"HARDINA!!"
Hardina
tersentak apabila namanya di panggil. Cepat-cepat dia menyudahkan solekan nipis
di wajahnya.
"Ada
apa bu?” soal Hardina sebaik sahaja dia melihat kelibat ibunya di dapur. Ibunya
masih lagi tergesa-gesa menyiapkan bungkusan nasi lemak serta kuih muih untuk
dijual.
“Ni,
ibu dah siapkan semua ni. Dina dah bersiap ke?" soal Azimah, ibunya.
Hardina menganggukkan kepala. Dia sekadar menjeling ke arah bungkusan nasi lemak
yang tersusun cantik di dalam bakul yang hampir 4 tahun berbakti kepada
keluarga mereka. Seperti selalu, Hardina akan menghantar nasi lemak serta kuih
ke kedai Tuk Chik sebelum meneruskan perjalanan ke sekolah. Tuk Chik seperti
selalu akan menyambutnya dengan kuntuman senyum yang menawan. Sungguhpun jirannya
itu hanya tinggal di sebelah rumah, Hardina tidak sampai hati membiarkan warga
emas itu datang mengambil sendiri nasi lemak yang dimasak oleh ibunya.
Nasi
lemak ibunya memang menjadi sebutan di dalam karnpung tersebut. Tuk Chik
mengupah ibunya untuk memasak nasi lemak yang dijadikan sarapan setiap hari gerai
Tuk Chik sentiasa dipenuhi dengan kunjungan orang-orang kampung bermula jam 6.30
pagi lagi. Kadang-kadang Hardina sendiri kagum dengan kesungguhan Tuk Chik yang
mengusahakan kedai kopi hampir 10 tahun lamanya. Dengan cara itu sahajalah Tuk
Chik dapat menggerakkan empat tulang keratnya yang masih kuat.
Kalau
diikutkan, Tuk Chik tidak perlu meagusahakan kedai tersebut kerana anak-anaknya
sendiri tidak putus-putus mengirimkan duit belanja untuknya. Apabila ditanya,
katanya dia bosan jika tidak membuat sebarang kerja. Tokki Mat, suaminya turut
bersama-samanya setiap hari mengusahakan kedai kopi tersebut hampir 5 tahun.
Lagipun usia yang semakin menginjak menuntut Tuk Chik dan Tokki Mat supaya
menjaga kesihatan mereka.
“Assalamualaikum
Tuk Chik!" Hardina memberi salam. Tuk Chik hanya tersenyum melihat anak
jirannya yang membimbit sebakul nasi temak yang tersedia dibungkus.
“Waalaikum
salam Dina. Berapa bungkus mak kamu buat hari ni?” soal Tuk Chik pula.
Belum
sempat Hardina menjawab pertanyaan Tuk Chik, terdengar pula suara Tokki Mat
memanggil namanya.
“Dina
nak minum dulu tak?" soal Tokki Mat. Badannya masih tegap biarpun sudah
berusia. Lagipun Tokki Mat adalah bekas tentera.
“Boleh
juga, Dina nak milo. Tuk Chik, semuanya 70 bungkus..." kata Hardina
menjawab kedua-dua soalan yang diajukan oleh pasangan suami isteri itu tadi.
"70
bungkus mana cukup Dina oi. Sekejap sahaja sudah habis licin. Semalam Tuk Chik
mintak seratus bungkus dengan mak Dina..." kata Tuk Chik semula.
Hardina
hanya mengangkat bahunya. Dia hanya tersenyum. Selesai bersarapan Hardina
meminta diri untuk ke sekolah.
Hardina
melewati rumah Yati, rakan sekelasnya. Kelihatan Yati sudah bersedia
menunggunya dihalaman rumah.
"Dah
lama tunggu?" soal Hardina. Dia melirik senyum. "Tak juga. Awal kau
hari ni?" balas Yati.
"Awal
apa? Macam selalu la, hantar nasi lemak kat kedai Tuk Chik, sarapan kejap,
lepas tu terus aku ke smi..." kata Hardina pula. Yati hanya menganggukkan
kepala.
Mereka
berjalan beriringan menuju ke sekolah. Sepcrti selalu Yati akan menunggunya
terlebih dahulu untuk ke sekolah bersama-sama. Sekolah Menengah Kebangsaan
Ibrahim Fikri berdiri megah di hadapan mereka. Kelihatan ramai pelajar mula
berpusu-pusu memasuki kawasan sekolah itu.
