Dah lama aku mentidak merayap di sini. Sejak akhir2 ni jugak n3 aku semakin kurang pic. Lebih banyak tulisan plak. Lepas tu pulak, kerajinan mentulis di sini pula hanya jika aku ada mood. Kadang2 mood ok pun rasa malas nak mentulis. Pendek kata (panjang tak kata apa-apa) kalau ada cerita baru la aku mentulis.
Back to the title, memang hari Khamis lepas adalah hari aku hangin sedunia. Bukan kerana aku 'masa tu' sebab aku kan jantan, bukan kerana WKH, (oh, update terbaru pasal WKH? Takder lagi), bukan juga pasal WQH (ini Qeqasih Hati), tapi kerana bebudak yang declair sebagai anak murid aku. Khamis lepas tempat aku kerja telah mengadakan majlis 'khatam Al-Quran'. So lepas waktu rehat sampai balik memang tiada jadual untuk memasuki kelas. Pagi je ada kelas sebelum rehat. Ha, nak jadi cerita pagi kelas macam biasa, aku dengan langkah yang anggun dan kacak (sebab hari tu pakai baju melayu) menuju ke kelas kesayangan aku - 5 Al-Ghazali (bakal 6G tahun depan...huhu). Baru sampai kat tangga (kelas 5G betul2 depan tangga tingkat 3) aku dengar sorakan dan laungan suara yang akan menimbulkan soalan 'eh takde cikgu ke kat dalam kelas ni?' oleh cikgu kelas sebelah.
Sebaik aku muncul, bergegas bebudak2 yang terang2nya adalah jantan berlari2an ke meja masing-masing. Aku lihat ada sebiji bola kertas di depan kelas. Oooo main bola yek???
Di pendekkan cerita, 4 orang budak yang telah ditahan. Nak aku senaraikan satu-satu memang hangin jugak. Takpelah, walaupun aku kawal lagi amarah aku, tangan dah naik dah selepuk untuk setiap orang. Lepas tu hangin aku bertambah apabila ada pulak 5 budak yang tiada dalam kelas sebab menziarahi kelas lain tanpa sebab.
Dipendekkan lagi cekikrama aku nih, aku rupa-rupanya berpostensi membebel sejam tanpa henti hanya kerana 9 orang budak ini. Satu pencapaian yang tak perlu dibanggakan. Diorang lagi serunak sebab nggak perlu belajar BI pada hari tersebut (sebab aku dah membebel sampai abis masa).
Next, baru ada kaitan dengan Majlis Khatam (bukan khatan!!). Sepanjang majlis berkhatam pulak, semua murid berkumpul di dalam kantin. Aku pulak dengan sengaja meronda2 kawasan sekolah (selain malas nak duk kantin). Jumpa lagi 3 ekor budak yang sama dari 9 orang yang buat aku hangin hari ni memonteng dari pergi ke kantin. Sekali lagi la aku hangin. Dah la lepak dalam kelas, kang ada kes kecurian ke apa ke.
Kehebatan aku masih terserlah kerana bebelan aku kali ini seiring dengan majlis khatam Al-Quran. Majlis dah abis pun aku masih belum sodaqallahul azim......
Aku tak paham la nape asyik time aku je budak2 ni nak cari pasal.......
0 comments:
Post a Comment