Thursday, December 1, 2016

REDUP YANG PANJANG (Prologue)

REDUP YANG PANJANG
BERKALI-KALI namanya dipanggil, namun tiada jawapan Matanya yang pada mulanya terpejam rapat mula dibiarkan menjamah cahaya yang masuk menerusi tingkap yang dibiarkan terbuka. Dia hanya menggeliat malas sambil menggosok-gosokkan matanya. Jam menunjukkan ke angka 10 pagi. Dia bangun lantas menuju ke arah cermin yang tergantung di dinding.
Ditenung sepasang anak matanya yang kurang bercahaya dan tampak tidak bermaya. Semalaman dia tidak melelapkan mata kerana mengikut rakan-rakannya berseronok sehingga ke pagi. Namun kawan-kawannya bukanlah seperti dia, yang terpaksa memerap di rumah kerana digantung persekolahan selama seminggu.
"Abang tak risau ke tengok anak abang tu?" soal Fatimah kepada suaminya. Rahman hanya meneguk kopi yang masih bersisa. Dia tahu siapa yang Fatimah maksudkan. Fikirannya menerawang jauh memikirkan sikap anak mereka yang keempat masih tidak berubah biarpun sudah meningkat remaja. Anak-anak mereka yang lain tidak seteruk anaknya yang dipanggil Alang di kalangan keluarga itu. Aishah, anaknya yang sulung, paling memahami kehendak keluarga dan paling berjaya menjadi contoh ikutan adik-adik yang lain. Rezza, anaknya yang kedua kini sedang menuntut di pusat pengajian tinggi, begitu juga dengan Raziman, anaknya yang ketiga.
"Apa cadangan awak?” soal Rahman semula. Dia meletakkan semula cawan ke atas piring. Sarapan pagi hari itu terasa hambar apabila berbicara mengenai sikap Alang bersama-sama dengan isterinya itu.
"Sudah semalaman saya fikirkan,” kata Fatimah terhenti. Rahman mengerutkan keningnya. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Fatimah.
“Apa yang awak fikirkan?" soal Rahman
"Apa kata kita hantar dia ke kampung?" kata Fatimah lagi. Rahman sedikit membeliakkan mata
“Takkan sejauh itu kita terpaksa hukum dia?" soal Rahman semula. Matanya memandang tidak berkelip-kelip mengharapkan Fatimah menjawab soalanya itu.
"Hukuman itu tidaklah seberat dengan apa yang telah dia buat kat kita, bang..." balas Fatimah. Rahman terdiam, seolah-olah memikirkan sesuatu.
"Semakin jauh dia dari kita, semakin sukar kita hendak membentuk dia. Nanti, lagilah senang dia nak buat 'perkara itu'..."
"Ala, lagipun abang sendiri yang berlembut sangat dengan dia. Abang sedikit pun tidak mengambil tindakan atas perbuatannya itu. Lagipun kita hantar dia pada datuknya. Ayah kan askar. Mesti dia akan bertegas dengan Alang tu..." balas Fatimah semula.
"Awak nak kita hantar Alang ke Terengganu? Tinggal dengan ayah dan ibu awak? Awak nak mereka yang ajar Alang? Nanti mereka kata kita menyusahkan mereka pula..." balas Rahman semula.
"Abang, Alang tu cucu mereka. Kita hantar Alang ke sana, lagilah mereka suka. Imah rasa mereka takkan membantah.. ."
"Boleh ke Alang tinggal kat kampung?" soal Rahman semula. Fatimah memandangnya sinis.
"Itulah abang. kampunglah tempat terbaik untuk membentuk semula Alang tu Abang bayangkan, baru tingkatan satu dah pandai sentuh ‘benda tu'. Cuba abang bayangkan bila dah dewasa nanti. Dia tinggal dengan kita terlalu bebaslah. Dah pandai keluar malam. balik Subuh hari. Abang tak pernah nak tegur dia. Apa yang abang tahu, apa sahaja yang dia minta abang kasi. Sebab itulah dia dah pandai beli ‘benda tu'..."