"Yati,
kau dah siap kerja semalam?" soal Yati sebaik sahaja kakinya melangkah ke
dalam kawasan pagar sekolah.
"Sudah,
kenapa?”
"Boleh
aku pinjam..." kata Yati tersengih.
"Kau
ni, tak siap lagi la tu...."
Kata-kata
Hardina terhenti apabila melihat sepasang mata yang sedari tadi asyik
memerhatikannya. Hardina sedikit tertunduk malu apabila matanya bertembung
dengan mata yang sedang merenungnya itu.
"Yati,
tengoklah tu, macam nak telan orang..." Hardina bersuara separuh berbisik.
Yati mengalihkan perhatiannva kepada lelaki yang Hardina maksudkan.
"Kau
tak kenal dia ke?" soal Yati pula Kenal? Gila ke makcik ni? Buat apa aku nak
kenal dengan mamat tu? Getus Hardina sendirian.
"Nak
kata kenal tu, tak la Tapi maunya tak kenal kalau tiap-tiap hari aku terpaksa
lalu tol-gate-boy ni. Maklumla, pengawas la katakana,” kata Hardina mencebik.
Lelaki
itu masih tersenyum sehinggalah Hardina dan Yati betul-betul berada di
hadapannya.
"Hai
..." Sapa lelaki tersebut. Hardina hanya buat endah tak endah sahaja.
Berlainan pula dengan Yati, dia menyambutnya dengan sekuntum senyuman.
"Sombongnya,” tambah lelaki itu lagi.
"Usah
dilayan mamat tu..” kata Hardina yang dimaksudkan lelaki yang serba lengkap
berkemeja biru dan bertali leher kemas dengan tag nama di dada. Yati masih
tersengih-sengih ke arah lelaki tersebut.
"Yati!"
bentak Hardina lagi apabila Yati masih lagi tersipu-sipu.
"Kenapa
dengan kau ni?" soal Yati apabila mereka agak jauh dari lelaki berbaju
biru itu tadi.
"Kenapa
dengan aku? Aku yang patut tanya kenapa dengan kau ni? Mengada-ngada tak
bertempat. Geli la aku tengok cara kau menggatal ni,” balas Hardina pula. Geram
bila dia mengenangkan cara lelaki tadi memandang ke arah mereka tadi.
"Amboi,
tak sayang mulut ke? Kau marah-marah ni sebenarnva kau cemburu sebab dia tak
pandang kau kan?” kata Yati membuatkan Hardina meluat.
"Takde
maknanya aku nak cemburu dengan kau Yati."
"Hah.
kalau kau nak tahu, tu lah abang Faizal, pengawas yang paling terkenal kat
sekolah kita ni..." kata Yati.
"Kalau
terkenal, kenapa aku tak kenal pun?" soal Hardina semula.
"Dah
kau tak nak ambil tahu, memang la kau ketinggalan. Yang aku tahu, aku
meminatinya, " kat Yati semula.
"Gila,
kau tu baru tingkatan 2, dia dah tingkatan 5. Jangan nak cari pasal,"
tambah Hardina semula
"Kenapa?
Tak boleh?”
"Ah,
lantak kau laa .."
PERJALANAN
selama setengah hari dirasakan bagai berminggu-minggu, berbulan-bulan. Rafiqan
membetulkan duduknya di tempat duduk belakang kereta yang sedang dipandu oleh
ayahnya itu. Dia masih memikirkan nasib yang bakal menimpanya nanti. Fikirannya
mengimbas kembali ke peristiwa yang berlaku sebaik sahaja dia sampai ke rumah
pada hari dirinya digantung persekolahan.
"Mama
tak kira, dulu Alang cakap tak nak ulangi lagi. Mama masih beri peluang.
Sekarang peluang yang mama beri Alang tak gunakan dengan sebaik mungkin. Alang
ulangi lagi apa yang pernah Alang janji nak tinggalkan, kan?" mata Fatimah
merah menahan marah. Rafiqan hanya tertunduk lesu. Rahman hanya memerhatikannya
sahaja di ruang tamu.
"Mama,
Alang tak akan buat lagi...” kata Rafiqan tersekat-sekat.
