Tuesday, December 6, 2016

REDUP YANG PANJANG (PART 2)


Sedikit dari tinta pengarang.
Assalamualaikum readers.. ada ke readers atau viewers ni? Sebab blogging macam dah tak relevan kan zaman sekarang. Kalau ada kekurangan atau kelemahan dari segi jalan cerita, diharap dapatlah dijanakan sedikit sebanyak idea di ruangan comment. CIter ni mungkin klise tapi pandangan viewers dan readers samada kritikan sangatlah dihargai... Tak perlu cakap banyak, kita sambung kisah Rafiqan dan Hardina untuk Part 2.



HARDINA melajukan langkah menuju ke arah blok pejabat. Belum sempat dia meletakkan beg di dalam kelas, terus dia menuju ke arah papan kenyataan.
Dia mencari-cari namanya. Kenyataan yang baru dibuat oleh Yati sebentar tadi mencambahkan lagi perasaan kehairanan.
“Dina, nama kau ada kat papan kenyataan. Kau dilantik menjadi pengawas tahun ini...”
Menjadi pengawas? Pelajar tingkatan dua sepertinya dilantik memegang tanggungjawab yang dirasakan mengarut. Pelajar tingkatan dua sepertinya bukanlah tahu apa-apa.
"Betul tak cakap aku?" Yati muncul sambil mengajukan pertanyaan itu.
“Tapi kenapa?” Hardina tidak menjawab. tetapi dia sendiri mengajukan soalan yang dibiarkan sepi tanpa jawapan.
“Kenapa apa?”
“Kenapa aku? Kenapa aku dilantik? Aku kan baru tingkatan dua.”
“Kau tak tahu ke? Walaupun kau baru tingkatan dua tetapi kau kau juga boleh dilantik menjadi pengawas. Lagipun tidak ramai pelajar tingkatan dua yang dilantik menjadi pengawas ni. Mungkin sebagai pelapis di masa akan datang..." terang Yati bersungguh-sungguh Hardina masih tidak berpuas hati. Macam mana nama dia boleh terselit di dalam senarai nama pelajar yang seramai 40 orang itu.
“Sudahlah Dina, jom kita masuk kelas dulu. Sekejap lagi kelas nak bermula...” kata Yati. Hardina hanya menganggukkan kepala.
“Yati, macam mana aku boleh tersenarai?” Hardina masih lagi memikirkan perkara yang baru sahaja berlaku. Dia menjeling sekilas ke arah Yati yang masih beriringan dengannya.
“La, kau ni Dina, yang kau fikir sangat ni kenapa? Dah terpilih tu mujurlah. Bukan calang-calang orang dapat jadi pengawas ni..” kata Yati pula. Dia sendiri timbul perasaan irihati terhadap Hardina.
“Takdela, aku rasa macam pelik, cikgu-cikgu tak ramai yang kenal aku. macam mana boleh aku dicadangkan pula?" Hardina mengerutkan dahi.
“Aku rasa aku tahu siapa yang letak kau dalam senarai...”
“Siapa?”
“Faizal..”
“Faizal?”
“Aah, dia kan sekarang ni pegang jawatan sebagai ketua biro. Mesti dia yang letak nama kau...”
“Aku rasa macam tak nak terima la...”
“Dina, apa ni. Peluang macam ni bukan senang nak dapat tau, ramai lagi pelajar yang berharap dapat menjadi pengawas, tapi kau macam anggap jawatan itu sebagai beban pula…”
Hardina tidak menjawab. sebaliknya dia terus melangkah masuk ke dalam kelas lalu menuju ke arah tempat duduknya. Yati yang mengikutnya dari belakang turut melabuhkan punggung ke tempat duduknya di belakang Hardina.
Kelas bermula dengan matapelajaran matematik. Baru 15 minit Cikgu Idris mengajar, kedengaran pintu kelas diketuk. Cikgu Idris menghentikan pengajarannya lalu mengarahkan pelajar-pelajarnya bangun. Ustaz Rainli, pengetua sekolah berjalan masuk ke dalam kelas. Semua pelajar bangun lalu memberi salam.
“Baiklah pelajar sekalian, hari ni kamu akan dapat kawan baru..." kata Ustaz Ramli kemudiannya mengalihkan pandangan ke arah pintu masuk.
