti dia. sebab semalam dia beritahu si Faizal minta nombor telefon. Mesti dia berbual balik selepas berbual dengan aku. Tapi, kenapa pula aku tiba-tiba dihambat perasaan resah ni?

RAFIQAN perasan yang pelajar perempuan yang menyapanya beberapa hari lepas memandangnya berkali-kali. Entah apa yang tidak kena pada wajahnya membuatkan dirinya menjadi perhatian. Walaupun hampir beberapa minit kelas diumumkan bersurai, Rafiqan masih lagi tidak berganjak.
“Dina, kenapa ni? Jom kita pergi makan..." kata Liza. Hardina juga masih tidak berganjak. Matanya masih lagi memandang ke arah Rafiqan yang bersedia untuk bangun.
“Dina, kenapa ni? Kau macam ada masalah je?” tambah Yati pula.
Mereka tidak faham. Hampir sahaja Hardina ingin menjerit untuk memanggil nama lelaki tersebut, namun dirasakan suaranya hanya tersekat di kerongkong sahaja.
Rafiqan berlalu bersama Habil dan Firdaus. Hardina mengeluh dengan perasaan hampa. Fikirannya sekarang berkecamuk memikirkan kata-kata Aiman dan Faizal semalam. Mungkin mereka sedang merancang sesuatu.
“Firdaus, aku nak tanya ni,” kata Rafiqan tiba-tiba sewaktu mereka sedang menikmati hidangan. Firdaus terhenti menyuapkan nasi lemak, kemudian mengalihkan pandangannya pada Rafiqan.
“Apa dia?” soal Firdaus. Habil turut terhenti menyuap seraya menantikan soalan yang bakal keluar dari mulut Rafiqan.
“Apa nama ‘Minah’ tu?” soal Rafiqan sambil mengangkat matanya menunjukkan seseorang yang berada jauh dari mereka yang turut berada di kantin itu.
"Mana?”
“Tu, budak kelas kita, yang baru hari ini pakai baju warna biru tu...”
“Oh, itu Dina. Nama dia Hardina, kenapa? Kau berkenan ke? Ramai orang berkenan kat dia tu. Abang-abang senior pun ramai yang sclalu kacau dia, maklumlah, cantik.,.” terang Firdaus panjang lebar.
“Apa pulak aku nak berkenan? Aku tanya je...” bentak Rafiqan.
“La, jangan la marah, aku gurau je. Kenapa kau tanya pasal dia?” tambah Firdaus lagi.
“Entahlah, aku perasan yang dia dari pagi tadi asyik pandang kat aku je, tak tahulah kalau aku dah buat salah kat dia atau apa….” balas Rafiqan.
“Apa kau cakap? Dia asyik pandang kau? Mimpilah tu, kau tahu tak yang Dina ni tak pandang lelaki tau! Kalau betul la dia pandang kau beruntunglah kau...” tambah Habil yang sedari tadi ianya mendiamkan diri.
“Beruntung apa pulaknya?”
“Yelah, kalau Dina tu dah pandang kat kau, maknanya dia suka kat engkau la tu.”
‘Takdenya dia suka kat aku, hari tu aku baru lepas buat dia menangis,’ kata Rafiqan sendirian.
“Ah, aku bukannya suka bab-bab macam ni...” bentak Rafiqan lagi. Dia semacam malas nak meneruskan perbualan antara mcreka.. Baik aku makan…

