“DINA,
sampai bila kau nak menjauhkan diri dari Yati ni? Dia kan kawan baik
kau..." soal Liza sewaktu dia dan Hardina sedang menghadap makanan. Sudah
hampir seminggu hubungannya dengan Yati retak. Semuanya gara-gara Yati yang
menjadi perantara antara dirinya dan Faizal.
“Aku
bukannya menjauhkan diri, tapi aku tak boleh terima kawan baik aku buat aku
macam ni ..” balas Hardina pula. Liza hanya menganggukkan kepala.
“Dah memang
Yati macam tu, nak buat macam mana?”
“Sebab tu
kita kena ajar sikit, biar dia sedar dan tak buat lagi…”
"Yelah
tu Dina, ikut suka kau lah..." Liza mencebik Hardina hanya tersengih
melihat Liza seperti memperlinya. Memang hatinya sakit apabila tindakan Yati
hampir memusnahkan segala-galanya. Kalau semua itu hanya melibatkan di dalam
kawasan sekolah sahaja dia tak kisah, ini sudah sampai ke pengetahuan
keluarganya yang membuatkan Hardina panas semacam.
KEDATANGAN
Ilham bersama Husain amat menggembirakan Rafiqan. Tidak disangkanya Ilham
sanggup turun ke negeri Terengganu semata-mata untuk membalas balik apa yang
telah Rafiqan terima. Kedatangan Ilham dan Husain tidak diketahui oleh Tuk Chik
dan Tokki Mat kerana mereka datang dengan kenderaan sendiri. Rafiqan pula menunjukkan
mereka rumah tumpangan yang boleh mereka sewa sepanjang mereka berada di
Terengganu.
Sampai satu
saat, kebetulan Aiman bersama-sama dengan Faizal turun ke pekan, terserempak
pula dengan Ilham, Rafiqan dan Husain. Satu pergelutan berlaku dan ternyata
Ilham lebih berpengalaman dalam bidang pergelutan.
“Ingat! Kau
jangan cuba nak sentuh lagi budak ni, kalau tidak, lagi teruk aku kerjakan...!"
kata-kata terakhir Ilham kepada Aiman dan Faizal sebelum dia berlalu. Aiman dan
Faizal masing-masing terlantar kesakitan.
“Baru padan
muka!" tambah Rafiqan pula. Kali ini dia betul-betul puas sebab dendamnya
berbalas. Dia kembali ke arah Husain dan Ilham.
"Abang
memang hebat. Tak sangka abang sanggup datang sebab saya..." kata Rafiqan
pula sambil memuji-muji kehebatan Ilham.
“Jangan
ingat dia anak datuk, dia boleh usik kau. Aku pun anak datuk juga..."
balas Ilham.
"Hah,
budak perempuan tu macam mana?" kali ini Husain pula bersuara.
"Tak
payahlah, dia takde kena mengena dalam kes ni," tambah Rafiqan
"Habis
tu, hari tu kata ..." belum sempat Husain menghabiskan kata-kata, Rafiqan
segera memotong kata-katanya.
"Oh,
kalau macam tu takpelah. Oh ya, abang balik malam ni, esok ada kelas. Mujur
datang dengan driver..." kata Ilham lagi.
Rafiqan
hanya menganggukkan kepala. Tidak disangkanya Ilham benar-benar datang sebaik
sahaja mendengar cerita keluhan dari Rafiqan yang selama ini menjadi salah
seorang pengikutnya. Sebaik sahaja dia mendapat tahu Rafiqan kena belasah,
terus dia mengambil keputusan untuk bertemu muka dengan mereka. Ternyata Ilham
menunaikan janjinya.
Malam itu
buat kali pertama Rafiqan dapat tidur dengan lena sambil tersenyum keseorangan.
KELAS pada
pagi itu bingit dengan kekecohan yang berlaku. Semuanya memperkatakan tentang
Aiman dan Faizal yang dibelasah teruk oleh sekumpulan samseng. Berita itu turut
sampai ke telinga Hardina, namun tidak pula terlintas di mindanya yang semua
itu adalah berpunca dari Rafiqan.
Begitu juga
dengan Rafiqan. Entah bagaimana kedua-dua nama itu begitu cepat menjadi popular.
Tidak pula sepertinya dahulu. Kesnya seolah-olah rahsia dan terkubur sepi tanpa
berita.
Pintu bilik
darjah yang diketuk membuatkan pengajaran cikgu Idris terhenti seketika. Semua
mata memandang ke arah muka pintu. Kelihatan seorang pelajar berjalan masuk ke
arah cikgu Idris dan menyerahkan sesuatu.