"Ah,
mama tak kira!" jerit Fatimah lagi. Rafiqan tersentak dengan tengkingan
mamanya itu. Kalau dikira mamanya lagi garang kalau hendak dibandingkan dengan
abah.
"Mama...."
"Diam!
Selepas habis hukuman gantung sekolah, mama akan hantar Alang ke kampung..”
Rafiqan
terpana mendengar kata-kata ibunya yang bagai halilintar itu. Dia sendiri tidak
menduga sejauh itu hukuman yang terpaksa diterimanya.
"Tapi
mama, Alang kena pergi sekolah..." kata Rafiqan teragak-agak
"Itu
urusan mama dan abah. Kami akan uruskan pertukaran sekolah kamu secepat mungkin
Dan minggu depan Alang akan tinggal dengan Tuk Chik, titik!" kata-kata
terakhir sebelum Fatimah mendengus lalu meninggalkan Rafiqan yang masih
terping-pinga. Rahman hanya memerhatikan isterinya berlalu menuju ke tingkat
atas.
"Abah
....." Rafiqan berpaling ke arah Rahman dengan wajah yang sugul dan
mengharapkan belas kasihan. Rahman hanya tersenyum sinis.
“That's
your mum…” kata Rahman dengan nada mengejek lalu meninggalkan Rafiqan sendirian
di ruang tamu.
‘Kreeeeekkk'
bunyi brek yang ditekan secara mengejut mamatikan lamunan Rafiqan. Badannya
sendiri hampir tercampak lalu terlanggar kerusi depan kereta bapanya. Dengan
keadaan terpinga-pinga, dia masih sempat terdengar suara bapanya beristighfar.
Ibunya pula masih mengurut-urut dadanya.
"Kenapa
bah?" soal Rafiqan
“Ada
budak melintas, abah tak perasan. Mujur selamat,” jelas Rahman. Rafiqan
meninjau-ninjau di hadapan kereta ayahnya itu. Kelihatan 2 orang perempuan yang masih berbaju
sekolah sedang berusaha untuk bangun bangun berdiri sambil menyapu debu di
bajunya
"Kena
langgar ke?” soal Rafiqan lagi.
"Tak,
dia jatuh sebab nak elak kereta tadi..." kata Rahman sambil menggerakkan
semula keretanya yang terhenti tadi. Rafiqan membuka tingkap di sebelah 2
perempuan itu berada.
“Woi!
Buta ke? Nak melintas tengok la kiri kanan dulu! Tu pun nak kena ajar ke?
Sekolah tak ajar ke? Tak sekolah ke!!?” Rafiqan separuh menjerit sambil mengangkat
tangan ke arah mereka.
“Alang,
jaga sikit mulut tu. Nak jadi samseng ke?" soal Fatimah sebaik sahaja
Rafiqan menghabiskan kata-katanya. Rafiqan hanya menundukkan kepala.
"Mereka
tak salah la, abah yang salah,” tambah Rahman pula. Rafiqan hanya mendiamkan
diri. Dia malas hendak bersuara. Sejak keputusan hendak dihantar ke kampong,
Rafiqan semakin kurang bercakap dengan Rahman dan Fatimah. Tadi pun dalam
keadaan yang tanpa disengajakan. Kekadang perasaan geram tu timbul juga.
“AMBOI,
sedapnya bahasa. Tak nampak ke aku pakai baju sekolah ni, dikatakannya aku tak
sekolah...” rungut Hardina sebaik sahaja kereta Honda Accord hitam itu berlalu.
Yati masih lagi menyapu debu-debu yang tertekat di bajunya.
"Entah,
sesuka hati je kutuk kita. Mentang-mentanglah kereta bapak dia besar, mewah,"
Yati pula bersuara.
“Aku
takkan lupa wajah dia, kalau aku jumpa lagi dengan mamat tu, siap la aku kerjakan,”
kata Hardina pula. Yati agak teruja dengan sikap Hardina yang agak agresif itu.
"Wah,
garang jugak kau ni!"
"Takdelah,
dah terang-terang pemandu tu yang silap, bukan nak minta maaf, kita pula yang
disalahkan.”
"A
ah. betul la kata kau Dina.”
Mereka
terdiam seketika sambil meneruskan perjalanan.
