Sunday, June 20, 2010

Perangai Pelik Minggu Ini


1. Minggu ni aku happy sebab kawan aku Daeng Haryanti cakap dulu aku lagi tembam dari sekarang.. Tak caya tanya Daeng....

2. Dulu aku ingat bila aku ambik degree in Engr, gaji aku 5 angka, hehehe...

3. Tusyen minggu ni tahun 2 hanya 4 org yang hadir, masih mode CUTI Sekolah

4. Aku kalo tengok citer lawak leh tertido depan tv, tapi bila tengok citer horror aka seram, mata aku leh plak terbuka luas walaupun cerita seram tu laku tengok lepas citer lawak (kes tertido dan terjaga semula la ni)

5. Aku dah print 10 set soalan untuk pelajar tusyen yang no 3 di atas, tapi bila 4 je datang, lagi baki 6 memang dah jadi ahli kelab tong sampah.

6. Bini aku no 6 kuar wad hari Khamis lepas.

7. Bini no 6 telah mengorbankan wang gaji aku almost 900, tapi aku bayar 500 dulu. Next gaji baru setel semua.

8. Bini no 6 lebih kurang sebaya je dengan aku sebab masa dia datang ke rumah aku, aku masih kecil lagi dan sempat menjadi penumpang untuk ke sekolah tahun 6 1995.

9. Bini no 6 aku adalah Puan Honda

10. Aku bangun pagi hari ni dikejutkan oleh Pn Ma sebab dah terbiasa bangun lambat (seperti N3 yang sebelum ni dah bagitau)

11. Aku hanya mampu bagi 10 je perangai pelik minggu ni... eh eh 11 la....

2 comments:

Post a Comment