Cikgu Idris
meneliti kertas kecil yang dihulurkan oleh pelajar tadi. Sebaik sehaja dia
mengucapkan terima kasih, pelajar tersebut meminta izin untuk berlalu.
Semua mata
memandang ke arah cikgu Idris, menantikan cikgu Idris bersuara. Mereka saling
berpandangan mengharapkan cikgu Idris segera meleraikan kekusutan yang melanda
ke atas mereka.
"Baiklah,
nama-nama yang saya panggil ni sila ke bilik cikgu Razak sekarang…” cikgu Idris
terhenti seketika. Semua pelajar mula berbisik sesama sendiri apabila terdengar
nama cikgu Razak disebut.
"Siapa
cikgu Razak?" soal Rafiqan kepada Habil disebelahnya separuh berbisik.
“Guru
disiplin sekolah,” balas Habil perlahan.
Rafiqan
hanya menganggukkan kepala. Kemudian cikgu Idris meneruskan kata-katanya.
“Okey,
nama-nama pelajar itu ialah, Ahmed Rafiqan Rahman dan Nurul Hardina Ismail. Tu
saja..." kata cikgu Idris. Semua mata memandang ke arah Hardina dan
Rafiqan.
Kenapa pula
ni, Hardina merungut sendirian. Pasal kejadian itukah? Serta-merta kebimbangan
mula menguasai dirinya. Berlainan pula dengan Rafiqan. Dia hanya bersahaja dan
tenang. Maklumlah sudah biasa dengan situasi seperti ini. Sudah puas dia asyik
kena berjumpa dengan cikgu disiplin semasa di sekolah lama pun.
Rafiqan dan
Hardina bangun lalu berjalan meninggalkan kelas. Rafiqan hanya berjalan
menuruti Hardina kerana dia sendiri tidak tahu lokasi bilik cikgu Razak.
"Awak
jalan depan la…" kata Hardina kepada Rafiqan apabila terlihat Rafiqan
berjalan di belakangnya.
"Hello,
aku mana tahu bilik cikgu Razak, kau patut tunjukkan...!" balas Rafiqan
agak keras.
Hardina
mendengus dengan kata-kata Rafiqan. Akhirnya dia membiarkan Rafiqan
membontotinya.
"Assalamualaikum..."
Hardina memberi salam sebaik sahaja sampai di muka pintu bilik cikgu Razak.
Rafiqan hanya memandang ke arah sekeliling.
"Masuk!'"
kata satu suara yang agak garau.
Hardina dan
Rafiqan berjalan masuk beriringan. Cikgu Razak mempersilakan mereka duduk.
Kemudian dia bangun berjalan ke arah mereka.
"Hardina,
kamu kenal Aiman Rahim dan Faizal Rahim," soal cikgu Razak.
"Kenal
cikgu, kenapa?" soal Hardina semula. Rafiqan masih terdiam.
"Kamu
Rafiqan, Kenal?" soal cikgu Razak pula.
"Kenal
rasanya…” balas Rafiqan.
"Macam
mana kamu boleh kenal?" soal cikgu Razak lagi. Rafiqan tersentak. Takkan
nak cakap sebab kena belasah. Cikgu Razak ni sengaja nak perangkap aku kot.
"Dah
satu sekolah, mestilah kenal..." balas Rafiqan \
“Tapi,
bukankah kamu masih baru di sini?"
“Jadi?”
"Jadi,
macam mana kamu boleh kenal secepat itu?” tanya cikgu Razak lagi. Cikgu ni
kenapalah susah sangat nak cakap. Nak dengar dari mulut aku sendirilah tu.
“Cikgu,
boleh tak cikgu berterus-terang kenapa saya diminta berjumpa dengan cikgu dari
cikgu berputar belit bertanvakan soalan-soalan seperti ini...?" kata
Rafiqan membuatkan cikgu Razak tersentak. Tidak disangkanya Rafiqan menuturkan
kata-kata sebegitu lancer. Tidak seperti pelajar yang lain apabila berhadapan
dengannya.
“Kamu tahu
yang mereka kena pukul kan?" soal cikgu Razak pula.
"Dah
satu sekolah bercakap pasal dia, mestilah tahu. Jadi apa kaitannya dengan
saya?" soal Rafiqan semula. Dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan
yang akan berlaku.
“Minggu lepas
kamu yang kena pukul kan?” soal cikgu Razak pula.
Rafiqan
tersengih. Memang soalan yang sangat-sangat dinantikan.