"Sebab itulah abang takut dia tidak sesuai tinggal di kampung. ." balas Rahman lagi.
"Sebab itulah juga, kampunglah jalan terbaik untuk kita selamatkan anak kita bang. Kita belum terlambat lagi. Dia masih mentah, masih sempat untuk diperbetulkan balik. ." kata Fatimah semula.
Rahman hanya termenung seketika.
"Sekolah dia macarn mana?" tanya Rahman semula.            
"Itulah pula tugas abang. Abang kan ada kawan yang kerja dengan kementerian pendidikan..."
"Yelah, nantilah abang fikirkan. Abang hendak pergi kerja dulu ni...."' Rahman bingkas bangun.
Fatimah hanya terdiam apabila memikirkan perbualan singkat antara dirinya dan suaminya tadi. Sesekali dia mengeluh dengan sikap Alang yang keras kepala dan degil. Matanya melirik memerhatikan pemergian suaminya sehingga suaminya itu hilang dan pandangan matanya.
Rahman memandu dengan agak perlahan melewati kawasan perumahan Tarnan Endah yang semakin membangun itu. Fikirannya masih lagi memikirkan kata-kata Fatimah yang menginginkan Alang dihantar ke Terengganu semata-mata kerana budak itu telah dihukum gantung sekolah. Ini bukan kali yang pertama Alang digantung sekolah, bahkan berkali-kali dia bersua muka dengan pengetua sekolah Alang.
“TUAN pengetua?” Rahman menyapa apabila salamnya bersambut. Matanya hanya terpaku melihat seorang lelaki yang hampir seusia dengannya tersenyum melihat kehadirannya.
“Encik Rahman, ayah kepada Ahmed Rafiqan?" soal lelaki tersebut
“Saya...." Rahman hanya mengangguk “Silakan duduk….. Ini bukan kali pertama kita bertemu muka. Semua disebabkan anak Encik Rahman, Rafiqan ..." Encik Murad terhenti seketika. Rahman sudah dapat agak bahawa ada sesuatu yang telah dilakukan oleh anaknya itu.
“Apa pula kali ini, Tuan Pengetua?" soal Rahman semula. Encik Murad tidak terus menjawab, sebaliknya dia membetulkan duduknya di atas kerusi empuk yang berwama kehitam-hitaman itu
“Ini kali ketiga dia tertangkap ... Saya harap Encik Rahman faham maksud saya..."
“Dia buat apa?" soal Rahman lagi Wajahnya sedikit berubah apabila Encik Murad menggunakan perkataan tertangkap untuk menggambarkan situasi yang dialami oleh anaknya. Teruk sangat ke Alang?
"Masih dengan kesalahan yang lama, menghisap rokok dalam kawasan sekolah..." kata Encik Murad perlahan.
Rahman hanya menggelengkan kepaJa. Belum sempat Rahman membuka mulut. tiba-tiba kedengaran pintu bilik diketuk berkali-kali
"Masuk," Encik Murad memberi arahan. Pintu bilik ditolak dan tersembul wajah Rafiqan disebalik pintu. Rafiqan agak terkejut melihat ayahnya turut berada di situ. Dia seolah-olah dapat menghidu perkara yang bakal terjadi.
“Abah?" soalnya kehairanan. Rahman tidak memberi sebarang reaksi
"Rafiqan, sila duduk..." kata Encik Murad semula Rafiqan hanya menuruti kata-kata pengetua sekolahnya itu. Dia memilih untuk tidak duduk di sebelah bapanya, tetapi terus menuju ke arah set sofa yang tersusun rapi di penjuru bilik tersebut.
"Baiklah, macam ini sahajalah Encik Rahman. Rafiqan sudah pun mengakui kesalahannya, tetapi memandangkan ini kali ketiga dia mengulangi kesalahan yang sama, pihak sekolah tidak teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman ke atasnya. Memandangkan dia masih lagi berada di tingkatan satu, pihak sekolah tidak akan menjatuhkan hukuman buang sekolah, sebaliknya dia akan dihukum gantung sekolah selama seminggu berkuatkuasa bermula hari ini,” kata Encik Murad dengan nada yang tenang.
