Mesyuarat yang pertama dah berlalu. Semua dah tahu tanggungjawab masing2 yang akan dipikul kelak. Ada yang bertukar, dan ada yang masih kekal dengan jawatan yang sama. Aku? Perubahan yang begitu drastik, mendapat tugas sebeban dengan tanpa disangka-sangka. Dari seorang guru yang takde apa-apa jawatan pada tahun ini (2010), tiba-tiba 4 jawatan sekaligus yang agak penting. Yang pertama sekali aku dapat tahu aku akan jadi Guru Panitia Bahasa Inggeris, menggantikan Kak Pah, kemudian dioffer pulak untuk memegang kelas tahun 5 Al Ghazali, (pening). Belek punya belek takwim tahun 2011, aku jumpa lagi nama aku sebagai guru bilik ABM (Alat Bantu Mengajar). Senang je kot, bukan bilik buku teks pun. Lastly aku jadi guru penyelaras Ko-Akademik (jangan tanya apa kejenya sebab aku sendiri masih tak ketahui apa tugas aku, yang aku tahu kalo ada pertandingan bercerita, choral speaking, nasyid, aku la orang yang pertama kena amik tindakan.
Perubahan=perubahan lain yang sangat aku tak expect ialah dari menjadi ketua rumah BIRU tahun 2010, tiba-tiba nama aku tersenarai menjadi guru rumah KUNING pulak. Kira dah turun pangkat la plak, aku tak kisah kalau turun pangkat, tapi separuh dari hati aku dah ter'sayang' pulak dengan murid2 rumah BIRU tahun 2010 lalu. Nak buat camne, dah nama arahan kan....?
Satu lagi yang aku tak puas hati ialah aku diserapkan ke dalam persatuan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Aku dah grad dalam Pengakap tiba2 nak kena stadi pasal TKRS pulak!! Aku tak paham la sekolah ni.
Kesimpulan
1. Guru Kelas 5 Al-Ghazali
2. Guru Panitia Bahasa Inggeris
3. Penyelaras Bilik ABM
4. S/U Pendidikan Pencegahan Dadah (ada gak jawatan S/U rupanya, ingatkan dah xderk)
5. AJK TKRS (dulu Pengakap, tapi jiwa aku tetap Pengakap, sekali berpengakap, selamanya Pengakap)
6. Penyelaras Jawatankuasa Ko-Akademik (yang ni aku masih blur, 50-50 lagi)
7. Juruletih Bola Baling (hahahah memang meletihkan)
8. Dan juga guru tahun 6. Tahun ni tahap dua aku yang konker. Daripada 5 kelas tahap 2, aku ajar 4 kelas. 4AF, 5AF, 5AG, dan 6AG. 6AF bagi kat Kak Izza. 4AG pulak tidak wujud kerana hanya satu kelas untuk tahun 4.
Dedikasi khas untuk 5AG 2011
Foto ni masa diorang tahun 4AG, aku jadi guru BI je.. Tahun depan aku jadik bapak tiri korang, siap sedia la. Kelas ni walaupun sangat terkebelakang, tapi aku sangat sayang dengan semua pelajarnya. Sebahagian atau semua putera-putera bakal 5AG nanti
7 comments:
bukan guru panitia...KETUA panitia la..guru panitia tu mcm aku ni je..ckgu ckgi yg ngajo BI
ko pn SU DADAH? psni blh le same2 edar dadah...ops...maklumat dadah..hohoho
Oh ye ke? Masa aku wat n3 ni memang aku taip ketua panitia, tapi aku dilit balik, rasa cam segan nak pakai perkataan 'KETUA' tuh. Macam penyelaras tu pun patut ada perkataan 'Ketua' gak kat depan. Tapi aku tak letak jugak. Hehehe
Tapi dalam takwim memang ada perkataan KETUA tuh.. Wah bencinya aku.......
Sir M makin bz lar tahun 2011 nie...huhu. Jgn 'ter'pinggirkan org t'syg sudah lar...hehehe. Sedih plak nnti...
Salam...
Best ah dah tau tugas. Akak belum lagi. Hari ni baru nak masuk sekolah, baru nak mesyuarat nih.
kabare?
terima kasih kerana memberi link ke SOW english..
x ramai nampaknya budak kelas ko yer.. bestnyer... apa dah janji ke pakai baju biru sama?
Post a Comment