Tuesday, December 21, 2010

Oh Tiara dan Ning ku


Tajuk Karangan : Artis Peliharaan Saya

Tidak boleh lebih daripada 300 patah jari dan tengkuk.


Sempena cuti sekolah yang sedang berlangsung dan bakal berakhir ni, apa kata kita pergi melawat zoo negara. Binatang yang paling saya suka lihat ialah ikan dan haiwan air yang lain. Kenapa saya suka haiwan air ialah kerana saya sendiri memiliki beberapa ekor haiwan peliharaan saya yang sangat saya sayang. Mari saya kenalkan Tiara dan Ning.

Ini adalah rumah Tiara dan Ning. Mereka berkongsi rumah tapi tidak berkongsi bilik. Bilik Tiara sebelah kiri dan lebih besar dari bilik Ning. Ini kerana Tiara lebih tua dari Ning, begitu juga saiz Tiara yang lebih besar dari Ning. Saya membeli Tiara pada 29 April 2010 iaitu setelah saya mendapat tunggakan gaji 3 bulan yang pertama. Semasa saya membeli Tiara, saiznya adalah 3kali ganda lebih kecil dari saiz sekarang. Saya memberinya makan anak ikan ataupun ulat. Saya namakan beliau sebagai Tiara kerana beliau adalah jenis kelisa mutiara. Pada mulanya rumah beliau hanyalah bersaiz 2kaki, tapi memandangakan saiz Tiara yang semakin besar, kini beliau dipindahkan ke rumah yang bersaiz 3 kaki.

Apabila Tiara mendapat rumah baru, saya merasakan rumah baru beliau terlebih besar untuk beliau, tapi sangat tenang apabila melihat beliau berenang-renang. Rumah lama Tiara telah diupgradekan menjadi rumah anak-anak yatim, ops silap, nanti saya cerita. Hari tu saya keluar jalan2 dengan awek saya ingin mencari lampu untuk rumah Tiara. Tiba-tiba hati saya terpaut pada si Dia yang masih muda remaja. Tambahan pula, awek saya pun berkenan kat dia. Itulah dia Ning yang mula menjadi jiran Tiara sejak sebulan yang lalu 20 November 2010. Ning diambil daripada perkataan Kuning kerana beliau adalah jenis Kelisa Kuning.

Kini Ning berusia sebulan bersama-sama saya. Tetapi Ning dengan Tiara tidak boleh bersatu kerana mereka akan bercakaran. Sebab itulah Ning diasingkan dari Tiara. Tapi abang saya kata rumah tiara lagi cantik kalau tidak ada bilik. Tapi dia kata Ning lagi cantik dari Tiara sebab Ning kelasnya lebih tinggi dari Tiara. Lagipun saya sayangkan Tiara jugak kerana Tiara membesar depan mata saya. Jadi, untuk ke hari ini, biarlah saya jaga kedua2nya dahulu walaupun ada usul untuk menjual Tiara, tetapi saya tidak bersetuju.

Kembali kepada mahligai lama Tiara. Dulu mahligai ini Tiara pernah merajainya seekor diri. Tetapi apabila beliau semakin membesar dan sangat tidak kacis untuk berenang2 di dalam mahligai yang agak sempit ini, saya telah memindahkan beliau ke mahligai baru. Kini mahligai ini telah diupgrade dengan meletakkan pepasiran dan kayu kayan, begitu juga tumbuhan air yang mencantikkan panorama di dalam mahligai ini. Mahligai ini dihuni oleh beberapa jenis artis yang saiznya agak kecil dan hidup bermasyarakat.

Antara masyarakat majmuk yang menghuni mahligai ini ialah si Angel, ikan TV3, ikan diskus, belida, dan bandaraya.


Ikan tv3 adalah ikan yang warna merah kuning dan biru. Memang kaler logo TV3, name asal tidak diketahui dan itu yang aku panggil.

Encik Angel men-inter-frame-kan diri.

Ikan Tv3 tapi yang kaler merah.

Ikan bandaran yang keje nye memungut sisa-sisa buangan.


Mari kita melihat sejenis lagi hidupan 2ALAM (yang box office 2juta katanya tuh) di luar rumah di mahligai yang lain pulak.

Encik Kuku dan Cik Rara. Jadi Kura-kura,

Salah seorang kawan blogger saya aka KUDIS mempunyai Edward dan Bella (sila klik nama Edward), jadi dalam bulatan merah adalah saiz Edward beliau. 2 ekor yang besar itu adalah pemberian sesorang yang telah menjaganya bertahun2 lamenya. Edward adalah spesis Kura-kura hijau atau dalam bahasa omputih, green turtle (tak tau lak nape diorg panggil turtle, sedangkan turtle tu kan penyu). Selain spesis Edward, ada 2 ekor lagi spesis lain, iaitu Kura-kura gagak yang berwarna hitam. Kura-kura gagak agak pasif dan bukan perenang yang handal kalau hendak dibandingkan dengan spesis Edward.



Jadi itulah karangan saya hari ini yang bertajuk Artis Peliharaan Saya. Saya harap karangan saya ini membantu saya melonjakkan nama saya kelak apabila saya mendapat A terutamanya bagi subjek karangan ini. Saya berharap saya cemerlang dalam UPSR kerana karangan saya ini adalah disertai dengan gambar. Hebat kan saya???

Sekian, terima kasih

Yang ikhlas


(Elhan Hakimi)
Tahun 1 Gigih



P.S Cikgu mana la ajar karangan kena letak 'Yang Benar' nih? Bukannya surat..

0 comments:

Post a Comment