"Cikgu
tahu rupanya. Tapi cikgu tahu ke siapa yang pukul saya?" tambah Rafiqan.
Hardina masih lagi terdiam sambil melihat ke arah mereka berdua.
Cikgu Razak
tidak menjawab. Inilah kali pertama dia sebagai cikgu terpaksa menjawab soalan.
Sebelum ini dia yang akan menyoal mana-mana pelajar. Kali ini terbalik pula.
"Cikgu
tahu ke tak?" tambah Rafiqan, kali ini suaranya diangkat sedikit.
"Tahu,
Rafiqan..” balas cikgu Razak.
"Jadi,
di mana cikgu semasa saya dibelasah teruk hari tu? Saya pun pelajar sekolah ni.
Cikgu tahu saya kena belasah. Ya, memang bukan dalam kawasan sekolah tapi masih
berkait dengan pelajar sekolah ni. Ada cikgu memanggil orang yang ternyata
sememangnya telah membelasah saya? Cikgu anggap kali ini saya yang membelasah
mereka? Macam tu?" kata Rafiqan lagi. Kali ini Hardina turut terkejut
dengan kata-kata yang dilemparkan tanpa disangka-sangkakan. Terpegun dibuatnya.
"Jadi
betullah kamu yang membelasah mereka?" soal cikgu Razak. Rafiqan tersenyum
sinis.
"Cikgu
ada bukti ke?" soal Rafiqan. Kali ini cikgu Razak pula yang termati akal.
"Tapi
kamu ada motif…” akhirnya cikgu Razak bersuara.
"Apa?
Balas dendam? Motif tidak boleh dijadikan bukti, cikgu. Mana-mana mahkamah pun
akan membebaskan saya tanpa bukti dan kalau hanya berdasarkan motif. Sekarang
cikgu telah menjatuhkan maruah saya dengan membuat tuduhan yang hanya
berdasarkan motif, bukan bukti…”
“Tapi kamu
berada di sana…” cikgu Razak sedikit keras suaranya.
“Saya mahu
dibicarakan.." kata Rafiqan semula Cikgu Razak ternganga dengan kata-kata
Rafiqan. Dibicarakan?
"Awak
bersungguh-sungguh ke ni?" soal Hardina yang sedari tadi hanya terdiam.
“Yalah, takkan
aku nak mengaku bersalah sedangkan aku tak bersalah,” balas Rafiqan.
"Sudah!
Baik, kalau itu yang awak mahu, awak berdua boleh pergi..." kata cikgu
Razak lagi. "Tunggu surat perbicaraan dari sekolah..." tambahnya lagi.
"Terima
kasih, cikgu,” kata Hardina.
"Terima
kasih, sebelum saya pergi saya nak tanya cikgu, cikgu ni bekerja dengan sekolah
atau bekerja dengan datuk?” kata Rafiqan sambil tersenyum sinis. Muka cikgu
Razak merah padam mendengar kata-kata Rafiqan itu. Dia segera meninggalkan
bilik disiplin sekolah.
"Berani
betul awak cakap macam tu dengan cikgu..." kata Hardina kepada Rafiqan
dalam perjalanan pulang ke kelas. Rafiqan segera berpaling ke arah Hardina.
"Kenapa
pula tak boleh? Aku bukannya meninggikan suara pun. Aku cuma mahu hak aku. Kau
tak faham ke tujuan kita ke biliknya tadi?"
"Kenapa?"
“Dia tu nak
tuduh aku belasah 'abang-abang' kau tu. Main sedap je nak tuduh aku..."
kata-kata Rafiqan membuatkan Hardina sedikit terguris. Dia sendiri tidak tahu
kenapa dia turut terpanggil sedangkan dia hanya mendiamkan diri sahaja tadi.
"Kenapa
saya dipanggil juga tadi?"
"Semua
ni adalah berpunca dari kau!!" Hardina tersentak dengan kata-kata Rafiqan.
Tangannya diacung tinggi ke arah Hardina.
"Habis
tu, betul ke awak yang belasah diorang?" soal Hardina pula.
"Itu
bukan urusan kau!" Rafiqan melajukan langkah meninggalkan Hardina di
belakang.
"Awak!
Saya boleh tolong awak!" kata Hardina separuh menjerit Rafiqan terhenti
melangkah. Kemudian dia berpaling.
"Tak
payah! Sejak dari aku berjumpa dengan kau, macam-macam masalah datang menimpa aku.