“Masuk...” tambah Ustaz Ramli lagi. Semua pasang mata tertumpu ke arah pintu kelas.
Rafiqan melangkah masuk dengan tidak bermaya. Dia masih lagi seolah tidak mempercayai apa yang sedang dilaluinya sekarang. Masih teringat sewaktu dia mula-mula memasuki pintu gerbang Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri tadi, dalam hatinya masih berbangga dengan sekolah lamanya yang pada pandangan matanya lebih besar dan lebih moden kalau hendak dibandingkan dengan sekolah itu.
Rafiqan berdiri di sebelah Ustaz Ramli. Dia mengalihkan pandangannya ke arah kelas. Semua mata yang memandangnya seolah-olah hendak menelannya. Apa, tak pernah tengok orang ke? getus Rafiqan sendirian
“Saya harap kamu semua dapat menerimanya menjadi ahli baru kelas kamu. Cikgu Idris, saya akan tinggalkan dia dengan awak, dan Rafiqan, saya harap kamu dapat menyesuaikan diri kamu dengan rakan-rakan baru kamu, jika ada sebarang masalah, kamu boleh merujuk kepada saya atau kepada Cikgu Idris. Sebelum terlupa, Cikgu Idris ni merupakan guru kelas ini dan merangkap guru matematik kamu. Baiklah Cikgu Idris, saya pergi dahulu," selepas memberi penerangan ringkas kepada Rafiqan, Ustaz Ramli berlalu pergi meninggalkannya di kelas barunya itu.
"Sebelum itu, saya Cikgu Idris, guru kelas ini, perkenalkan nama awak, asal dari mana, dan sekarang ni tinggal di mana, pada kelas..." pinta Cikgu Idris
Rafiqan menggaru kepala. Semua mata masih tidak terlepas dari memandangnya.
"Nama, Ahmed Rafiqan Rahman, asal dari Kuala Lumpur, sekarang ni tinggal di Kampung Baru Seberang Takir ..” jawab Rafiqan spontan.  
"Okey Rafiqan Awak boleh ambil tempat awak di sebelah .. erm .. ha, sebelah Habil .." Cikgu Idris menundingkan jari ke sebelah Habil.
Rafiqan berlalu pergi ke arah tempat kosong yang bakal didudukinya. Semua pasang mata kembali menatap wajah Cikgu Idris, kecuali dua orang....
"Mamat ni..." bisik Yati kepada Hardina. Hardina mengetapkan bibirnya. Tidak sesekali dia akan lupa wajah yang pernah menuturkan kata-kata yang menyakitkan hatinya semalam. Tak sangka mereka bersua lagi. Pertemuan yang sebegini pula tu.
"Aku tak akan lupa mamat ni Yati, dahlah duduk kampung aku, tak reti nak berbahasa pula. Dialah yang kata aku tak sekolah semalam .." dengus Hardina. Yati turut mengiyakan kata-kata Hardina itu. Dengusan Hardina terhenti apabila sepasang mata kepunyaan Cikgu Idris merenungnya tajam.
“Kamu sembang apa Hardina?” suara garau Cikgu Idris dapat didengari setiap pelusuk kelas. Semua mata memandang ke arah Hardina. Hardina hanya menunduk malu.

"PANGGIL aku Habil," Habil menghulurkan salam perkenalannya.
“Rafiqan, panggil Piqan je,” Rafiqan cuba mengukir senyuman tapi ternyata hambar.
Semua pasang mata mula menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang disampaikan oieh Cikgu Idris.
SEMUA pelajar mula berpusu-pusu keluar sebaik sahaja Cikgu Azlina meninggalkan kelas itu. Rafiqan masih lagi tidak meninggalkan tempat duduknya.
“Piqan, sekarang waktu rehat, jom lah kita ke kantin dulu. Perkenalkan, ni member aku..." Habil bersuara sambil memperkenalkan seseorang yang menghampiri mereka.
"Nama aku Firdaus," kata lelaki tersebut.
"Rafiqan..." Rafiqan bersuara perlahan.
"Jom," Habil bersuara
Rafiqan bangun perlahan-lahan. Tanpa disedari masih ada pasang mata yang merenung lajam ke arahnya.