“Eh,
kau kata tadi kau dapat surat, dari siapa?" soal Yati semula. Hardina
teringat semula surat yang dijumpainya terselit cantik di antara buku yang
tersusun rapi di dalam mejanya.
"Kenapa
kau nak tahu?"
"Kenapa?
Tak bdeh?”
'"Ala,
tak penting sangat pun, bukannya ada apa-apa pun." kata Hardina semula
“Bagitahu
la kat aku, please..” ujar Yati semula.
"Okey
la, ni mamat yang kau minat tu bagi surat kat aku. Dia nak berkenalan dengan
aku ..."
"Betul
ke? Untungnya kau Dina..."
"Untung
tengkorak kau. Rasa berpijar je muka aku ni bila aku tahu yang si Faizal tu
bagi surat ni. Nah kau nak ambil la..." Hardina menghulurkan kertas yang
berlipat itu. Surat tersebut bertukar tangan Yati hanya tersenyum.
"Yang
kau tersenyum tersengih ni kenapa?” soal Hardina semula.
Yati
tidak menjawab.
“Yati,
kau balik la dulu. Aku nak singgah kedai Tuk Chik kejap." kata Hardina
apabila mereka melalui lorong ke kedai Tuk Chik. Yati hanya menganggukkan
kepala. Mereka berjalan berasingan.
“Assalamualaikum
.." Hardina memberi salam. Keadaan kedai Tuk Chik agak lengang kerana
tiada pengunjung.
"Wa'alaikum
salam...” Tokki Mat menjawab salamnya. Hardina kehairanan kerana hanya Tokki
Mat seorang yang menjaga kedai hari itu.
"Tuk
Chik mana?" soal Hardina.
"Tuk
Chik kat rumah,” balas Tokki Mat semula.
"Awalnya
Tuk Chik balik?"
"Tuk
Chik kena balik awal sebab Rahman nak balik..." jawab Tokki Mat lagi.
'"Rahman?
Siapa Rahman?" soal Hardina pula.
"Kamu tak kenal ke Dina? Oh ya, kamu baru
pindah sebelah rumah Tokki Mat awal tahun hari tu kan? Kamu mesti tak kenal
Rahman kan? Rahman tu suami anak kami, Fatimah. Dia tinggal di Kuala Lumpur,
jarang-jarang sekali balik kampung ni,” terang Tokki Mat panjang lebar.
"Oh,
macam tu ke? Kenapa Tokki Mat tak balik sekali?"
"Tokki
nak jaga kedai ni Kamu nak minum apa-apa ke?” soal Tokki Mat semula.
"Takpelah,
saya balik dulu..." kata Hardina sambil berlalu Berbagai persoalan
menjengah ke fikirannya. Rahman? Fatimah? Tak pernah pula didengarinya nama itu
dari mulut Tuk Chik. Ah, malas hendak difikirkannya.
Dari
jauh dia dapat melihat sebuah kereta yang macam pemah dilihatnya berada di
rumah Tuk Chik. Namun disebabkan pelbagai perkara yang membuatkan kepalanya
berserabut menjadikan Hardina lupa di mana dia pemah melihat kereta tersebut.
“Assalamualaikum..."
Hardina memberi salam. Dia menyusun elok kasut sekolahnya pada rak yang
sememangnya sudah lama menjadi penanti setia di muka pintu.
"Waalaikum
salam, Dina ke? lbu kat dapur ni” kedengaran suara Azimah sayup dari dapur.
Hardina meletakkan begnya pada kerusi sofa. Dia menanggalkan tudungnya lalu
berjalan lemah menuju ke arah dapur yang berada di belakang.
"lbu.
dah makan ke?" soal Hardina. Azimah tersenyum melihat anaknya itu.
"lbu
memang tunggu Dina ni Marilah kita makan...” kata Azimah lagi Hardina memerhati
sekeliling.
"Shahran
mana? Dia tak makan sekali ke?" Hardina bertanyakan tentang adik lelakinya
yang satu itu.
"Dia
dah makan. ada dalam bilik..." Azimah menjelaskan segala persoalan yang
bermain di fikiran Hardina. Hardina menarik kerusi lalu duduk di hadapan
ibunya. Dia menyenduk nasi untuk ibunya dan juga untuk dirinya. Fikirannya
masih lagi menerawang jauh memikirkan perkara-perkara yang bermain di
fikirannya.
