Sunday, August 21, 2011

Aku Harap Tiada Adik Beradik Aku Yang Membaca Ini


Sejak kembali ke Tanah air Terengganu pada Jumaat yang lalu (12 Ramadan), aku diberitahu bahawa beliau mengalami demam2 dan muntah2 yang agak teruk. Sungguhpun demikian, beliau masih menggagahkan diri untuk pulang ke rumah Pn Ma pada hari minggu untuk berbuka bersama2 dengan adik beradik yang lain (yang dianjurkan bersama) kerana beliau bekerja di luar negeri Terengganu.




Sebaik sahaja habis cuti beliau kembali ke negeri beliau bekerja bersama2 isteri dan anak2. Tetapi berita yang mengejutkan ialah demam beliau semakin teruk. Sehinggakan pada 4 hari yang lepas, beliau tidak berdaya untuk bergerak turun dari tingkat atas ke bawah. Lantas bayangan arwah abah kembali menerpa di benak ku. Pernah satu malam aku dikejutkan oleh Pn Ma tengah2 malam dengan suara yang agak menggelabah. Meminta aku membawa ke hospital, aku lihat arwah abah sedang terjelepuk ke lantai. Aku bertambah la menggelabah melihat perilakuan arwah abah masa tu yang seolah2 tidak kenal sapa aku. Dengan bantuan Pn Ma, aku memimpin abah ke klinik 24 jam (seingat aku la). Alhamdulillah arwah abah masa tu kembali pulih dan Allah menangguhkan dahulu jemputan NYA sehingga 3 tahun kemudian.

Kini, tempat arwah abah adalah digantikan oleh beliau. Beliau la arwah abah sekarang. Bermacam2 perasaan yang bermain di fikiran aku tatkala diberitahu kesihatan beliau semakin teruk dan dimasukkan ke dalam wad. Menurut isteri beliau, beliau mendapat jangkitan kuman di bawah kulit. Selebihnya aku tidak tahu kerana saat n3 ini ditulis, beliau masih menerima rawatan di hospital yang jauh dari tempat aku berada. Tapi beliau sudah selamat menjalani operation dalam proses pencucian kuman. Dan aku dapat tahu beliau tiada diebetis dan semua2 la..kira syukur sangat. Aku mungkin tak reti nak expresskan perasaan sayang aku pada beliau, tetapi aku sayangkan semua ahli keluarga aku.



Beliau adalah abang sulung aku. Sejak ribut yang melanda dalam keluarga aku, beliau merupakan karekter paling tenang yang pernah aku jumpa. Tapi ujian Allah mungkin hendak menguji beliau. Sedih bila mengenangkan menurut ibuku, seolah2 ada sendu pada suara beliau pada awal Ramadan yang lalu apabila terlampau didesak oleh adik beradik yang lain. Aku tak salahkan sesiapa sebab masing2 ada sebab masing2. Cuma mungkin kesedihan ini sehinggakan membawa demam. Aku doakan beliau kembali dan Aidilfitri nanti beliau pulih sedia kala.

2 comments:

NIZ said...

Semoga abg ngah cepat sembuh...AMIN

whitelilies island said...

dah sehat ye dia.. alhamdulillah.. neway, nice pic header :)

Post a Comment