"Dina, yang awak renung tajam kat dia tu apasal?" Hardina dikejutkan dengan sergahan Firdaus yang sedari tadi memerhatikannya.
Rafiqan dan Hardina saling berpandangan. Tiba-tiba sahaja Rafiqan dihambat perasaan resah semacam. Dia merasakan seolah-olah macam pernah dilihat wajah gadis yang masih merenungnya tajam. Kemudian masing-masing tertunduk.
“Kau berdua kenal ke antara satu sama lain?" tambah Habil pula. Saat itu hampir semua pelajar sudah mengosongkan kelas.
“Dah, jom pergi Yati...” Hardina berlalu sambil diikuti oleh Yati.
Rafiqan mengangkat sernula mukanya melihat gadis itu berlalu pergi. Dia sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba dirinya dihambat perasaan resah yang masih lagi bertapak dalam dirinya.
Rafiqan berjalan mengiringi dua orang rakan yang baru dikenali itu sambil meninjau-ninjau persekitaran sekolah. Mungkin betul sekolah itu sekolah kampung tetapi kemudahannya cukup lengkap. Namun hatinya masih lagi terkenangkan sekolah lama.
"Piqan, kalau aku tanya kau jangan marah..." Habil terhenti menyuap makanan seketika melihat Firdaus mengajukan soalan yang agak tiba-tiba. Begitu juga dengan Rafiqan.
"Apa dia,” balas Rafiqan.
"Kenapa kau pindah sini?" tambah Firdaus. Habil memandang ke arah Rafiqan. Masing-masing menantikan jawapan yang akan terpacul dari mulut lelaki yang masih lagi dengan sikap seorang yang pendiam.
Rafiqan mengangkat muka memandang ke arah Habil, kemudian dialihkan pula ke arah Firdaus. Beberapa orang lagi dikalangan pelajar kelas mereka turut berpandangan ke arah Rafiqan.
“ltu... aku...” Rafiqan tergagap-gagap.
"Aku tak paksa kau beritahu kalau kau keberatan, okey,” kata Firdaus pula, menibuatkan Rafiqan menarik nafas lega.
"Lain kali lah..." kata Habil pula Rafiqan hanya menganggukkan kepala

“DARI tadi aku tengok kau pandang ke arah budak baru kelas kita tu, kenapa Dina?" soal Liza, sewaktu mereka sama-sama menjamu selera di kantin sekolah.
"Jangan-jangan kau dah terpikat kot...” tambah Rohana pula yang turut bersama-sama mereka. Yati tersedak apabila Rohana berkata begitu. Hanya dia seorang sahaja yang tahu kenapa Hardina bersikap sedemikian.
“Kau jangan mengarutlah Rohana...” bentak Hardina. Panas telinganya mendengar kata-kata Rafiqan hari itu belum habis ditambah pula dengan kata-kata Rohana yang agak mengarut.
“Eh, okey apa aku tengok mamat tu. Kacak? Bolehlah…. Yang aku tak tahan. mata dia tu sewaktu dia merenung ke arah kelas tadi, buat perempuan tak senang duduk wa cakap lu...” kata Rohana semula.
“Dah, cukuplah tu, kenapa nak kaitkan dengan aku ni? Korang tak tahu cerita yang sebenar, diam je lah!” balas Hardina. Dia bertambah geram Semuanya terkedu.
“Yang kau sentap semacam ni kenapa Dina? Aku tak kutuk kau pun…” balas Rohana. Dia meneruskan menyuapkan nasi ke mulutnya. Hardina tidak menjawab.
"Apa nama dia hah?" soal Liza pula memecah kesunyian selama 15 saat itu.
"Entah, aku lupa. Ahmed apa entah.” balas Yati pula.
“Ah lantaklah, yang korang sibuk duk bercakap pasal dia tu dah kenapa?" bentak Hardina membuatkan semua terdiam.
“Oh ya. tahniahlah Dina, aku dengar kau jadi pengawas tahun ni. Berbaju biru lah engkau minggu depan. Tak gitu?” kata Rohana cubaan mengurangkan ketegangan yang diciptakannya sendiri tadi.
