Seperti dalam n3 lepas, aku baru jek abis perkhemahan. Deng sekali lagi aku telah menjadikan diri sebagai timbalan Kem Komandan (kalo last year aku jadi Komandan, kali ni turun pangkat sikit, jadi timbalan jer....)
Yer, ini blog aku, aku nak citer apa suka ati aku (apasal tibe2 je, xdak orang komplen pun)
Sepanjang camping banyak perkara yang buat aku terpikir balik, setiap kejadian, setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab. Dalam n3-n3 yang lepas aku suka sangat meng-inter-frame-kan wajah WKH aku yang sorang tu sampaikan header blog pun wajah beliau (punya la sayang budak yang sorang ni).
Tapi satu benda yang paling susah untuk aku sebagai komandan apabila WKH aku yang buat hal. Bila dia yang menjadi punca suhu kemarahan aku menggelegak naik ke paras berbahaya. Sukarnya untuk aku menjadi juri, menjatuhkan hukuman jika beliau buat silap. Tapi aku tetap seorang pro. Kalau dah buat salah, aku pukul sama rata dengan orang lain.
Seminggu sebelum perkhemahan :
Aku naik berang dengan sikap dia dan kawan dia yang sesuka hati keluar kelas time aku sebab nak ke kantin sedangkan waktu rehat dah lepas. Aku marah ke2-2nya sekali depan kelas. By the time nak abis kelas aku saje je panggil dia hampiri aku dengan niat nak ajak dia keluar lepas sekolah. Mata dia berkelip2 tak pandang aku, asyik pandang atas bawah atas bawah. Aku macam dah boleh agak apa yang bakal berlaku. Yes...modal air mata. Sensitif sebab aku yang marah beliau atau malu sebab kena marah depan kawan2? Kalo malu kena marah depan kawan2 kenapa yang sorang lagi kena marah dek aku jugak tak dak pun modal air mata???
Sehari sebelum perkhemahan :
Selepas solat Zohor aku tegur dengan begitu lemah lembut yang aku risau kalau barang amanah yang aku bagi dia pegang dirosakkan oleh orang lain kalo dia bagi orang lain main2 dengan barang amanah aku tu. Aku tegur je, tak marah pun, tapi modal air mata jugak.
Hari pertama perkhemahan :
Masa pembahagian khemah cikgu Sofian meminta ketua kumpulan mengangkat tangan untuk ambik khemah. Beliau angkat tangan... Tapi sebaik sahaja cikgu Sofian suruh ketua kumpulan yang telah angkat tangan itu ikut aku ke stor khemah, secara tiba2 sahaja ketua kumpulan beliau bertukar. (kes tak nak interaksi dengan aku la tu?) Xpe, aku sabar lagi.
Masa bertembung di jalanan, beliau mengelak jauh punya dan kadang2 buat2 panggil orang lain untuk tidak bersemuka dengan aku. Aku tak kisah lagi. Aku ternampak beliau sedang memakankan nasik di kantin berdua dengan sorang kawan, aku menghampiri, saja berbasa basi bertegur sapa. Tiba2 sang kawan selesai terlebih dahulu, tiba2 beliau meminta sang kawan tunggu beliau habis makan. Janggalkah tinggal berdua dengan aku? Selama ini tak perlu ada orang ketiga pun? Aku pandang dengan sepi lagi. Sabar lagi.
Masa waktu memasang khemah, aku berada agak jauh dari khemah beliau. Tiba2 aku dengar panggilan "SIR!!!" yang agak kuat dan aku tau itu suara beliau. Aku rasa aku je kot 'sir' kat sekolah ini (selepas 2 orang sir yang praktikum sudah tamat latihan). Aku berpaling, rupanya Sir Anwar yang praktikum dah tamat tu datang. Dan beliau sengaja memanggil sir Anwar dan bersembang2 dengan sir itu. Motif beliau panggil nama sir kuat2 tu kenapa? (Sedikit jeles melihat dia memesrakan diri dengan cikgu lain)
Waktu aku berjalan sendirian di koridor berhampiran tandas pelajar. Aku nampak beliau dan beliau nampak aku. Tiba2 beliau masuk tandas sedangkan tadi terang2 beliau duk kat luar tunggu sang kawan. Nak lari dari aku kan?
Waktu aku dan bersama beberapa orang lagi murid lain sedang lepak2 di tengah2 kawasan camping. Kawan2 beliau mengajak lepak sekali, beliau terpandang aku dan terus tak jadi nak lepak sekali tanpa kata sepatah haram pun apa2 alasan tak jadi nak lepak. Seriesli aku rasa beliau ada merajuk dengan aku.