“Dina
tak apa-apa ke?' lbu tengok macam ada yang tak kena je…" soal Azimah,
menyuarakan apa yang dia perasan dengan perubahan Hardina hari itu.
"Takde
apa-apa bu," jawab Hardina perlahan. Dia menyuapkan nasi ke mulut suapan
demi suapan.
“Jangan
nak tipu ibu. lbu kenal sangat dengan pcrangai Dina ..."
Hardina
terdiam. Dia memikirkan apa yang patut disuarakan, samada memberitahu ibunya
tentang Faizal atau tidak.
"Kenapa?
Cakap la..." tambah Azimah lagi.
“Ibu...."
Hardina terhenti seketika. Azimah turut menghentikan suapan.
"Apa
dia?"
“Ada
orang kacau Dina, dia hantar surat pada Dina, nak berkenalan....." Hardina
bersuara perlahan. Azimah tidak berkata apa-apa. Sebaliknya dia hanya terdiam.
“Ibu,
kenapa diam je?” tambah Hardina semula.
"Apa
tindakan Dina?" soal Azimah.
“Dina
tak buat apa-apa pun, malas nak layan..." Hardina menyambung menyuap nasi
ke mulutnya.
“Kenapa
Dina malas nak layan? Dina tak suka ke?”
“Bukan
masalah tak suka, bu. Tapi dia tu…..” Hardina terhenti seketika.
“Tak
hensem?” potong Azimah.
“Ibu
nih! Dina tak abis cakap lagi laa… Kan ibu jugak yang pesan, kita ni kalo nak
berjaya kena berilmu. Dina pergi sekolah bukan nak berkawan dengan lelaki…”
“Tak
salah berkawan…..”
“Betul
bu, tapi bukan dengan cara ni la. Eeiii Dina tak suka bersurat-surat bagai ni”
Azimah
mengangkat muka memandang sayu wajah anaknya itu Ditenungnya dalam-dalam wajah
Dina yang nampak kurang bennaya itu. Sememangnya Dina memiliki wajah persis
dirinya sewaktu muda-muda dulu. Kecantikannva itulah yang membuatkan mata-mata
tidak sudah dan memandang lebih lama wajahnya yang bersih itu.
"Dina...”Azimah
bersuara perlahan. Hardina tersentak apabila namanya dipanggil. Dia berhenti
menyuap, lantas wajahnya diangkat sedikit membalas pandangan yang dilemparkan
oleh ibunya itu.
"Kenapa
bu?” soal Hardina. Wajahnya sedikit kehairanan.
"Dina,
ibu bangga kerana Dina berani ceritakan semua perkara ini pada ibu. Tidak semua
orang boleh buat seperti yang Dini buat sekarang. Kalau orang lain ibu rasa
mereka tidak akan ceritakan pada ibu mereka...”
Hardina
melepaskan keluhan yang panjang sambil menguntum senyuman. Dia faham apa yang
ibunya maksudkan.
"Ibu,
Dina hanya ada ibu dan Shahran je. Pada siapa lagi yang boleh Dina percaya? Tiada
apa yang Dina hendak rahsiakan daripada ibu. Kenapa ibu fikir macam tu?” soal
Hardina perlahan.
"Kalau
orang lain yang sebaya Dina mesti suka apabila ada lelaki yang kacau kan? Tapi
Dina tak. Dina tidak ambil kesempatan atas anugerah kecantikan yang Dina miliki
itu..”
"Dina
cantik ke bu? Ala, semua ini pun berkat ajaran ibu pada Dina kan? Ibu kata Dina
mesti belajar bersungguh-sungguh kan. Sebab itu Dina tak nak timbulkan masalah
dengan belajar nanti…”
Azimah
tersenyum, dia tahu Hardina seorang anak yang baik. Segala tunjuk ajarnya
selama ini memang tidak sia-sia. Azimah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia
tidak mahu apa yang dialaminya akan dilalui lagi oleh anaknya pula.
"Dina,
ibu berasa bangga kerana melahirkan Dina.”
"Dina
pun bersyukur sebab menjadi anak ibu..”
Mereka
terdiam seketika. Dina mengerti apa yang ingin disampaikan oleh Azimah. Dina
tahu sangat kisah silam ibunya yang telah membawa mereka ke sini. Namun Dina
tidak pernah menyesal kerana tidak pernah lagi mengenali bapanya.
