Sekali lagi gambar di bawah telah digunapakai secara sewenang2nya oleh Tn Tanah kerana ada kaitan dengan tajuk n3 kali inih.
Kali ni bukan nak cerita pasal aiming lagi, tapi pasal benda yang di 'aim'kan oleh beliau ni mengimbau sejarah 2 tahun yang lepas (2008)
Ya, Sony T99. Masa tu aku masih lagi menjadi warga Vads Berhad sebagai seorang CSR (senang citer sebagai Operator jawab call). Kerja hanya duk melangut depan PC sambil berinteraksi dengan client melalui telefon, rekod paling tinggi aku pernah jawab call dalam 1 hari ialah 89 panggilan dan rekod paling sedikit dalam sehari ialah 7 panggilan.
Tak nak cakap pasal panggilan, nak citer keje kat Vads superkacis oh bagai, walaupun kekangan kerja yang hanya melangut (alih-alih dah nak balik), bertahan jugak la setahun di sinun. Nak dijadikan cerita supaya lebih best, Vads (sekarang dah diambil alih sepenuhnya oleh TM) adalah majikan yang merekrut pekerja paling ramai dalam satu2 masa. So sekali rekrut dalam setiap batch ada la dalam 40 orang sekali masuk. So.. senang citer masa tu aku dah abis probation, and then ada la batch baru masuk, tak silap aku la 'dia' salah seorang dari batch tu.
Yeah, mula2 dia masuk keja, aku macam biasa tak mesra alam lebih2 lagi dengan perempuan cantik macam dia. Cantik la sebab mekap tebal sangat macam mak Shin Chan. Macam biasa aku tengok ramai jantan2 lain suka nak menekel beliau sebab beliau cantik dan ada la kelebihan2 yang jarang2 ada pada seorang perempuan.
Biasa la... perkenalan aku dengan sesiapa pun mesti dimulakan oleh pihak lain dulu, kalu tidak, jangan harap la aku akan mengenali beliau. Heh, so nama dia Y, seksi, free hair dan a little bit rendah. Dia kenal aku pun melalui Sally. Sally selalu je mempopularkan diri di kalangan rekrut2 baru.
Dipendekkan cerita la, yeah we become close. Dan tak kurang juga mensalahertikan kebaikan kami berdua. Ye lah, dia tu cantik, jelitawan, pakcik2 anak sulung tingkatan 3 pun ada ati lagi nak ngorat dia ni. Kawan baik aku nama dia Emma Aloha, selalunya dia adalah antara kawan2 yang kenal sangat tentang aku, jenis pompuan camne aku suke, aku xsuke. Bila aku tunjuk seseorang, aku akan tanya dia dulu (Si Emma) dan Emma akan selidiki latarbelakang perempuan tersebut. Normally yang free hair automatically Emma tak rekemen. Tapi bila datang si Y ni Emma leh lak kata ok, sebab apa? Sebab Si Y ni jenis tak tinggal solat. Selalunya lepas jam 3 petang akan dapat lah melihat wajah sebenar Si Y kerana nak sembahyang mesti basuh muka - make up kena basuh tuuuuu.
Berbalik kepada tajuk 'Kenapa aku benci T99', akcelly dah tak berapa ingat cerita ni, since member aku beli T99 so mengimbau semula sejarah silam yang meruntun hati dan perasaan. Last statement Y semakin rapat dengan aku, sungguhpun boss aku sendiri nak tekel dia, ramai lagi la sampai 2nd level, RTFM, Floor Support, Team Leader semua nak tekel dia, aku jugak yang berjaya menemani beliau memakan tengahari setiap kali break hour.
Hari tu dalam bulan puasa, dalam berkumpulan ada 10 orang termasuk Y dan beberapa Indian collegues, cadang lepas kerja pergi berbuka di OU, makan steamboat and then tengok wayang lepas Isyak (sah-sah terawihnya entah ke mana kan?) Si Y bawak Myvi, aku lak dengan Belalang Tempurku yang setia, Walaupun perjumpaan berkumpulan, tapi perginya asing-asing. Aku gi sendiri dan Y pun gi sendiri, tapi jumpa kat parking lot. By the way kalo tak silap aku jugak, berbuka pose ni pun sempena Y dapat kerja baru, dia nak berenti dan ni majlis perpisahan la.. Tapi masa ni orang dah tak cakap sangat pasal kerapatan aku dengan Y sebab dah tau status Y ada boifren anak VIP.