"Takdelah best sangat jadi pengawas.” Hardina pula menjawab. Hai, banyak sungguh karenah diorang ni. Tak tahu pula kenapa hari tu merupakan hari yang paling menyakitkan hatinya, dengan berita dia dilantik pengawas, kemudian muncul pula mamat yang pernah melemparkan kata-kala yang tak akan sesekali akan dilupakan, sehinggalah perbincangan merepek di kalangan rakan-rakannya itu.
Mereka tidak bersuara lagi. Kali ini mereka menghabiskan inakanan sebelum masa rehat berakhir. Hardina masih lagi teremenung. Kekadang dia sendiri mengakui yang pelajar baru itu mcmang tidak kurang dari segi rupa, malah susuk tubuhnya memang sedap dipandang. Betul ke matanya buat perempuan tak senang duduk? Isk, takde kuasa aku nak pergi periksa mata mamat tuh.

RAFIQAN membelek-belek buku teks yang baru sahaja diterima. Hampir 5 minit lagi waktu rehat akan berakhir. Sebilangan pelajar sudahpun berada di dalam kelas dan sebilangan lagi entah ke mana.
“Mana pelajar baru tu?” kedengaran suara yang agak garau dari seorang pelajar lelaki. Semua mata memandang ke arah lelaki tersebut, kemudian dialihkan pula pada wajah Rafiqan.
Pelajar lelaki yang agak gempal itu menghampiri Rafiqan, diikuti dengan dua orang pelajar lelaki lain di belakang.
Rafiqan cuba mengamati wajah pelajar tersebut. Rasanya bukan dari kelas yang sama dengannya.
“Wei budak bandar, dengar sini. Aku dengar kau dhukarkan di sini sebab kau samseng kat sekolah lama kau, betul ke?” suara lelaki yang bebadan gempal itu.
Rafiqan agak terperanjat dengan kenyataan yang dibuat oleh lelaki tersebut. Semua mata masih memandang ke arah mereka, namun tiada seorang pun yang ingin mendekati. Hairan juga apabila terkenangkan kata-kata pelajar tersebut. Seingatnya tiada seorang pun lagi pelajar yang tahu kenapa dia ke sini
"Kenapa kau diam? Dengar sini budak bandar, kau tu kalau dah masuk ke kampung kami, jangan cuba nak bawa perangai bandar kau tu ke sini. Ingat, jangan nak berlagak samseng pula di sini, kalau tak, tahulah nasib kau macam mana nanti,” balas pelajar itu lagi sambil mengarahkan rakan-rakannya beredar. Mereka bertiga meninggalkan kelas tanpa berpaling lagi.
Semua pelajar yang menyaksikan adegan tersebut masih lagi terdiam Tidak seorang pun yang cuba menghampiri Rafiqan yang masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga. Akhirnya Firdaus dan Habil datang.
"Kau jangan layan sangat mamat tu, mereka rasa mereka bagus,” kata Habil tiba-tiba.
"Betul tu, mereka yang sebenarnya yang perasan samseng kat sekolah ni. Mereka ingat semua orang takut kat dia. Sebab tulah berlagak sangat,” tambah Firdaus pula.
"Mereka tu siapa?” soal Rafiqan.
"Namanya Aiman. Anak orang kaya jugalah boleh dikatakan. Disebabkan ayah dia banyak yang menyumbang di sekolah ni, sebab tulah diorang jadi macam tu, kalau tak percaya tanya kawan-kawan yang lain, kan betul kan?” balas Habil lagi sambil mcngharapkan reaksi rakan-rakan mereka yang mula berani menghampiri.
"Takpelah, aku ni bukannya jenis orang yang suka cari pasal. Jangan risau balas Rafiqan semula. Semua tersenyum.
Semua pelajar mengambil tempat duduk masing-masing sebaik sahaja Cikgu Razak, guru sains melangkah masuk serentak diikuti dengan salam hormat.

HARDINA melepaskan keluhan yang panjang. Dia masih sempat menjeling ke arah Rafiqan yang sudah beransur-ansur membawa diri untuk pulang. Memang perasaan marah dan benci masih bersarang di mindanya. cuma keadaan telah membuatkan dia terfikir kali kedua.
