Wednesday, August 17, 2011

Padah Karaoke Sambil Bawak Moto


Pagi 17 Ramadhan, seluruh Terengganu bercuti dan ada gak negeri2 lain yang coti. Pagi2 lagi Pn Ma telah mensuruh aku mengambil duit kat ATM sebab beliau mengkehendaki meng shopping kan diri pada hari cuti ini bersama-sama adik2 yang lain. Memandangkan aku ada kelas tahun 6 jam 930 sat lagi, aku mengkeluarkan diri seawal 730 pagi sebab aku takmo la beratur panjang kat ATM nanti kalau terliwat sedikit, pembetulan, terlewat.

Bawak belalang tempur sahaja kerana ingin menikmati kedinginan pagi dan juga nak save duit minyak sebenanrnya. Dah jadi tabiat, habit dan habitat aku meng karaoke kan diri sendiri tak kira la naik kereta apatah lagi kereta yang roofless itu (belalang tempur aka muto).

Sedang syiok melayan lagu apa tah aku sendiri sudah lupain.. maybe part chorus kot, aku tarik bukan main luas mulut aku tibe2 aku terdiam sebab tertelan sesuatu.

CIS!!! Ni mesti benda kecik yang terbang2 ni.. tu la ada visor tak turunkan. Pergh... mujur tidak disertai dengan sebarang perasa tambahan.... Kurang asam betul...

P/S - Posa aku tak batal kan? Sebab bukan aku yang suruh benda alah tu berterbangan di depan mulut aku kan???

P/S yang ke2 - Hari ni mode nak hapdet blog berkata-kata, so takde WW (Wordless Wednesday)

1 comments:

apizblur said...

hahaha...mu memang ding..
teringat plok aku mu ngiga nyanyi lagu hindi tgh2 malam mase kat jati dulu.pelik aku tetiba je mu karoke :)

Post a Comment