Entah malang apa yang kau bawa, tak tahulah. Aku tak nak lagi! Faham?!” kata
Rafiqan membuatkan Hardina tersentak. Dia betul-betul terasa dengan kata-kata
dari Rafiqan. Matanya menjeling tajam ke arah Rafiqan yang semakin jauh
darinya. Entah kenapa hati lelaki itu begitu keras untuk menerima usul darinya.
Sungguhpun berkali-kali Rafiqan meninggikan suara terhadapnya, tidak pernah walau
sekali terlintas di mindanya memikirkan rasa benci. Dia tahu Rafiqan tidak
seperti itu. Kalau dilihat dari wajahnya, dia percaya ada satu lagi karekter
yang dimiliki oleh Rafiqan yang tidak pernah ditunjukkannya. Setinggi mana pun
suara Rafiqan lontarkan, ternyata ada redup di matanya. Redup yang sukar
ditafsirkan, redup yang menanggung pelbagai penderitaan. Hardina berjalan sendirian menuju ke kelas.
Pada hari
yang sama Rafiqan dan Hardina menerima notis untuk menghadiri perbicaraan yang
diadakan selepas sekolah. Perasaan Hardina betul-betul tidak keruan. Apa yang
difikirkannya hanyalah perasaan ibunya. Dia sendiri tidak sanggup untuk
menyampaikan berita ini kepada ibunya.
Rafiqan
hanya berdiri tegak tanpa mengeluarkan sepatah perkataan. Kelihatan seorang
lelaki yang separuh abad sedang berbincang dengan cikgu Razak. Wajahnya tenang,
berkopiah putih dan janggutnya yang beruban meyakinkan Rafiqan bahawa lelaki
itu adalah seseorang yang berjawatan tinggi di sekolah itu.
“Ahmed
Rafiqan Rahman, sila jawab ‘saya cikgu’ kalau betul saya sebut nama
kamu..." kata Ustaz Ramli, pengetua sekolah memulakan bicara. Disebelahnya
cikgu Razak sedang memerhatikan dia dan Hardina yang masih berdiri tegak.
Beberapa orang cikgu lain turut berada di situ sedang memerhatikan mereka
berdua.
"Saya,
cikgu..."
"Nurul
Hardina Ismail, sila jawab ‘saya cikgu’ kalau betul saya sebut nama kamu..."
Ustaz Ramli mengulangi kata-katanya.
"Saya
cikgu..." Hardina menjawab perlahan.
"Baik,
seperti mana diminta oleh kamu Rafiqan, majlis perbicaraan akan dilakukan pada
hari ini..."
"Rafiqan,
siapa yang beiasah kamu?” soal cikgu Razak pula tiba-tiba menyampuk. Rafiqan
tersenyum
"Wakil
sekolah inilah..."
"Saya
mahu, kamu jangan main-main! Jawab soalan saya tadi. Siapa yang belasah kamu!"
kali ini suara cikgu Razak agak tinggi membuatkan Rafiqan agak tersentak.
"Aiman
dan Faizal ..." balas Rafiqan perlahan.
"Baik,
sekarang saya tanya kamu, disebabkan Aiman dan Faizal pernah membelasah kamu,
sekarang kamu membalas dendam kan?" soal cikgu Razak lagi. Ustaz Ramli masih
terdiam.
"Chup,
sekarang Aiman dan Faizal yang kena beiasah? Cikgu tuduh saya? Sebab saya ada
motif, macam tu? Cikgu, bila mereka kena belasah?"
“Semalam..."
"Semalam
kena belasah, hari ini cikgu dah panggil saya ke sini untuk bertanya adakah
saya yang melakukannya kan? Maknanya pihak cikgu masih tidak tahu siapa yang
belasah mereka kan? Tapi, semasa saya yang kena belasah, terang-terang pihak
cikgu tahu siapa punya angkara, sampai ke hari ini pihak cikgu tak pernah nak
membela saya. Patutkah cikgu, ustaz? Mungkin disebabkan saya pelajar baru dan
baru berpindah ke sini, dan mempunyai rekod buruk di sekolah lama, maka saya
dianaktirikan oleh pihak sekolah. Sebab itulah kan?" kata Rafiqan panjang
lebar. Wajah kedua-dua cikgu Razak dan Ustaz Ramli merah padam mendengar
kata-kata Rafiqan.
“Jadi kamu
mengaku lah ya?" tambah cikgu Razak.
“Saya tak
nak komen apa-apa sehinggalah saya mendapat hak saya dahulu.."
“Maksud
kamu?"
"Mengenai
kes saya terdahulu .. Tu aje..."
"Macam
nilah Rafiqan, saya tak sangka awak sebegini bijak. Jawab ya atau tidak, awak
mengaku bersalah?" soal cikgu Razak.