"Ibu,
ibu tahu tak yang Tuk Chik ada anak nama Fatimah?" soal Hardina cuba
menukar suasana yang agak hening sebentar tadi.
"Fatimah?
Rasanya Tuk Chik pernah cerita. Aah, anaknya Fatimah yang tinggal di Kuala
Lumpur. Kenapa?" soal Azimah semula.
"Dia
ada kat rumah Tuk Chik sekarang ni, ada la kat rumah tu... "
"Mana
Dina tahu?"
"Tokki
Mat yang beritahu. Tadi Dina singgah kat kedai Tuk Chik, tapi Tuk Chik takde,
Tokki Mat je yang ada. Dia kata Tuk Chik balik sebab anak mereka Fatimah tu ada
kat rumah. Masa Dina balik tadi pun Dina nampak kereta apa pun Dina tak tahu
jenis apa, ada kat depan rumah Tuk Chik," terang Dina panjang lebar.
"Oh,
ya ke? Kenapa Dina tanya ibu?"
"Saje...”
RAFIQAN
masih lagi terdiam. Jarang sekali dia pulang ke kampung datuk dan neneknya itu
melainkan hari raya. Itupun untuk beberapa hari sahaja. Inikan pula untuk
tinggal terus di sini. Dia hanya memerhati sekali-sekala ke arah wajah neneknya
yang dikenalinya sebagai Tuk Chik. Datuknya pula masih belum kelihatan batang
hidungnya.
"Mak,
ayah mana?” soal Rahman apabila Tuk Chik, ibu mentuanya menatang sedulang
minuman di hadapannya.
"Ada
kat kedai, nah minumlah kata Tuk Chik Fatimah turut keluar ke ruang tamu sambil
membawa sepinggan karipap.
"Susah-susah
je mak buat karipap," tambah Rahman semula. Tuk Chik hanya tersenyum.
Kemudian pandangannya dialihkan kepada Rafiqan.
"Susah
apanya, mak ambil kat kedai tadi. Rafiqan makanlah sekali. Makanan tengah hari
tak siap lagi, kita makan lewat sikit, takpe ke?" balas Tuk Chik. Matanya
masih lagi merenung ke arah Rafiqan yang tidak bersuara.
"Takpe
mak, Imah kan ada Nanti dia tolong mak.."
"Mak,
tentang perkara yang Imah cakap dalam telefon tu, mak tak kisah ke?"
Fatimah pula bersuara.
"Apa
pulak nak kisah, mak takut kamu tu, takpe ke biarkan Rafiqan tu kat sini?”
balas Tuk Chik pula.
"Ayah
macam mana mak?" Rahman pula bersuara. Rafiqan hanya menjeling mendengar perbualan
antara orang tuanya itu.
"Ayah
pun tak kisah. Banyak kali sangat dia sebut tentang cucu-cucunya ni. Rafiqan
suka tak tinggal dengan Tuk Chik ni?" Tuk Chik memegang bahu Rafiqan.
Rafiqan
hanya mendiamkan diri. Berkali-kali dia menjawab yang dia tidak suka untuk
berada di situ, tapi semuanya hanya dapat didengari dan dalam hatinya sahaja.
"Mak,
seperti yang Imah cerita dalam telefon hari tu, Rafiqan ni budak nakal
sikit..." Fatimah agak teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.
Pandangannya berkali-kali dialihkan pada wajah redup anaknya itu. Rahman dan
Tuk Chik saling berpandangan.
"Alang,
tolong bawa masuk beg ke dalam bilik kejap, abah dengan mama ada perkara sikit
hendak dibincangkan," kata Rahman perlahan. Rafiqan hanya mengangguk.
"Rafiqan
letak dalam bilik sana tu, bilik itu akan jadi bilik Rafiqan sepanjang berada di
sini nanti..." kata Tuk Chik sambil menunjukkan ke arah bilik yang
dimaksudkannya. Rafiqan bingkas bangun, dia menarik dua beg yang beroda ke arah
bilik yang ditunjukkan oleh Tuk Chik sebentar tadi.
Rafiqan
menolak daun pintu perlahan-lahan. Bilik yang sederhana besar itu lengkap
dengan katil, almari, dan juga meja tulis. Memang sesuai untuk seseorang yang
bergelar pelajar.