“Kau pergi dululah, aku nak ke tandas sekejap” kata Hardina sewaktu dia, Yati dan Liza berjalan menuju ke kelas. Waktu rehat hampir tamat. Yati dan Liza hanya menganggukkan kepala.
Sebenarnya, Hardina perasan lelaki yang ingin sangat dipanggilnya itu memasuki tandas lelaki. Diperhatikannya juga Firdaus dan Habil yang selalu bersama Rafiqan terlebih dahulu menuju ke arah kelas.
Hardina hanya bersembunyi di dalam tandas perempuan. Dia hanya perlu menunggu kelibat dari Rafiqan sekiranya dia kcluar dari tandas, dia akan melalui tandas perempuan.
Rafiqan melangkah keluar dari tandas sembil bersiul kecil. Jam hampir menunjukkan waktu kelas baru bermula. Dia melajukan langkah kaki untuk scgera sampai ke kelas.
“Awak!” sapa satu suara dari belakang.
Rafiqan berpaling. Minah ni lagi, rungutnya sendirian.
“Panggil aku ke?” soal Rafiqan.
“Ya lah, takkan bercakap dengan pintu ni kot..” kata Hardina. Rafiqan hendak tergelak dengan kata-kata Hardina itu, namun dia hanya berlagak tidak ada perasaan.
“Ada apa?”
“Saya nak beritahu awak ni, harap berhati-hati.”
“Apa kau cakap ni? Dah, kita ada kelas ni, kau tak nak masuk ke?" soal Rafiqan.
“Tahu pula aku sekelas dengan dia,” rungut Hardina perlahan.
“Apa kau cakap?"
“Takde apa-apa...”
“Dah, aku nak ke kelas, okey!” Rafiqan membuka langkah. Hardina tidak mampu menahannya dari terus berlalu.
“Awak! Berhati-hati, ada orang nak pukul awak!" kata Hardina membuatkan Rafiqan terhenti seketika. Tanpa berpaling, dia terus melajukan langkah.
‘Apalah, buat penat je aku risau, sedikit pun tak berbaloi. Bukannya nak berterima kasih ke, nak hargai ke. Kalau kau kena baru padan dengan muka.’
‘Kenapa pula nak pukul aku? Aku bukannya buat salah pun?’ hati Rafiqan terdetik sebaik sahaja dia meninggalkan Hardina sendirian.

MESYUARAT hari kedua menyaksikan ketiadaan sepasang mata yang selalu merenungnya. Aiman juga tidak hadir pada mesyuarat kedua tersebut. Terdetik juga perasaan hairan memikirkan pasangan adik-beradik samseng itu.
Sebaik sahaja mesyuarat diumumkan berakhir, Hardina bergegas pulang ke rumah. Entah kenapa dia dilanda perasaan yang sukar dimengertikan. Jam menunjukkan ke angka 5 petang. Hari ini sekali lagi dia berjalan pulang sendirian.
“Assalamualaikum...” Hardina memberi salam sebaik sahaja sampai di muka pintu rumahnya. Terdengar suara ibunya menjawab salam, tetapi bukannya berasal dari dalam rumah. Suara ibunya sayup terdengar dari rumah sebelah. Rumah Tuk Chik?
“Hardina, ibu ada kat sini...” Hardina dapat melihat wajah ibunya di bcranda rumah Tuk Chik yang hanya beberapa meter sahaja dari rumahnya. Apa ibu buat di rumah Tuk Chik?
“Ibu buat apa kat sana?” soal Hardina separuh menjerit.
“Datang sini la, cucu Tuk Chik cedera…” sayup terdengar suara ibunya.
Cucu Tuk Chik tercedera? Kenapa pula? Hardina menyarungkan selipar di kaki lalu menghayunkan langkah menuju ke arah rumah Tuk Chik. Kenapa pula cucunya tercedera? Hampir seminggu cucu Tuk Chik yang dikatakan dari Kuala Lumpur itu berada di sini, namun tidak pemah sekali pun Hardina nampak kelibatnya diperkarangan rumah Tuk Chik.
“Assalamualaikum…” sekali lagi Hardina memberi salam, tapi kali ini bukan kepada rumahnya sendiri. Azimah muncul sambil mempersilakan Hardina rnasuk.
“Dina, lamanya mesyuarat...” sapa Azimah,
“Entahlah ibu, macam ni la kalau dah ada jawatan ni...” balas Hardina.
“Masuklah,” pelawa Azimah kepada anaknya sendiri.
“Ibu buat apa kat sini?” soal Hardina.
“Ibu datang melawat cucu Tuk Chik ni..”
“Tuk Chik mana? Kenapa dengan cucu Tuk Chik?”
“Tuk Chik ada kat dalam. Cucu Tuk Chik kena pukul,” balas ibunya bersahaja.
Kena pukul? Maksudnya bergaduh? Kenapa pulak mamat ni boleh cari pasal selepas baru datang dari bandar ni?
“Kena pukul? Siapa pukul dia? Teruk ke?” soal Hardina bertubi-tubi. Tiba-tiba dia terasa sesuatu yang tidak kena.
“Budak-budak sekolah la, eh, Dina tak kenal lagi kan cucu Tuk Chik? Marilah masuk. boleh Dina kenal," kata Azimah. Hardina hanya menganggukkan kepala. Dia membontoti ibunya menuju ke arah sebuah bilik.
Ya Allah. Rafiqan! Hardina terkedu melihat sekujur tubuh yang sedang terbaring lesu di atas katil dengan berbalut di sana sini adalah orang yang sangat dikenalinya.


** bersambung

0 comments:

Post a Comment