Encik Rahman tidak mengangguk. juga tidak menggeleng Dia hanya menjeling ke arah Rafiqan dengan renungan yang tajam.
"Saya harap Encik Rahman dapat memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada Raliqan supaya dia berhenti melakukannya lagi di sekolah . ."
"Baiklah Encik Murad, saya akan mengajarnya nanti. Terima kasih,” Rahman lantas bangun dan bersalam dengan Encik Murad, diikuti pula dengan Rafiqan sendiri.
Sepanjang perjalanan, Rahman hanya mendiamkan diri, Rafiqan sendiri tidak berani bertentang mata dengan ayahnya itu.
Jarang sekali dia kena marah dengan ayahnya.. Namun itu bukan alasan untuk dirinya berterusan menimbulkan masalah.
"Alang nak jadi apa ni?" soal Rahman tiba-tiba. Dia masih menumpukan perhatiannya pada pemanduannya lagi
Rafiqan tidak menjawab Matanya masih merenung pada hujung kasutnya yang tiada sebarang jawapan untuk setiap persoalan ayahnya di situ.
"Kenapa diam?" soal Rahman lagi. Dia masih mampu untuk bersikap tenang meskipun kemarahan masih menguasai dirinya. "Alang, abah tanya ni. Kenapa tak jawab?” Rafiqan mengangkat muka memandang ke arah ayahnya yang masih tidak henti-henti menyoal.
"Abah....." Rafiqan terhenti. Dia menarik nafas sebelum meneruskan kata-kata dia
Rahman berpaling ke arah Rafiqan Dia hanya mengerutkan dahi rnenantikan jawapan daripada anaknya yang seorang ini.
"Abah, cikgu kata tak baik menjawab dengan ibu bapa,” lancar sahaja kata-kata itu meluncur keluar daripada mulutnya itu.
Rahman menjegilkan mata. Hendak sahaja dia menelan anak dia yang seorang ini apabila Rafiqan habis berbicara.
“Tau pula cikgu kata tak baik. Habis, cikgu kata hisap rokok tu baik!!?” Rahman meninggikan suara. Bahu Rafiqan terhenjut kerana terkejut dengan suara ayahnya yang ditinggikan. Namun tiada sebarang jawapan yang keluar dari mulutnya.
“Alang, abah tanya ni, bila abah tanya maknanya abah nak Alang jawab, dan jawapan itu dari mulut Alang sendiri. Boleh?" soal Rahman semula. Kali ini nadanya direndahkan supaya Rafiqan tidak begitu takut dengannya.
"Boleh bah ..."
“Dari mana Alang belajar hisap rokok ni? Siapa yang ajar?" soal Rahman lagi.
Rafiqan hanya terdiam. Dia memandang berkali-kali ke arah wajah ayahnya itu.
“Abah cakap abah nak Alang jawab kan?'" tambah Rahman lagi apabila dilihatnva Rafiqan hanya terdiam
“Ilham bah .." jawab Rafiqan perlahan.
"Apa maksud Alang?" soal Rahman kehairanan.
"Abang Ilham, dia yang ajar Alang,”
"Siapa abang Ilhani?”
"Senior Alang, dia baik dengan Alang rnacam abang Alang sendiri..."
"Alang, seorang abang takkan mengajar adiknya yang bukan-bukan, tau? Dah, abah tak nak lihat Alang berkawan lagi dengan senior tu. Faham?!" kata-kata Rahman membuatkan Rafiqan menelan liur yang terasa pahit.
RAHMAN kembali tersedar dari lamunannya apabila lampu isyarat bertukar warna yang menuntutnya untuk bergerak. Fikirannya yang terkenangkan anaknya yang keempat itu diganti pula dengan bunyi bising di luar. Terdengar beberapa buah kereta mula membunyikan hon kereta. Keretanya terus meluncur laju menuju ke arah bangunan CaesarTech Corp yang tersergam indah di tengah-tengah kesibukan kota.

****bersambung....

P/S : Ada orang baca ke? heu heu


1 comments:

Muhammad Syahmi said...

Banyak sangat episodnya... kena ambil masa nak baca ni...

Post a Comment