Edisi blog terlatest sebelum berjimba ke luar negeri.
Baru-baru ini aku mengunjungi blog cikgu Jumadil, dan beliau mengutarakan tentang bloggers lelaki. Sila klik nama beliau. Beliau menerima satu komen yang mengatakan bloggers lelaki adalah mat kuntum, kalau nak dibandingkan dengan bloggers wanita. BTW, mat kuntum bermaksud (seperti yang diperkatakan oleh beliau) ialah mat bunga atau mat jiwang. Aku mendapati cara beliau menangani komen tersebut sangat tenang dan bersahaja, tidak terus melatah dan melemparkan kata-kata yang bisa mengusik perasaan.
Walaupun dari isihati beliau aku tahu hati beliau terusik. Dan aku tahu kalau aku duduk tempat beliau, pasti aku terus melenting (hehehe buruknya perangai). Tapi bila difikirkan, ada bagus gak orang bagi komen macam tu. At least ada orang baca la blog aku kalo ada org komen camtu la. Satu lagi, kalo ada orang komen camtu mean dia baru nak kenal aku la kot. Lantak la... Anyway ramai je bloggers lelaki dalam list aku
1. Cikgu Jumadil
2. Encik Hafiz
3. Cikgu Jimi
4. En Oyetts
5. Encik Kere
6. Encik Musz
Ada lagi aku folo.. Encik Haslil (calon menantu pilihan dari mak salah seorang bloggers perempuan dalam fren list aku...heheh)
Selamat datang kepada cikgu Jumadil. Terima kasih kerana menjadi pemolo (follower) blog yang tak best ni...
Lastly, aku nak mintak maaf kepada Qaseh ku kerana aku sedar, aku tak berapa nak jiwang atau romantik dengan beliau, tak seperti yang selalu perempuan lain dambakan. Aku harap beliau sabar dan pasti aku akan menyayanginya dan menjadi romantik selepas kahwin. Insya Allah... Sabar ek...
0 comments:
Post a Comment