“Dina, dulu kau kata kalau kau jumpa lagi mamat tu, siap kau nak kerjakan, habis sekarang ni macam mana?" soal Yati membuatkan Hardina tersedar dari lamunan.   
"Ya ke aku ada kata macam tu?" soal Hardina semula, cuba untuk mengelak dari menjawab soalan Yati itu.
“Ada, aku ingat lagi. Bersungguh betul kau hari tu. Ini aku tengok macam takde apa-apa pun..."
Hardina berpaling laju ke arah Yati. Wajah Yati ditenungnya dalam-dalam.  Berkerut dahinya memikirkan kata-kata yang baru diucapkan oleh Yati tadi.
“Habis tu, kau nak aku buat apa? Dia pun macam tak ingat yang muka ni lah yang dia kata tak sekolah tu, kau tahu tak!” bentak Hardina sambil menunjukkan ke arah mukanya sendiri.
Yati menggelengkan kepala. Dia tahu macam mana Hardina marah, dia tahu macam mana Hardina gembira, malah dia tahu macam mana Hardina sedih.
“Dina, aku rasa baik kau lupakan sahaja mat kau tu, sebab apa aku kadang-kadang risau, dia tu kita tak tahu macam mana,” Yati terhenti seketika
“Maksud kau?” soal Hardina.
“Tak la, kita tak kenal dia, tak tahu sebab-sebab dia bertukar sekolah, mungkin betul kata Aiman tu..”
“Kata apar?”
“Dia tuh mungkin samseng kat sekolah dulu, sebab tu dia kena tukar kat sekolah kita…”
“Samseng sekolah?” Hardina mengerutkan dahi. Seolah-olah tidak percaya.
“Aku agak la, habis takkan dia tiba-tiba tukar sekolah?
“Aku rasa dia tak macam tu. Cuba kau fikir. dulu dia tingkatan satu, masuk sekolah kita pun bila tingkatan dua baru bermula. Munasabah ke masa dia tingkatan satu dulu jadi samseng?” soal Hardina semula.
Yati terdiam, hairan dengan sikap kawannya yang tiba-tiba memihak kepada Rafiqan. Selalunya, subjek lelaki jarang dijadikan topik perbualan
“Kenapa kau seolah-olah memihak kepada dia. Dina, kau suka kat dia ke?” soal Yati yang membuatkan Hardina menjegilkan mata.
"Kau gila? Ada ke patut aku nak suka kat dia. Perasaan tak puas hati aku ni ada lagi tau!” bentak Hardina pula.
“Yelah tu Dina, jangan kau tak tahu, zaman sekarang jangan kata tingkatan 1, sekolah rendah pun dah ramai yang jadi saamseng. Jangan pula kau dikaburi dengan wajah innocent dia tu pulak. Okeylah, kita dah sampai kat rumah aku ni, jadi jalan lah elok-elok ya..." kata Yati menandakan mereka perlu berpisah. Hardina hanya tersenyum.
Hardina meneruskan langkah menuju ke arah rumahnya yang dalam 200 meter lagi. Dia mengelamun sendirian memikirkan kata-kata Yati sebentar tadi. Kadang-kadang dia sendiri timbul perasaan ingin tahu kenapa Rafiqan ditukarkan ke sekolahnya. Namun segala-galanya mati apabila terpandang sesusuk tubuh yang sedang merehatkan diri pada pangkal pokok di tepi jalan menuju ke rumahnya.
Hardina melangkah perlahan-lahan, diamatinya betul-betul susuk tubuh itu yang sedang asyik menghisap sebatang rokok. Hardina menggeleng kepala apabila terpandang uniform yang melekat pada tubuh lelaki tersebut, baju sekolah. Dikecilkan sedikit matanya untuk mengecam wajah pelajar lelaki tersebut.
“Mamat tuh?!!” getusnya sendirian. Mengapa dia di sini? Menghisap rokok pula tu. Dalam usia semuda ini mamat ni telah merosakkan dirinya sendiri. Mungkin inilah yang menyebabkan dia dihantar ke sini.