Sepanjang makan, minum memang seronok. Y ada sebijik kamera, CyberSHot Sony Touch Screen, byk gak la photos yang kitorang amik beramai-ramai. Memandangkan aku teman Y malam tu so Y mintak aku pegang kamera tersebut. So aku pakai jacket dan kamera aku letak dalam saku jaket.
Selepas solat maghrib, semua bergerak ke GSC untuk tengok wayang (yang aku lupe citer apa dan jalan citer camne disebabkan kejadian yang berlaku sekejap lagi). Masa berjalan beramai2 tu baru aku perasan yang kamera tersebut telah tiada dalam jaket aku.
ARGHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sepanjang movie berlangsung aku dah tak kisah la apa nak jadi, jadi la. Satu OU aku pusing sampai mintak security guard tengok CCTV kot2 ada orang seluk poket aku. At the end, kamera itu memang ntah ke mana lagi dahhhhhhh..
Masa nak balik Y memang cool, semua orang wat muka risau, tapi dia maintain cantik (kontrol la tu). Tapi sampai kat kereta dia menangis sepuas2nya. Masa tu la aku rasa betul2 macam drama swasta- kereta kat parking, takde kereta lain, aku duk pujuk sorry berkali2. Dan kenyataan yang paling sedih, itu bukan kamera dia, tapi kamera boifren dia. Camne dia nak jawab? Gile las.. Aku buntu, mau dibunuhnya aku dek si boifren si Y ni baru padan muka aku.
Lepas tu esok gi keje cam biasa, Y dah takde sebab baru aku ingat hari gi tengok wayang dan ada adegan drama tuh adalah hari terakhir Si Y keje. So dipendekkan cerita, T99 la menjadi pengganti kepada kamera Y yang hilang. Dah la aku bayar full, semua yang lain cakap tak adil, ye lah, bukan aku yang gedik nak pegang kamera dia, dia yang suh aku pegang, so apa2 terjadi patut share same rata la. Ini aku sorang yang dipersalahkan. Terus perasaan minat tu hilang serta merta. Aku masih ingat JJ buat sales, dan kamera ni je yang Sony touch screen masa tuh. Kurang 10 hengget kot nak 1k. Tak pun seratus, aku pun dah lupa, tapi aku masih ingat warna hijau cyan gitu.
Lepas tu aku berjaya masuk KPLI dan 2009 aku ke Ipoh. Sejak hari itu aku dah jadi phobia nak pegang kamera sape2 lagi la. Masuk dalam kamera sape2 its ok. Sebab tu bila orang mintak aku tolong ambil gambar aku cakap tak boleh, terus aku tunjuk surat doktor yang mengatakan aku tidak boleh memegang kamera. Tapi kalo nak ambil gambar, tak kisah la berapa ribu keping pun, doktor benarkan.
Hoho, sekarang Cik Setia plak pakai kamera yang sama.. Saje je nak wat aku terkenang kisah lame... Tapi cam kacis gak kan???
7 comments:
siannye la kt org yg kena gelapkan mata tu..mcm wanted criminal je..heheheh
eh..bukan mase xtvt darat B.I.G ko pegang kamera nora ke?
Owhhh...dia pakai free-hair..aku pn penoh kene situasi gni din...tp nasib baik mase ilang tu dia yg pgg balik...
Ya Allah.. sadisnya cerita kau.. kiranya ni kaule yang kena mengganti cam tu yer..?? aduss.. kalo aku, aku ceraikan je minah tu...
M, hang x fobia ke dengan cam aku kat KePLi.? kan ke aku suka usung cam aku sana sini.. sony gak tu..
Aku jawab pertanyaan Encik Apis dulu...
Apis : Aku tulis pakai free hair ke??? Dia tak pakai free hair la, dia xpakai apa2 (kat atas kepala). Kedua aku suspek kamera tu kena copet laaa... Siot je..
Misz Nani : Oh, masa BIG dulu tu kan aku ala-ala 'adik ipar kepada semua orang'. Masa tu tak kenal sangat lagi siapa dia Nora kan... Aku dah tunjuk dah surat doktor tuh, tapi kak nora ala2 nak rekemenkan adik dia so terpaksa la melanggar pantang kejap hari tu. Last2 sorang pun x jadi kakak ipar aku.. hahahah
Puan Bintang : Ada tak saya pegang Cam akak lebih dari 5 minit??? heheheh
mmg kacis la cite ko nih.. seb baik ms aku jupe ko dlu bley gak ko pegang kamera aku.. ehehehe
agak2la, kamera ko tuh bukan leh letak poket, sah sah kalo jatuh atau org nak seluk poket aku akan tau.. ko kamera mantoppppp!!!!
Post a Comment