“Dalam kes
Aiman dan Faizal kena pukul?"
"Ya,"
"Jawapan
saya, tidak. Saya tidak mengaku bersalah..." balas Rafiqan. Hardina hanya
terkedu dengan kata-kata Rafiqan. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang
berlaku di hadapan matanya. Begitu lancar Rafiqan berkata-kata, sedikitpun
tidak tergambar rasa gementar di wajahnya. Wajahnya tenang menjawab setiap
pertanyaan seolah-olah telah dirangka terlebih dahulu.
“Tapi Aiman
dan Faizal menuduh kamu, bagaimana kamu mahu menjelaskannya,” tambah cikgu
Razak lagi. Nampak sangat dia membela kedua-dua anak Datuk Hamzah itu.
"Ustaz
Ramli dan cikgu Razak, saya tak nak mempertikaikan kekredibilitian cikgu dan
ustaz, tapi saya rasa ustaz perlu dengar sendiri dari telinga ustaz akan
kata-kata dari kedua-dua belah pihak. Tak guna jika hanya menghakimi saya
seorang kerana 'pihak pendakwa' sepatutnya kena berada dalam majlis ini,” kata
Rafiqan membuatkan cikgu Razak terkejut. Dia memandang ke arah Ustaz Ramli. Kelihatan
Ustaz Ramli menganggukkan-anggukan kepala.
“Betul juga
kata dia tu. Kenapa tak bawa kedua-dua pelajar itu sekali?” soal Ustaz Ramli.
Kali ini cikgu Razak menjadi gelisah. Dia telah berjanji dengan Datuk Hamzah
akan selesaikan perkara ini.
"Mereka
cuti ustaz..." jawab cikgu Razak teragak-agak.
"Fine,
kalau macam tu, perbicaraan ini tidak boleh diteruskan sehingga kedua-dua
pelajar dapat menghadiri ‘perbicaraan' ini ataupun mesyuarat ini. Awak berdua
dibenarkan pulang..." kata Ustaz Ramli membuatkan Hardina merasa lega.
Walaupun dia tidak banyak disoalsiasat, namun jantungnya tetap berdegup kencang.
“Terima
kasih..." hampir serentak kata-kata dari Rafiqan dan Hardina.
"Tapi
Rafiqan, saya harap kamu berhati-hati dengan istilah yang kamu gunakan. Jangan
sesedap mulut sahaja kamu melontarkan kata-kata terhadap kami. Kami masih guru
kamu,” tambah Ustaz Ramli lagi.
"Baik
ustaz, maafkan saya jika saya tersilap kata. Saya cuma berkata jika saya rasa
ianya relevan. Itu sahaja. Maafkan saya ustaz, cikgu..." kata Rafiqan lalu
berlalu.
"Dia
memang seorang yang tenang,” bisik Ustaz Ramli sendirian. Cikgu Razak hanya
mendengarnya tanpa berkata apa-apa.
Rafiqan
berjalan dahulu hampir 5 meter dari Hardina. Saat-saat ini semua pelajar sudah
pulang. Hanya mereka berdua sahaja yang masih menyusuri jalan untuk pulang.
"Awak
seorang yang berani..." Hardina cuba untuk berbual dengan Rafiqan Rafiqan
yang dapat mendengar kata-kata Hardina dengan jelas hanya mendiamkan diri.
"Awak
dengar tak kata-kata saya ni?" tambah Hardina apabila Rafiqan hanya
mendiamkan diri.
Rafiqan
memalingkan muka ke belakang.
"Aku
berani atau tidak itu bukan urusan kau. Jangan ingat aku membela diri aku, aku
tidak salahkan kau! Sebab kau lah semua ini terjadi, tahu tak!" bentak
Rafiqan semula. Hardina tersentak. Entah kenapa dia masih boleh terfikir untuk
mengajak orang seperti itu berbual dengannya.
“Awak ni
kan, kalau awak berterusan macam ni, sampai bila-bila pun awak tak akan ada
kawan tau!" tambah Hardina.
"Ah,
aku datang sini bukan nak cari kawan. Aku datang sini sebab terpaksa! Kau tau
tak? Aku terpaksa!!!!!" Rafiqan melepaskan geramnya pada Hardina. Apa nak
jadi, jadilah.
Hardina
hampir menangis apabila dia disergah sebegitu rupa. Hendak sahaja dia melempang
lelaki itu, namun apakan daya, dia hanya seorang perempuan yang masih dapat
memikirkan baik buruk sebelum melakukan sesuatu.
0 comments:
Post a Comment