Rafiqan
mengeluh sendirian. Dia tahu bapanya ingin berbincang tentang masalah yang
dilakukan olehnya dan juga berkaitan mengapa dia dihantar ke kampong. Dia
membuka jendela yang tertutup rapat supaya cahaya matahari dapat menjengah masuk
ke dalam biliknya itu. Hembusan angin lembut menyapu pipinya. Dia dapat
mendengar deruan ombak yang begitu menggamit. Kata Tuk Chik, hampir 100 meter
dari rumah mereka itu, tersergam indah Pantai Teluk Ketapang. Rafiqan
merebahkan badannya ke atas katil. Dia masih memikirkan hari yang bakal dilalui
esok hari. Esok merupakan hari pertama dia akan menjejakkan kaki ke sekolah
barunya, sekolah kampong. Mungkin sesetengah orang merasakan tiada perbezaan
antara sekolah di tengah kota dengan sekolah di kampung pedalaman. Tapi bagi
Rafiqan perkataan kampung dengan kota membawa banyak maksud yang berbeza.
"ENTAHLAH
mak, saya pun dah tak tahu nak buat macam mana lagi dengan Alang tu..."
"Pasal
Rafiqan, Man jangan risau, budak baru nak matang memang macam gitu,” Tuk Chik
pula bersuara.
"Kekadang
tu malu juga saya kat kawan-kawan. Apa taknya. bayangkan anak orang lain
semuanya bagus dalam akademik, tak bawa masalah. Tapi anak saya ..
entahlah..." Rahman mengeluh panjang.
"Hai,
macam dah putus asa je. Rahman, bertenanglah. Sebenarnya apa yang kau alami
sekarang ni adalah dugaan dariNya. Yang pasti ada hikmah besar di sebalik semua
ni..."
"Senang
cakap, semua benda adalah hikmahnya. Tapi mak, Man macam tak sanggup nak tunggu
hikmah yang entah bila akan muncul dengan sikap Rafiqan yang tak makan saman ni."
Fatimah
dan Tuk Chik berpandangan, hairan juga dengan sikap Rahman yang seolah-olah
telah putus asa dengan takdir yang telah ditetapkan olehNya itu.
"Abang,
kenapa cakap macam tu?” soal Fatimah pula. Ada redup pada matanya yang
membuatkan Rahman tersentak.
"Man,
kita perlu banyak bersabar dalam mendidik anak-anak, lebih-lebih lagi Man kan
ayahnya. Macam mana nak ubah sikap anak kalau ayahnya sendiri sudah putus
asa...” Tuk Chik pula menyoal.
Rahman
terdiam, dia melemparkan pandangannva ke arah pantai yang dapat dilihat dari
beranda rumah mentuanya itu. Sesekali pantai pun boleh berubah, inikan pula
manusia.
"Man
bukan putus asa mak..." belum sempat Rahman menghabiskan kata-katanya, Tuk
Chik lebih mendahuluinya "Bukankah Man sendiri dah hantar dia ke sini?”
“Sebenarnya,
Man tak sampai hati nak lepaskan tanggungjawab ni kat mak dan ayah. Mak kan
tahu perangai budak tu..." Rahman pula bersuara.
"Alaa
.. kau serah je semua ni kat kami, Insyaallah beres, hati manusia Man..."
"Mak,
sebenarnya kami memang tak sanggup nak biar mak dan ayah yang didik Alang.” tu
Fatimah pula bersuara.
"Kau
jangan risau Man, Imah. Mak rasa keputusan ni InsyaAllah tepat. Cuba kau
bayangkan, suasana di sini dengan Kuala Lumpur tu, jauh berbeza kan? Mak rasa
mungkin ketenangan kampung dapat mengubah si Rafiqan tu.."
"Kalau
macam tu, senanglah hati kami mendengarnya mak, pasal perbelanjaan tu mak
janganlah risau, tahulah saya uruskannya…”
"Mak
rasa Man ni berkeras sangat dengan anak-anak kot, tengok la si Rafiqan tu,
sampai sekarang sebutir perkataan pun tak keluar dari mulutnya lagi..."
"Entahlah
mak...."
***bersambung le plok..
0 comments:
Post a Comment