“Awak!!” Hardina separuh menjerit memanggil Rafiqan. Rafiqan agak terkejut melihat Hardina menghampirinya. Dia hanya menjeling. “Awak buat apa kat sini?” tambah Hardina lagi
Rafiqan menarik muka masam. Entah kenapa tiba-tiba sahaja minah ni nak ambil tahu pula pasal dia. Eh, suka hati aku lah nak buat apa.
“Kau siapa?” soal Rafiqan semula sambil menyedut berkali-kali rokoknya yang baru dihisap separuh.
Aik, ber-kau-kau pula mamat ni. Aku tegur dia baik-baik, bukan nak jawab baik-baik. Memang mamat ni tak belajar moral la.
“Awak tak kenal saya? Awak lupa ke kita sekelas?” soal Hardina pula. Dicubanya tahan perasaan marah yang meluap-luap di dada.
“Hei, aku baru masuk kelas hari ni. tak cam sangat pun budak-budak kelas tu. “ balas Rafiqan Isk, minah ni, apahal pula nak tegur aku.
“Mungkin awak lupa, yang awak mengata kat saya pada hari pertama awak datang sini..” Hardina pula menjawab.
Rafiqan naik hairan dengan kata-kata dari perempuan yang tak pernah dikenalinya itu. Mana mungkin dia pernah mengata pada perempuan yang rasanya baru pertama kali mereka berbicara.
“Kau cakap apa ni? Aku tak pemah kenal kau, apatah lagi nak bercakap dengan kau. Bila masa pula aku mengata pada kau? Dan soalannya sekarang, yang kau tiba-tiba naik angin dengan aku ni apasal?” kata-kata Rafiqan membuatkan Hardina tersentak. Kata-kata Rafiqan ada benarnya.
“Awak lupa yang awak kata saya ni buta, tak reti nak melintas, tak belajar kat sekolah. tak sekolah. hah, awak lupa?” soal Hardina sambil menjegilkan mata.
Rafiqan termenung seketika, cuba mengingatkan kata-kata Hardina yang dirasakan pernah dialami. Kemudian dia mengukir senyum, senyum kepuasan.
“Oh, jadi kau ni salah seorang perempuan bodoh tu?” kata Rafiqan sinis Hardina tersentak dengan kata-kata yang dilemparkan. Kalau dia tahu Rafiqan seorang yang celupar, tak sanggup dia hendak menyapanya tadi.
“Awak kata saya bodoh?!!” ada genangan jernih di matanya. Inilah kali pertama dia dikatakan bodoh oleh seorang lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Rafiqan tersengih lagi.
“Ya. Bodoh. Bodoh sebab tak reti nak melintas jalan,” balas Rafiqan pula.
“Awak, jalan tu bukan jalan awak seorang!”
Kali ini Rafiqan terdiam, tetapi diamnya bukan bererti dia mengalah, diam mencari idea untuk menyakitkan hati gadis itu.
“Okey, aku sedar aku masuk kampung orang, tapi ini tak bermakna, orang kampung itu boleh melintas sesuka hati mak bapak dia saja, tau!” tambah Rafiqan lagi. Hardina semakin tersentak apabila mak bapak disebut.       
“Awak nak saya kurang ajar macam awak ke?” bentak Hardina lagi sambil menundingkan jarinya ke arah Rafiqan. Rafiqan tersentak apabila Hardina mula meninggikan suara.
"Terpulang, kalau itu yang kau rasa mampu buat…” balas Rafiqan.
“Awak, saya tidaklah seperti awak dengan sikap bandar awak yang kurang ajar tu! Tapi sekurang-kurangnya saya tahu nilai budi pekerti dan memohon maaf jika berbuat salah..”
"Kau nak bercakap tentang kesalahan. Kesalahan apa yang kau maksudkan? Oh, kau nak salahkan ayah aku sebab nyaris nak rempuh badan kau, macam tu? Kau patut bersyukur sebab kalau bukan kerana ayah aku tekan brek, dah tentu kau dah......   arwah!!” balas Rafiqan.
Hardina mengetapkan bibir. Ah, malas nak dilayan orang gila macam tu. Tanpa berkata sepatah pun, dia terus melajukan langkah menuju ke rumahnya. Sayup kedengaran suara Rafiqan ketawa melihatnya berlalu. Tanpa disangkanya ada air mata yang mengalir deras di pipi.


0 comments:

Post a Comment