Hari kedua perkhemahan :
Subuh2 lagi aku menarik tangan beliau, dan bertanya adakah beliau ingat step poco2 yang pernah aku ajar masa kem anjung ilmu dulu. Beliau angguk. Jadi aku meminta beliau naik ke pentas bila time riadah pagi nanti, dan beliau kata ok. So pagi itu time aku tanya sapa ingat step poco2, beliau kuar dengan sendirinya. Hati aku terubat sikit sebab melihatkan beliau masih nak tampil ke atas pentas.
Waktu petang selepas solat Asar aku memanggil salah seorang sang kawan untuk meminta mengangkat sesuatu. Kebetulannya arahan aku depan beliau. Sebaik aku memberi arahan, beliau tiba2 bersuara supaya jangan lambat sangat sebab ada latihan malam kebudayaan. Persoalannya sekarang beliau seolah2 menentang arahan aku dengan memberi arahan lain pulak kepada sang kawan. Beliau memang ada niat nak buat aku marah.
Sepanjang perkhemahan berlangsung, tiada sekalipun beliau melintas di hadapan aku.
Hari terakhir :
Aku agak sedih nak coretkan di sini. Sebab semuanya terjadi depan mata dan telinga aku sendiri mendengarnya. Pagi2 lepas Subuh memang slot riadah bersama aku. Kalau semalam aku telah berpoco, hari ni aku macam takde mood sangat. Semuanya gara2 perkhemahan kali ini tak macam tahun lepas. Tahun ini redup seredup redupnya. Sebaik sahaja selesai Subuh, waktu riadah macam biasa. Pendek kata ade je terus bebudak yang dah duk tunggu kat depan dataran. Tapi dekat 15 minit ada lagi pelajar2 yang duk berlari2 mengambil kasut. Termasuklah beliau. Aku memang dah pantang sangat dengan semua lebih2 lagi beliau yang baru macam datang dari khemah terus mengambil tindakan menahan murid2 yang lewat. Fine dekat 20 orang yang lewat. Bila ditanya kenapa lewat, semua bagi alasan balik ke khemah. Yang aku heran siap ada alasan rehat kat khemah. Berdesing betul telinga aku mendengarnya. Aku dapat tahu lagi beliau yang jadi kepala mengajak bebudak lain balik berehat, siap cakap time riadah start kul 7, padahal aku 630 dah terpacak kat sana. Frankly memang nampak sangat beliau sengaja menaikkan kemarahan aku, beliau SENGAJA menentang aku, beliau sengaja mahu aku marahkan beliau. Aku tahu semua gara2 aku marah beliau. Beliau nak tunjuk protes, beliau mahu aku sengaja benci beliau.
Cerita belum berakhir di situ, ke20 orang tersebut aku denda mengutip sampah di kawasan sekolah. Bab riadah memang aku dah malas nak amik tahu langsung diserahkan 100% kepada sir Anwar. Aku cuma pantau ke20 orang ni. Ada satu part aku mintak diorang lalu belakang kelas, (aku pun ikut sekali) masa tu beliau ada memegang penyapu. Kemudian terserempak dengan jaga yang kebetulan ada lalu di belakang. Sengaja pulak jaga tu sound direct dan tanpa tapis2 kepada beliau pulak tu (sebab encik jaga mention nama). "Buat keja leklok nanti nak gi rumah cikgu lagi" maksud encik jaga, beliau kena wat keje nanti cikgu (aku) nak ajak gi rumah lagi. Beliau dengan selamba je menjawab "Dok gi doh nye..." seriously sh**, aku dengar dengan telinga aku sendiri. Sape tak berdesing. Hanya kerana aku denda kau yang buat onar, hanya kerana aku denda yang beramai2 tu sebab nak tunjuk gangster nak lawan cakap aku, jasa2 aku selama ini seperti dilemparkan sebegitu saja? Memang beliau sengaja nak lawan aku. Beliau nak aku benci beliau.
Yes, hati aku sakit dan menangis. Aku sudah sedar kedudukan aku dimana selama ni. Penat aku mengajar, korbankan masa aku demi melihat beliau berjaya, meletakkan kedudukan yang tinggi kepada beliau, melebih2kan perhatian. Tetapi ini yang beliau nak. Beliau nak aku benci beliau. Beliau nak aku tahu beliau tak suka aku pada asalnya.
Takpelah, kalau inilah harga yang terpaksa aku bayar, kalau inilah balasan yang aku kena telan, kalau dia dapat A dalam BI pun tak guna gak. Memang susah untuk menjadi juri, hakim serta untuk menjatuhkan hukuman kepada beliau yang telah aku letakkan sebagai wajah kesayangan hamba (WKH).
3 comments:
Sabar ye...1 ari nnti dia akan ingat balik kebaikan cikgu2 yg penah mengajar beliau...
hehe....seronok baca luahan M
cik anon... seronok??? ni kan citer sedih..sape la cik anon ni takdak nick name ke???
Post a Comment